Bagan Lalang

25/12/2009

Hari khamis lepas pejabatku mengadakan makan malam untuk Unit, di Bagan Lalang.

Antara agendanya adalah :

  • Meraikan besday boys girls
  • Exchange gift
  • Lucky draw
  • Games

Bagi orang lain, selepas habis agenda, semua orang pulang ke sarang masing-masing. Kami pula telah menyewa Chalet Persatuan Nelayan Kawasan Sepang untuk bermalam. Harga yang ditawarkan adalah RM90 untuk weekday dan RM110 untuk weekend dan public holiday.

Dari segi tempat penginapan, yang mengadap terus ke laut, rasanya inilah tempat yang terbaik, berbanding tempat lain seperti Hotel Seri Malaysia ataupun Pusat Latihan LKIM.

Walau bagaimanapun, dari segi tempat makan seafood, suasana dan rasa, jika diberi pilihan atau markah, jawapan saya adalah:

  1. Muara Ikan Bakar, Tangjung Harapan, Pelabuhan Kelang
  2. Medan Ikan Bakar, Umbai, Melaka
  3. Bagan Lalang.

Yang dibawah ini adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan.

Penceramah dan facilitator Kursus HRMIS -Modul Perisytiharan Harta

Pada 21/7, 22/7, 28/7 dan 29/7 telah di adakan Kursus HRMIS- Modul Peristiharan Harta di Bilik Latihan MIS tingkat 6. 3 Hari yang pertama aku bertindak sebagai facilitator sahaja, namun pada petang 29/7 aku terpaksa mengajar kerana trainer yang sepatutnya ada interview untuk kenaikan pangkat.

Seterusnya pula untuk bulan Ogos, training dijalankan pada 4, 5,6, 18 dan juga 19 hb. Pada 4/8 sekali lagi aku kena menjadi penceramah. Kali ini sepanjang hari. Cuak jugak aku, apatah lagi diwaktu pagi server latihan ada bermacam-macam masalah.

Komen utama dari Juri awam yang bukan profesional, kata-kata aku kurang tegas dan meyakinkan,
dan aku gagal menyembunyikan kerisauan aku. Perlukan banyak latihan lagi.
Yang utama aku gagal mempraktikkan apa yang telah dipelajari masa kursus Pengucapan Awam,
iaitu mengeluarkan suara dari perut dan bukan dari kerongkong.

My besday celeberation

Pagi tadi, cawangan buat jamuan pot-luck untuk menyambut Ramadhan. Jamuan utama nasi lemak, nasi impit dan juga sandwich.

Petang pula adalah sambutan Unit HRMIS untuk staff yang lahir bulan 7 dan juga majlis perpisahan untuk staff yang dapat tetap dan akan bertukar ke MRSM Gemencheh.

Inilah dia gambar yang diambil sepanjang hari ini

Birthday dan Fareware Lunch At Tuttie Frutie, Maju Junction

Hari Rabu, 10 Jun diadakan satu Jamuan Untuk Unit HRMIS.
Tujuan Utama adalah majlis perpisahan kepada Otai HRMIS, yang akan berpindah ke MIS di Tingkat 7. Dah 5 tahun dia di Unit ini, tibalah masa untuk bertukar angin pula.
Selain daripada itu, jamuan juga untuk meraikan 2 orang staff yang menyambut besday pada bulan Jun ini.

So ini lah kami, seramai 17 orang:

mesyuarat

Petang ini diadakan mesyuarat antara unit aku dgn unit pengisytiharan harta, sebagai lanjutan dari kursus pengisytiharan harta yang diadakan pada 5/2 nan lalu. Pengerusinya adalah Timbalan Pengarah yang bertanggungjawap tentang pengistiharan harta dan tatatertib.
Hasil perbincangan dipersetujui:

  1. By 15/3 – pekeliling tentang perlaksanaan telah dikeluarkan
  2. By 31/3 – kursus kepada jaguh telah dilaksanakan.
  3. Mulai 1/4 – perlasanaan di ibu pejabat dimulakan.
  4. Mulai 1/8 – perlaksanaan di negeri-negeri.

