Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan

Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan

Oleh Hazlinda Hamzah
– BERNAMA

SAKIT belakang tidak semestinya memerlukan pembedahan sebagai kaedah penyelesaiannya. – gambar hiasan.


Saya tidak mahu dibedah untuk pulihkan masalah sakit belakang saya. Saya takut jika pembedahan itu tidak berjaya dan saya lumpuh. Saya tidak yakin sanggup menanggung akibatnya,” kata Siti Ismail, seorang wanita bertubuh kecil yang aktif bersukan mewakili tempat kerjanya, seperti badminton dan ping pong.

Sakit belakang yang dialaminya sejak beliau mengangkat sebuah pasu bunga berat, kini merupakan kebimbangan utamanya.

Selepas bertemu dengan beberapa pakar ortopedik, pakar neurologi serta pengamal perubatan alternatif, Siti yakin bahawa sakit belakang beliau boleh dirawat tanpa pembedahan. Dan beliau yakin keputusan beliau betul!

Dr. Siow Yew Siong, seorang Pakar Bedah Ortopedik berpengalaman, mengesahkan bahawa pembedahan bukan satu-satunya kaedah pemulihan sakit belakang dan ia bukan dalam senarai keutamaan rawatan bagi mereka dengan masalah spina degeneratif.

SAKIT BELAKANG

“Kebanyakan mereka yang mengalami sakit belakang menyeksakan khususnya di bahagian bawah badan ialah yang berusia lebih 45 tahun. Ini disebabkan oleh tulang spina yang menebal dan juga ligamen. Sebenarnya, kaki yang berasa kebas merupakan sebahagian daripada simptom sakit belakang, khasnya di bahagian bawah,” jelas Dr. Siow.

Apabila ditanya berapa lama tempoh yang diambil oleh mereka yang mengalami sakit belakang untuk mengatasi kesengsaraan ini, tidak kira semasa berdiri atau duduk, Dr. Siow berkata: “Pertama, kami perlu bertanyakan kepada pesakit sejarah terperinci sakit belakang yang mereka alami. Kemudian, menguji kekuatan otot untuk memastikan refleks mereka. Satu ujian darah dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit yang teruk ini.

“Langkah berikut ialah ujian MRI ataupun Magnetic Resonance Imaging, yang akan mengenal pasti sama ada sakit itu disebabkan oleh masalah tulang degeneratif atau kecederaan,” katanya ketika ditemui pada forum kesihatan umum bagi Sakit Belakang dan Kaki Kebas, baru-baru ini.

Satu ujian saraf kemudian dijalankan untuk mengenal pasti saraf yang terbabit dalam sakit yang menyeksakan ini. Imbasan tulang hanya dilakukan untuk mendiagnosis bahagian tulang yang terbabit dan juga untuk memantau apa-apa jangkitan selepas kecederaan berlaku.

“Saya cadangkan pencegahan sebagai cara terbaik dalam mengelak sakit belakang yang menyeksakan ini. Lakukan senamanan Neural Flossing. Ia hanya mengambil masa 30 minit; 10 minit apabila anda bangun pagi, sebelum turun dari katil untuk ke tandas dan 20 minit sebelum anda masuk tidur.

“Pesakit saya sentiasa memberi alasan yang mereka kesuntukan masa. Pastikan tilam anda mampat, supaya ia dapat menampung badan anda dengan baik,” tegas Dr. Siow apabila ditanya akan kaedah rawatan terbaik bagi sakit belakang.

RAWATAN BAGI SAKIT BELAKANG

Menurut beliau, setiap orang harus meneliti dengan serius postur berdiri dan duduk masing-masing.

Nasihat beliau, pastinya wajar diberikan pertimbangan khusus bagi mereka yang menaip berjam-jam di hadapan komputer di ruang kerja mereka.

“Duduk lama di satu tempat tidak baik untuk tulang belakang anda. Saya menggalakkan pesakit saya untuk mengingatkan rakan-rakan mereka supaya berdiri untuk beberapa minit selepas duduk selama sejam.”

“Berjalan pastinya disyorkan, walaupun mungkin ada majikan yang tidak senang dengan kakitangan ‘hiperaktif’ yang berjalan semasa waktu kerja,” tambah Dr. Siow berseloroh.

Harus diingati yang tiada siapa yang terkecuali daripada sakit ini, tidak kira muda atau tua.

Sebenarnya, sakit belakang yang dialami oleh pesakit muda tidak kurang serius berbanding golongan berusia yang mengalaminya. “Bagi kanak-kanak, ia sebahagian daripada proses pembesaran mereka,” jelas Dr. Siow kepada seorang ibu yang meminta penjelasan semasa forum itu.

Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, bertanya mengenai teknik serta keberkesanan rawatan frekuensi radio oleh kerana ramai yang takut untuk menjalani pembedahan.

