2 family day di satu weekend

Penat. Satu perkataan untuk menggambarkan apa yang ayah, ibu dan Adam rasa. Mana tidaknya 2 Family Day satu weekend. Hari sabtu Adalah Majlis Penutup Karnival Sukan Heitech 2008 di Taman Tasik Titiwangsa. Hari ahad pula adalah family day Bahagian Sumber Manusia tempat ibu Adam bekerja di Wet world, Shah Alam. Walau apapun namanya, aktivitinya lebih kurang sama, pendaftaran, sarapan, senaman pagi, sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah, hadiah makan tengahari dan akhirnya aktiviti bebas.

Hari sabtu.

Pukul 6 pagi lagi Adam dah bangun. Tau ajer nak gi jalan. Kebetulan Ibu dah siapkan bakul susu dan beg baju Adam, so pukul 7 dah bertolak dan pukul 7.30 dah selamat parking dekat dgn padang. Semasa senamrobik Adam bukan sahaja tak mahu ikut, malah sibuk nak minta ayah atau ibu dukung, so terpaksalah ayah dah ibu duduk jer dibelakang. Adam masih terlalu kecil dan muda untuk masuk sukaneka ataupun pertandingan keselamatan jalan raya berbasikal. Akhirnya Adam buat acara sendiri menemankan kawan2 ayah yang masuk pertandingan memancing, dengan sama2 lepak di tepi tasik. Sewaktu makan tengahari adam dah keletihan dan tidur dengan lenanya. Malang sedikit sebab no pekerja ayah tidak memenangi sebarang cabutan bertuah.

Lebih kurang pukul 2 kami pun bertolak balik. Sebelum tuh singgah di TESCO. Yang utamanya adalah susu dan pampers Adam, kali ini ditambah dengan kasut sebab kasut Adam telah mula ketat. Malamnya pula ada Ceramah Agama di surau semperna Awal Hijrah. Ibu dan Adam dah keletihan, jadi Cuma ayah Adam sahaja yang pergi mendengar dan merakamkan ceramah tersebut.

Hari Ahad

Hari ini kami cuba juga pergi seawal yang mungkin untuk mendapatkan parking yang berhampiran dengan tempat acara. Cuma kali ini tambahan 2 beg plastic untuk persalinan baju ayah dan ibu Adam. Hari ini Adam agak ceria dan mula nak join semasa senamrobik, mungkin dah mula biasa agaknya. Acara pertama adalah mengutip gula2 untuk anak2 berumur 2-3 tahun, tapi Ibu suruh jugak Adam masuk walaupun Adam baru setahun setengah. Adam budak baik, tek reti nak berebut gula2. Ambil satu dah bagi ibu. Ibu lah yang paksa ibu ambil lagi dan lagi dan lagi. Bila acara sukaneka untuk dewasa nak dimulakan, mula2 ibu nak masuk jugak. Bila sinar mentari terik ke mata dan ibu terasa nak pitam, terpaksalah ibu menarik diri. Waktu nih ramai juga anak2 yang dah basah kuyup bermain dengan air. Alhamdulillah, kalau semalam tak dapat hadiah, hari nih Adam pulang dengan membawa hamper yang sekali ganda lebih tinggi dari Adam.

Pukul 1.30 kami bertolak balik dari Shah Alam. Destinasi pertama menjemput Untie Wan di Stesen Star LRT Titiwangsa. Lepas tuh kami semua ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk menhadiri Mesyuarat Permulaan Penubuhan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM). Sampai di masjid perkara pertama adalah membersihkan diri. Sementara ayah mandi, ibu mandikan Adam. Kemudian Ayah bersolat, ibu mandi dan Adam tinggal dijaga oleh untie Wan. Nampaknya Adam dah semakin mesra dengan Untie Wan selepas selalu berjumpa.

Semasa orang bermesyuarat, Adam lebih selesa berlari dikoridor masjid. Kalau tidak asyik berpatah balik, rasanya jarak perjalanan Adam mampu mengeliling masjid nan luas itu. Mesyuarat tamat tepat pukul 5 petang. Lepas solat Asar, kami menghantar untie wan ke stesyen LRT Star semula. Kecian Adam, menangis sebab nak ikut untie wan balik rumah. Kami sampai rumah hampir2 maghrib.

Kisah untuk renungan

Hari sabtu Adam bawa pedang belon. Masa di tepi tasik belon tuh terbang ke keluarga sebelah. Dan orang itu pun terus jer memasukkan belon tersebut ke dalam beg mereka, tanpa sepatah kata, meminta kebenaran, ataupun mengucapkan terima kasih.

Pagi ahad pula Ayah Adam lebih bersedia dengan membawa 1 pek belon beserta dengan pum sekali. Bila ayah dah buat 2 pedang untuk Adam, adalah beberapa orang budak-budak yang datang dan meminta buatkan belon untuk mereka.

Bukannya harga belon itu yang dipersoalkan, tetapi dimanakah nilai budibahasa orang kita. Sekurang-kurangnya budak yang meminta itu lebih mulia berbanding orang tua yang mengambil tanpa sebarang bicara seolah-olah itu miliknya.

One Reply to “2 family day di satu weekend”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.