Rawatan Prolotherapy

Kini telah lebih setahun saya menderita sakit pinggang, bermula dari semasa cuti Tahun Baru China tahun lepas . Doktor telah mengesahkan saya pengidap lumber disc prolapes, atapun biasa di sebut slipped disc.  Biasanya kalau sakit sangat, saya akan makan pil penahan sakit dan kemudiannya berbaring di atas gel ais yang di beli di Damansara Specialist Hospital tahun lepas.

Hinggalah pada suatu hari, bila suami memberikan gambar ini yang diperolehi dari laman web iLuvIslam. Pada masa itu, saya tidak sakit sangat, jadi saya abaikan sahaja segala maklumat yang terkandung di dalamnya.

Semasa sedang berkursus Joomla, tetiba pinggang saya sakit sangat, hingga mengganggu tumpuan saya berkursus. Oleh kerana tidak sanggup lagi menahan kesakitan, saya terus call klinik ini untuk buat temujanji.

Temujanji ditetapkan pada pukul 12 tengahari 9 April 2011. Ketika kami tiba ada 2 pesakit sebelum saya. Agak lama juga tempoh yang diambil untuk merawat seorang pesakit.

Doktor menerangkan procedur rawatan, dan kesan jangka pendeknya. Menariknya sebab tiada rawatan susulan yang tiada kesan jangka panjang.

Hasil pemeriksaan, saya memerlukan 5 suntikan di tempat yang berbeza di pinggang kiri saya. Cuma doktor menjangkakan bahawa mungkin selepas ini bahagian kanan saya pula yang akan sakit. Ini adalah kerana, kemungkinan bahagian kiri dan kanan saya sebenarnya sakit, namun kesakitan belah kiri yang melebihi belah kanan hingga belah kanan tidak terasa sakit. Senang cerita, mungkin belah kiri saya sakitnya 80%, manakala belah kanan cuma 30%. Selepas suntikan di belah kiri, sakit saya cuma tinggal 10% manakala sakit belah kanan masih lagi 30%.

Kini telah lebih sebulan saya menjalani rawatan ini, dan alhamdulillah rasa sakit saya telah berkurangan.  Insya-Allah saya akan mendapatkan rawatan belah kanan pula untuk dengan harapan sakit pinggang ini akan sembuh sepenuhnya.

Kepada sesiapa yang mengidap sakit pada tulang atau sendi, saya mengesyorkan membuat rawatan di sini. Kos yang dikenakan adalah :

1. Consultation :RM50

2. Suntikan : RM50 untuk satu suntikan. (Bilangan suntikan berbeza bergantung kepada pesakit)

3. Ubat :RM100

Sekadar peringatan, sehingga tarikh 9 April 2011, Klinik berkenaan cuma menerima transaksi tunai sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.proloclinics.com/index.php ataupun http://www.prolotherapy.org/

 

17 Replies to “Rawatan Prolotherapy”

  1. salam.

    skrg ni mak saya sedang mengalami sakit slipped disc ni…kalau ikut saranan doctor , mmg kena buat pembedahan.. tp x berani nak ambik risiko sbb dia dah berumur..

    cuma nak minta pandangan puan ttg rawatn ni…mcmana keadaan puan selepas menjalani rawatan ini sehingga waktu sekarang?

  2. Alhamdulillah, saya sekarang telah banyak sangat kurangnya berbanding sebelum ini. Saya tak mengatahkan 100% sembuh selepas sekali rawatan, tapi memang berbaloi dan tidak menyesal mencubanya

  3. salam, sekaar bertanya…saya juga mengalam skit dibahagian kiri pinggul
    adakah terapi Rawatan Prolotherapy berkesan terhadap sakit puan?
    saya ingin mencuba kaedah rawatan tersebut

  4. salam
    saya juga mnghadapi masalah yg sama…
    cuma saya ingin tahu keadaan puan skrg, benarkah ia benar2 berkesan berbanding rawatn lain yg puan ambil sebelum ini

  5. Alhamdulillah, ianya berkesan kepada saya. Namun jangan lupa juga peranan doa kepada Yang Maha Esa. Refer kepada tulisan saya mengenai buku untuk rawatan sakit pinggang, saya rasa ia sedikit sebanyak juga menyumbang.

