Selamat Hari Jadi Ayah Adam

Semalam 31/5/2010, genap 34 tahun Ayah Adam dilahirkan ke dunia. Biasanya kami menyambut dengan makan malam agak mewah. Namun dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini (ayah yang disahkan mengidap gout) dan juga krisis kewangan akibat 3x kecurian, kami terpaksa melupakan hasrat berkenaan.

Sehari sebelum itu, iaitu pada 30/5/2010, sedikit wang terpaksa dilaburkan untuk membeli notebook untuk ayah Adam.  Kami terpaksa membayar separuh menggunakan wang tunai, manakala separuh lagi menggunakan kad kredit yang perlu dilunaskan dalam masa 1 tahun.

Kiranya notebook berkenaan merupakan Hadiah Hari Jadi untuk ayah dari ibu Adam. Walau bagaimanapun, ayah Adam tetap cuba juga untuk memohon notebook dari syarikat. Apabila dapat nanti, mungkin notebook berkenaan untuk kegunaan ibu Adam pula.

Hari isnin malam, mulanya kami berhasrat untuk menjamu selera di Secret Recipies yang berhampiran dengan rumah. Malangnya ‘besday boy’ balik ke rumah agak lewat. Bila tiba di kedai kira-kira pukul 9.30 malam, dimaklumkan bahawa kedai akan tutup pada pukul 10.00 malam. Oleh itu kami hanya membeli 2 potong kek dan seterusnya menjamu selera di restaurent lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.