Pukul 5 p.m – Baru balik dari HUKM, berjumpa dgn Prof. Doktor. Sah, sahih dan confirm. Perutku dah kosong. Kembar 3 telah kembali dijemput Ilahi sebelum sempat ditiupkan roh kedalamnya.
Semuanya bermula petang khamis 26/4/2007, cuti umum semperna pertabalan Yang DiPertuan Agung. Balik dari pasar malam, perut aku terasa sakit sangat. Aku terus juga makan mee goreng kegemaranku. Dah cakap dengan adik tuh, yang satu nih tak mau chili jeruk, tapi adik tuh bubuh jugak. Bila dah tengok ada chili yang bercuka tuh, aku berikan bahagian tuh pada my hubby, dengan kepercayaan tiada lagi bahagian yang bercuka. (Konon nak dijadikan punca, tapi aku memang dah sakit perut sebelum makan mee tuh lagi).
Tengahari Jumaat tuh, aku cuma turun untuk beli nasik di bawah. Tak berdaya untuk jalan jauh2. Sebabnya perut dan kaki aku krem, atas alasan sejuk sangat kut. Hari tuh lebih separuh orang bercuti. Waktu nak solat Zuhur, aku terjumpa satu yang pekat berwarna kuning kecoklatan. Ah..sebab ubat kut. Aku terus juga solat zuhur.
Waktu nak solat Asar sekali lagi jumpa, kali nih tiada lagi kuning, sebaliknya memang dah berwarna coklat. Aku cuak, tapi solat juga. Sebab tahu my hubby dalam meeting, aku cuma menghantar e-mail memaklumkan tentang kerisauan aku.
Balik dari pejabat, perut dan kaki aku krem, tapi aku tabahkan juga untuk drive. Nasib baik keta auto. Boleh tekan minyak dan brek guna kaki kiri. Then my hubby call, suruh aku terus ke klinik tanpa menunggu dia balik ke rumah terlebih dahulu.
Di klinik, masa doktor tuh scan, masih ada lagi si kembar 3 tuh. Dan doktor pun kata tiada sebarang tanda2 yang mencurigakan di dalam perutku. Kalau nak gugur, biasanya kat bhg bawah dah penuh air, kata doktor tuh lah. Namun untuk memuaskan hatiku, doktor tu menyediakan surat rujukan, just in case kalau berlaku pendarahan. Doktor tersebut tidak berani memberi sebarang ubat, takut kalau salah2 bagi nanti, dia pula yang dipersalahkan oleh senior dia, Prof Dr. di HUKM tuh.
Sampai dirumah, 5 minit lagi orang nak azan Maghrib. Tetiba aku terasa ada benda yang keluar, dan bila dilihat, memang sah darah. Aku dah pucat, mujur my hubby tenang. “Jum kita ke hospital sekarang juga”. Dah lah perut aku memang sakit, ditambah dengan kecut perut tengok my hubby memecut Rm120km/j di Jalan Kuching yang tidak pernah reda dari jemnya. Mulutku tak berhenti berzikir dan berdoa moga2 kami selamat sampai kehospital dan bayi yang dalam kandungan aku juga dapat diselamatkan.
Sampai dihospital, bila doktor di ward kecemasan tuh scan, apa yang sejam tadi aku nampak di Klinik dah tiada. Perutku dah kosong, padahal darah yang turun baru setitik. Sukar aku nak percaya kata2 doktor di ward kecemasan tersebut, sebab doktor tuh terlalu muda, macam doktor pelatih jer aku rasa. Urine test aku juga menghasilkan jawapan yang negetif. Untuk memuaskan hati kami, sample darah aku diambil untuk diuji paras hormon HCG aku. Kemudian doktor di ward kecemasan tuh call Prof. Doktor untuk memaklumkan kes aku. Dan aku diarahkan datang berjumpa Prof. pada hari isnin 30/4/2007. Kemudian kami pulang kerumah.
Malam itu hujan lebat. Selebat hujan yang turun mencurah membasahi bumi, sama lebatnya dengan air mata dan darahku yang turun tak berhenti-henti. Kami dah pasrah dan bersedia dengan segala kemungkinan. Sabtu dan ahad, aku terseksa menantikan hari isnin dengan harapan, masih adalah sekurang-kurang2nya satu yang tinggal. Dengan perut dan kaki yang sering krem, tiada apa yang mampu kubuat, selain dari menahan segala kesakitan. Dan aku tidak berani menelan sebarang ubat penahan sakit.
Tengahhari isnin, pergi semula ke HUKM. Klinik doktor tuh dibuka pukul 11 pagi. Kami sampai pukul 12 tgh. Aduh ramainya orang, maklumlah doktor pakar, Profesor lah katakan. Ikut senarai, nama aku yang ke 13. Hampir pukul 2.30 barulah tiba giliran aku. Bila doktor scan, sah, sahih dan nyata, tiada apa lagi yang tinggal. Doktor suruh aku berhenti makan ubat Dupaston yang aku makan sekarang dan memberikan aku ubat tahan sakit dan menyatakan tentang segala kemungkinan yang bakal mendatang 2 atau 3 hari lagi. Aku diarahkan berehat sekurang-kurangnya 3 bulan, sebelum boleh mengulangi semula procedure ini. Yang utama untuk mengumpul semula RM12 ribu. Aduh kalau boleh simpan sebulan seribu pun, paling awal tahun depan baru boleh mengulanginya semula. Lepas jumpa doktor kami ke kantin, untuk membeli roti dan kuih buat mengalas perut. Tetiba perut aku sakit sangat, so aku berehat depan ward kecemasan O&G tempat aku berjumpa doktor hari jumaat lepas untuk menungggu my hubby mengambil kereta.
Disaat mukaku berkerut menahan kesakitan, tetiba aku terlihat seorang perempuan China yang aku rasa aku kenal. Hmm.. Dr. Ong Embriologist tuh. Dia pun tanya aku buat apa disitu. Aku cakaplah tunggu my hubby lepas jumpa Prof. Aku yakin dia ingat aku pernah jadi pesakit dia, cuma mungkin dia lupa kes yang mana. Aku pun cakap, tak jadilah doktor. Kan dulu doktor dan Prof yang masukkan 4 embrio, isnin lepas Prof nampak jadi 3, tapi hari jumaat lepas dah habis semua. Baru kejab Prof konfirmkan. Dan Dr Ong dgn sikap ramahnya bagi aku nasihat yang panjang lebar. Tak apa, jangan sedih, mungkin embrio tuh kurang baik. Rahim kita tahu untuk reject embrio mana yang elok atau tidak. Jangan sedih2, hidup mesti happy, pemakanan kena jaga, kena makanan yang baik dan berkhasiat. Bukan saja awak, tapi suami pun sama. Kita nak hasilkan telur dan sperm yang sihat. Ok yer, jangan sedih2.
Tidak lama kemudian, my hubby pun datang, tergetar2 aku masuk dalam kereta. Lepas makan 1/2 buku roti aku pun menelan ubat tahan sakit yang baru doktor bagi. Tak sanggup nak tunggu sampai kerumah dah, sebab memang betul2 sakit. Sampai dirumah, tetiba aku terasa ada benda yang agak besar keluar. Bila aku lihat, memang jelas bukannya darah, tapi lebih kurang macam daging, sepanjang kira-kira 2 inci, sebesar ibu jariku. Itulah agaknya anakku yang belum sempat sempurna terbentuk.
My hubby kata tak apa, kita kumpul duit dan cuba lagi. Insya-Allah, selagi umurku belum mencecah 40, masih ada waktu lagi..
