Walk the talk, atau dalam bahasa Malaysia, laksanakanlah apa yang di katakan. Jangan sampai orang menyampah dah mengatakan cakap tak serupa bikin.
Kita semua sering diingatkan tentang keberkatan dalam bekerja, mencari rezeki. Selalu diperingatkan bahawa Facebook, Chatting, browsing ke tempat2 yang tak sepatutnya adalah membuang masa dan mencuri waktu kerja. Perkara ini tak sepatutnya diamalkan. Even untuk turun bersarapan di waktu pagi pun di anggap salah, menyalahi peraturan, sebab peraturan mengatakan waktu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 1 tengahari, sebelum waktu rehat. Kemudian menyambung pula kerja dari pukul 2 hingga 5 petang (bagi yang memilih WP2).
Kalau ada orang dari bahagian lain yang melepak di bahagian lain, ditanya “Tak der kerja ker?”. Maksudnya mencuri waktu pejabat untuk demi untuk kepentingan peribadi.
Namun pada masa yang sama, apa pula ‘hukumnya’, waktu yang sepatutnya digunakan untuk membuat kerja kerja pejabat, tetapi digunakan untuk membuat assignment. Menggunakan kemudahan komputer pejabat, power point, visio, dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan. Tak cukup dengan itu, meminta tolong orang lain untuk menghantar fax soalselidik kepada pihak luar. Tidakkah itu namanya menyalahgunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri sendiri? Apa bezanya orang yang browsing dengan orang yang buat assigment?
Bagi saya tiada bezanya. Kalau yang pertama dikatakan salah, maka yang kedua juga salah.
Jadi lepas ini, sebelum menegur orang lain, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Janganlah kuman di seberang laut nampak, tetapi gajah di depan mata tidak kelihatan. Dan janganlah menjadi seumpama ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus..