Alhamdulillah..Allahu Akbar

Ada seorang yang cacat penglihatan, bekerja di bangunan sebelah pejabat saya ini. Sering kali juga saya terjumpa sewaktu sama-sama melintas jalan. Sekali, sewaktu memimpinnya melintas jalan, saya dimaklumkan bahawa beliau berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki komuter di Bank Negara

Hari Rabu, sewaktu saya naik eskelator untuk membeli makan tengahari di tingkat 1, saya ternampak  kakak nih, yang hendak turun di eskelator. Tidak jauh di belakangnya, saya terlihat ada rakan sekerja perempuan. Melihat akak buta nih nak turun eskelator, saya pun menjerit “Cepat, tolong dia, nanti dia jatuh”, seolah-olah akak buta tuh adalah anak kecil yang suka bermain tangga. Sebaliknya akak tuh terus sahaja berjalan dan naik atas eskalator tuh tanpa sebarang masalah, sama macam orang yang tidak buta.

Kagum seketika dengan pandangan yang mendebarkan dan penuh keinsafan. Bersyukur kerana tiada kejadian yang buruk berlaku kepada kakak berkenaan. Tetiba teringat lagu ini, yang dinyanyikan semasa pertandingan nasyid semasa matrikulasi.

Buta Mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan ‘amal dan bakti.

Timbul rasa keinsafan di dalam diri. Bersyukur kerana tidak buta mata, diizinkan Allah untuk melihat keindahan ciptaanNya.  Dan semoga Allah tidak butakan hatiku ini. Amin.

Agong dan Yang Maha Agong.

Semalam saya ke Putrajaya. Ada seminar Knowledge Management di Shangri-La Hotel. Dalam perjalanan pulang melalui NKVE, tetiba 2 motor polis berkuasa besar member isyarat untuk mengosongkan lorang di kanan sekali. Di cermin sisi kelihatan rombongan kenderaan yang saya agak pembesar Negara. Kereta  ke 2 tiada plate no, cuma ada plate berwarna kuning yang mengandungi JATA Negara. Kerete seterusnya, saya terlihat bertulisan ‘ISTANA NEGARA’. Saya andaikan di dalam salah satu kenderaan berkenaan adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Terdetik di hati ini, begitu sekali kita membesarkan dan memberi penghormatan kepada Pembesar Negara. Lalu bagaimana pula kita membesarkan Pencipta Alam ini, yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang ke pada sekelian hambaNya. Allahu Akbar.

 

Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok


2 tayar kereta dicuri orang

Tanggal 11/1/11 adalah tarikh yang cukup cantik.  Salah satu tarikh keramat yang takkan dilupakan dalam hidup ini. Saya dah siap nak pergi kerja bila. Masuk jer ke dalam kereta terus sahaja membuka steering lock dan menghidupkan kereta.  Dah masukkan gear R untuk reverse, hairannya kenapa kereta tidak mahu berundur. Mujur suami sedang reverse keretanya untuk menghantar anak ke Tadika. Meminta tolong suami untuk reverse pun tidak berhasil. Bila suami pergi ke depan untuk membuka hut kereta berkenaan, tetiba jer terdengar bunyi *poom* dan kereta tuh pun senget ke kiri. Baru disedari 2 biji tayar belah kiri telah tiada.

Aduhai, apalah malang diri ini. Tak sudah2 ditimpa bencana. Tahun lepas dengan 5x rumah dipecah masuk, awal tahun nih macam nih pula ceritanya. Kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan rasmi, kemudian menghantar Adam ke Tadika. Lewat betul dia sampai hari ini.

Sepatutnya selepas itu kami ke IPD Gombak untuk berjumpa dengan sarjan yang sama, semasa kehilangan kereta kancil dulu. Memikirkan 5 laporan sebelum ini pun tiada tindakan, kami telah hilang kepercayaan kepada polis.  Kami telah pergi ke kedai tayar untuk membeli 2 rim, namun dimaklumkan bahawa kedai tayar cuma menjual 4 rim sekaligus.

Sambil bersarapan, saya cuma menghubungi semua Pusat Service Perdua yang berhampiran Kepong dan Selayang. Semuanya memberikan jawapan yang sama, tiada stock,  kalau order pun minggu depan baru sampai.  Akhir sekali selepas satu panggilan telepon dan di sahkan bahawa rim berkenaan ada di HQ,  maka kami pun ke HQ Perodua di Rawang untuk membeli rim berkenaan.

Seorang kawan memberitahu tentang perlunya ‘Nut Lock‘ untuk mengelakkan kes kehilangan tayar seperti ini.  Maka kami pun membeli 2 set,  untuk mengelak kejadian yang sama berulang lagi,  samada kereta saya ataupun suami.  Selepas itu kami ke kedai tayar untuk membeli tayar dan membawa salah seorang dari mekanik dari kedai berkenaan untuk memasang tayar kereta saya.  Salah satu dari nut untuk tayar berkenaan adalah ‘nut lock‘.  Selepas itu kami kembali semula ke kedai berkenaan untuk membetulkan balance dan alignment tayar berkenaan.

Semasa tayar berkenaan di pasang,  seorang jiran maklumkan bahawa pada hari yang sama di Blok 1 ada juga sebuah MyVi Se yang kehilangan 2 tayar.  Bermakna malam berkenaan pencuri tuh telah dapat 4 biji tayar.  Hari sebelumnnya, sebuah Viva di block kami juga kehilangan 2 tayar.  Selain daripada itu, satu cermin kereta telah dipecahkan di block 5 pada hari yang sama saya kehilangan tayar.

Memikirkan semua kerugian yang telah dialami tahun lepas,  dan untuk mengelak lebih banyak kerugian di tahun ini, kami bersetuju untuk berpindah.  Lokasi pilihan kami adalah Bandar Sri Damansara kerana berhampiran dengan Tadika Adam dan melihatkan komunitinya yang ‘well educated‘ dan bukan lagi ‘3rd class mentality‘ seperti dikawasan perumahan kami sekarang ini.

Semalam saya telah pergi melihat rumah yang bakal disewa di SD Court Apartment. Setakat ini saya berpuas hati dengan persekitaran dan kawalan keselamatan yang disediakan. Pemilik sekarang ini akan berpindah ke Shah Alam bulan depan dan kemungkinan akan menyewakan rumahnya fully furnished kepada kami. Dengan itu kami pun boleh menyewakan rumah yang sekarang ini fully furnished juga kepada orang lain.




Rahsia Rumah Tangga

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

Kisah kehidupan.. keberkatan dlm rezeki

* Ambil Pengajaran dan Iktibar.

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.

Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

  1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
  2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
  3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
  4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
  5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
  6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
  7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
  8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
  9. Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan ia yang patut di contohi;

  1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
  2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
  3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
  4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
  5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
  6. Suka menolong orang dan memberi derma
  7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang Penyakit.
  8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
  9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup. Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

  1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).
  2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
  3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
  4. Sering bertengkar dengan isteri.
  5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
  6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
  7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
  8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja..

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini… Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.

Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ.. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman…

Cuba kita tanya diri kita sendiri…

  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ??? Subhanallah. ..

Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

kisah benar…

http://spaghetiqueenjah.blogspot.com/

Assalamualaikum wbt,

Terlebih dulu aku menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat membalas semua komen2 yg telah diberi. Aku tak mampu buat masa ini, jiwaku meledak, gempar bagai dilanda sejuta musibah!

Alangkah hinanya diriku ini, oh Tuhan…. masihkah ada kemaafan utkku yg begitu kejam ini?…

Aku terpaksa memulakan bencana jiwaku ini sedari mula biarpun panjangnya berjela2, aku tak mengharapkan simpati sesiapa, aku rasa tak ada satu huruf lagi dalam dunia ini yg dpt menyejukkan duka dan laraku….biarkan aku terhukum di atas sikapku sendiri ya Allah…aku redha…aku sanggup terima apa yg selayaknya aku terima…

********************

Tiga tahun dahulu….

Fikiranku berkecamuk bila anak sulungku bertanya : mama nak anak angkat tak?

Hatiku secepat itu berburuk sangka, apa hal anak bujangku bertanya ttg anak angkat? Anak siapa pula? Aku secara serius duduk berdepan dan bertanya khusus2 dgn anak bujangku, dlm hati aku mmg tak sanggup seandainya ada berita buruk yg berlaku dlm kehidupan kami…Tuhan…Kau lindungilah…

Anakku mintak aku bertenang, tarik nafas dalam2 dan beristighfar..

‘Mama kenal A tak? Anak Datuk Dr xxx, CEO xxx tu..’

‘Naper dgn dia?

‘Dia dah terlanjur dgn girlfriend dia, so skrg dah pregnant, dia nak buang baby tu, tp abang kata jgn tambah dosa yg ada, tu yg abg tanya kalau mama sanggup jaga…’anakku bagai mengharap ikhsan dariku dgn wajah yg begitu polos.

‘Naper plak mama? Suruhlah si A tu bertanggungjawab, biar mama slow talk ngan mak dia.’ aku cuba memberi pandangan, lagipun siA tu masih punya mak bapak lagi dan bukan org sebarangan pula, masa kan…

‘Tak guna ma…mak dia tak nak dan tak akan terima, budak pompuan tu dari anak yg tak tentu latar
belakangnya…’

‘Anak siapa dia?’

‘Entahlah ma…kalau mama jumpa dia nanti mama tanyalah sendiri, abg pun celaru tengok dia..’….cerita itu bagai terhenti setakat itu saja. Aku spt biasa dgn kesibukanku yg tersendiri dan akhirnya terus terlupa ttg budak perempuan itu. Anakku pun tak pernah bercerita lagi…hinggalah pada beberapa hari selepas Hari Raya…

‘Mama ingat lagi tak pasal si E (A punya girlfriend)?’

‘Naper dia?’

‘Dia dah bersalin, anak pompuan, mak nak jumpa tak?’

‘kat mana?’

‘kat apartment A, kat CJ…nanti abg mintak izin nak jumpa, pasal bukan senang nak masuk situ ma…’

‘Dia dah nikah lom?

‘Lom..A janji nak nikah tak lama lagi…’

Aku geleng2 kepala…mcm mana tak nikah dah tinggal serumah? Mak dia tak tau ker? Si A ni rupanya punya spy yg akan memberitahu tiapkali Mak D ni nak dtg ke apartment mewahnya itu…

Salah dan tak betul semuanya ni bang, abg pun subahat sama taw. Anakku kata kalau tak tinggal di situ, mana lagi E akan tinggal? Aku masih tak boleh teirma alasan2 itu tapi di perumahan elit spt tu bukan mudah utk pegawai pencegah maksiat menerobos jaga2 import tu…aku mmg kesal tp apa yg mampu aku lakukan, hanya ikan bilis….jaga2 itu akan hubungi dulu tuan rumah dan sudah pasti segala2nya sukar utk dibuktikn…

Pada hari menghantar anakku pulang ke kolej, aku dan BT serta Dikpi dan sibongsu dibawa melawat E dan anaknya yg baru beberapa hari dilahirkan. E bagai takut2 pertama kali melihatku namun aku melihatnya dari sudut yg baik. Bagiku kalaulah E tu dari kalangan yg baik latar belakangnya, dpt didikan yg sempurna, mmg secara logicnya aku ada perasaan marah terhadapnya, tp berdasarkan serba sikit kisahnya yg aku tahu dr anakku, siapalah aku utk menjatuhkan hukuman. Sebenarnya kalau sesuatu itu nak berlaku, ia ttp akan berlaku tak kira pada siapa dan apa latar belakangnya. Ya, mungkin telah jelas akan kesilapan individu itu sendiri tapi jgn kita lupa bahawa apa pun yg berlaku samada buruk atau baik segala2nya telah tercatat di Loh mahfudz dan sesungguhnya Allah itu menyukai hamba2Nya yg mahu bertaubat kerana Allah Maha Penerima Taubat, subhanallah.

Jadi siapakah kita utk menghina, mencela atau sesedapnya mengkategorikan seseorang yg sama asal kejadiannya dgn kita sedangkan kita tak pernah dpt membaca untung nasib kit sendiri di masa depan? Duit yg di dlm gengggaman kita pada hari ini, belum tentu milik kita di hari esok. Nasi yg terhidang di depan mata belum tentu akan masuk ke perut kita kalau kita mahu berfikir ttg ada yg masih kelaparan di luar sana!

Kembali kpd kisah E, pertama kali bertemunya mmg hatiku tersentuh. Aku tersentuh sebab dlm keadaan
dirinya yg begitu,dia masih punya naluri keibuan bila anak kecil itu disusui sendiri. Dan demi Allah, pada
pertama kali aku mengangkat bayi itu, dia membuka matanya dan tersenyum lebar paling manis sekali hingga BT pun rasa terpikat sama, mmg hati kami terusik dgn gelagat si kecil tak berdosa itu, bukan sekali itu dia tersenyum bahkan Allah jua yg menjadi saksi bagaimana seorg bayi yg baru beberapa hari dilahirkan ‘mengagah’ aku! Kami seolah berbalas2 sahut menyahut, mmg terhibur aku dan BT, Dikpi dan si bongsu sama!

Rasa bagai ada satu keajaiban!

Ikutkan hati nak saja aku bawa baby tu pulang kerana aku pun tak punya anak perempuan, Sibongsu
kelihatannya begitu menyayanginya sekali tp ternyata E lebih sayangkan baby itu wlp masa depannya
bersama A tak ketentuan lagi. E bersendirian waktu aku ke sana…

Bila habis pantang, E mengunjungiku dgn baby, ntah ya ntah tak, E mengakui tak pernah merasa suasana hari raya dan menikmati makanan hari raya seumur hidupnya lantaran hidupnya yg tidak menentu, ibarat anak gelandangan. Kononnya kedua ibu bapanya berpisah sejak dia masih baby lagi dan dia tak pernah sekalipun melihat wajah ibunya melainkan pada sekeping gambar. ayahnya pula tak payahlah aku cerita kan di sini.

Berdasarkan ceritanya itulah aku masak semula makanan hari raya. Aku buatkan ketupat daun palas, ketupat nasi daun kelapa, rendang dan lauk pauknya juga nasi beriyani, aku mahu E nikmati semua makanan itu sepuas2nya sementara baby yg sgt mesra dgnku itu aku jaga. Ternyata E bagi tergamam melihat hidangan yg ku sediakan, katanya ; macam dalam syurga…

Di pendekkan cerita, E inginkan aku menjadi ibu angkatnya, E teringin memanggil seseorang dgn panggilan mama, aku terima saja dgn hati yg terbuka! aku sebenarnya tidak keberatan sama sekali tapi….taktau kenapa jauh jauuuuh di sudut hatiku bagai tak dpt merasakan atau menikmati hubungan itu biar puas ku pujuk2 hatiku sendiri. Aku kira ini bagai tak pernah terjadi dlm diriku, sebelum ini boleh dikatakan semua teman2 anakku memanggil aku mama termasuk beberapa dramatis dan pelakon yg senang kerumahku, aku dpt rasakan kemanisan itu tp kenapa tidak dgn E? Ah, mungkin perlu mengambil sedikit masa!

Di pendekkan cerita juga, kiranya rumahku menjadi rumah kedua utk baby E, aku dan anak2 terutamanya BT suka melayan baby yg kami panggil sebagai Aa. Manjanya Aa, hanya akan lena bila dlm pelukan BT! Barulah kami pindahkan ketilam atau buaian. Istimewanya Aa ni, dia seorang anak yg baik, pemalu, pandai membawa diri, anak2ku melihat Aa bagai memandang ikan2 di dlm aquarium, tak berkelip2, mereka mmg menunggu masa saja bila Aa nak susu kerana masing2 berebut nak buatkan susu dan nak suapkan kemulut Aa yg ternyata manja dgn kesemua anak2ku…aku mmg beri kesempatan mereka bergilir2, aku ajarkan cara membancuh susu yg betul agar mereka dpt menikmati seronoknya menjaga adik.

Masa terus dtg dan pergi, kdg Aa dihantar kpdku dgn keadaan yg basah lencun tanpa diapers, bibir kering
tanpa susu, aku tak pernah berkira dlm hal ini bahkan boleh dikatakan E perlu bgtau saja apa kekurangannya, aku akan cuba mencukupinya terutama hal2 kebajikan Aa. Dlm masa yg sama aku cuba membantu takat yg mampu utk mempercepatkan pernikahan mereka namun ternyata A bukanlah jantan yg bertanggungjawab, janji demi janji ditabur, namun semuanya hanya mainan belaka, akhirnya hubungan mereka terputus! Banyak lagi kisah E dan babynya yg mengesankan jiwaku yg tersimpan dilubuk hatiku ini…

Kali terakhir aku bertemu dgn E pada hari raya tahun lepas, sebelum tu masa bulan puasa aku hubungi E utk bertemu dgnnya dan Aa kerana aku akan bawanya shopping pakaian raya, sebelum itu aku ada belikan Aa pakaian tp utk raya aku inginkan sesuatu yg baru utknya, agar dia gembira, aku dan BT dah cop mana2 shopping komplex yg punya byk gown cantik2 utk anak pompuan secomel Aa, kasut yg cantik2 sbb Aa dah pandai jalan terkedek2, dan juga pakaian siap utk E! Sungguh, Alhamdulillah aku diberi keizinan Allah dgn sedikit kelebihan rezeki utkku kongsikan bersama2.

Pagi itu, sebelum pintu kedai dibuka, aku, BT, anak kelima dan yg bongsu dah terpacak didepan One Utama menanti E, hampir sejam menunggu aku hubungi E, dah mcm2 alasan plak yg diberi, aku boleh bersabar dgn sanggup menjemputnya di rumahnya,(waktu tu dia tinggal di Damansara, itu yg aku nak shopping di one utama) tp berkali2 aku hubungi utk bertanyakan alamat dan arah jalan, talian terus terputus, cuba lagi dapat2 putus, apa yg aku rasakn E bagai tak menghargai kasih sayangku selama ini, akhirnya…wlp di pagi Ramadhan aku benar2 marah sebaik dpt brcakap dgnnya! Aku katakan bahawa kami saja2 meluangkan masa demi dirinya dan Aa, tp sekali ini dia perlakukan aku begini, aku mintak maaf terpaksa batalkan janji dan harap dia tidak menyesal. Aku menangis bila terkenangkan Aa dan gown2 yg telahku idamkan utknya!

Sebenarnya aku berhasrat utk membawanya pulang dan meraikan aidilfitri bersama, segala keperluan utknya dan Aa akan aku sediakan. Aku mahu membahagiakan Aa di malam raya, di pagi raya dan di sepanjang hayatnya…tp sikap E ternyata mengecewakanku.

Begitupun, akhirnya hatiku tidak kesampaian, tanpa mereka, kami belikan juga pakaian raya mereka dgn mengagak2 saiznya. Semuanya dpt jugak ku serahkan bila E mahu kembali kpdku, waktu itu aku lihat E bagai terdesak, celaru tp aku tak dpt jumpa Aa, katanya Aa dijaga oleh bapanya yg sudah berkahwin lain. Sejak itu E kembali berhubung dgnku semula dan dia akan dtg kerumahku utk mengambil makanan. Kerinduanku terhadap Aa tak dpt dinafikan lagi, aku rindukan Aa! aku harapkan segera berjumpa dgnnya.

Suatu ketika ( hujung tahun lepas) E menyatakan utk tinggal bersamaku selama 10 hari – 2 minggu bersama Aa sekali. Aku tak tahu ya Tuhan, ntah kenapa waktu itu aku lihat E bukan spt yg ku kenal sebelumnya dan aku menolak keinginannya! Aku tiba2 merasakan kehadirannya akan membuat ahli keluargaku tidak selesa, maklum saja semua anak2ku lelaki dan cara E berpakaian mmg agak….aku menolaknya dgn cara baik ( anehnya sebelum ini aku tidak pulak berperasaan sebegitu) dan malam itu aku menanamkan lagi serba sedikit pengetahuan agama kpdnya spt waktu2 sebelumnya juga, E mmg ingin merubah cara hidupnya sptmana yg ku nasihatkan dan peringatkan. Itu saja yg mampu ku lakukan. Aku tak boleh memaksanya utk mendirikan solat tanpa dia faham apa itu solat dan mengapa kita wajib bersolat. Aku cuba mendidiknya sedikit demi sedikit. Kali pertama dia menyaksikan kami solat berjemaah, mmg hairan di hatinya dan bila anak2ku berebut bersalam2an, E menjerit : Hey! ingat ini hari raya ker nak bersalam2!! Aku jelaskan kpd E bahawa bersalam2an itu bukan semestinya pada hari raya saja! Kiranya mcm2 jugaklah yg aku cuba terapkan kefahaman utk anak yg malang itu…kesian E. Dia tak pernah merasa nikmatnya hidup berkeluarga dgn kasih sayang sebenar seorang ayah dan ibu.

Kali terakhir sebelum E terpisah dariku ( tanpa sempatku jumpa Aa), E menyatakan yg dia telah mendapat kerja yg lebih baik dan minta aku belikan utknya al Quran, telekung dan sejadah. Aku penuhi keinginannya dgn harapan semoga dia benar2 berubah. Aku hantarnya pulang hingga ke stesen LRT, itulah kali terakhir aku bertemu dgn E..