Pakar ini menjelaskan bahawa di bawah prosedur gelombang radio, saraf di tempat berkenaan dibakar dan rawatan ini boleh menghentikan rasa sakit bagi tempoh 9 hingga 12 bulan.

Bagaimanapun, untuk memastikan tempoh bebas sakit yang lebih lama latihan Neural Flossing mesti dijalankan secara berterusan.

POSTUR BAIK

Aneh sekali, selepas itu pesakit biasanya lupa masalah mereka itu dan mereka akan leka semula apabila tiada sakit ini selama 12 bulan. Mereka juga mengabaikan senaman dan akhirnya sakit belakang ini menghantui mereka semula.

Saraf menghantar perutusan sakit ke otak. Oleh itu apabila saraf dirawat mengikut prosedur ini, ia menghentikan perutusan sakit. Bagaimanapun, saraf ini boleh hidup semula dan tumbuh.

Terdapat kes di mana saraf-saraf ini walaupun kembali berkomunikasi dengan otak, tiada lagi rasa sakit. Ini kerana pesakit terus menjalani fisioterapi dan latihan secara berjadual.

Hari ini, terdapat pelbagai penawar untuk merawat sakit belakang, yang boleh menjejaskan kehidupan.

Epidural Lysis dan Radiofrequency Ablation kini terdapat di Malaysia, satu terapi intervensi untuk meredakan sakit akut dan kronik.

“Saya hanya akan mengesyorkan pembedahan jika ia benar-benar perlu khususnya apabila ia menjejaskan gaya hidup pesakit. Walaupun demikian, kita perlu menilai sakit ini terlebih dahulu kerana pembedahan tidak bermakna rasa sakit ini akan hilang. Saya menasihatkan kepada sesiapa sahaja supaya menjaga dengan baik postur mereka, gunakan pendakap secara berterusan untuk mengelakkan bongkok. Rawat sebarang kesakitan dengan merujuk kepada doktor yang pakar dalam bidang ini,” Dr Siow mengingatkan semua.

Menjaga postur anda semasa menggosok pakaian juga penting kerana pergerakan mendadak tulang belakang boleh menimbulkan masalah.

Kesihatan Bertambah Baik, Syukur Alhamdulillah

Hari ini, setelah lebih 2 minggu dari perjumpaan yang lalu, aku menemui Dr Azmi semula.  Soalan pertama doktor, “Macam mana dengan perkembangan sekarang, ada kurang ker? Berapa peratus pengurangannya?”

Alamak, sakit pun boleh kira peratus ker? Apa nak jawap nih.

“Entahlah doktor, saya rasa macam tak der kurang pun, kadang rasa makin sakit adalah. Saya ada ramai kawan yang kerja sebagai doktor juga dan mereka nasihatkan saya, kalau sakit makan jer ubat. Doktor suruh saya makan Neurotin 2x sehari, kalau sakit sangat kadang saya makan 3x sehari. Cuma biasanya kalau saya makan ubat tengahari, petang tuh kepala saya mula rasa dizzy dan macam nak muntah”

“Yer ker, kalau tak der kurang, then saya akan suggest to go for operation”

“Oklah, kalau macam tuh”

“Tak per, U baring dulu atas katil, saya nak periksa”

Doktor cuba mengangkat kaki kiri.

“Doktor, tuh bukan kaki yang sakit”

“Yer saya tahu”, bila kaki kiriku dah 90 darjah tegak ke atas.

Lepas tuh doktor cuba pula mengangkat kaki kanan. Lebih kurang 80 darjah bila aku menjerit kesakitan. “Hmm dah better, dulu tak sampai 45 darjah pun dah kata sakit sangat, nih masih boleh tahan lagi nih kan, kalau saya tegakkan.

“ Yer doktor.”

“Kalau macam tuh, teruskan makan ubat dengan sesi fisiterapi. Nampaknya berkesan. Actually apa yang diorang buat yer?” (maksudnya dalam diam doktor mengakui keberkesanan sesi fisioterapi berkenaan)

La doktor pun tak tahu ker? Nasib baik mulutku tak celupar macam tuh. “Mula2 diaorang tarik tulang belakang saya, lepas tuh letakkan mesin untuk kurangkan sakit, lepas tuh letakkan ais”. Dirumah pula 2x sehari, pagi dan malam saya buat 5 jenis exercise yang mereka ajar”.

“Ok, kita jumpa lagi 2 minggu dari sekarang”.

“Doktor boleh bagi ubat lebih sikit tak, sebab sekarang semua ubat dah habis”

“Ok saya bagi ubat untuk 3 minggu”

“Terima kasih doktor”. Lalu aku pun keluar dari bilik doktor dengan senyum panjang. Lega kerana tak perlu memikirkan mengenai pembedahan. Syukur Alhamdulillah.

