Sepanjang 2 minggu nih terlalu banyak betul kejutan yang benar-benar menguji kesabaran dan kekuatanku. Bermula dengan pagi Isnin 10/11/2008. Ada seorang adik tuh bagitau “Kak E, Kak Z, Kak M EL sebab anak dia sakit”. Satu statement yang pada mulanya aku anggap biasa, rupanya terlalu luar biasa bila kak E kata, ” Z, since M tak boleh gi Kuantan, u lah yang kena pergi ikut I, minta diorang tolong arrange flight u besok”. Hah Kuantan? 4 hari 3 malam, aduhai. Rasanya penat balik dari Melaka hujung bulan Oct dan Kuala Lipis pada 3/11 pun belum hilang lagi. Dalam salah satu taklimat, semasa sesi soal jawap, kami ditanya oleh seorang peserta dengan soalan ‘killer’ dengan nada yang benar-benar menguji kesabaran. Nasib baik tugas aku haritu, cuma menjaga mouse dan keyboard sahaja. Tak dapat aku bayangkan kalau microphone itu aku yang pegang dan aku yang sedang berdiri di sana. Syukur sebab selama aku bagi taklimat, belum pernah dihujani dengan soalan-soalan killer seperti ini. Nasib baik penceramah cukup pandai menangani individu dan permasalahan tersebut. Minggu ke 3 bulan Nov. Pagi isnin, pukul 8.30 pagi, aku diarahkan untuk bagi breafing yang akan di adakan pukul 10 pagi. Really a short notice. Sabar ajer lah. Teringat pada kata2 seorang kakak di MMSCB dulu, Que Shera Shera, What ever will be, will be. Hari selasa dan rabu, diadakan kursus di Hotel area Chow Kit. Aku sebagai facilitator. Memang ada bilik untuk aku tidur dan berehat, tapi aku memilih untuk balik rumah. Cukuplah minggu lepas aku meninggalkan suami dan anak. Pagi selasa, masuk-masuk aku ke dalam kelas, aduh semput nafas aku. 30 orang berhimpit-himpit dalam kelas itu. Dengan wayer computer, network dan extention yang berselirat, air cond pula tidak berapa kuat. 2 switches diletakkan dibawah kerusi peserta yang didepan sekali. Berapa kali network tercabut sebab tertendang. Lepas lunch, beberapa kali seluruh PC termasuk server latihan tersebut asyik black-out. Tak cukup dengan computer, bilik kuliah tersebut juga beberapa kali bergelap. Akhirnya penyelaras kursus membuat keputusan kursus petang ini ditangguhkan dan akan bergabung dengan peserta kursus keesokkan harinya. Pagi rabu, bilik kuliah telah agak besar. Peserta ada 20 orang sahaja. Semuanya berjalan lancar. Pukul 10 pagi penyelaras bagitau petang nih ada vendor lain yang akan pasang computer. Lepas lunch, kelihatan 30 extra PC, tapi bila nak digunakan baru perasan yang tiada network ke server. Demi mencapai hasrat untuk menimba ilmu baru, semua peserta ini berhimpit2. 50 orang lebih berkongsi 20 PC. Dengan segala kesukaran, kursus berjaya juga dijalankan. Sebenarnya pukul 4 petang vendor pertama berjaya mendapatkan 2 switches dan network cable, tapi apalah gunanya nak setup, kalau kursus dah hampir berakhir. Hasil perbincangan aku dengan penyelaras, hotel sales manager, pembekal-pembekal computer, inilah kesimpulannya yang perlu diambil perhatian supaya perkara yang sama tidak berulang.
|