Ujian Adalah Tarbiah dari Allah

Pejam celik, pejam celik dah hampir habis bulan 6 rupanya. Dah setengah tahun 2010 dilalui. Rasanya tahun yang paling berat dengan dugaan. Kalau kurang-kurang iman boleh jadi gila dibuatnya. Pernah juga aku berhasrat agar aku terus pejam mata dan tidak celik, celik lagi.  Astagfirullah hal Azim. Syukur Alhamdulillah,  Allah masih panjangkan umurku dan terus-terusan menguji, tanda Allah masih sayangkan ku.

Sesungguhnya aku terlalu penat dengan dugaan ini. Bermula dengan kesihatanku, kesihatan Adam dan juga suamiku. Boleh dilihat rekod di Heitech Padu, entah berapa ribu yang telah Heitech bayar ke Hospital Pakar Damansara untuk perubatan kami sekeluarga tahun ini sahaja.

Lepas tuh lihat pula di Balai Polis Taman Ehsan. Ada 3 laporan polis yang telah dibuat angkara jiran sebelah yang masuk ke rumah dan mengambil barang-barang berharga. Cincin pertunangan dan cincin perkahwinanku, 2 buah notebook, Ipod Adam, Gadget2 IT di dalam beg notebook suamiku, dan juga wang tunai.  Syukur Alhamdulillah, dengarnya budak bertuah berkenaan telah ditangkap polis. Semoga dia mendapat pengajarannya dan bila keluar nanti menjadi rakyat yang berguna dan berjasa kepada negara. Jauh disudut hatiku berharap dan berdoa agar barang-barang yang telah dicuri ditemui semula. Walaupun terasa semacam mustahil, Namun tiada yang mustahil tetapi dengan Izin Allah.

Kemudian lihat pula senarai  bil-bil kad kredit kami. Kemana bil-bil atau duit dihabiskan. Tiada satu pun untuk shopping perabut mewah atau barang-barang elektrik mewah. Kebanyakkannya tahun ini adalah untuk membaiki keretaku dan suami.

***********************************************

Kehidupan

Album :
Munsyid : Inteam (duet bersama Nazrey Raihan)
http://liriknasyid.com

Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.