Semalam aku menatap berita diinternet dan terpandangkan wajah seorg kanak2 perempuan yg mati didera, dirogol dan diliwat. Hatiku bagai terjatuh ke dalam rahimku sendiri tp sebaik membaca kejadian itu di kajang, aku ketepikan perasaan resahku.

Hari ini sewaktu aku sedang sibuk2 menyiapkan tempahan minum ptg, sanwich telur dan sardin, aku mendapat panggilan telefon, suara R ( pengasuh yg mengasuh Aa bergilir2 dgnku sebelum ini).

‘ Kak, akak baca suatkabar tak semalam? gambar muka depan!’

Soalan itu walau belum jelas, aku bagai dah tersandwichkan separuh dari nyawaku sendiri! bagai benar belaka telahanku! tapi aku takut nak menerimanya….

‘a..ada! naper R?’

“kaaaak!!!! itu Aaliyah!!!!!’ suara tangisan memesah dihujung talian.

Aku bagai dirasuk dan telah hilang aqal, meraung semahu2nya, aku meraung2 sambil memanggil nama

Aaliyah…Aaliyah yg aku rindukan, Aaliyah yg pernah ku mandikan , ku bersihkan kencing beraknya, ku suapkan susu dan nasinya, ku dodoikan dan ku bermain2 sorok2 disebalik langsir hingga dia ketawa hilang suara. Aaliyah yg tersenyum bila ku pakaikan baju dan topi barunya, Aaliyah yg tak pernah hilang dari hidupku selagi hayatku masih bernyawa!!

Hingga saat ini airmataku masih tak henti2 mengalir, duka dan kesalku ini ku catitkan dlm lebat hujan di luar dan di dalam jiwaku ini…malangnya nasibmu sayang, kalau lah…kalau lah..ah, aku tak akan memaafkan diriku ini

utk selama2nya. Ya, keenggananku menerimamu menyumbang terhadap segala penyiksaan yg kau lalui hingga membawa kpd ajalmu. Kenapa aku sebegini kejam tak punya perikemanusiaan ya Allah….

Sebenarnya tiga minggu yg lalu R ada hubungi ku memberitahu yg E ada memintanya utk menjagakan Aaliyah tp sehingga lah sekarang tidak juga dihantar…R beritahuku yg E menyatakan dirinya sudah berubah, sudah menutup aurat, aku hanya memanjatkan kesyukuran kpd Illahi, sehinggalah ku terima berita pahit ini tadi….

Aku cuba hubungi no E yg diberi oleh R, sebelum ini pun sejak Ramadhan yg lalu panggilanku tidak pernah dijawab oleh E, aku hanya mendoakannya dari jauh semoga dia diberi perlindungan Allah dan mendapat hidayahNya. E juga tidak pernah menghubungiku wlp pada hari raya namun aku tidak pula bersangka buruk terhadapnya…mungkin dia sudah temui jln hidup yg baru yg lebih baik…

Panggilan ku td dijawab oleh polis wanita, dia minta aku hubungi semula jam 3.30 ptg, namun ternyata selepas itu panggilanku tidak bersambung lagi….sebelum ini R dpt bercakap dgn E, dan Aa katanya telah selamat disemadikan, aku akan cuba menjejaki dimana tempat persemadian itu…R memberitahuku mungkin E sdg teruk menjalani soal siasat di dlm…aku benar2 tak berdaya lagi utk wanita malang yg bernama E ini….

Anak2ku menangis bila mendpt tahu gambar yg disaksikan semalam adalah Aaliyah, tp mereka memujukku dan diri mereka sendiri dgn menyatakan :

TAK MENGAPA MAMA…AALIYAH SEKARANG SEDANG TERSENYUM DI DALAM SYURGA…

Aku mengesat2 airmata yg tak mahu henti2 mengalir. ya, mudah2an ya sayang, bersemadilah Aaliyah dgn tenang dan aman, tinggalkan segala deritamu di dunia fana ini. Kami sayangkan Aaliyah. Suatu hari nanti kami pun akan turut jejak Aaliyah, moga Aaliyah sudi memaafkan kami…..

BERSEMADILAH AALIYAH KU DGN AMAN DAN TENANG…

Aku tak marah kalau kalian menyimpan rasa marah sama terhadapku, ya….aku mmg bersalah wlp apa yg
terjadi adalah telah ditentukan olehNya.