PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Artikal asal di ambil dari sini

Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Diantara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan ,kemandulan dan keguguran yang mungkin berulangkali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti perdarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luarbiasa dimana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar “endometrium” telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman kuman bacteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?

Biasanya tempat2 diluar rahim dimana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang kala di tempat tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar “Adenomyosis”.

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Diantaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini dibawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan dikalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi IQnya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ‘ovarian cysts’ atau “chocolate cysts” kerana mengandongi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .

Apakah tanda tanda atau gangguan?

Tanda yang paling utama sekali dikalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahajai, tetapi jika keadaan dimana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadangkala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada diperingkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar dikalangan pengidap pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandong, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan. Diantaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telor menyebabkan ia tidak boleh keluar benih. Kedua mungkin kerosakan saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor. Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telor atau embryo. Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan gangguan hormon yang biasany mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.

Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur diperingkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan keracunan yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadangkala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-ulangkali.

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.

Pengesahan penyakit endometrisis.

Daripada tanda tanda tersebut kita sering mengesyaki mengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doctor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telor.

Rawatan penyakit endometriosis

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

Pembedahan untuk membuang endometriosis.

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebihkurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau laser pada bahagian bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat ubat sering juga dilakukan. Dipasaran terdapat banyak ubat ubat hormon yang digunakan diantaranya hormon hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang?

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat terok. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemunkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemunkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang. Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan saperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy)

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telor telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Disamping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telor. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh dimana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul dibelakang rahim dan di kilang telor. Ada setengah pakar pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Khasiat rebusan asam gelugur

ADA wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.

Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.

Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

l HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

l Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

sumber: Utusan Malaysia – Kesihatan




Cerita ICSI

4-8 March 2007 – Aku berkursus diLangkawi. Semua juruadit termasuk Pengarah pun berkursus sama. Sambil berkursus, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk bershopping, kecuali aku. Aku cuma beli beberapa jenis coklat, yang cukup untuk makan sendiri sahaja, sbbnya aku nak berjimat.

9/3/2007- Bercuti sbb still penat balik dari Langkawi. Tapi aku pergi juga ke ke HUKM untuk membeli ubat. Memang aku tau harga ubat tuh mahal. Sekali tengok kertas tuh

RM3120.00 untuk ubat selama 8 hari. Sabo jer lah, menggeletar tangan mengeluarkan kad kredit tuh. Dan semua ubat tuh terus di masukkan ke dalam peti sejuk.

18/3/2007 – Hari pertama period. Kena di rumah Jun, di Putrajaya. Balik rumah, mlm tuh buat pertama kalinya perut aku disuntik oleh my hubby dengan ubat yang dinamakan Puregon, menggunakan sejenis jarum khas yang dinamakan Puregon Pen. Setiap suntikan adalah sebanyak 300 iu dan berharga RM390.00.

26/3/2007 – Hari ke 9 period, bermakna telah 8 kali disuntik dan semua bekalan ubat telah habis. Pergi ke HUKM untuk scan telur. Lepas scan, kena ambil ubat tuh lagi, dan ditambah dengan satu jenis ubat lagi yang dinamakan Orgalutron. Setiap satu suntikan Orgalutron ini berharga RM150.

28/3/2007 – Sekali lagi scan di HUKM. Kali ini aku dibagitau yang telur aku ada sebanyak 19 biji. Aku dikehendaki menjalani procedure mengeluarkan telur atau ringkasnya OR pada hari sabtu 31/3/2007, yang juga merupakan hari ulangtahun ke 6 perkahwinan aku.

29/3/2007 – Hari yang paling kalut. 2 hari lagi hendak menjalani procedure ini, aku baru dibertahu bahawa Syarikat aku tidak menbayar untuk rawatan IVF/ICSI. Kalau IUI, buatlah berapa kali pun boleh buat tuntutan perubatan. Terduduk sekejab aku. Mula2 my hubby dah give up. Tapi kami berbincang balik. Jengok2 dlm semua akuan simpanan termasuk Tabung Haji. Adalah sikit walaupun tak cukup, tawakal jer lah. Pukul 6.30 pergi ke Klinik Khalil dekat rumah untuk suntikan Puregon dan Orgulatron yang terakhir. Oleh kerana kena suntik tepat pukul 6.30 so pergilah ke klinik tuh sebab my hubby tersekat dalam jem. Pukul 10 pula pergi ke Klinik dekat2 Batu Caves, klinik 24 jam, melayu yang terhampir, untuk disuntik dengan 100 IU HCG pula.

30/3/2007 – Tiada lagi sebarang suntikan. Bermula dari pukul 12. tgh mlm, mula berpuasa untuk procedur esok pagi.

