HTP Annual Dinner

Pada 14  Jan 2011, company tempat suami saya bekerja mengadakan Annual Dinner di Sunway Hotel,  Petaling jaya, Selangor.  Tema dinner kali ini adalah Rock.  Walaupun kurang sesuai dengan jiwa kami, namun kami cuba juga sedaya upaya untuk memenuhi tema berkenaan.

Oleh kerana kanak-kanak tidak dibenarkan dalam majlis bekenaan, maka terpaksalah Adam kami tinggalkan.  Mujurlah Mak ngah mengadakan majlis sambutan hari jadi pada malam tersebut juga.  14 Jan merupakan hari jadi makngah Adam,  manakala sehari sebelum itu,  iaitu 13 Jan merupakan hari jadi sepupu Adam iaitu Kakak Tikah.  Inilah kali pertama Adam ditinggalkan tanpa ayah dan ibu dan juga cikgu taska/tadika untuk tempoh yang agak lama.

Banyak juga perkara menarik yang berlaku semasa dinner berkenaan.  Antaranya saya berpeluang bertemu dengan kawan-kawan lama, samada semasa di MRSM Perlis dan MRSm Kulim dan juga USM. CEO syarikat  mengumumkan setengah bulan bonus kepada semua pekerjanya.  Dan semasa cabutan bertuah,  no staf suami terpilih.  Kami mendapat vaucher dari Jaya Jusco bernilai Rm150.

Syukur Alhamdulillah. Kalau tahun 2010 kami terlalu banyak diuji dengan pelbagai dugaan, awal tahun ini Allah telah mula menggantikan  kehilangan berkenaan sedikit demi sedikit.

Berikut adalah gambar yang dirakamkan.  Sebahagian darinya menggunakan kamera dari BB kami, manakala sebahagian yang lain, saya save dari FB kawan saya semasa di USM yang ditemui semasa dinner berkenaan iaitu Rosmanisah Abd Rahman




Sd Court Apartment

Terlalu banyak kejadian yang berlaku sepanjang tahun lepas.

  1. Kehilangan notebooku dan Ipod Touch Adam
  2. Kehilangan kereta kancil selama 3 hari 3 malam
  3. Kehilangan Notebook suami
  4. MyVi yang ‘berjalan dan berubah tempat’ diwaktu malam
  5. Honda City yang ‘ berjalan dan berubah tempat’, serta kehilangan vidoe recorder dan juga car seat Adam
  6. Kehilangan 2 sport rim dan tayar MyVi minggu lepas.

Jumlah kerugian setakat ini telah lebih rm30 ribu. Dengan berat hati akhirnya kami bersetuju untuk berhijrah ke kejiranan yang lebih baik (harapnya). Kawasan yang dipilih adalah Bandar Sri Damansara. Kenapa?

Jawapan mudahnya kerana Adam telah mula bersekolah Tadika di sana sejak bulan September 2010.  Diharapkan apabila tinggal disana, Adam dekat dengan sekolah dan mudah untuk kami menghantarnya. Impian suami untuk dekat dengan masjid juga tercapai. Kebetulan, rupanya di kawasan ini ada kolam renang. Lepas ini, tak perlulah kami ke Putrajaya lagi untuk mandi kolam, sebaliknya keluarga mak ngah dan uda lah pula datang ke rumah kami untuk sama-sama mandi kolam.

Gambar dr Internet : Bukan rumah sebenar

2 tayar kereta dicuri orang

Tanggal 11/1/11 adalah tarikh yang cukup cantik.  Salah satu tarikh keramat yang takkan dilupakan dalam hidup ini. Saya dah siap nak pergi kerja bila. Masuk jer ke dalam kereta terus sahaja membuka steering lock dan menghidupkan kereta.  Dah masukkan gear R untuk reverse, hairannya kenapa kereta tidak mahu berundur. Mujur suami sedang reverse keretanya untuk menghantar anak ke Tadika. Meminta tolong suami untuk reverse pun tidak berhasil. Bila suami pergi ke depan untuk membuka hut kereta berkenaan, tetiba jer terdengar bunyi *poom* dan kereta tuh pun senget ke kiri. Baru disedari 2 biji tayar belah kiri telah tiada.

Aduhai, apalah malang diri ini. Tak sudah2 ditimpa bencana. Tahun lepas dengan 5x rumah dipecah masuk, awal tahun nih macam nih pula ceritanya. Kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan rasmi, kemudian menghantar Adam ke Tadika. Lewat betul dia sampai hari ini.