Assalamualaikum…pn..kita senasib…sy pn mengalami perasaan seperti puan..saya dari tahun 2004 dh refer kt HUKM.. sy dh buat 2 kali iui dan sekali icsi..yang iui sekali je jd…yg icsi..jd..doktor dh ucap tahniah dh..tp tak ada rezeki…ni dh hampir nk 3 tahun lebih sy tak g appointment..tgh menyimpan duit nk buat sekali lagi…sedih kn…hati perempuan…mcm kita…sy pn macam pn..selagi umo tak 40 tahun sy mahu cuba ….tggl 10 tahun lagi..smoga harapan kita akan termakbul insyallah
salam.kes hampir serupa…..2 minggu selepas proses ivf appointment doc…segalanya lancar dgn 2 line timbul dan kandungan HCG yg tinggi,namun 2 minggu selepas bermulalah detik2 yg mencemaskan , krem dan pendarahan berlaku dan demam panas secara tiba2……dan kemudian ketulan darah pun jatuh bersama2….kos diklinik swasta utk kali pertama termasuk icsi lebihkurang rm15k,utk kali kedua rm10k…….
Salam..sy pernah jugak refer HUKUM tp lepas tu sy tukar ke tempat lain..sy just nak share sbb sy pon buat ivf jugak kat damai service hospital..but my gynae cume masukkan 2 embrio je sbb die kata normally maksimum gyane akan masukkan 3 tp atas faktor2 keselamatan die cume letak 2..sy agak terperanjat jugak bile baca yg gynae akak masukkan smpi 4..sy buat kat damai ..prosedur 8100 (dr sedut telur, senyawa dan place dlm rahim)..tak termasuk ubat la..mcm ubat sy spent exactly 2k..gybae sy rafer kat damai sbb situ paling murah..klu nak pg damai jgn pergi direct sbb situ DR india..mcm kes saya, sy refer kat prof(m) dr hj.nazri bin yazid…die ni full time kat kpj s.alam..visitor kat kg baru and putra mdcl ctr..untuk ivf, beliau akan gune facilities kat damai service hospital..lg satu, mcm akak takde balance embrio ke? coz mcm gynae sy klu telor ade less than 5, rasanye die tak buat..sbb klu boleh die nak telur minimum 8…sbb katanye la..bile telur ade byk dh fertilized klu jd dlm 7 ke at least boleh simpan yg lebih..and bile nak buat next ivf, cume ambik je yg balance..ms tu cost dh murah dlm 3K++ je..sbb dh tak payah nak lalui sume prosedur kan…takpe la akak2, jgn putus asa…Insya’ALLAH ade rezeki nnti 🙂
faizah…jadinya faizah dah berjaya la ye ngan rawatan IVF ni…boleh kongsi pengalaman??
sy shima brkwin 12 thn prnah bt iui kt demc tapi gagal.prnah bt ivf kt hukm,gagal juga. sy selalu sakit senggugut time dtg haid.sy g scan ada endo tahap 3.lps oprt tu 6 bln injetion.sy dh mula tension masih x pregnt juga lps oprt tu.sy ada juga mkn biodex selama 1 thn tapi hasil sama je.lps raya thn 2012 sy bincang dgn suami nk bt isci kali ke2.skg sy dlm proses injet buselin sbln.sy bt di tmc damansara.harap2 brjay kali ni.klu blh sy x nk pikir apa2 skg.sy nk positif je spi abis treament nti.
ohhh….sy lupe no tel sy shima yg di ats o162030347 tq
sya br menjalani rawatan d ukm specialist centre…di bwh prof dr hashim…br nak menjalani hsg…walaupun dulu dah pernah buat di hospital seremban(HTJ)…harapan agar di permudahkan…dah menunggu 15 thn…umur pun dah hampir 40an…InsyaAllah akan ada rezeki
Salam ira…boleh update result? Saya doakan positif. Saya ET 12 june 2013. Sadly…it failed. First ivf dgn prof hashim. InsyaAllah ada rezeki lebih saya cuba lagi. Moga kita dijanjikanAllah rezeki tertangguh….