Perlaksanaan dinegeri bermakna akan ada orang (mungkin aku juga) yang perlu outstation.

Lastly Pengerusi round the table, kalau2 ada siapa yang nak komen. Aku diam jer, sampai diperli, kononnya aku hanya tahu bercakap dengan komputer sahaja. Siapa aku nak komen. Kalau dah level TP pun dah agree modus operandi inilah yang terbaik. Mula2 train jaguh dahulu, lepas tuh turun ke pusat2 untuk buat demo sambil menekankan tentang perlunya pengisytiharan harta ini. Mau tak mau aku terpaksa akur dengan apa yang dipesan oleh kawan2ku dahulu. Minda orang kerja sektor awam tidak sama dengan sektor swasta. Polisi dan procedurenya berbeza, dan inilah yang belum aku hayati lagi.

Ni baru satu modul. Modul LPP belum bermesyuarat lagi. Dan modul cuti pun banyak pusat pentadbiran yang belum pernah dengar lagi.

Aku senyum jer. Cuba dulu, lepas tuh barulah dengar keluhannya, sampai kemana mampu mencapai target yang diimpikan. Aim high to reach the sky.

2 family day di satu weekend

Penat. Satu perkataan untuk menggambarkan apa yang ayah, ibu dan Adam rasa. Mana tidaknya 2 Family Day satu weekend. Hari sabtu Adalah Majlis Penutup Karnival Sukan Heitech 2008 di Taman Tasik Titiwangsa. Hari ahad pula adalah family day Bahagian Sumber Manusia tempat ibu Adam bekerja di Wet world, Shah Alam. Walau apapun namanya, aktivitinya lebih kurang sama, pendaftaran, sarapan, senaman pagi, sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah, hadiah makan tengahari dan akhirnya aktiviti bebas.

Continue reading “2 family day di satu weekend”

Perancangan yang penuh kejutan dan dugaan.

Sepanjang 2 minggu nih terlalu banyak betul kejutan yang benar-benar menguji kesabaran dan kekuatanku. Bermula dengan pagi Isnin 10/11/2008. Ada seorang adik tuh bagitau “Kak E, Kak Z, Kak M EL sebab anak dia sakit”. Satu statement yang pada mulanya aku anggap biasa, rupanya terlalu luar biasa bila kak E kata, ” Z, since M tak boleh gi Kuantan, u lah yang kena pergi ikut I, minta diorang tolong arrange flight u besok”. Hah Kuantan? 4 hari 3 malam, aduhai. Rasanya penat balik dari Melaka hujung bulan Oct dan Kuala Lipis pada 3/11 pun belum hilang lagi.

Dalam salah satu taklimat, semasa sesi soal jawap, kami ditanya oleh seorang peserta dengan soalan ‘killer’ dengan nada yang benar-benar menguji kesabaran. Nasib baik tugas aku haritu, cuma menjaga mouse dan keyboard sahaja. Tak dapat aku bayangkan kalau microphone itu aku yang pegang dan aku yang sedang berdiri di sana. Syukur sebab selama aku bagi taklimat, belum pernah dihujani dengan soalan-soalan killer seperti ini. Nasib baik penceramah cukup pandai menangani individu dan permasalahan tersebut.

Minggu ke 3 bulan Nov. Pagi isnin, pukul 8.30 pagi, aku diarahkan untuk bagi breafing yang akan di adakan pukul 10 pagi. Really a short notice. Sabar ajer lah. Teringat pada kata2 seorang kakak di MMSCB dulu, Que Shera Shera, What ever will be, will be.

Hari selasa dan rabu, diadakan kursus di Hotel area Chow Kit. Aku sebagai facilitator. Memang ada bilik untuk aku tidur dan berehat, tapi aku memilih untuk balik rumah. Cukuplah minggu lepas aku meninggalkan suami dan anak. Pagi selasa, masuk-masuk aku ke dalam kelas, aduh semput nafas aku. 30 orang berhimpit-himpit dalam kelas itu. Dengan wayer computer, network dan extention yang berselirat, air cond pula tidak berapa kuat. 2 switches diletakkan dibawah kerusi peserta yang didepan sekali. Berapa kali network tercabut sebab tertendang. Lepas lunch, beberapa kali seluruh PC termasuk server latihan tersebut asyik black-out. Tak cukup dengan computer, bilik kuliah tersebut juga beberapa kali bergelap. Akhirnya penyelaras kursus membuat keputusan kursus petang ini ditangguhkan dan akan bergabung dengan peserta kursus keesokkan harinya.

Pagi rabu, bilik kuliah telah agak besar. Peserta ada 20 orang sahaja. Semuanya berjalan lancar. Pukul 10 pagi penyelaras bagitau petang nih ada vendor lain yang akan pasang computer. Lepas lunch, kelihatan 30 extra PC, tapi bila nak digunakan baru perasan yang tiada network ke server. Demi mencapai hasrat untuk menimba ilmu baru, semua peserta ini berhimpit2. 50 orang lebih berkongsi 20 PC. Dengan segala kesukaran, kursus berjaya juga dijalankan. Sebenarnya pukul 4 petang vendor pertama berjaya mendapatkan 2 switches dan network cable, tapi apalah gunanya nak setup, kalau kursus dah hampir berakhir.

Hasil perbincangan aku dengan penyelaras, hotel sales manager, pembekal-pembekal computer, inilah kesimpulannya yang perlu diambil perhatian supaya perkara yang sama tidak berulang.

  1. Power di hotel. Dalam bilik cuma ada satu punca kuasa, yang menyebabkan semua PC tersebut disambungkan dengan extention sahaja, Ini menyebabkan overflow hingga berlaku black-out.
  2. Vendor yang pertama adalah 2 orang practical trainee, tanpa ada seorang pun pekerja senior yang penjadi pakar rujuk dalam pemasangan (wireing).
  3. Pihak hotel/vendor tidak menyediakan UPS.
  4. Miss communication dengan vendor kedua, bahawa bukan sahaja computer diperlukan, tetapi juga switches dan juga cable network.

    Apa pun semua ini akan teringat difikiran ku. Walaupun biasanya aku hanya facilitator sahaja, tetapi sebagai orang yang ada pengetahuan IT, mau tak mahu, selepas ini aku wajib pastikan perkara seperti ini tidak lagi berulang.

Jadual tugasan luar

Dah berapa hari, kerja aku untuk mengesahkan jadual lawatan ke pusat-pusat Pentadbiran. Call pusat-pusat yang berkenaan, sudi tak menerima kami pada tarikh yang telah ditetapkan. Kami dah ada jadual kami sendiri, mengikut route yang cantik, supaya tidak perlu pergi ke tempat yang berhampiran berulang kali. Dan hasilnya, untuk aku sendiri adalah seperti berikut:

08/10/2008 – Kuala Lipis, Pahang
14/10/2008 – Alor Star, Kedah
15/10/2008 – Kuala Nerang, Kedah
21/10/2008 – Seremban, Negeri Sembilan
28/10/2008 – Jasin, Melaka
29/10/2008 – Bandar Melaka
30/10/2008 – Muar Johor

Aduh, setiap minggu aku perlu keluar, (walaupun ada yang tidak perlu bermalam, seperti di Kuala Lipis dan juga Seremban). Sabar jer lah. Terasa juga tidak adilnya, tapi apakah daya, ‘Saya yang menurut perintah’. Tapi cuma bulan 10 sahaja, dan bulan 11 dan bulan 12 aku dikecualikan dari keluar. Aku tak kisah walaupun nama aku tidak naik untuk ke Sabah. Tiada hati yang terluka, sebab dari Perlis hingga ke Sabah, telah kujejaki. Kalau dulu aku cukup seronok bila kena tugas luar. Seronok dapat tengok tempat2 baru dan juga shopping benda-benda yang menjadi identiti di sesuatu tempat. Walau bagaimanapun, selepas bergelar seorang ibu, priority aku telah berubah. Jika boleh tak mahu ada tugas luar langsung. Namun tuntutan tugas tak mampu dielak. Dulu dah pernah aku tulis surat minta tukar bahagian. Dapatlah transfer 3 bulan setengah jer. Atas nama ‘Demi kepentingan organisasi’ aku ditukarkan bahagian sekali lagi, kerana sistem nih dulu aku yang buat. So sekarang aku yang mengajar pengguna lain. Akhirnya aku akur, aku telah ditakdirkan untuk selalu ada tugas luar. Mujur aku ada suami yang cukup penyanyang dan bertangungjawap, sanggup menjaga Adam sendirian bila mana panggilan tugas memaksaku meninggalkan rumah di waktu malam.

Induksi – ILHAM Resort PD

9/9/2006 – Induksi hari pertama Mula2 biasalah Ice breaking. Then mula kerja berkumpulan. Buat bendera, cipta lagu dan tarian kumpulan. Dan juga sediakan bakul telur menggunakan 30 batang straw dimana telur tersebut tidak akan pecah jika di baling dari ke tinggian 7”. 8 group telur telah dah pecah berderai. Satu group jer yang tak pecah langsung. Group kami tidak pecah sebenarnya, tapi bila straw itu di gunting, telur tersebut retak sedikit, so disqualify jugak.

10/9/2006 – 19/10/2006 Taklimat, ceramah, tugasan individu dan juga tugasan kumpulan. Ada juga break, lelaki main volley pantai. Then ada sekali tuh buat Jungle trekking.

19/09/2006 8.30 – Malam penutup –BBQ di tepi kolam mandi. Konsep klasik dan tradisional.

Kedatangan VIP diiringi dengan lagu Tari Tualang 3 dan pantun yang begitu indah bahasanya.

Sambil makan – disajikan dengan slide show semua aktiviti yang telah diadakan sepanjang kursus induksi tersebut.

Persembahan dimulakan dengan seorang hulubalang, diiringi 3 orang dayang membawa lilin mengadap Datuk Bendahara. Setelah Datuk Bendahara izinkan, barulah persembahan bermula.

Persembahan pertama – Dikir Barat, lagu kemerdekaan dan kemudian lagu khas Induksi. Sempat juga diselitkan nak minta cuti hari jumaat 22/9/2006 tu nanti.

Persembahan kedua – Koir- Lagu Seiring dan Sejalan, dan juga lagu Gelang Si Paku Gelang.

Lepas tuh barulah Ucapan Penghulu dan juga VIP.

Penyampaian Sijil, hadiah dan cenderamata

Sebelum penutup diadakan Tarian Pocoo- pocoo yang baru dipelajari masa di BTN.

Akhir sekali, dipasang lagu ‘Maafkan kami’ Suara P-Ramlee and the geng, tapi pada screen ada animasi kartun yang cukup cantik.

Ish macam tak percaya. Dengan masa yang cukup suntuk dan latihan yang terhad, kami mampu menghasilkan satu majlis yang cukup meriah.

20/09/2006 Satu-satunya hari yang diperuntukkan untuk mengulangkaji. Tak mampu rasanya nak baca buku-buku yang menimbun itu. Nota2 penceramah yang telah di print pun tak sempat nak baca. So the best option, buat study group.

21/09/2006Hari Terakhir Exam start pukul 9. Tapi pukul 7.30 kami dah turun. Breakfast then express review ditepi kolam mandi. 1st paper objektif. 40 soalan dalam masa 40 minit. Rehat kejab, then mula essei. Jawap 4 dari 8 soalan. Hmm Boleh tahan. Kebanyakkan dari contoh jawapan yang sedia ada, keluar soalan dalam exam tersebut. Sapa yang hafal skima , 30 minit dah boleh keluar. Tapi sbb aku tak hafal sangat, just faham jer so kenalah menggoreng sikit. Ala kadar asal cukup makan.

Lepas exam balik bilik kemas. AJK berjaya mendapatkan bas khas untuk balik ke KL. Tapi suamiku kata dah on the way nak jemput. Dan sampai Seremban pun. So lepas lunch, kami semua berpisah dengan perasaan yang bercampur baur. Sedih sbb bakal berpisah dengan kawan-kawan yang hampir 3 minggu hidup bersama. Happy sebab kursus nan panjang telah berakhir dan juga akan jumpa keluarga yang sekian lama ditinggalkan.

Kami sampai rumah lebih kurang pukul 4 petang.

Kursus Kenegaraan – Kem Bina Negara, Meru, Klang

4/9/2006 – BTN hari pertama

2.00 PM– Bertolak ke kem BTN Meru di Puncak Alam. Ish baru 2 tahun tinggalkan Shah Alam dah boleh sesat. Sejak ada Guthrie Highway nih jalan lama Shah Alam Sg Buluh tuh dah berubah. Setelah 2 kali buat u turn barulah jumpa jalan yang sebenarnya.

3.30 PM – Dah masuk dorm. Aku set mind worst expectation. Rupanya andaianku salah belaka. Bilik dorm tuh ada 10 katil 2 tingkat so boleh memuatkan 20 org, tapi 10 org jer 1 bilik. Siapa yang biasa masuk SBP, kira lebih kuranglah tuh. Bilik aku 2 org cikgu dari Puchong, sorang akak dari JKR Sabah, yang lain semua dari sykt yang sama dengan aku dari seluruh malaysia.

4.40 PM- Minum petang . Eh lepas minum piring dan cawan kena cuci sendiri yer dan lap bersih2. Nasib baik laki aku dah pesan tentang kemungkinan tuh, so aku taklah terkejut sangat.

6.00 PM–. Dinner. Ish garangnya ketua jurulatih nih. Siap dia boleh kata kami nih semua ‘bising macam langau’. Pulak tuh ramai yang lewat. Heheh biasalah kem. Sure disiplin macam askar

7.20 PM– Surau. Solat maghrib berjemaah, then tazkirah. Akhir sekali solat isyak.

9.00 PM– Taklimat agenda dan peraturan kursus

11.45 PM– Habis taklimat. Kena berkawat untuk ke dewan makan untuk supper. Kelakarnya rasa kawat pakai baju kurung

12.15 PM– Basuh baju sikit, then tidur

5/9/2006 – BTN hari ke 2

5.00 AM Dah bangun tidur, mandi dan bersiap-siap ke surau untuk solat dan kuliah subuh.

6.45 AM Berkumpul di padang untuk nyani lagu Negaraku sambil naikkan bendera, then belajar kawat mudah. Then barulah kawat utk sarapan.

8.30 – 4.30 Taklimat kenegaraan

5.15 PM Kena berlari sejauh 2 km. Keluar dari kem biasa keliling Taman Tasik Titiwangsa, tanah rata, ok lah..nih kena turun naik bukit.. Aduhhhhh.

Then gi makan malam, surau dan sambung taklimat lagi. Pukul 12 tgh malam baru tidur

6/9/2006 & 7/9/2006 – BTN hari ke 3 & ke 4

Hari nih dah tak der taklimat. Cuma ada sesi Latihan dalam Kumpulan. Bestnya dapat group dan fasilatator yang ngam dan sporting sangat.

Ptg hari ke 3 tuh kena turun menara guna Railing. Mula2 takut dan gayat. Lama2 seronok pula. Eh dah sampai bawah. Rasa macam nak buat sekali lagi jer.

Lagi seronok, pagi ke 4 tuh belajar pocoo-pocoo. OOO nih rupanya yang orang selalu buat di Taman Tasik Titiwangsa tuh. Nak kata aerobik pun bukan, tapi best jugak dan berpeluh habis. Nanti weekend boleh join kat sana, since dah pandai.

8/9/2006 – BTN hari ke 5

8.30 AM – Ish tua-tua nih nak exam, pelik rasanya. Pulak tuh masa study punyalah limit. Nasib baik objektif jer, so boleh lah pakai main dadu.

10.00 AM – Kembara masuk hutan dan lalu halangan. Mula2 merangkak bawah pagar berduri, then merangkak antara 2 titi (mcm 4X4 gitu). Then lalu jambatan tali dan last sekali lalu spider web.

12.00 PM– Majlis penutup. Memang semua orang penat giler. Tapi semua orang tersenyum puas. Seronok sangat sebab berjaya menghadapi halangan.

Lepas makan tengahari dan solat Jumaat, kami bertolak ke Ilham Resort di Port Dickson.