31/3/2007 – Pukul 7.30 dah masuk ward di Pusat Pakar, UKM, Tingkat 7. Lepas bertukar uniform berwarna ungu, nurse datang pasang jarum dan masukkan ubat sikit. Pukul 9, aku ditolak ke Unit MAC, sebab procedure tuh sepatutnya pukul 9.30. Tapi Doktor pun datang pukul 10.30. Lepas tuh bila masuk dalam bilik tuh, yang aku ingat, nurse tuh cakap, kalau mengantuk tidurlah. Nurse tuh tambah 2 picagari lagi ubat kepada jarum ditangan aku. Dan memang aku tidur, tak tahu apa yang berlaku. Mcm dengar2 juga Doktor dan Nurse bercakap2 tapi aku lebih selesa melayan ngantukku. Pukul berapa tah, seorang nurse tuh kejutkan aku, dan pimpin aku ke bilik sebelah, dimana ada ada 4 katil untuk berehat lagi. Tengah sedap bermimpi aku dikejutkan oleh 2 orang attendent yang sudah bersiap sedia dengan kerusi roda untuk menghantar aku semula ke Tingkat 7. Pukul 2.30, aku dibenarkan keluar, selepas semua bayaran untuk rawatan, ward dan ubat telah dijelaskan. Perut aku sakitnya Ya Rabbi. Agaknya org lepas keguguran mcm nih lah sakitnya kut.

3/4/2007 – Pukul 9.30 dah sampai HUKM, walaupun janjinya pukul 10.30. Pukul 11 baru aku dipanggil untuk tukar uniform warna ungu. Lepas tuh aku menunggu lagi di bilik yang ada 4 katil tuh. Pukul 11.45 aku diarahkan ke bilik procedure. Embriologist tuh cakap, duduk dulu, nanti kita pilih embrio mana yang nak dimasukkan. Then my hubby pun dipanggil untuk berdiri di pintu. Kami semua di tayangkan dengan 8 embrio yang mcm kelopak bunga. Dan Embrologist tuh mengatakan dari 8 tuh, yang paling baik 4 sahaja. Biasa kita masukkan 3 jer, tapi kalau masuk 3, yang satu nih membazir pulak. Nak bekukan pun takut tak berbaloi, so masukkan semua 4 yang terbaik. Kami ikut jer apa yang Embrologist dan Prof Dok. tuh cakap yang terbaik. Pukul 12 tepat procedur tuh selesai. Nurse tuh kata berehat disini sampai pukul 2. Pukul 12.30 embrologist duduk sebelah katil aku dan bercerita dan bagi nasihat apa2 yang patut, dan jawap segala pertanyaan aku. Last sekali, sebelum beredar baru dia cakap, saya Dr Ong Embriologist.

Ini lah rupa bentuk 8 Embryo yang ditunjukkan kepada kami, dimana 4 daripadanya telah dimasukkan ke dalam rahimku. (Gambar dari laman baiboo minggu ke 3)

Pukul 2, aku dibawa balik ke bilik sebelah. Selepas bersalin semula kepada pakaianku, kami mengambil ubat dan menjelaskan segala bayaran. Lepas tuh boleh pulang. Secara ringkas bayaran untuk ubat dan procedure ICSI yang telah aku jalani adalah seperti berikut :

Item
RM/Perunit
Unit diperlukan
Jumlah RM
Puregon (Ubat)
390
12
4,680.00
Orgalutron (Ubat)
150
4
600.00
HCG (Ubat)
35
8
280.00
Dupaston (Ubat)
25
4
100.00
Cuinone (Ubat)
20
20
400.00
Deposit IVF
1,000.00
Oocyte Retvieval
2,500.00
Ward
199.50
Lab Services (weekend)
750.00
Embryo Tranfer
1,500.00
Jumlah keseluruhan
12,009.50

Hmm RM12 ribu lebih jer ;). Patutlah ramai yang mohon dari Tengku Azizan Fertility Fund (TAFF). Tapi teringat apa Prof tuh cakap masa mula2 dulu, untunglah kalau Syarikat sanggup bayar, tapi sebab zuriat kita, seelok2nya kita bayar sendiri. Nampaknya memang kena bayar sendiri juga akhirnya.

3- 6 April 2007 – Aku diberi MC untuk berehat dirumah. Yang utamanya pinggang aku benar2 sakit, tak boleh duduk lama dan tak boleh membongkok. 2 minggu aku kena solat duduk. Tapi hari rabu 4/4/2007 tuh aku keluar juga, ke Tabung Haji untuk mengosongkan semua RM dalam akaun tersebut. Dan di pindahkan ke Bank Islam, senang nak keluarkan cek/tranfer bagi membayar segala hutang kad kredit. Selepas semua procedure tersebut selesai, aku cuma perlu makan ubat dan juga di suntik dengan HCG setiap hari selasa dan Jumaat selama 2 minggu. Selain daripada itu, hanya berserah dan berdoa semoga segala usaha yang telah dilakukan mendatangkan hasil.

Untuk maklumat lanjut tentang rawatan kesuburan sila ke http://www.fertilityjourney.com.my/