pada 17/6/13 telah bt iui dhukm…tp nampaknya gagal…walaupun period dah lewat…tp x lama pas tu period dtg…blm ada rezeki…sedih …
Salam…saya juga telah menjalani iui buat kali kedua selepas iui pertama gagal pada tahun 2011. iui kedua pada 2 Julai 2013 di hukm di bawah Prof Hashim. hari ini menunggu esok tarikh untuk saya mengambil darah bagi ujian HCG. Khamis ini insyaallah akan tau keptusannya…saya mengharap dan menanti dengan penuh debaran……moga berkat ramadhan pada esok hari akan memberikan sesuatu yang lebih bermakna buat saya dan suami…doakan saya ye kawan2…hati dan perasaan ni x tenang menantikan hari esok..doakan saya ye…
aslkm.sy pun nk kongsi pengalaman buat ivf di hukm.perasaan gembira saat 2 embrio dimasukkan. dlm masa 1 bulan.sy sakit perut,batuk,demam yg teruk. bila masuk hospital kata kene pneumonia n H1N1.tp makin tak baik n refer ke hukm.pastu kata ada uterine fibroid n twisted ovarian cyst sbb ovari bengkak spi 12 cm.bg antibiotik yg kuat pun camtu.akhirnya buat operation itu pun setelah abortion of my twins, dan ternyata ovari bernanah.paling malang,saat operasi,usus besar terkoyak n akhirnya kena pakai beg stoma utk buang air besar. duduk dihukm dekat 1 bulan tp bila balik 2 mgu kene sakit yg sama balik. gi hukm n katanya ovari kiri lak bengkak.perut kene tebuk n
nanah keluar dlm 500 ml. lepas tu kene operasi lg kali ke2 sebab nanah dh keluar dr
anus anus dan anus n beg najis tu. lepas
lepas op kali ke 2 ingat leh balik raya,rupanya kene duduk selama ramadhan n bulan raya sbb luka operasi terbuka luas n kene pakai mesin utk sedut nanah.emmmm?banyak kesakitan yg aku rasai namun berkat sokongan keluarga .suami n pakar ong yg merawat,ku lupakan semua penderitaan ku walaupun tidak dpt memperolehi zuriat, ovariku sudah rosak,pakai beg stoma pun sudah masuk bulan ke9.insyaallah lg 1 bulan, aku kene jalani satu lg operasi utk masukkn kembali usus ku ke dlm perut. aku redha atas ketetapan n tiap rezeki n ujian yg diberikan olehNya. namun hanya sedih sedikit kerana ada org yg masih tidak simpati utk mengatakan ‘ maaf n puan bersabar atas ujian ini kerana tinggi manapun ilmu n kepakaran kami,belum dapat
melawan ketetapan Ilahi.’namun sebaliknya mengatakan kami telah buat beratus ribu ivf n ini barulah satu kegagalan yg boleh terjadi. tetapi adakah mereka tahu aku ini seorg manusia yg sgt berharapkehadiran anak kecil yg melalui hari duka dengan menanggung kesakitan ,menanggung kerosakan organ badan, membawa beg najis setiap masa, menanggung sakit tiap kali dtg bulan setlh operasi, operasi besar sebanyak 3 kali. aku xperlukan jawapan angkuh seorg ilmuan,tp hanyalah kata nasihat n motivasi seorg manusia ke manusia yg memerlukan.semoga tiap ujian n memberikan aku hikmah yg besar buatku sekeluarga.
assalam semua..
saya memahami s
Assalam semua..
saya sgt2 memahami penantian yg kita semua harapkan.. alhamdulillah, selepas 8 thn kami dikurniakan seorang putera.. dahulu saya juga menghidapi endeometriosis cuma tidak smpai ke procedure icsi krn kos nya yg mahal..
skrg slps 8 thn alhamdulillah saya sedang hamil 3 bulan.. kali ni saya mencuba product (bkn nak promote ye sbb saya pn bukan agen/penjual), cuma krn asbabnya dan dgn izin Allah jua maka alhamdulillah saya berjaya hamil (doakan kndungan saya dan semoga selamat melahirkan nnt).
product yg saya gunakan ialah FURMON (ubat sapu dibhgn rahim, pada mulanya saya juga ragu2 tp saya tekadkn hati utk mencuba. Product ini halal dan yg penting ada kelulusan dr KKM. Cubalah google atau cari di fb ye Atau wasap dealer dia ye : 012 3771068).