Kini telah lebih setahun saya menderita sakit pinggang, bermula dari semasa cuti Tahun Baru China tahun lepas . Doktor telah mengesahkan saya pengidap lumber disc prolapes, atapun biasa di sebut slipped disc. Biasanya kalau sakit sangat, saya akan makan pil penahan sakit dan kemudiannya berbaring di atas gel ais yang di beli di Damansara Specialist Hospital tahun lepas.
Hinggalah pada suatu hari, bila suami memberikan gambar ini yang diperolehi dari laman web iLuvIslam. Pada masa itu, saya tidak sakit sangat, jadi saya abaikan sahaja segala maklumat yang terkandung di dalamnya.
Semasa sedang berkursus Joomla, tetiba pinggang saya sakit sangat, hingga mengganggu tumpuan saya berkursus. Oleh kerana tidak sanggup lagi menahan kesakitan, saya terus call klinik ini untuk buat temujanji.
Temujanji ditetapkan pada pukul 12 tengahari 9 April 2011. Ketika kami tiba ada 2 pesakit sebelum saya. Agak lama juga tempoh yang diambil untuk merawat seorang pesakit.
Doktor menerangkan procedur rawatan, dan kesan jangka pendeknya. Menariknya sebab tiada rawatan susulan yang tiada kesan jangka panjang.
Hasil pemeriksaan, saya memerlukan 5 suntikan di tempat yang berbeza di pinggang kiri saya. Cuma doktor menjangkakan bahawa mungkin selepas ini bahagian kanan saya pula yang akan sakit. Ini adalah kerana, kemungkinan bahagian kiri dan kanan saya sebenarnya sakit, namun kesakitan belah kiri yang melebihi belah kanan hingga belah kanan tidak terasa sakit. Senang cerita, mungkin belah kiri saya sakitnya 80%, manakala belah kanan cuma 30%. Selepas suntikan di belah kiri, sakit saya cuma tinggal 10% manakala sakit belah kanan masih lagi 30%.
Kini telah lebih sebulan saya menjalani rawatan ini, dan alhamdulillah rasa sakit saya telah berkurangan. Insya-Allah saya akan mendapatkan rawatan belah kanan pula untuk dengan harapan sakit pinggang ini akan sembuh sepenuhnya.
Kepada sesiapa yang mengidap sakit pada tulang atau sendi, saya mengesyorkan membuat rawatan di sini. Kos yang dikenakan adalah :
1. Consultation :RM50
2. Suntikan : RM50 untuk satu suntikan. (Bilangan suntikan berbeza bergantung kepada pesakit)
3. Ubat :RM100
Sekadar peringatan, sehingga tarikh 9 April 2011, Klinik berkenaan cuma menerima transaksi tunai sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.proloclinics.com/index.php ataupun http://www.prolotherapy.org/