Hati-hati menegur orang

Apa yang kutulis ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri, dan juga orang yang membaca sekiranya ingin mengambil pengajaran.

Rutinku hari2 dipejabat adalah, lepas punch card, akan turun ke bawah membeli sarapan. Biasanya bihun, mee, kueh tiew atau nasi goreng. Sesekali nasi lemak atau soto dan lontong. Senang cakap memang heavy breakfast sebab aku memegang prinsip Breakfast is a king.

Cuma harinih, kerana kesibukan, aku cuma sempat makan Queker Out sedikit untuk mengalas perut. Pukul 10 pagi abru terasa lapar, so aku pun turun membeli nasi berlaik tengggiri masak asam pedas dan juga pajri nenas.

Waktu lunch aku ke Maybank kerana ada urusan. Lepas tuh terasa perut agak lapar sedikit, so aku pun singgah nak servey ban/tart/kek di salah satu kedai kek di Maju Junction. Bila tetiba aku di tegur oleh suatu suara “Hai nak beli kek pula ker? tak tak cukup kenyang lagi ker makan tengah hari?”.

Aku senyum jer, malas nak menjawap. Orang yang berkenaan terus jer buat andaian bahawa aku telah makan nasik tengahari waktu lunch then nak beli kek pula. Kenapa terlalu mudah membuat andaian, tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Ayat pertama telah lengkap dan boleh diterima, tak perlu ditambah lagi dengan ayat kedua yang berupa andaian atau tuduhan.

Teringat peristiwa di Taman Metropolitan dulu. Ayat pertama ibunya telah lengkap, kenapa perlu ayat kedua yang memaki hamun anak sendiri.

Boleh refer balik penulisan berkenaan di sini Melabel anak??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.