Balik dari Hospital Damansara, kami singgah membeli barang keperluan dan makan tengahri di Tesco Mutiara Damansara.

Resipi perkahwinan bahagia –

Dr Utusan Malaysia-keluarga

TERDAPAT banyak rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: *Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?*

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: *Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.*

3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi ‘yang benar’ atau ‘yang baik’ maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: *Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.*

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: *Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti ‘saya suka senyuman awak’ atau ‘terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.’*

5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat ‘membaca’ isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi ‘ahli nujum’ pula.

Tip: *Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.*

6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?

Tip: *Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?*

7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.

Tip: *Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.*

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Hari ni, kali ke 5 aku menjalani rawatan fisioterapi.

Kali pertama dan ke 2 tengahari, kira-kira pukul 11.30 pagi.
Kali ke 3 dan ke 4 pula adalah petang pukul 3.30, lepas tuh aku terus balik.
Kali ke 5 dan juga ke 6 nanti adalah pagi, pukul 8.30 pagi.

Setakat ini boleh dikatakan 2x seminggu aku menjalani rawatan berkenaan. Kira-kira sejam untuk setiap kali rawatan
Setiap kali, apa yang lakukan adalah tulang belakangku ditarik untuk diregangkan dengan menggunakan mesin.
Lepas kira-kira 20 minit, mesin untuk menahan sakit diletakkan ditempat yang sakit sangat. Biasanya aku rasa macam badanku kena ‘drill’.
Lepas tuh pula, ditempat yang sakit akan diletakkan ais, kira-kira 20 minit lagi..

5 tahun yang lalu pun aku pernah sakit pinggang. Pasal rawatan dan doktor pakar aku dah tulis sebelum ini.

Sekarang mengenai fisioterapi.  Di Hospital kerajaan, sesi cuma diadakan disebelah pagi sahaja. 1x setiap minggu dan biasanya sesi aku pukul 10.30 pagi. Waktu itu, bermakna separuh hari waktu kerja aku dan suami ‘burn’ untuk sesi ini, berbanding sekarang cuma kira2 2 jam sahaja masa aku yang hilang (sejam untuk rawatan, sejam lagi perjalanan pergi dan balik).

Perbezaan kekerapan, bilangan staff yang merawat dan pilihan waktu yang fleksible menyebabkan makin ramai orang yang memilih Hospital Swasta berbanding kerajaan, kecuali orang yang benar-benar tidak mampu. Kalau ikut kerja aku, memang aku kena pergi ke Hospital kerajaan. Terima Kasih kepada Syarikat My husband yang menyediakan kemudahan perubatan yang terbaik untuk staf dan keluarga. Aku dah 2 kali ‘menginap’ di sana, manakala Adam pula dah 4 kali. Setiap kali, secara purata bayarannya adalah RM1000 untuk 1 malam.

Hari ini aku saja jer bertanya, untuk setiap kali sesi fisio ni, berapa bayaran sebenar yang dikenakan untuk saya.

“RM150, kata kerani berkenaan, yang tak lekang dengan senyuman manisnya”.

Aku dimaklumkan paling kurang aku memerlukan 10 sesi. Itu belum termasuk lagi kos untuk berjumpa doktor pakar dan juga ubat. Kemungkinan aku akan di rujuk kepada Dr lain, Pakar Orthpedic/neurosurgeon, kerana sekarang ini aku cuma berjumpa Consultant Physician/Neurologist.

Cuma aku terfikir, sampai bilakah perkara ini akan berterusan?

Kekurangan Doktor Dijangka Diatasi Lima Tahun Lagi (Utusan Malaysia 18/2/2010)

Kekurangan 60 peratus doktor di hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh negara dijangka dapat diatasi dalam tempoh lima tahun apabila lebih ramai siswazah dalam jurusan perubatan mula dikeluarkan universiti tempatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi mengatasi kekurangan itu, Kementerian Kesihatan melalui strategi jangka pendek menawarkan kepada doktor swasta untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan secara kontrak.
“Kekurangan doktor terbabit termasuk doktor pakar itu ketika ini bagaimanapun tidaklah menjejaskan perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan.
“Kerajaan yakin kekurangan tersebut akan dapat diatasi apabila 15 universiti di negara ini yang mengadakan jurusan itu dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 siswazah kedoktoran mulai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat hospital Jerantut, di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan juga sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan terutama bagi rakyat di kawasan luar bandar dengan membina lebih banyak pusat kesihatan, selain menaik taraf pusat kesihatan sedia ada. – Bernama

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Hari ni, kali ke 5 aku menjalani rawatan fisioterapi.

Kali pertama dan ke 2 tengahari, kira-kira pukul 11.30 tengahri. Kali ke 3 dan ke 4 pula adalah petang pukul 3.30, lepas tuh aku terus balik. Kali ke 5 dan juga ke 6 nanti adalah pagi, pukul 8.30 pagi.

