Kereta yang hilang dah jumpa semula

Pada petang Ahad, semasa kami di Putrajaya, kami menerima call dari adik ipar mengatakan ternampak keretaku di jalan besar di depan Mydin Selayang.

Katanya dia cam keretaku berdasarkan semua stiker MARA, KLFM, DCL dan aisyah.rindu.net yang menjadi identiti utama kereta berkenaan. Tergesa-gesa kami pulang ke rumah di Kepong untuk mengambil kunci kereta dan ke selayang bagi memastikan kesahihan berita berkenaan. Dengan kunci spare aku berjaya membuka kereta berkenaan, malangnya gagal menghidupkannya. Agaknya sebab itulah ditinggalkan.

Selepas ditarik ke bengkel, kami ke IPD Gombak untuk membatalkan laporan kehilangan yang telah dibuat sebelum ini. Setelah semua urusan selesai, barulah kami pulang ke rumah, keletihan.

Walaupun telah jumpa, namun ada beberapa lagi urusan yang perlu diselesaikan berkaitan dengan kereta itu.

1. Menulis surat untuk membatalkan tuntutan insuran.

2. M.card untuk access masuk ke bangunan telah tiada. Aku perlu membuat kad yang baru dan membatalkan kad yang lama, serta membayar denda RM50.

3. Kad parking. Kad parking yang telah hilang juga menyebabkan aku di denda RM50.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.