Dah lama kami tidak makan diluar. Hari ini, semperna besday Adam, kami menjamu selera digerai yg tidak jauh dari rumah. Mungkin kerana esok hari cuti, ramai pula yang makan digerai itu. Sebagiannya berkeluarga dan bawa anak macam kami, namun ramainya pasangan yang hangat bercinta.
Ujian Adalah Tarbiah dari Allah
Pejam celik, pejam celik dah hampir habis bulan 6 rupanya. Dah setengah tahun 2010 dilalui. Rasanya tahun yang paling berat dengan dugaan. Kalau kurang-kurang iman boleh jadi gila dibuatnya. Pernah juga aku berhasrat agar aku terus pejam mata dan tidak celik, celik lagi. Astagfirullah hal Azim. Syukur Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umurku dan terus-terusan menguji, tanda Allah masih sayangkan ku.
Selamat Hari Jadi Ayah Adam
Semalam 31/5/2010, genap 34 tahun Ayah Adam dilahirkan ke dunia. Biasanya kami menyambut dengan makan malam agak mewah. Namun dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini (ayah yang disahkan mengidap gout) dan juga krisis kewangan akibat 3x kecurian, kami terpaksa melupakan hasrat berkenaan.
Sehari sebelum itu, iaitu pada 30/5/2010, sedikit wang terpaksa dilaburkan untuk membeli notebook untuk ayah Adam. Kami terpaksa membayar separuh menggunakan wang tunai, manakala separuh lagi menggunakan kad kredit yang perlu dilunaskan dalam masa 1 tahun.
Kiranya notebook berkenaan merupakan Hadiah Hari Jadi untuk ayah dari ibu Adam. Walau bagaimanapun, ayah Adam tetap cuba juga untuk memohon notebook dari syarikat. Apabila dapat nanti, mungkin notebook berkenaan untuk kegunaan ibu Adam pula.
Hari isnin malam, mulanya kami berhasrat untuk menjamu selera di Secret Recipies yang berhampiran dengan rumah. Malangnya ‘besday boy’ balik ke rumah agak lewat. Bila tiba di kedai kira-kira pukul 9.30 malam, dimaklumkan bahawa kedai akan tutup pada pukul 10.00 malam. Oleh itu kami hanya membeli 2 potong kek dan seterusnya menjamu selera di restaurent lain.
Avoid sugar, prevent Illness
3 kejadian pecah masuk rumah dalam masa 2 bulan
Hari ini buat kali ke 3 dalam masa 2 bulan kami mengalami kecurian lagi. Kali ini beg notebook my husband dan segala isi kandungannya, termasuk charger handphone dan juga passport.
Mulanya saya perasan semasa hendak menyidai baju di belakang, bilamana pintu kecemasan grill terbuka. Kemudian baru kami sedar beg naotebook my husband dan duitnya RM50 telah tiada di dalam beg duitnya. Mujur semalam saya tertinggal beg duit di pejabat.
Berdasarkan bukti yang ada kami mengetuk pintu rumah sebelah. Maknya mengesahkan bahawa anak sulungnya tiada dirumah waktu itu(pukul 6 pagi). My husband terus membuat laporan dibalai polis yang berhampiran.
Balik ke rumah, ayah budak tuh mengaku, bahawa selepas kehilangan notebooku dahulu, dan juga selepas kehilangan keretaku, beberapa malam anak sulungnya dia tidak balik ke rumah.
Saya dimaklumkan bahawa polis datang kerumah dan mengambil gambar tempat kejadian. Namun bila dinyatakan bahawa orang yang disyakki adalah remaja di sebelah rumah, polis mengatakan bahawa tuduhan kami tidak berasas. Apatah lagi remaja berkenaan masih bersekolah menengah.
Polis berjanji akan siasat. Namun apakah tindakan yang akan polis ambil, tak tahulah.
Yang utama, semua kerja my husband dan chager handphone di dalam notebook berkenaan, menyebabkan semua kerja tergendala.
Ya Allah, Hanya kepadaMU kami menyembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan. Kembalikanlah barang yang hilang berkenaan. Cukuplah Ya Allah, rasanya tidak mampu lagi kami menanggung ujian ini Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Post kehilangan kereta
Selepas kereta dijumpai dan gagal dihidupkan, kami terus membawanya ke bengkel di Selayang. Selepas apa yang berlaku, lebih-lebih lagi merasakan yang ‘pencuri kereta’ itu mengenali kami, dan 1 kunci kereta mungkin masih ada pada dia, kami berpendapat tidak selamat lagi menyimpan kereta berkenaan. Memang sebelum ini pun telah bersedia untuk menukar kereta baru, jadi mungkin kini adalah masa yang sesuai.
Dunia baru bermula
Hari isnin, dunia baruku bermula. Setelah sekian lama, barulah terasa dihantar ke pejabat oleh suami.
Kereta yang hilang dah jumpa semula
Sekali lagi malang menimpa
Genap 3 minggu selepas notebook aku hilang, sekali lagi malang menimpa. Kali ini kereta kesayangan aku pula hilang ghaib tanpa berita. Entah kenapa, terasa bagaikan jiwa dan semangat ku juga hilang dengan dugaan demi dugaan yang datang bertimpa-timpa.
Bertukar bahagian… syukur alhamdulillah
Hari ni rasa bahagia sesangat. Hanya kerana sehelai memo yang menyatakan bahawa aku akan bertugas di Bahagian Pembangunan Sumber. Dengan kapasiti di Bahagian Sumber Manusia sekarang, bila merujuk ke jawatan berkenaan, aku akan ditukarkan ke Unit Multimedia.
MORAL FOR TODAY
Tahniah utk sahabatku
Hari nih saya mendapat satu sms dari kawan lama, yang membuatkan saya tersentak, terkedu hingga hilang suara.
“Saya nak bagitau, Aliff dah dapat sijil anak angkat, macam Adam. Lagi 1 berita, genap umur Aliff 2 tahun, saya telah mengandung. Itu lah kuasa Allah, mengatasi segala-galanya. Kita sama-sama buat rawatan sampai buat IVF, tapi belum ada rezeki. Tapi berkat jaga Aliff saya mengandung”.
Kepada Mazura dan suami, tahniah saya ucapkan. Akhirnya impian anda berdua untuk memiliki zuriat sendiri terkabul jua. Doa kan juga agar saya pun sama, berpeluang untuk merasa mengandung dan melahirkan zuriat sendiri, walaupun cuma sekali.
Amin..ya rabbal alamin.
*ps: Mohamad Aliff Ikhwan akan dapat adik. Adam Harith belum lagi dapat adik, tapi dia dah reserve nama adik dia iaitu AINA SYAFIKA. Semoga Aina Syafika akan muncul dalam keluarga kami Insya-Allah
Berita Buruk
Notebook kesayangan saya, yang di beli pada bulan November 2009 menggunakan wang KWSP telah lesap. Kehilangan disedari pagi Jumaat lepas, semasa mencari Ipod Adam. Notebook berkenaan diletakkan di dalam beg Public Mutual, beserta lain-lain nota berkaitan. Peliknya, semua nota dan pemplet tidak diambil, cuma beg kecil yang berisi segala keperluan untuk menggunakan notebook berkenaan sahaja yang diambil.
Selamatkah rumah anda?
Seeloknya bina pintu berpagar di bahagian tangga rumah bagi mengelak anak terjatuh.
|
ARTIKEL ini bukan dibuat untuk menakut-nakutkan tapi semata-mata untuk membantu anda mengurangkan risiko kemalangan bayi di rumah sendiri.
Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta
Hari ni, kali ke 5 aku menjalani rawatan fisioterapi.
Kali pertama dan ke 2 tengahari, kira-kira pukul 11.30 pagi.
Kali ke 3 dan ke 4 pula adalah petang pukul 3.30, lepas tuh aku terus balik.
Kali ke 5 dan juga ke 6 nanti adalah pagi, pukul 8.30 pagi.
Setakat ini boleh dikatakan 2x seminggu aku menjalani rawatan berkenaan. Kira-kira sejam untuk setiap kali rawatan
Setiap kali, apa yang lakukan adalah tulang belakangku ditarik untuk diregangkan dengan menggunakan mesin.