Sepatutnya selepas itu kami ke IPD Gombak untuk berjumpa dengan sarjan yang sama, semasa kehilangan kereta kancil dulu. Memikirkan 5 laporan sebelum ini pun tiada tindakan, kami telah hilang kepercayaan kepada polis.  Kami telah pergi ke kedai tayar untuk membeli 2 rim, namun dimaklumkan bahawa kedai tayar cuma menjual 4 rim sekaligus.

Sambil bersarapan, saya cuma menghubungi semua Pusat Service Perdua yang berhampiran Kepong dan Selayang. Semuanya memberikan jawapan yang sama, tiada stock,  kalau order pun minggu depan baru sampai.  Akhir sekali selepas satu panggilan telepon dan di sahkan bahawa rim berkenaan ada di HQ,  maka kami pun ke HQ Perodua di Rawang untuk membeli rim berkenaan.

Seorang kawan memberitahu tentang perlunya ‘Nut Lock‘ untuk mengelakkan kes kehilangan tayar seperti ini.  Maka kami pun membeli 2 set,  untuk mengelak kejadian yang sama berulang lagi,  samada kereta saya ataupun suami.  Selepas itu kami ke kedai tayar untuk membeli tayar dan membawa salah seorang dari mekanik dari kedai berkenaan untuk memasang tayar kereta saya.  Salah satu dari nut untuk tayar berkenaan adalah ‘nut lock‘.  Selepas itu kami kembali semula ke kedai berkenaan untuk membetulkan balance dan alignment tayar berkenaan.

Semasa tayar berkenaan di pasang,  seorang jiran maklumkan bahawa pada hari yang sama di Blok 1 ada juga sebuah MyVi Se yang kehilangan 2 tayar.  Bermakna malam berkenaan pencuri tuh telah dapat 4 biji tayar.  Hari sebelumnnya, sebuah Viva di block kami juga kehilangan 2 tayar.  Selain daripada itu, satu cermin kereta telah dipecahkan di block 5 pada hari yang sama saya kehilangan tayar.

Memikirkan semua kerugian yang telah dialami tahun lepas,  dan untuk mengelak lebih banyak kerugian di tahun ini, kami bersetuju untuk berpindah.  Lokasi pilihan kami adalah Bandar Sri Damansara kerana berhampiran dengan Tadika Adam dan melihatkan komunitinya yang ‘well educated‘ dan bukan lagi ‘3rd class mentality‘ seperti dikawasan perumahan kami sekarang ini.

Semalam saya telah pergi melihat rumah yang bakal disewa di SD Court Apartment. Setakat ini saya berpuas hati dengan persekitaran dan kawalan keselamatan yang disediakan. Pemilik sekarang ini akan berpindah ke Shah Alam bulan depan dan kemungkinan akan menyewakan rumahnya fully furnished kepada kami. Dengan itu kami pun boleh menyewakan rumah yang sekarang ini fully furnished juga kepada orang lain.




Selamat menyambut Ramadhan

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelum ini.

Semalam 2 peristiwa paling penting berlaku. Pertamanya, saya telah mengucapkan Selamat Jalan kepada Kancil biru yang letah lebih 12 tahun berkhidmat.

( En Suhaimi dari Bank Rakyat  bersama kancil yang telah bertukar tangan)

Pada masa yang sama, rumah kami juga dipasang dengan electronic security services dari ADT (http://www.adt.my/en/index.aspx?page=home). Mungkin ada yang tertanya-tanya perlukan rumah kos murah dilengkapi dengan peralatan keselamatan yang begitu canggih. Jawapnya perlu.

Setakat ini kami telah kerugian lebih daripada 20 ribu ringgit kerana rumah kami telah 4 kali dimasukki pencuri. Kes terbaru adalah kereta MyVi ku yang ketika itu baru 10 hari dibawa balik ke rumah. Aku menyedarinya pagi itu bila mana kunci kereta tiada di dalam hand beg. Menggunakan kunci pendua, aku dapati menjumpai keretaku di bawah dengan tempat parking yang telah berubah, minyak telah habis dengan pertambahan sebanyak 200KM kepada odometer.Bermakna ada orang telah membawa keretaku bersiar-siar sejauh 200km pergi dan balik pada malam itu. Syukur kerana aku masih diizinkan untuk menaiki lagi kereta berkenaan. Selepas alarm di reset dan kunci di duplicate, kami tidak sanggup lagi menghadapi suasana kehilangan harta benda. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku.

