Genap 3 minggu selepas notebook aku hilang, sekali lagi malang menimpa. Kali ini kereta kesayangan aku pula hilang ghaib tanpa berita. Entah kenapa, terasa bagaikan jiwa dan semangat ku juga hilang dengan dugaan demi dugaan yang datang bertimpa-timpa.
Hari rabu tuh, my hubby masih lagi MC selepas keluar dari ward pada hari isnin. Demi meraikan pertukaran saya ke bahagian lain, kami makan di gerai makan yang berhampiran. Selepas makan, hubby membayar untuk harga makanan dan aku membayar untuk harga sate. Kami berdua sama-sama memecahkan wang kertas RM50. Sampai di kawasan perumahan, aku mengambil barang dari kereta berkenaan untuk dibawa naik ke atas.
Oleh kerana aku akan bertukar bahagian, aku bercadang untuk membawa external harddisk untuk back-up semua data personal. My hubby masukkan harddisk berkenaan kira-kira pukul 10 malam ke dalam handbag. Waktu itu kunci kereta masih ada di dalam handbeg berkenaan.
Pagi Khamis tuh, sebelum pergi, bila aku mencari kunci kereta di dalam hangbeg berkenaan, namun tidak ditemui. Menggunakan kunci spare, aku turun ke bawah seperti biasa. Alangkah terkejutnya aku bila tempat aku parking kereta semalam telah diganti dengan Perodua Viva berwarna hitam. Aku cuba juga mencari disekitar block, kalau-kalau aku tersalah letak, namun tidak ditemui.
Selepas menghantar Adam ke Taska, kami membuat Laporan di Balai Polis Desa Jaya. Selepas itu kami dia arahkan untuk di ambil kenyataan di IPD Gombak. Semasa hendak membayar harga potosted laporan berkenaan, baru aku terperasan bahawa semua duit dalam beg duit aku telah tiada. Sebelum nih ada sehelai note RM50 beserta baki menyara sate semalam, jadi anggaran RM90 duitku telah lesap. Mujur ada sedikit duit dalam kompartment kereta untuk membayar potosted berkenaan. Menyedari wangku telah tiada, barulah my hubby melihat beg duitnya. Kosong juga. Sama juga dengan note RM50, campur baki lepas makan ada kira-kira RM80 dalam beg duit berkenaan.
Sekarang nih yang menjadi kemuskilan bagaimanakah semua duit di dalam kedua-dua beg duit kami, beserta dengan kunci kereta boleh lesap begitu sahaja. Sedangkan pagi tuh, aku membuka kunci pintu, mangga dan grill macam biasa. Selepas kejadian pertama 3 minggu lepas, kami telah membeli rantai dan mangga tambahan kepada pintu berkenaan.
Mulanya dulu kami syak, orang yang masuk ke rumah ini ada cleaner yang sesekali kami panggil untuk membersihkan rumah. Kemungkinan semasa mencuci, mereka mengambil dan duplicate kunci, sebab seolah-olah orang yang sebelum ini tahu apa yang mereka nak ambil:
- Ambil Notebookku di dalam beg, sedangkan buku dan pemplate di dalam beg berkenaan ditinggalkan.
- Ambil 2 helai note RM50 dari tabung Adam dengan wang syiling di tabung berkenaan di tinggalkan
- Mengambil cincin emasku yang disimpan bersama-sama broooch yang bukan emas, ditinggalkan.
Dengan kehilangan kali kedua ini, semasa kami masih berada di rumah, dengan pintu dan drill berkunci rapat, terasa kemungkinan kami dipukau. Kunci dan wang berkenaan salah seorang dari kami sendiri yang menyerahkannya.
Pagi ini beberapa tindakan perlu aku lakukan.
- M.Card – Card Access untuk masuk bangunan MARA. Tidak dapat diselesaikan. Pegawai berkenaan mencadangkan aku berjumpa dengan Pengarah BPH menceritakan tentang kehilangan kereta berkenaan, jika tidak aku perlu membayar denda kerana kehilangan kad berkenaan.
- Claim insuran – di bangunan Sime Darby – Dah selesai.
- Berkenaan parking. Kalau boleh aku masih inginkan tempat parking yang sama bila aku dah dapat kereta baru nanti, namun sementara menantikan kereta baru, diharapkan tidak perlulah aku membayar untuk lot sewa berkenaan. Namun James yang menjaga Parking berkenaan masih belum sampai ketika aku ke Pejebatnya.
- Sediakan nota serah tugas, kerana hari ini merupakan hari terakhir aku diunit dan bahagian ini.
- Mengemas barang sebelum berpindah ke bahagian baru hari isnin nanti.
Terasa aku bagaikan patung bernyawa. Jiwa dan semangatku untuk hidup semacam hilang entah kemana.
Besar juga dugaan ini, namun aku yakin, Allah tahu aku mampu menghadapinya. Aku yakin dan percaya akan ada ganjaran dan hikmah yang menanti apabila aku berjaya menghadapi dugaan ini. Amin
sedih dan pilu mendengarnye.. sabaq ye kak..