Oktober dan November:- bulan penuh aktiviti

Bulan ini, adalah bulan yang paling sibuk dan meletihkan bagi diriku, terutamanya bila hujung minggu dan juga cuti umum. Bermula dengan 30/9/2008 iaitu sehari sebelum raya, dimana aku bersama-sama 2 orang adik ipar dan dipantau oleh ibu mertua menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan juga jamuan raya. Nasi minyak, rendang ayam, ayam masak merah, sayur goreng jawa dan juga laksa.

1/10/2008 – Hari raya. Biasalah lepas solat, bermaaf-maafan, dan kemudiannya mengunjungi sanak-saudara dan jiran tetangga.
2/10/2008 – Pukul 5 pagi dan bertolak balik ke Taiping.
3/10/2008 – Beraya dirumah sanak saudara dan Taiping dan Parit Buntar.
4/10/2008 – Sepupu di Taiping bertunang. Lepas tuh terus balik KL.
5/10/2008 – Membasuh dan mengemas. Petangnya ke rumah Jun di Putrajaya.
8/10/2008 – Open house calon ketua pemuda UMNO Bahagian Subang
11/10/2008 – Perjumpaan Sahabat Interaktif Malaysia, di Restaurent Sate Hj Samhuri, Kajang, Selangor
12/10/2008 – Open house di rumah bos husband di Petang Jaya
18/10/2008 – Jamuan Raya Apartment Desa Satu, Aman Puri, Kepong.
19/10/2008 – Pagi berjogging dan piknik di Taman Metropolitan Kepong. Petangnya pula Majlis Perjumpaan Sempena Hari Raya ‘Eidul Fitri Dan Juga Mesyuarat Agung Pra-Penubuhan Kosim Di Kuala Lumpur International Hotel (2.30 – 6.00 ptg)
20/10/2008 -Mesyuarat di Rumah Presiden di Bandar Bangi ( 9.00 – 12.00 mlm)
25/10/2008 hingga  26/10/2008 -Akan berada di Muar untuk sambutan hari raya di Sek. Men. Sains Muar. Ini kali pertama membawa Adam ke Johor. Mungkin juga akan terus ke rumah saudara mara belah husband yang masih ramai di Rengit. Kami pun masih belum beraya dengan sanak saudara di Johor
2/11/2008 – Majlis sumbangsih di The Saujana, Kuala Lumpur.
8/11/2008 -Temujanji Adam dengan Dato’Dr Azizi Hj Omar, Pakar kanak-kanak dari Damansara Specialist Hospital.

Tuh semua event un-official hujung minggu. Syukur Alhamdulillah, banyak perancangan official aku terpaksa di tunda. Antaranya lawatan kerja aku ke Kuala Lipis, Alor Star dan juga Seremban. Betullah, kita merancang, Allah pun merancang dan pastinya perancangan Allah yang paling lengkap dan sempurna.

Hujung minggu ini, kami juga merancang untuk makan di Nasuha Herbal Restaurant. Selain daripada itu ingin juga berdating di Nasuha Herbs And Spice Paradise. Harapnya apa yang dirancang menjadi kenyataan, insya-Allah.

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog