Berhati-hati membeli barang di TESCO

Anda biasa melihat 3 logo di atas? Anda biasa membeli barangan dengan logo berkenaan?

Selama ini saya hanya sedar kewujudan 2 logo yang pertama sahaja. Tesco Value adalah barang keperluan asas dengan harga yang paling murah. Manakala logo kedua mempunyai kualiti product yang sama seperti barangan berjenama cuma dengan harga yang lebih murah

Logo ke 3 tidak pernah saya lihat atau tahu kewujudannya, hinggalah saya sendiri terkena. Oleh kerana SOGO hampir dengan pejabat, saya telah melihat barangan yang ingin dibeli di SOGO. Harga yang ditawarkan adalah RM79.90. Seperti biasa, orang perempuan suka membandingkan harga.  Bila saya melihat barang yang sama dengan harga RM39.90 di rak di TESCO Extra Selayang, saya terus sahaja mengambilnya.  Semasa membayar dengan kad kredit saya jumlah yang terlalu mahal untuk semua barang yang dibeli.  Juruwang berkenaan memberitahu ada kesilapan pada barang lain yang saya  dan beliau sedang memanggil pegawai yang bertugas untuk membetulkan kesilapan berkenaan.  Selepas tuh, juruwang terus sahaja charge pada kad kredit saya,  namun jumlah selepas dibetulkan hanya berkurang RM10 sahaja daripada jumlah yang sebelumnya.  Bila saya komen beliau menyuruh saya pergi ke ‘Customer Service’.

Bila saya melihat senarai harga semua pembelian saya, barang yang saya beli denga jenama TESCO berkenaan berjumlah RM99.90.  Saya benar-benar tidak puas hati kerana terasa tertipu.  Saya berhasrat memulangkan semula dan membatalkan pembelian berkenaan.  Namun dimaklumkan, jika pembelian saya kurang daripada RM50 mereka boleh mengambalikannya. Oleh kerana barang yang saya beli berjumlah hampir 100, saya perlu membeli barang lain yang berjumlah Rm50 lebih dan mereka hanya mengembalikan RM50 kepada saya.

Sebagai pengajaran, berhati-hati dengan jenama TESCO dan sila scan dahulu bilamana anda jumpa scanner harga tersebut.




5 Responses to “Berhati-hati membeli barang di TESCO”

  • kartiny norlin:

    ~btul2 cik PA sokong..cik PA pn penah kne..hrge pamer lain ngn harga di bayar..pihak TESCO kne pantau..pengguna rase tertipu dan ditipu~

  • SHA:

    XPAHAM CERITA AWK NI…SILA BAIKI PENGGUNANN AYAT TU YER..I DONT GET YOUR STORY…

  • ummiadam:

    saya tertipu dgn harga yg Tesco tawarkan. Saya ingatkan product yang saya beli itu yang paling murah. End up yang paling mahal. Lebih mahal lagi berbanding product jenama terkenal kalau saya beli SOGO.

  • maya:

    Mak saya beli ayam di tesco, balik rumah nk ptong ayam bru perasan harga ayam tue lain dgn harga display. Tak puas hati aku gn mak pegi balik tesco, mmg byk songeh la depa, ckp bkn slah depa yang salah kita yang salah sbb tk check awl2 msa bayar. Saya dgn geram ckpla, msalah ne terang2 harga salah knapa salah cust lak. last2 skali dia refund balik duit pastu dia timbang ayam tue dgn harga yg btul. Puas hati, saya mmg bertekak sbb duit yg refund tue dkt RM30. bayangkn blh jgak beli brg lain dgn duit yg sebanyak tue, nasihat saya jgn biar dorang je btol, sbb kita pengguna kena bijak, bgtahu knpa kita dtg tanya, msti ada benda tk kena. kalau tk, tk mau dduk dpn cust service tue. buang masa ja. Ne dkt tesco Taiping

  • Haliya:

    Utk elakkan masalah ni, biasa, sya akn scan harga dulu sebelum bli. Kadang2 tesco kena ikut rule company tak boleh suka2 refund ajer. Klo ada reason yg baik, baru mereka accept. Tapi, yg akhirnya mereka pun ada refund kan? Jika semua org pun suka2 minta refund, Tesco ni tak payah buat business lagi.

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog