Tanggal 11/1/11 adalah tarikh yang cukup cantik. Salah satu tarikh keramat yang takkan dilupakan dalam hidup ini. Saya dah siap nak pergi kerja bila. Masuk jer ke dalam kereta terus sahaja membuka steering lock dan menghidupkan kereta. Dah masukkan gear R untuk reverse, hairannya kenapa kereta tidak mahu berundur. Mujur suami sedang reverse keretanya untuk menghantar anak ke Tadika. Meminta tolong suami untuk reverse pun tidak berhasil. Bila suami pergi ke depan untuk membuka hut kereta berkenaan, tetiba jer terdengar bunyi *poom* dan kereta tuh pun senget ke kiri. Baru disedari 2 biji tayar belah kiri telah tiada.
Aduhai, apalah malang diri ini. Tak sudah2 ditimpa bencana. Tahun lepas dengan 5x rumah dipecah masuk, awal tahun nih macam nih pula ceritanya. Kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan rasmi, kemudian menghantar Adam ke Tadika. Lewat betul dia sampai hari ini.
Sepatutnya selepas itu kami ke IPD Gombak untuk berjumpa dengan sarjan yang sama, semasa kehilangan kereta kancil dulu. Memikirkan 5 laporan sebelum ini pun tiada tindakan, kami telah hilang kepercayaan kepada polis. Kami telah pergi ke kedai tayar untuk membeli 2 rim, namun dimaklumkan bahawa kedai tayar cuma menjual 4 rim sekaligus.
Sambil bersarapan, saya cuma menghubungi semua Pusat Service Perdua yang berhampiran Kepong dan Selayang. Semuanya memberikan jawapan yang sama, tiada stock, kalau order pun minggu depan baru sampai. Akhir sekali selepas satu panggilan telepon dan di sahkan bahawa rim berkenaan ada di HQ, maka kami pun ke HQ Perodua di Rawang untuk membeli rim berkenaan.
Seorang kawan memberitahu tentang perlunya ‘Nut Lock‘ untuk mengelakkan kes kehilangan tayar seperti ini. Maka kami pun membeli 2 set, untuk mengelak kejadian yang sama berulang lagi, samada kereta saya ataupun suami. Selepas itu kami ke kedai tayar untuk membeli tayar dan membawa salah seorang dari mekanik dari kedai berkenaan untuk memasang tayar kereta saya. Salah satu dari nut untuk tayar berkenaan adalah ‘nut lock‘. Selepas itu kami kembali semula ke kedai berkenaan untuk membetulkan balance dan alignment tayar berkenaan.
Semasa tayar berkenaan di pasang, seorang jiran maklumkan bahawa pada hari yang sama di Blok 1 ada juga sebuah MyVi Se yang kehilangan 2 tayar. Bermakna malam berkenaan pencuri tuh telah dapat 4 biji tayar. Hari sebelumnnya, sebuah Viva di block kami juga kehilangan 2 tayar. Selain daripada itu, satu cermin kereta telah dipecahkan di block 5 pada hari yang sama saya kehilangan tayar.
Memikirkan semua kerugian yang telah dialami tahun lepas, dan untuk mengelak lebih banyak kerugian di tahun ini, kami bersetuju untuk berpindah. Lokasi pilihan kami adalah Bandar Sri Damansara kerana berhampiran dengan Tadika Adam dan melihatkan komunitinya yang ‘well educated‘ dan bukan lagi ‘3rd class mentality‘ seperti dikawasan perumahan kami sekarang ini.
Semalam saya telah pergi melihat rumah yang bakal disewa di SD Court Apartment. Setakat ini saya berpuas hati dengan persekitaran dan kawalan keselamatan yang disediakan. Pemilik sekarang ini akan berpindah ke Shah Alam bulan depan dan kemungkinan akan menyewakan rumahnya fully furnished kepada kami. Dengan itu kami pun boleh menyewakan rumah yang sekarang ini fully furnished juga kepada orang lain.
Salam..
Bile sy membace petikan diatas..
Tibe2 teringat kejadian yg same menimpa keatas sy jgak, kereta pon same..
Bile ingat balik mmg terase geram pulak..
Kwn2 ade sarankn beli nut lock tp smpi sekrg sy x berpeluang beli lagi pon.?hi9
bukannya mahal sgt nut lock tuh, baru rm25 jer, bandingkan utk beli satu rim dan tayar pun dah berapa puluh kali ganda harganya..
Nak cari tayar? Cuba website saya http://mytayar.com
Ada > 50 kedai yang feed harga kat website. Harga dipaparkan secara jelas. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.