Fisioterapi utk slip disc

Bila sebut lumbar disc prolapse ramai orang yang terpinga-pinga. Semalam bila kali pertama aku kerja setelah sekian lama MC, aku pun jawap jer ‘Slip disc’

“Ohh… kakak saya pun dulu kena jugak, lepas buat operation baru OK”

“Pakcik saya pun kena..tapi dia tak berani operation, sebab doktor kata kalau buat pun untuk sembuh just 50 50”

“Apa slip disc? Mcm Anwar Ibrahim kena dulu yer, tapi sekarang dia dah Ok kan, dia buat operation kat luar negeri dulu kan”

“Oh slip disc.. mcm Pn XX yang dulu kerja kat unit tuh..dah meninggal dah pun kan dia tuh”

Tuh adalah antara komen2 yang aku terima semlama, mostly negetif dan menyakitkan hati, tetapi cuma kesabaran memujuk hati.

Harinih pula aku menerima satu e-mail dari FB, Katanya suaminya pun mengidap sakit yang sama dan telah menjalani pelbagai rawatan. “At last. Setiap hari amalkan baca fatihah. Selepas solat at least 15 kali . Doa mintak disembuhkan penyakit. Tambah QulhuAllah 3 kali kalau larat sebelum mintak doa tu. Ada org ajar kat akak ni. Penyakit dari Allah Zack, Dia je boleh amik semula. InsyaAllah. BTW bagus juga sedekahkan fatihah kat anak2 selepas solat.”

Tersenyum aku, Alhamdulllah, ada juga yang memberi petua yang tidak sukar untuk diamalkan, malah tidak memerlukan sebarang modal pun sebenarnya.

Dalam lift untuk membeli makan tengahari terjumpa pula dengan rakan sepejabat, bertanyakan soalan dan memberikan jawapan yang sama.

“Oh saya pun pernah kena, dulu saya accident, lama lepas tu kira2 10 tahun barulah kena kesannya. Lama juga buat rawatan fisioterapi dan makan ubat, Alhamdulillah sekarang dah Ok. ”

“Tak buat operation ker?”

“Tak, just makan ubat dan fisio jer”

Lega, ada direct testimonial dari individu itu sendiri, bukan kakak, pakcik, suami atau orang lain.

Petang nih sesi ke 3 untuk buat rawatan fisioterapi.

Semoga kesakitan ini akan segera sembuh.

10 Replies to “Fisioterapi utk slip disc”

  1. Assalamualaikum kak…

    saya pon derita slip disc…puncanya jatuh…memang rawatannya fisio dan makan ubat…ade juga kadang² doktor bagi ubat tampal…InsyaAllah kak..betul jugak sakit ni dariNya…

  2. Salam, Pada 2008 saya derita slip disc dan mendapatkan rawatan di sebuah hosptal swasta di Kota Bharu selama 3 minggu , slip disc dapat di kesan melalui MRI dan saya hanya makan ubat dan membuat fisiotraphy kerana kalau dibuat pembedahan ratio sembuh adalah 50/50 saya beransur pulih sementara sahaja. dan awal bulan September saya mengalami sakit semula bahagian tulang belakang 4 dan 5 hingga lah bahu dan lengan kanan sakit dan kebas..hingga ke jari telunjuk…sakit sangat…

  3. salam…saya mengalami sakit slip disc pada bulan 6 2011 setelah terasa sakit dibahagian kiri punggung hingga ke tapak kaki, rasenya amat sakit sangat setiap masa sehinggakan saya terpaksa berjalan senget sebelah badan bagi menahan kesakitan yang dialami. saya telah membuat scan MRI di hospital swasta dan telah disahkan kena slip disc L4 dan L5, saya telah dimasukkan ke wad selama seminggu dan doktor mengesyorkan untuk menjalankan pembedahan tetapi hasilnya 50-50 sama ada pulih atau tidak. saya telah keluar hospital tersebut dan mencari alternatif lain, puas berubat cara kampong, urut, akupuntur, homeopathi dan menggunakan pelbagai produk tetapi tiada perubahan.setelah 2 bulan berlalu saya telah diperkenalkan oleh seorang wanita bernama Pn. Syikin dengan Jus cordy, pada mulanya saya ragu2 dengan produk tersebut dan hanya membeli sebotol jus sahaja alhamdulillah hari kedua pengambilan saya sudah boleh tidur lena dan sakit berkurangan, mulai dari itu saya terus mengamalkan jus tersebut sehingga sekarang dan kesannya bertambah baik dan saya sudah boleh berkerja seperti biasa sekarang. Jika anda ingin melihat testimoni jus tersebut boleh layari http://www.youtube/juscordy dan produk tersebut boleh didapati dari Puan Syikin H/P : 013-7062170. Diharap dengan maklumat tersebut dapatlah membantu semua yang sedang mencari alternatif selain dari pembedahan.

  4. Salam, saya kebetulan mencari maklumat mri, tapi terjumpa blog puan, masalah slip disk, saya pernah kena dulu, sampai berjalan senget 3 bulan. Saya berubat dengan seorang tok bomoh patah, di tanah merah, kelantan.alhamdulillah, saya dah ok. Abg ipar, biras, anak saya tercabut tulang bahu semuanyasaya rujuk kepada beliau. Kalau tak yakin dgn cara tradisional, takpe, itu hak masing2. Tukang urut itu hanya amalkan ayat quran dan kepakaran beliau.

  5. hi and assalamualaikum,
    sy x pasti respon ni still relevan ke tidak. tp sy ingin berkongsi info,
    sy slip disc after jatuh dkt surau ofis. pg hospital, doc ckp impossible utk kene slip disc since im still young. 24 at that time. doc buat mri tp die ckp everything is normal. time tu tgn dh kebas. nk jln sush. rase keras je. then doc ckp mebi otot yg tekan saraf i. so die bg steroid jab. but after that lgsong x ok tp maken teruk. kaki sy pulak yg dh start kebas. time tu mmg xkua g mane. dok umah je. i told doc bout this. tp die mcm mrh pulak . igt sy tipu kot. so sy pg jmpe dis 1 doc dkt gombak. hes neurologist and die juge tahu urut. die la yg detect slip disc. die urut saraf sy, time tu 3kali berturut sy kne buat. means in 3 days la. 1st day sy dh bole jln. then after 3rd time getting better. sy slip dkt 2 tpt. now sy kne follow up every month je smpi btol2 ok. kesal dgn doc dkt swasta nih. tp nk buat mcm mane. redha je la

  6. Salam saya menderita slip disc tiga tahun. Kini saya sudah pulih. Rawatan tanpa pembedahan dan sangat efisen. Hanya yg mengidap slip disc sahaja tahu bagaimana sakitnya.
    Hubungi saya untuk sharing
    Ust lokman
    0148124948

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.