Notebook kesayangan saya, yang di beli pada bulan November 2009 menggunakan wang KWSP telah lesap. Kehilangan disedari pagi Jumaat lepas, semasa mencari Ipod Adam. Notebook berkenaan diletakkan di dalam beg Public Mutual, beserta lain-lain nota berkaitan. Peliknya, semua nota dan pemplet tidak diambil, cuma beg kecil yang berisi segala keperluan untuk menggunakan notebook berkenaan sahaja yang diambil.
Selain daripada notebook, barang-barang lain yang hilang adalah Ipod Adam, wang kertas berjumlah RM100 dari tabung botol susu Adam dan juga 2 bentuk cincin yang tersimpan di dalam cawan di atas meja solek.
Saya boleh kategorikan pencuri ini memang bijak dalam melaksanakan misinya. Ini kerana tiada tanda-tanda pecah masuk ke dalam rumah berkenaan. Semasa pulang ke rumah petang khamis, saya membuka mangga, grill dan pintu macam biasa. Cuma yang sedikit mencurigakan hanyalah apabila barang berselerak di bawah meja solek. Mula-mula saya menyangkakan itu adalah kerja Adam, tetapi apabila menyedari kehilangan barang-barang berharga ini, barulah kami sedar bahawa rumah kami telah dimasuki pencuri.
Perasaan saya agak terkilan. Pertamanya kerana notebook berkenaan dibeli khas untuk buat programming dan juga untuk unit trust. Kerana ini, walaupun saiznya kecil dan ringan namun ia memiliki spesifikasi yang cukup tinggi. Untuk membeli semula notebook dengan spesifikasi berkenaan mungkin memerlukan masa untuk mengumpul semula wang. Mungkin saya akan membeli Netbook sahaja bagi menggantikannya, bagi tujuan untuk unit trust. Untuk programming, perlu memohon kebenaran khas untuk install semua software ke dalam PC di pejabat.
Selain daripada laporan polis yang telah dibuat, pelbagai cadangan telah dikemukan untuk mendapatkan semula barang-barang berkenaan. Pertamanya, saya redha dengan apa yang berlaku, dan percaya bahawa saya hanya meminjam barang berkenaan. Tiba masa Allah mengambilnya semula.
Namun usaha tetap juga dilaksanakan.
1. Setiap jumaat memang biasa diadakan majlis bacaan Yasin di Pejabat. Jadi dipagi barang berkenaan di sedari hilang, saya telah meminta tolong kepada Orang yang mengetuai bacaan Yasin berkenaan supaya kita sama-sama berdoa agar digerakkan hati orang yang mencuri berkenaan untuk memulangkan barang yang dicurinya.
2. http://lifegotstory.blogspot.com/2009/08/doa-untuk-kembalikan-barang-yang-dicuri.html
Ada lagi beberapa laman web yang memberikan beberapa doa dan kaedah, namun rasanya cukuplah itu sahaja. Jika Ada rezeki untuk mendapatkannya semula, adalah. Jika tidak, halalkan sahajalah. Semoga Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.
Bila difikirkan, terasa bertapa Allah sayangkan diri ini. Diujinya diri ini dengan pelbagai Ujian. Dulu diujinya dengan kesakitan. Dan kini diuji pula dengan kehilangan barang yang disayang.
Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)
salam…. saya terbuka blog awak sbb br semalam mengalami kejadian yg sama… jd perlukan sesuatu utk baca bg motivasi…. smalam… blk ofis tgk pintu grill n kunci mcm biasa tp bila pai umah… kwn n saya cari laptop x jumpa… then check gelang emas say dan cincin yg saya beli hasil pinjaman saya hilang… laptop 2 ribu n gelang 4 ribu…. sedey sgt tp reda… sbb yakin Allah akan ganti dgn lebih baik. cukuplah keselamatan saya dan kawan2 lebih utama… cuma kekadang teringat… susah benar nk kumpul duit… at last bila ader lebihan loan nk renovate umah…. ilang mcm tu ja…