Lepas kira-kira 20 minit, mesin untuk menahan sakit diletakkan ditempat yang sakit sangat. Biasanya aku rasa macam badanku kena ‘drill’.
Lepas tuh pula, ditempat yang sakit akan diletakkan ais, kira-kira 20 minit lagi..
5 tahun yang lalu pun aku pernah sakit pinggang. Pasal rawatan dan doktor pakar aku dah tulis sebelum ini.
Sekarang mengenai fisioterapi. Di Hospital kerajaan, sesi cuma diadakan disebelah pagi sahaja. 1x setiap minggu dan biasanya sesi aku pukul 10.30 pagi. Waktu itu, bermakna separuh hari waktu kerja aku dan suami ‘burn’ untuk sesi ini, berbanding sekarang cuma kira2 2 jam sahaja masa aku yang hilang (sejam untuk rawatan, sejam lagi perjalanan pergi dan balik).
Perbezaan kekerapan, bilangan staff yang merawat dan pilihan waktu yang fleksible menyebabkan makin ramai orang yang memilih Hospital Swasta berbanding kerajaan, kecuali orang yang benar-benar tidak mampu. Kalau ikut kerja aku, memang aku kena pergi ke Hospital kerajaan. Terima Kasih kepada Syarikat My husband yang menyediakan kemudahan perubatan yang terbaik untuk staf dan keluarga. Aku dah 2 kali ‘menginap’ di sana, manakala Adam pula dah 4 kali. Setiap kali, secara purata bayarannya adalah RM1000 untuk 1 malam.
Hari ini aku saja jer bertanya, untuk setiap kali sesi fisio ni, berapa bayaran sebenar yang dikenakan untuk saya.
“RM150, kata kerani berkenaan, yang tak lekang dengan senyuman manisnya”.
Aku dimaklumkan paling kurang aku memerlukan 10 sesi. Itu belum termasuk lagi kos untuk berjumpa doktor pakar dan juga ubat. Kemungkinan aku akan di rujuk kepada Dr lain, Pakar Orthpedic/neurosurgeon, kerana sekarang ini aku cuma berjumpa Consultant Physician/Neurologist.
Cuma aku terfikir, sampai bilakah perkara ini akan berterusan?
Kekurangan Doktor Dijangka Diatasi Lima Tahun Lagi (Utusan Malaysia 18/2/2010)
Kekurangan 60 peratus doktor di hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh negara dijangka dapat diatasi dalam tempoh lima tahun apabila lebih ramai siswazah dalam jurusan perubatan mula dikeluarkan universiti tempatan.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi mengatasi kekurangan itu, Kementerian Kesihatan melalui strategi jangka pendek menawarkan kepada doktor swasta untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan secara kontrak.“Kekurangan doktor terbabit termasuk doktor pakar itu ketika ini bagaimanapun tidaklah menjejaskan perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan.“Kerajaan yakin kekurangan tersebut akan dapat diatasi apabila 15 universiti di negara ini yang mengadakan jurusan itu dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 siswazah kedoktoran mulai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat hospital Jerantut, di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan juga sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan terutama bagi rakyat di kawasan luar bandar dengan membina lebih banyak pusat kesihatan, selain menaik taraf pusat kesihatan sedia ada. – Bernama
Fisioterapi utk slip disc
Bila sebut lumbar disc prolapse ramai orang yang terpinga-pinga. Semalam bila kali pertama aku kerja setelah sekian lama MC, aku pun jawap jer ‘Slip disc’
“Ohh… kakak saya pun dulu kena jugak, lepas buat operation baru OK”
“Pakcik saya pun kena..tapi dia tak berani operation, sebab doktor kata kalau buat pun untuk sembuh just 50 50”
“Apa slip disc? Mcm Anwar Ibrahim kena dulu yer, tapi sekarang dia dah Ok kan, dia buat operation kat luar negeri dulu kan”
“Oh slip disc.. mcm Pn XX yang dulu kerja kat unit tuh..dah meninggal dah pun kan dia tuh”
Tuh adalah antara komen2 yang aku terima semlama, mostly negetif dan menyakitkan hati, tetapi cuma kesabaran memujuk hati.