  6. salam
    kak saya baru sahaja diserang sakit slip disk dalam tempoh 1bulan..sakit..mmg sakit,bagaimanakah proses rawaatn ini?boleh akak ceritakn?

  7. ingin bertanya..rase sakit di pinggul bile duduk lame..sakit tu rase di tulang..adakah melibatkan sakit seperti di atsa jugak?..jika ya,bolehkn dirawat mggunakan rawatan seperti di atas?

  8. Sila dapatkan nasihat daripada doktor anda, sebab saya adalah pesakit, bukannya doktor. Kalau perlu buat x-ray dan MRI. Kalau doktor sahkan anda mengidap slip disc, mungkin kaedah ini sesuai. Cuma mengikut pembacaan saya slip disc biasanya berlaku di pinggang atau leher dan bukannya pinggul. Entahlah..sekali lagi saya pun pesakit, bukan doktor.

  9. Dear Doc,
    Saya memang dah lama ada masalah sakit lutut tetapi saya cuma per ke hospital kerajaan sahaja, saya ingin pergi ke klinik doctor dan nak tahu pembayarannya mahal ke? Kerana saya tidak mampu kalau harganya mencecah sampai 500 ringgit. Sekian, terima kasih.

  10. saya bukannya doktor, saya pun pesakit. Kalau nak cakap dgn doktor sila ke laman web yang diberikan.

  11. Untuk mengurangkan sakit belakang, apabila rukuk, tangan kena lurus selurusnya dan belakang kita pun nampak lurus..dan akan terasa tulang belakang akan berbunyi…relax…lepas tu baru baca…subhana….

    Banyak tempat yg menjalankan terapi ini.mungkin boleh bertanya di saya lupa addr dia…Ajarkan aku Ya Allah… Solo of Islam dan sebagainya…

  12. as salam.
    Sy nak share pengalaman sy..
    2009 sy first sakit and done wit MRI.- result slipped disc di L5 and L3..kesan x dpt berjln spt biasa, bersin, batuk pun sakit d pinggang (terutama sebelah kiri). sy x buat operation selepas berjumpa lebih dr 3 org doc. sy byk berurut secara urutan selauk (perubatan urut utk org yg patah tulang di srwk) dn perubatan cina..di samping pengambilan gamat healin utk tulang. sy juga ada berjumpa dgn seorg makcik yg berubat dgn cara ayat alquran..dn dia mengatakn sy telah dibedah secara batin..memang pd mlm nya sy x tersedar spt selalu dn menangis kesakitan .keesokkn pgnya sy dpt mengeliat spt biasa…dn seterusnya..sy byk menggunakn kaedah berurut dn terasa sdh sembuh selepas mengerjakn UMRAH pd 2010.
    Tp akibat kelalaian ( pindh rmh baru)..pd pg 19 mac 2012, bermula terasa sakit urat di punggung sebelah kanan semasa nk membuang air besar..sy terus x dpt berjalan spt biasa dn terasa urat kaki sebelah kanan macam nak putus.SAKIT SGT! (Rupanya apa yg d fikirkn ..berlaku juga). Akibatnya dr pinggang hingga ke lutut (sebelh kanan) terasa kebas dn alami masalah tidak terasa membuang air kecil. doc memberikn 3 injuction , painkiller dn ubat sakit urat. sekarang sy diberi masa 2 bulan utk buat fisio, x baik operation sebagai alternatif terakhir..le jwbnya! .sy x mkn ubat..kerana ubat utk sakit urat mengandungi steriod dn painkiller yg akn effect pd buah pinggang…buat masa ini sy mengambil jus intra , vit B yg d beri pihak hospital..dn sentiasa menggunakan ais/fisiotheraphy gel beg d tmpt yg terasa kebas.Dlm masa sebulan lebih, sy dpt rasa kebas semakin kurang… Mcm doc swasta yg sy jumpa (pakar tulang)…apabila mengalami slipped dic, bg masa tempoh 6 bln ..dgn rawatan ubat, dn fisio. jika x sembuh..dn masih x dpt berjln spt biasa..barulh di buat operation. …Kata ‘doc peribadi’ sy (my mum )..rupa mcm dh elok tp yg di dlm x sembuh lg, penyakit nk dtg mcm ribut , nk pergi mcm semut. krgkn pergerakan..avoid angkt berat..doalh yg terbaik utk kehidupn .nak pergi klinik yg pn nyatakn jauh, kos mahal..(kerja d srwk , org semenanjung)…tp insyaallah ada rezki sy usahakn juga…muga sy cepat sembuh. amin…BLOG PN TERBAEKKK.THANKS!

