Tahun 2010 baru 2 minggu bermula, namun cabarannya begitu kuat terasa. Semua orang diuji dan ada cabarannya yang tersendiri.
1. Office. Beberapa tugasan yang mencabar telah tercatat dlm SKT ku. Ada yang menjadi tugasku individu, ada juga yang aku tugasan kumpulan di mana aku yang lead, mengarah dan memantau. Bagi aku kedua2 tugasan ini agak mustahil. Mustahil bukan kerana tak dapat dilaksanakan, tetapi jumlah yang perlu disiapkan dengan target date yang begitu singkat. Kekangan utama, selain dari masa dan bilangan yang banyak, adalah masalah talian internet .
2. Masalah Kesihatan. Semenjak hari sabtu minggu lepas, pinggangku begitu sakit. Agaknya berpunca dari kasut yang ku pakai dan perjalanan jauh semasa kursus pada 4/1/2010. Tenghari rabu tuh, sebab dah tak tahan sangat, aku pergi berurut di Pusat Terapi di Pertama Kompleks. Pusat ini di miliki oleh orang buta yang menggunakan kaedah rawatan gabungan traditional melayu dan china. Untuk rawatan pinggang ku, adik tuh cuma menekan otot2 di belakangku. Katanya bermula dari leher hingga ke hujung tumit, semuanya terlalu tegang, sebab itulah sakit. Lepas sekali berurut barulah agak lega sedikit. Mungkin perlu diulangi lagi minggu depan.
3. Masalah keluarga. Di masa yang sama, my hubby juga sedang menghadapi cabaran yang maha hebat dipejabatnya. Bermula dari minggu lepas juga, setiap hari termasuk hari sabtu dan ahad, dia terpaksa balik lewat malam untuk menyiapkan report bagi project penting negara. Betul2 lewat hingga pukul 12 malam baru sampai rumah. Sedangkan Adam memang ‘anak ayah’. Bila tiada ayah memang agak susah sikit untuk dia tidur awal. Masalahnya makin mencabar minggu ini bila HP Blackberry nya pula rosak dan external hardisk yang menyimpan segala khazanah berharga tentang project berkenaan hilang. Aku berharap dia tertinggal di bilik mesyuarat dan ada rakan sekumpulan yang tolong mengambilnya.
Adam pula menghadapi masalah kesihatannya. Semenjak belum Krismas lagi dia batuk dengan agak teruk. Dah 3 kali pergi klinik tetapi tidak juga sembuh. Hampir2 kami membawanya ke DSH utk berjumpa Dr Azizi nya bila terfikir, kalau pergi sana sure dapat ubat Promethazine dan Clarityne. Aku cuba bertanya di klinik panel di bawah pejabat. Alhamdulillah 2 hari lepas makan ubat tuh, batuk Adam yang begitu kuat dan keras tidak kedengaran lagi. Di sebabkan ubat, dengan Izin Allah jua.
4. Masalah peribadi. Dalam kekalutan, Computerized Unit Trust Exam (CUTE) aku pula telah dijadualkan pada 16/1/2009. Memang aku tak mengulangkaji langsung. Satu-satu nya masa yang aku gunakan untuk mengulangkaji adalah malam sebelum exam. Alhamdulillah aku telah lulus dengan jayanya. InsyaAllah tak lama lagi aku akan dapat lesen, maka jadilah aku Public Mutual Unit Trust Consultant dengan rasminya. Senarai prospeks customer telah di buat. Sekiranya anda orang yang bertuah, saya harap anda tidak melepaskan peluang keemasan untuk melabur yang akan memberikan pulangan yang menguntungkan di masa depan.
Antara kata-kata semangat yang memujuk aku adalah “Allah tidak akan menguji seseorang, melainkan dia tahu orang itu mampu menghadapinya. “Allah menguji, untuk menaikkan darjat hamba di sisi Nya”
Ujian ku telah hampir berakhir, tinggal yang dipejabat sahaja lagi. Semoga ujian suamiku juga akan cepat berakhir dengan jayanya kerana dia benar2 berjuang untuk Negara, agama dan bangsa.
Ya Allah, permudahkan urusan kami ..Amin..