Notebook

Pagi Ahad pergi ke Shah Alam sebab suami ada temujanji dengan kawannya di Masjid Shah Alam. Takdir tuhan, masa kami bersarapan di Restaurent Hartini, seksyen 10 di Shah Alam, kami bertemu dengan keluarga Jun. Bukan main seronok lagi Adam bertemu dengan sepupu-sepupunya yang dirindui.

Lepas bersolat Zohor, kami bercadang untuk ke Mid Valley Megamall. Malangnya jalan untuk menuju parking terlalu sesak, so kami berpatah balik ke Digital Mall di seksyen 14, Petaling Jaya. Aku perlukan notebook untuk :

  1. Buat programming – arahan untuk penambahbaikan e-forum. Perlukan notebook yang dengan spec yang agak tinggi dan boleh run database, asp dan IIS.
  2. Untuk Unit Trust – Perlu kecil dan ringan untuk mobility. My husband pula menambah harddisk perlu ada protection untuk mengelakkannya rosak akibat gegaran.

Mula2nya dari rumah kami setkan jenama HP dengan OS Window 7. Servay yang di jalankan mendapati semua notebook yang menggunakan Window 7 Basic Edition, yang cuma membenarkan 3 application berjalan serentak dan tidak boleh menukar desktop wall papar. Selain daripada itu banyak lagi kelemahan Window 7 Basic edition yang di jual ini. Patutlah harganya agak murah.

Walau bagaimanapun Sony menawarkan product dengan saiz yang kecil tetapi spesifikasinya mencukupi untuk buat programming dan menggunakan OS Windows 7 Profesional. Jadi memang tiada alasan lagi untuk tidak membeli Notebook Sony, walaupuan harganya agak mahal berbanding jenama lain. Kebetulan notebook my husband pun jenama sony, so memang mudah untuknya configure dan menyediakan notebook berkenaan kepada environment yang diperlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.