Mengikut perancangan awal, aku akan mengikuti kursus khas untuk egen unit trust hari nih 14/11/2009 dan 21/11/2009. Lepas tuh mengambil peperiksaan pada bulan Dec. Namun perancangan Allah lagi sempurna.
Pagi nih aku ke Hijrah. Hadir bersama dalam taklimat berkenaan, lebih kurang 10 orang remaja. Ada yang freelance buat web, contactor jalan, kerani kewangan dll. Kemudian datang 4 org student USIM yang baru habis exam semalam dan sedang mencari tempat untuk praktikal. Ada juga student tahun 2 dr IPT mana tah, tak perasan sangat. Cuma yang pasti, sebelum balik dia dah siap isi borang nak jadi agen Takaful. Tn Hj mencadangkan kawan2nya selaku student adalah potential client yang terbaik.
Hijrah menawarkan Solution Kewangan ISLAM. Kita bukan sahaja menawarkan product, seperti mana yang ditawarkan oleh beberapa orang kawan saya. Diceritakan juga pakej untuk full time agen.
30/11 nih bermula kelas untuk full time agen yang dipanggil Perunding Kewangan Islam (PKI). Ini adalah batch ke 5. Kursus ini dijalankan selama 6 bulan dengan kerjasama MARA. MARA akan beri elaun sebanyak RM500 sebulan. Walau bagaimana pun, dalam bulan ke 3, selepas mengambil 3 exam, seseorang telah boleh mendapat pendapatan tambahan daripada komisyen product yang berjaya dijualnya. Memang bagus dan sesuai sangat untuk remaja yang baru tamat belajar.
Untuk part time pula, cuma dibekalkan buku untuk belajar sendiri. Kalau saham amanah ada kelas selama sehari. Lepas tuh boleh ambil exam, dan jika lulus layaklah digelar seorang egen.
Kami juga ditunjukkan laluan kerja dan matlamat akhir/tertinggi. Yang pasti, aku tahu matlamat akhir dan minatku adalah untuk menjadi Certified Islamic Financial Planner.
Hmm bunyinya mudah, tapi jalan yang dilalui tidaklah semudah yang disangka. Pn Suzana dah pernah menceritakan liku2 hidupnya. Hari nih Tn Haji memaklumkan 7 org dari Hijrah sedang belajar untuk mendapatkan kelayakan berkenaan, dan Pn Suzana selaku mentorku adalah salah seorang darinya.
Selepas kelas, kami berbual mesra bersama-sama. Walaupun pertama kali bertemu, terasa macam dah lama kenal. Ternyata Tn Hj Mahathir seorang yang cukup peramah dan mudah mesra. Sempat juga dipesan petang nih jangan lupa, saya akan ada di Rancangan Bijak Wang@TV3. Hajjah tiada sebab sedang bercuti di Langkawi bersama suami dan 2 orang anaknya. Masa pertama kali ke Hijrah dimaklumkan Hajjah ke Australia, menjaga cucu dan anaknya yang baru bersalin. Begitulah bila hidup dan bebas dan Financial Freedom. Boleh kemana-mana bila-bila masa sahaja yang diingini.
Insya-Allah, suatu hari nanti I’ll be like her also, Insya-Allah.