MARA – Menggalas Amanah Bumiputra by Tun Mahathir Mohamad

MARA – Menggalas Amanah Bumiputra by Tun Mahathir Mohamad Perdana Malaysia ke 4


Sejarah MARA :

Bermula dengan penubuhan RIDA – untuk mengajar perkara asas kepada orang Melayu seperti memasak dan menaip

MARA

  • Untuk memperbaiki kehidupan rakyat terutamanya golonga bumiputera
  • Memperluaskan tanggungjawab RIDA
  • Menumpu kepada bidang pelajaran. Dari peringkat yang paling rendah iaitu GiatMara, MRSM, KPM, IKM, KKTM dan hingga keperingkat yang tertinggi ITM(UiTM sekarang ini).
  • Walaupun telah ada Dasar Ekonomi Baru (DEB) namun agihan kekayaan masih lagi tidak samarata antara kaum. Memang telah ada golongan korporat yang telah berjaya dalam bidang perniagaan, namun masih ramai lagi yang belum berjaya.
  • Jangan salahkan orang lain, sekiranya kita masih gagal. Sebaliknya analisa sikap kita, dan memperbetulkannya.
  • Banyak peluang yang telah diberikan kpd bumiputra, namun ramai yang tidak bersungguh-sungguh mengusahakannya..
  • Maju atau mundur seseorang atau sesuatu bangsa adalah disebabkan oleh nilai hidup yang dipegangnya.
  • Kita sering berbangga dengan bantuan yg diberi kerana kita merasakan itu hak kita. Namun kejayaan itu lebih manis jika dikecapi setelah kita berusaha sendiri (berdikari). Bantuan diberi semasa kita lemah, untuk memulihkan kita. Bila kita telah pulih, kita perlu mengugurkan bantuan @ tongkat ini.
  • Kejayaan yg dicapai sendiri lebih besar nilainya.
  • Kita bukanlah tuan, sekiranya kita berjaya kerana bantuan.
  • Di USA, org yg dibantu adalah Red Indian, kerana mereka lemah. Jika kita masih terus mengharapkan bantuan, sampai bilapun kita tetap terpinggir dan tidak akan maju, sama macam golongan Red Indian di USA.
  • Tanah Reserve Malayu diwujudkan semasa zaman Kerajaan British sebab orang melayu suka menjual tanah mereka dan hidup diluar dari kawasan bandar. Jika dibiarkan berterusan, kemungkinan orang melayu akan hidup jauh ke dalam hutan. Ini kerana orang melayu terlalu cepat terpengaruh dengan wang ringgit, kerana percaya boleh kaya cengan cepat. Akibatnya kemungkinan kita tiada lagi tanah di Negara sendiri.
  • Kita akan berbangga jika orang melayu cekap di dalam ekonomi hingga mampu membeli tanah di dalam bandar milik bukan melayu. Namun bilangannya masih kecil. Kelemahan kerana nilai hidup iaitu ingin menjadi kaya dengan cepat. Lagi cepat duit kita dapat , lagi cepat dihabiskan .
  • Jadilah org yg mampu mempertahankan diri tanpa bantuan.
  • DEB , tongkat sementara supaya boleh berdiri sama tinggi dgn kaum yang lain. Bebaskan diri dari menerima bantuan sepanjang masa.
  • Perjuangan kita utk meningkatkan diri kita, dan kita mampu mempertingkatkan diri kita.
  • Orang yg bijak pun tidak akan berjaya jika tidak berusaha. Di dalam lumba lari, untuk memotong orang yang telah berlari di depan, kita perlu berlari dengan lebih kuat lagi. Jika kita berlari sama kuat dengan orang yang didepan kita, kita tidak akan mampu menyamainya, apatah lagi mendahuluinya
  • Kita akan berjaya kalau sanggup berusaha, contohnya mengelilingi dunia dgn kapal layar seorang diri, mendaki gunung everest, dll.
  • Orang yang mempersoalkan tentang bantuan kepada orang melayu sudah tidak releven lagi ibarat org yang membakar jambatan selepas dia melaluinya.
  • MARA perlu menggalas amanah bumiputera.
  • Dulu sukar untuk orang melayu untuk menuntut ilmu. Untuk memenuhi kuata di IPTA, kerjaan perlu menyediakan pelajar dari peringkat sekolah rendah lagi.
  • Sekarang orang mudah masuk Universiti kerana wujudnya banyak sekolah rendah dan mengenah, hatta di kampong-kampung yang terpencil pun.
  • Walau bagaimanapun, ramai orang melayu hanya mampu memasuki IPTA kerana itu yang dibantu kerjaan. Di IPTS cuma 10% sahaja orang melayu. Jika tiada IPTA, bilangan pelajar bumiputera di Universiti masih lagi kecil .
  • Walaupun telah diperuntukkan kuata dan diberi peluang, ramai lagi yang masih mempersiakan peluang berkenaan. Ramai yang merungut bila kuata untuk bumiputra di ITPA dikurangkan, tetapi kemana perginya remaja kita?
  • Remaja yang sepatutnya melanjutkan pelajaran di IPT sebaliknya terlibat dengan gejala social seperti lumba motor haram dan dadah.
  • Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM diwujudkan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada bumiputera. Hanya dengan pendidikan sahaja kita boleh maju.
  • MARA menumpukan kepada pendidikan sebelum bidang yang lain. Dari pendidikanlah bilangan profesionalisme bertambah . Tanpa pendidikan, takkan mampu melahirkan usahawan dan sebagainya.
  • Ilmu sains dan teknologi memang cukup baik, cuma masih kurang dlm bidang membentuk karektor yg sesuai dgn kejayaan .Sebagai contoh jika dari kecil lagi telah diajar bahawa tidak baik untuk mengambil sesuatu yg bukan hak kita = mencuri = jenayah . Apabila kanak-kanak ini telah membesar menjadi seorang yang baik, tak akan menerima rasuah, tidak amanah, tidak membayar hutang.
  • Tanpa ilmu ini, sebab itu ramai orang yang menyalahgunakan kuasa dan rasuah, termasuk juga ahli-ahli politik.
  • Tanpa rasuah, bangsa kita akan lebih berjaya.
  • DEB kurang berjaya semasa Tun memerintah. Walau bagaimanapun beliau berjaya membentuk karektor terutama memerangi rasuah . Orang melayu cukup lemah dengan duit. Ramai yang mengganggap wang tunai adalah untuk dibelanjakan, bukan untuk dilaburkan utk mendapat pulangan yang lebih baik. Bagi bangsa lain, duit adalah sebagai modal supaya dia akan bertambah dan tidak akan susut.
  • Kita perlu tahu bagaimana cara mengurus wang, dan perlu diamalkan .
  • Perlu selalu membaca dan mendengar ceramah untuk melahirkan minda yang kreatif dan inovatif
  • Pemimpin perlu berani. Kalau tak berani tak boleh jadi pemimpin.Untuk jadi pemimpin, kita perlu lebih cekap dari orang yang dipimpin. Perlu idea yng lebih sikit dari pengikut walaupun mungkin idea itu agak gila sikit, Contohnya untuk Malaysia menghasilkan kereta Nasional, sesuatu yang dianggap kelakar dan mustahil suatu masa dulu, sekarang telah jadi nyata.
  • Campur tangan politik dalam urusan seharian. Kita perlu cuba untuk berkata tidak. Perlu tegas dan keputusan dan tindakan. Biasanya ini tidak dapat ditangani kerana masing-masing mengharapkan keuntungan peribadi

Kesimpulan

BERDIKARI, BELAJAR , UBAH SIKAP, JGN BERGANTUNG KPD TONGKAT.

SETIAP ORG MELAYU PERLU BERUSAHA BERSUNGGUH 2 UTK MEMAJUKAN EKONOMI DIRI DAN KELUARGA.

** kpd kawan2 yang lain yang ada ambil notes, boleh tolong tambah kalau saya ada termiss any point

2 Responses to “MARA – Menggalas Amanah Bumiputra by Tun Mahathir Mohamad”

  • wan:

    thanks.. kak z uploadkan intipati pidato tadi… sedih x ada kat situ.. huhuhuhuh

  • ummiadam:

    e-mail dari kak Yam… Adiknya yang Pn Rosnah Majid yang jadi Moderator di atas pentas tuh

    – Nilai Hidup yang positif dan Sikap Berdikari – orang Melayu jangan terus mengharapkan bantuan kerana orang yang lemah sahaja yang sentiasa memerlukan bantuan – bantuan sebagai tongkat dan jangan terus bersandarkan kepada tongkat.

    – Bukan MARA sahaja yang perlu menggalas amanah – Rakyat juga kena bersama menggalas amanah yang di beri.

    – MARA dan Institusi Pendidikan lain kena memasukkan elemen character formation (pembangunan sikap) dalam P&P

    Semasa Q&A – Kak Yam ada bertanya – resipi mengekalkan kesegaran minda yang creative dan innovatice – Jawaba Tun – kena sentiasa guna otak (perkataan Tun)/minda – kalau tidak ianya akan lumpuh. Banyak membaca, hadiri ceramah dan sentiasa berfikir tentang masaalah kita dan orang lain serta cuba mencari solutions/penyelesaian.

    Ada seorang Puteri UMNO bertanya bagaimana nak jadi a good leader – jawaban Tun – Leader/Pemimpin/Ketua kena berani, mempunyai idea yang luar biasa melebihi orang yang dipimpinnya/diselia – kalau tidak sama dengan yang di pimpin. Maka kena gila-gila – berbiza dari yang lain.

    Tun juga tidak tahu kenapa MeCD di tutup – pada pandangan Tun MeCD masih di perlukan – dan minta orang Melayu terutama Usahawan mendesak Kerajaan. Sebenarnya Kak Yam pun memang berhasrat nak tanya YAB PM kenapa MeCD di tutup kalau ada peluang.. Kak Yam ada menulis kepada YAB PM pada 19/4/2009 selepas YAB PM umumkan Kabinet barunya. Dua isu yang Kak Yam bawa – kekalkan UniKL kepada MARA dan minta KKLW di jenamakan – Kementerian Kemajuan Pembanguan Luar Bandar & Keusahawanan. Tapi nampaknya UniKL sahaja yang dikekalkan. Kalau tidak UniKL terlepas ke MOHE sama dengan produk ori kita – UiTM.

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog