Duhai Gadisku…mana malumu?

Dah lama kami tidak makan diluar. Hari ini, semperna besday Adam, kami menjamu selera digerai yg tidak jauh dari rumah. Mungkin kerana esok hari cuti, ramai pula yang makan digerai itu. Sebagiannya berkeluarga dan bawa anak macam kami, namun ramainya pasangan yang hangat bercinta.

Bagaimana membezakan pasangan bercinta dgn orang yang telah kahwin. Biasanya orang yang telah kahwin akan duduk berhadapan. Bagi pasangan yang sedang bercinta akan duduk sebelah menyebelah. Terlalu rapat hingga belaga bahu dan peha. Pandangan sebegini terlalu biasa dimana-mana pun sekarang ini, baik di kota mahupun desa.

Entah kenapa terdetik dihati ini. Apa hubungan mereka? Yang jelas mereka bukan muhrim. Adakah ibubapa gadis ini tahu apa yang anak gadisnya lakukan. Malam2 buta berdua2an dengan lelaki yang bukan muhrim. Apa jaminan yg lepas makan gadis itu akan selamat tiba kerumahnya. Tak mustahil ramai gadis akan menjadi makanan lelaki hidung belang yang kononnya kekasih hatinya. Jika itulah yang berlaku maka kes pembuangan bayi dinegara ini tidak akan ada nokhtahnya.

Saya dengan rasa rendah dirinya mémohon’ meminta dan merayu kepada gadis2 yang membaca coretan ini. Sayangilah diri anda sebelum anda menyanyangi diri orang lain. Jagalah maruah dan kehormatan diri anda, kerana andainya tergadai, tiada apa yang dapat mengembalikannya. Peganglah kepada prinsip mahkotaku hanya akan diserahkan kepada orang yang bergelar suami. Itulah tujuan dan matlamat perkahwinan. Andai itu telah tiada, apalah ertinya walaupun majlis perkahwinan walaupun dibuat secara gilang gemilang.

One Reply to “Duhai Gadisku…mana malumu?”

  1. saya tak pernah keluar makan dengan lelaki bukan mahram kecuali dengan suami atau abang-abang sendiri. walupun ramai juga yg mempelawa termasuk menyiapkan meja untuk sambut birthday saya, semuanya saya tolak. terima kasih je lah ye.

    anda pula bagaimana ? sahutlah cabaran Allah, ‘jgn dekati zina’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.