Anda rela bermadu? Benarkah? (Siri 1)

Telah sekian lama, suamiku ingin menambah bilangan isterinya. Bermula dari aku menetang sekeras-kerasnya, hingga kini aku dah tak kisah dah. Entah berapa ramai perempuan yang pernah tersenarai sebagai calon suamiku, dari anak dara, janda, perempuan yang dah tak der dara dan sebagainya.

Ada juga yang cuba berbaik denganku. Ada yang pernah datang ke rumah sebagai tetamu. Ada yang datang sebagai maid dan ada juga yang pernah mengikut kami berpiknik di Taman Tasik Titiwangsa dan Bukit Tinggi, Pahang. Malah ada yang pernah menghadiahkan T-shirt dan beg duit Bonia semperna hari jadiku.

Kepada suamiku juga ada pelbagai sikap dan kata-kata yang kadang kala membuatkanku tersenyum sinis, antaranya ada yang:

  1. Call pukul 4 pagi hampir setiap malam.
  2. Perkataan kegemaran dia “Buktikan..buktikan yg u sayangkan I, datang rumah I mlm nih jugak, tolong baiki komputer I”.
  3. Ada juga yang bertanya sama ada suami ku mampu memberikan nafkah batin atau tidak.

Pelbagai perangai, pelbagai sikap. Ada yang berani add aku dan suami di FB. Ada yang berani add suami sahaja dan tidak berani add aku. Semuanya yang datang silih berganti hingga aku pun dah lost count berapa orang sebenarnya.

Terkini, yang paling menarik hari ini aku menerima satu email dari seorang perempuan. Dia bertanyakan 3 soalan dan inilah jawapan yang ku berikan.

1) mengapa beliau ingin mencari isteri ke2?

Sebab utama adalah kerana beliau ingin mempunya zuriat beliau sendiri. Ini kerana sehingga kini, telah lebih 12 tahun kami mendirikan rumahtangga, namun kami masih belum dikurniakan dengan zuriat. Jangan di tanya tak berusaha ker? Apa lagi usaha yang belum kami buat. Boleh rujuk di sini

 ummiadam.teratakrindu.net/?p=23.

Keduanya, adalah sebagai pembantu dalam urusan kekeluargaan. Sebagai contoh, baru2 ini, saya perlu pergi kursus dan bermalam di hotel. Pada masa yang sama, suami saya pula di masukkan ke hospital sebab sakit kaki. So siapa yg akan menjaga anak angkat kami di waktu malam, menghantar dan mengambilnya dari tadika dan menguruskan makan dan minumnnya sewaktu ketiadaan ayah dan ibunya di rumah?

 Oleh itu, salah satu syarat untuk menjadi madu saya mestilah tinggal dan bekerja di kawasan lembah kelang.

 2) Mampukah beliau dari segi nafkah zahir? sy tidak memandang poligami ini sesuatu yg salah sekiranya lelaki itu benar2 mampu dari sudut kewangan…

Istilah mampu itu terlalu subjektif sebenarnya. Jika saudari mengimpikan kediaman, kenderaan, perhiasan intan berlian, percutian dan sebagainya yang serba mewah, minta maaf, suami saya bukanlah orangnya.

Dengan pekerjaan sebagai seorang IT Exec di syarikat swasta yg ternama, dengan kos hidup di KL yang semuanya memerlukan wang, untuk hidup serba sederhana, insya-Allah saya yakin suami saya mampu. Yang penting adalah sama-sama bekerja dan menyumbang kepada ekonomi keluarga dan ummah.

 3) Adakah akak benar2 redha bermadu?

Suami saya bukanlah hak milik saya seorang. Sekarang pun memang saya telah berkongsi suami saya dengan ibu dan keluarganya, rakan-rakannya dan juga pekerjaannya. So saya rasanya saya tiada masalah untuk berkongsi suami saya dengan seorang lagi orang lain. Dengan syarat BENAR-BENAR BERKONGSI. Bukannya bermaksud dia ingin memiliki semua sekali. Tolak ansur adalah cukup penting dalam kehidupan berpoligami. Sebagai contoh, andainya anak angkat kami sakit dan memerlukan ayahnya di sini, adakah saudari rela mengizinkan giliran yg sepatutnya untuk saudari demi memenuhi keperluan anak kecil ini. Dan andainya, saya perlu outstation, dan anak ini sakit dan perlu dimasukkan ke hospital, adakah saudari rela bercuti demi untuk menjaga anak tiri saudari di hospital?

Dalam keluarga kami, kami mengamalkan konsep berapa banyak yang mampu di beri, bukan berapa banyak yang dapat. Pemberian ini bukan setakat wang ringgit sahaja, tetapi juga masa, tenaga dan kasih sayang.

Jika saudari merasakan sanggup, so welcome to our family. Sebelum itu jemputlah add saya dan suami ke dalam FB dulu untuk saling mengenali fikrah dan aktiviti-aktiviti seharian kami.

 So sama-samalah kita tunggu apakah perkembangan selanjut selepas ini. Adakah beliau benar-benar redha dan sanggup bermadu?

Tunggguuuuuuu

bersambung di sini




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.