Post kehilangan kereta

Selepas kereta dijumpai dan gagal dihidupkan, kami terus membawanya ke bengkel di Selayang. Selepas apa yang berlaku, lebih-lebih lagi merasakan yang ‘pencuri kereta’ itu mengenali kami, dan 1 kunci kereta mungkin masih ada pada dia, kami berpendapat tidak selamat lagi menyimpan kereta berkenaan. Memang sebelum ini pun telah bersedia untuk menukar kereta baru, jadi mungkin kini adalah masa yang sesuai.

Setelah berbincang dengan seorang kawan yang menjadi ejen menjual kereta, kami bersetuju untuk membeli kereta MyVi Berwarna hitam, model Exlusive Edition dengan harga RM51, 100. Saya dah menghantar borang permohonan untuk menggunakan pembiayaan MARA, pada hari rabu. Dimaklumkan biasanya prosesan akan memakan masa lebih kurang seminggu.

Hari ini pula saya di maklumkan bahawa MyVi EE telah dihentikan pengeluaran. Saya dicadangkan untuk membeli MyVi SE, dengan pertambahan harga lebih kurang RM2,000.

Kereta kancil saya keluar dari bengkel pada petang khamis. Banyak juga barang yang ditukar. Terasa seperti membawa kereta baru bila membawa kereta itu. Yang paling seronok, sebab telah ada auto lock dengan remote. telah agak lama juga remote dan auto lock kereta berkenaan rosak. Dengan apa yang berlaku, kami perlu lebih berhati-hati sekarang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.