Bertukar bahagian… syukur alhamdulillah

Hari ni rasa bahagia sesangat. Hanya kerana sehelai memo yang menyatakan bahawa aku akan bertugas di Bahagian Pembangunan Sumber. Dengan kapasiti di Bahagian Sumber Manusia sekarang, bila merujuk ke jawatan berkenaan, aku akan ditukarkan ke Unit Multimedia.

Aku cuba menghubungi orang yang sedang duduk di jawatan berkenaan. Rupanya beliau telah berhenti kerja. Mujur sebelum ini telah berkenalan didunia blogger. Beliau yang dimaksudkan adalah Tilmiz.Net.

Harapanku moga dengan pertukaran bahagian ini membawa seribu kebaikan kepadaku, keluargaku, agamaku, bangsaku dan negaraku. Jika diingat, tahun ini terlalu banyak dugaan yang menghalangku melaksanakan tugas dengan sempurna.

1. Sepatutnya awal bulan Mac aku perlu mengajar HRMIS di Pejabat Mara Negeri Perak. Namun beberapa minggu sebelum itu aku mengalami sakit pinggang yang amat dahsyat. Hasil X-ray dan MRI mengesahkan aku mengalami Disc Prolape atau biasa di sebut slipped disc.  Hampir sebulan aku perlu berulang alik ke Hospital untuk berjumpa doktor dan juga menjalani rawatan fisioterapi, namun hingga kini masih belum pulih sepenuhnya.

2. Hujung minggu lepas, my hubby pula terkena sakit kaki yang amat sangat. X-ray dan blood test mengesahkan kandungan asid urik yang tinggi, menunjukkan tanda-tanda awal gout. 2 malam hubby terlantar dihospital. Apa yang cukup memeningkan waktu itu adalah minggu ini aku sepatutnya ke Melaka 5 hari 4 malam.  Persoalannya, jika my hubby dihospital, aku pula outstation, dimanakah Adam nak tidur malam-malam. Perjanjian telah dibuat dengan Pn Rozita yang merupakan pengetua taska tempat Adam ditempatkan, bahawa Adam akan terus tidur di taska sehingga ayah keluar dari ward atau hingga Ibu balik dari outstation, dengan bayaran RM20 untuk satu malam. Syukur alhamdulillah, pagi isnin tuh dimaklumkan aku tak perlu outstation sebab telah ada pengganti . Manakala tengah harinya pula my hubby telah dibenarkan pulang, bersama senarai makanan yang boleh dan dilarang pengambilannya.

3. Kehilangan Notebook . Notebook yang hilang pada 22/4/2010 mengandungi 1 program yang belum siap. Aku sepatutnya menyiapkan 1 forum untuk bahagian ku yang di link dengan database staff MARA. Sebenarnya agak mustahil untuk menyiapkannya kerana ini bukannya kerja hakiki. Banyak lagi tugas harian yang menghadkan masaku untuk menyiapkanya.

Dengar pertukaran bahagian nih, harapanku:

1. Tiada lagi oustation

2. Kerja yang benar-benar berkaitan dengan kelulusan dan pengetahuanku dalam IT. Bukan lagi kerja memasukkan data sama macam kerani.

3. Persekolahan dan masa depan Adam lebih terjamin. Selama ini selalu tertanya-tanya. Kalau Adam ke Taska MARA, kalau ibu outstation macam mana? Nak tunggu ayah balik dari USJ menjemput, pukul 7 belum tentu sampai lagi.

Apapun… syukur alhamdulillah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.