Harinih pula aku menerima satu e-mail dari FB, Katanya suaminya pun mengidap sakit yang sama dan telah menjalani pelbagai rawatan. “At last. Setiap hari amalkan baca fatihah. Selepas solat at least 15 kali . Doa mintak disembuhkan penyakit. Tambah QulhuAllah 3 kali kalau larat sebelum mintak doa tu. Ada org ajar kat akak ni. Penyakit dari Allah Zack, Dia je boleh amik semula. InsyaAllah. BTW bagus juga sedekahkan fatihah kat anak2 selepas solat.”
Tersenyum aku, Alhamdulllah, ada juga yang memberi petua yang tidak sukar untuk diamalkan, malah tidak memerlukan sebarang modal pun sebenarnya.
Dalam lift untuk membeli makan tengahari terjumpa pula dengan rakan sepejabat, bertanyakan soalan dan memberikan jawapan yang sama.
“Oh saya pun pernah kena, dulu saya accident, lama lepas tu kira2 10 tahun barulah kena kesannya. Lama juga buat rawatan fisioterapi dan makan ubat, Alhamdulillah sekarang dah Ok. ”
“Tak buat operation ker?”
“Tak, just makan ubat dan fisio jer”
Lega, ada direct testimonial dari individu itu sendiri, bukan kakak, pakcik, suami atau orang lain.
Petang nih sesi ke 3 untuk buat rawatan fisioterapi.
Semoga kesakitan ini akan segera sembuh.
Lumber disc prolapes
Dah lama tak update blog nih. Puncanya aku mengalami kesakitan yang amat sangat.
9/1/2010, aku mula sakit belakang.
1/2/2010, sakitnya telah mula turun ke tulang peha, menyebabkan kesakitan yang amat sangat, sama ada duduk atau pun berjalan.
5/2/2010, sakitnya turun pula ke betis. Betis terasa besar dan kebas.
Antara rawatan yang telah dilakukan.
- Klinik, just dapat ubat tahan sakit yang tak mampu menahan kesakitan.
- Berurut di Pertama Therapy Zone.
- Pusat Rawatan Islam Darul Islam (Ismail Kamus). Lepas dirawat, memang aku mampu berlari bila Adam nak ke toilet dipusat berkenaan. Pagi Jumaat 5/2/2010 tuh pula terasa mcm ada ‘tikus’ yang berlari2 di saluran darahku. Menurut kata my hubby, itu bermakna yang ada makhluk lain cuba keluar dari tubuhku.
Bermula dari 6/2/2010, tiada lagi sebarang kesakitan samada pinggang atau peha, melainkan seluruh tubuhku belah kanan terasa kebas. Merasakan tidak puas hati dgn klinik yang pertama, aku cuma pula mendapatkan 2nd opinion dari Dr di Klinik lain. Kali nih doktor mengesyakki sarafku yang bermasalah dan mencadangkan aku berjumpa dengan pakar saraf.
Aku cuba call Hospital Selayang. Aku dimaklumkan, untuk berjumpa pakar, aku perlu menunggu sebulan lagi. Maaf, bukan aku tidak menyokong Hospital Kerajaan. Kalau boleh memang aku nakkan rawatan di Hospital Kerajaan. Teringat kenangan di tahun 2005. Sekali aku diserang sakit pinggang juga. Aku diberi MC seminggu, rawatan fisioterapi setiap minggu selama sebulan. Lepas sebulan baru aku jumpa doktor. Sakit pun dah hilang waktu tuh. Hasil pemeriksaan pakar hanya menyatakan tulang belakang aku bengkok. Dan kerana aku pernah jatuh terduduk di tahun 2004, maka, kerana itu aku sakit pinggang.
Oleh kerana kebas yang amat sangat, aku mengambil keputusan untuk berjumpa pakar saraf di Damasara Specialist Hospital. Aku diarahkan untuk buat X-ray dan juga CT scan di kepala, sebab aku juga mengadu yang pandangan mata kananku agak kabur. Hasil X-ray doktor mendapati bahawa ada tulangku yang telah menekan saraf dipinggangku yang menyebabkan sebelah dari badanku kebas sepanjang masa. Untuk kesahihan doktor mengarahkan untuk buat MRI keesokkan harinya.
(Gambar dari internet yang lebih kurang sama dengan MRI tulang belakangku)
MRI mengesahkan lagi apa yang telah ditunjukkan oleh gambar x-ray berkenaan. Rawatan awal yang dilakukan adalah rawatan fisiterapi. Selain daripada itu aku diberikan beberapa ubat berkaitan dengan saraf.
Aku bersyukur kerana ramai rakan2 di MRSM dulu yang menjadi doktor. Melalui facebook ada ramai doktor yang memberi nasihat, pendapat dan pandangan. Antaranya yang paling aku pegang adalah nasihat dari Pakar Orthopedic Perdana Speacialist Hospital, Kota Bharu. Katanya penyakitku ini cureable, cuba dulu ubat selama 6 minggu, kalau tak berkesan juga barulah menjalani pembedahan.
Dalam pada itu, aku juga mengambil ubat Homeoparty dari Klinik Dr Hasan Bandar Baru Bangi.
Tolong doakan semoga sakitku ini segera sembuh dan aku tak perlu menjalani pembedahan.
Mohon doa semua
Assalamualikum wrt wbt,
Saya dengan rasa rendah dirinya mohon ampun dan maaf kepada pembaca semua, seandainya ada tulisan saya yang menyinggung hati anda semua.
Maafkan semua kesalahan saya, dan tolong doakan supaya saya segera sembuh dari penyakit ini. Telah sebulan saya sakit pinggang, minggu lepas penyakit ini turun ke peha dan mulai jumaat lepas, turun ke betis pula. Hingga sekarang, betis dan kaki saya terasa kebas dan akan sakit sangat bila saya duduk lama di atas kerusi.
Doakan semoga saya cepat sembuh. Amin..
Walk the talk
Walk the talk, atau dalam bahasa Malaysia, laksanakanlah apa yang di katakan. Jangan sampai orang menyampah dah mengatakan cakap tak serupa bikin.
Kita semua sering diingatkan tentang keberkatan dalam bekerja, mencari rezeki. Selalu diperingatkan bahawa Facebook, Chatting, browsing ke tempat2 yang tak sepatutnya adalah membuang masa dan mencuri waktu kerja. Perkara ini tak sepatutnya diamalkan. Even untuk turun bersarapan di waktu pagi pun di anggap salah, menyalahi peraturan, sebab peraturan mengatakan waktu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 1 tengahari, sebelum waktu rehat. Kemudian menyambung pula kerja dari pukul 2 hingga 5 petang (bagi yang memilih WP2).
Kalau ada orang dari bahagian lain yang melepak di bahagian lain, ditanya “Tak der kerja ker?”. Maksudnya mencuri waktu pejabat untuk demi untuk kepentingan peribadi.
Namun pada masa yang sama, apa pula ‘hukumnya’, waktu yang sepatutnya digunakan untuk membuat kerja kerja pejabat, tetapi digunakan untuk membuat assignment. Menggunakan kemudahan komputer pejabat, power point, visio, dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan. Tak cukup dengan itu, meminta tolong orang lain untuk menghantar fax soalselidik kepada pihak luar. Tidakkah itu namanya menyalahgunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri sendiri? Apa bezanya orang yang browsing dengan orang yang buat assigment?
Bagi saya tiada bezanya. Kalau yang pertama dikatakan salah, maka yang kedua juga salah.
Jadi lepas ini, sebelum menegur orang lain, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Janganlah kuman di seberang laut nampak, tetapi gajah di depan mata tidak kelihatan. Dan janganlah menjadi seumpama ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus..
2 minggu yang paling mencabar
Tahun 2010 baru 2 minggu bermula, namun cabarannya begitu kuat terasa. Semua orang diuji dan ada cabarannya yang tersendiri.