  13. IKHTIAR dengan produk SNE untuk ANDA yang bermasalah: http://www.produksne.com.my
    1. Lumpuh/Strok/Saraf
    2.Jantung/Darah tinggi
    3.Koma/Patah Tulang
    4.Buah Pinggang/Gastrik
    5.SakitPinggang/Sendi
    6.Buasir/Haid/Sembelit
    7.KencingManis
    8.SLE/Luekimia/Thalassemia
    9.Gout/Sakit Lutut
    10.Asma/Lelah/Resdung
    11.Thyroid/Bisul/Jerawat
    12.SukarMengandung/Keguguran
    13.Kanser/Fibroid
    14.Penyakit Kulit((Psoriasis/Ekzema)
    15.Prostat/Hati/Paru-Paru
    16.Masalah Seksual/Berat Badan
    17.Batu Karang/Tidak Lawas
    18.Penyakit yg sukar di ubati……

  14. Assalamualaikum Tuan2 & Puan2…Sakit adalah subjektif dan banyak faktor penyebab sakit. Semua struktur badan (Tulang, Otot, Tisu Lembut & dll)dibekali oleh sistem saraf yang mengesan faktor sakit. Sebagai contoh sakit belakang dimana banyak faktor penyebabnya seperti sprain, PID, strain, patah malah proses penuaan yang mengakibatkan arthritis pun boleh menyebabkan sakit pinggang. Faktor psikologi juga penting dan boleh menjadi penyebab sakit belakang. Faktor2 di atas boleh dikategorikan kepada 3 faktor utama punca sakit belakang iaitu postural syndrome, dysfunction syndrome & derangement syndrome. Rawatan berbentuk non-pharmachology khususnya Fisioterapi berpandukan ke tiga2 kategori ini untuk merawat sakit belakang. Rawatan fisioterapi bersifat holistik yang merawat fizikal, mental (psikology) & spiritual (rohani) mampu membantu anda. Insya Allah sakit belakang anda boleh dikawal dan diatasi.

  15. Berkaitan Prolapsed Intervertabral Disc (PID)…rawatan berpandukan signs & symptom (tanda & aduan) anda. Ada yang hanya sakit setempat ditengah pinggang atau di tepi punggung atau sakit yang menjalar hingga ke kaki. Ada yang mengadu symptoms bertambah apabila dalam satu posisi terlalu lama seperti berdiri, memandu atau mengangkat barang. Ada yang sakit apabila mengubah kedudukan badan ke posisi lain contoh dari berdiri ke membongkok. Semua ini akan mempengaruhi kedudukan disc di tulang belakang. Bagi pesakit PID, mereka perlu mempelajari ilmu biomechanic dan mempraktiskan ergonomic dalam setiap kedudukan dan masa. Walaupun anda telah menjalani pembedahan disectomy untuk membuang disc yang terkeluar anda amat2 digalakkan mempelajari ilmu ini. Memang benar pembedahan akan mengurang symptom sakit belakang anda tapi perlu diingat apabila satu disc dibuang ia akan mempengaruhi biomechanic tubuh badan anda dan ketidakseimbangan pergerakan sendi dan kuasa otot akan berlaku. Ketidaseimbangan ini akan mengubah daya graviti yang bertindak ke atas tubuh kita berubah dan menyebabkan sebahagian struktur badan akan menerima stress yang berlebihan daripada bahagian lain. Ini boleh menyebabkab insiden PID ke 2 terjadi. Digalakkan anda mempelajari ilmu ini melalui pakar fisioterapi yang terlatih & berpengalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.