Buat pertama kalinya kami rasa sedikit ketenangan. Harapnya biarlah semua kepayahan yang telah dihadapi sepanjang tahun ini berlalu pergi. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna. 🙂

Ujian Adalah Tarbiah dari Allah

Pejam celik, pejam celik dah hampir habis bulan 6 rupanya. Dah setengah tahun 2010 dilalui. Rasanya tahun yang paling berat dengan dugaan. Kalau kurang-kurang iman boleh jadi gila dibuatnya. Pernah juga aku berhasrat agar aku terus pejam mata dan tidak celik, celik lagi.  Astagfirullah hal Azim. Syukur Alhamdulillah,  Allah masih panjangkan umurku dan terus-terusan menguji, tanda Allah masih sayangkan ku.

Continue reading “Ujian Adalah Tarbiah dari Allah”

Selamat Hari Jadi Ayah Adam

Semalam 31/5/2010, genap 34 tahun Ayah Adam dilahirkan ke dunia. Biasanya kami menyambut dengan makan malam agak mewah. Namun dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini (ayah yang disahkan mengidap gout) dan juga krisis kewangan akibat 3x kecurian, kami terpaksa melupakan hasrat berkenaan.

Sehari sebelum itu, iaitu pada 30/5/2010, sedikit wang terpaksa dilaburkan untuk membeli notebook untuk ayah Adam.  Kami terpaksa membayar separuh menggunakan wang tunai, manakala separuh lagi menggunakan kad kredit yang perlu dilunaskan dalam masa 1 tahun.

Kiranya notebook berkenaan merupakan Hadiah Hari Jadi untuk ayah dari ibu Adam. Walau bagaimanapun, ayah Adam tetap cuba juga untuk memohon notebook dari syarikat. Apabila dapat nanti, mungkin notebook berkenaan untuk kegunaan ibu Adam pula.

Hari isnin malam, mulanya kami berhasrat untuk menjamu selera di Secret Recipies yang berhampiran dengan rumah. Malangnya ‘besday boy’ balik ke rumah agak lewat. Bila tiba di kedai kira-kira pukul 9.30 malam, dimaklumkan bahawa kedai akan tutup pada pukul 10.00 malam. Oleh itu kami hanya membeli 2 potong kek dan seterusnya menjamu selera di restaurent lain.

3 kejadian pecah masuk rumah dalam masa 2 bulan

Hari ini buat kali ke 3 dalam masa 2 bulan kami mengalami kecurian lagi. Kali ini beg notebook my husband dan segala isi kandungannya, termasuk charger handphone dan juga passport.

Mulanya saya perasan semasa hendak menyidai baju di belakang, bilamana pintu kecemasan grill terbuka. Kemudian baru kami sedar beg naotebook my husband dan duitnya RM50 telah tiada di dalam beg duitnya. Mujur semalam saya tertinggal beg duit di pejabat.

Berdasarkan bukti yang ada kami mengetuk pintu rumah sebelah. Maknya mengesahkan bahawa anak sulungnya tiada dirumah waktu itu(pukul 6 pagi). My husband terus membuat laporan dibalai polis yang berhampiran.

Balik ke rumah, ayah budak tuh mengaku, bahawa selepas kehilangan notebooku dahulu, dan juga selepas kehilangan keretaku, beberapa malam anak sulungnya dia tidak balik ke rumah.

Saya dimaklumkan bahawa polis datang  kerumah dan mengambil gambar tempat kejadian. Namun bila dinyatakan bahawa orang yang disyakki adalah remaja di sebelah rumah, polis mengatakan bahawa tuduhan kami tidak berasas. Apatah lagi remaja berkenaan masih bersekolah menengah.

Polis berjanji akan siasat. Namun apakah tindakan yang akan polis ambil, tak tahulah.

Yang utama, semua kerja my husband dan chager handphone di dalam notebook berkenaan, menyebabkan semua kerja tergendala.

Ya Allah, Hanya kepadaMU kami menyembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan. Kembalikanlah barang yang hilang berkenaan. Cukuplah Ya Allah, rasanya tidak mampu lagi kami menanggung ujian ini Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Berita Buruk

Notebook kesayangan saya, yang di beli pada bulan November 2009 menggunakan wang KWSP telah lesap. Kehilangan disedari pagi Jumaat lepas, semasa mencari Ipod Adam. Notebook berkenaan diletakkan di dalam beg Public Mutual, beserta lain-lain nota berkaitan. Peliknya, semua nota dan pemplet tidak diambil, cuma beg kecil yang berisi segala keperluan untuk menggunakan notebook berkenaan sahaja yang diambil.

Continue reading “Berita Buruk”