Setakat ini boleh dikatakan 2x seminggu aku menjalani rasatan berkenaan. Kira-kira sejam untuk setiap kali rawatan Setaip kali, apa yang lakukan adalah tulang belakangku ditarik untuk diregangkan, menggunakan mesin. Lepas kira-kira 20 minit, aku akan diberikan mesin untuk menahan sakit. Lepas tuh pula, ditempat yang sakit akan diletakkan ais, kira-kira 20 minit lagi..

5 tahun yang lalu pun aku pernah sakit pinggang. Pasal rawatan dan doktor pakar aku dah tulis. Sekarang mengenai fisioterapi. Sesi cuma diadakan disebelah pagi sahaja. 1x setiap minggu dan biasanya sesi aku pukul 10.30 pagi. Waktu itu, bermaksa separuh hari waktu kerja aku dan suami ‘burn’ untuk sesi ini, berbanding sekarang cuma kira2 2 jam sahaja masa aku yang hilang.

Perbezaan kekerapan, bilangan staff yang merawat dan pilihan waktu yang fleksible menyebabkan makin ramai orang yang memilih Hospital Swasta berbanding kerajaan, kecuali orang yang benar-benar tidak mampu, terpaksalah memilih hospital kerajaan.

Cuma aku terfikir, sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Kekurangan Doktor Dijangka Diatasi Lima Tahun Lagi (Utusan Malaysia 18/2/2010) http://asraffruslan.blogspot.com/2010/02/kekurangan-doktor-dijangka-diatasi-lima.html Kekurangan 60 peratus doktor di hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh negara dijangka dapat diatasi dalam tempoh lima tahun apabila lebih ramai siswazah dalam jurusan perubatan mula dikeluarkan universiti tempatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi mengatasi kekurangan itu, Kementerian Kesihatan melalui strategi jangka pendek menawarkan kepada doktor swasta untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan secara kontrak.

“Kekurangan doktor terbabit termasuk doktor pakar itu ketika ini bagaimanapun tidaklah menjejaskan perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan.

“Kerajaan yakin kekurangan tersebut akan dapat diatasi apabila 15 universiti di negara ini yang mengadakan jurusan itu dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 siswazah kedoktoran mulai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat hospital Jerantut, di sini, hari ini. Katanya, kerajaan juga sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan terutama bagi rakyat di kawasan luar bandar dengan membina lebih banyak pusat kesihatan, selain menaik taraf pusat kesihatan sedia ada. – Bernama

Fisioterapi utk slip disc

Bila sebut lumbar disc prolapse ramai orang yang terpinga-pinga. Semalam bila kali pertama aku kerja setelah sekian lama MC, aku pun jawap jer ‘Slip disc’

“Ohh… kakak saya pun dulu kena jugak, lepas buat operation baru OK”

“Pakcik saya pun kena..tapi dia tak berani operation, sebab doktor kata kalau buat pun untuk sembuh just 50 50”

“Apa slip disc? Mcm Anwar Ibrahim kena dulu yer, tapi sekarang dia dah Ok kan, dia buat operation kat luar negeri dulu kan”

“Oh slip disc.. mcm Pn XX yang dulu kerja kat unit tuh..dah meninggal dah pun kan dia tuh”

Tuh adalah antara komen2 yang aku terima semlama, mostly negetif dan menyakitkan hati, tetapi cuma kesabaran memujuk hati.

Harinih pula aku menerima satu e-mail dari FB, Katanya suaminya pun mengidap sakit yang sama dan telah menjalani pelbagai rawatan. “At last. Setiap hari amalkan baca fatihah. Selepas solat at least 15 kali . Doa mintak disembuhkan penyakit. Tambah QulhuAllah 3 kali kalau larat sebelum mintak doa tu. Ada org ajar kat akak ni. Penyakit dari Allah Zack, Dia je boleh amik semula. InsyaAllah. BTW bagus juga sedekahkan fatihah kat anak2 selepas solat.”

Tersenyum aku, Alhamdulllah, ada juga yang memberi petua yang tidak sukar untuk diamalkan, malah tidak memerlukan sebarang modal pun sebenarnya.

Dalam lift untuk membeli makan tengahari terjumpa pula dengan rakan sepejabat, bertanyakan soalan dan memberikan jawapan yang sama.

“Oh saya pun pernah kena, dulu saya accident, lama lepas tu kira2 10 tahun barulah kena kesannya. Lama juga buat rawatan fisioterapi dan makan ubat, Alhamdulillah sekarang dah Ok. ”

“Tak buat operation ker?”

“Tak, just makan ubat dan fisio jer”

Lega, ada direct testimonial dari individu itu sendiri, bukan kakak, pakcik, suami atau orang lain.

Petang nih sesi ke 3 untuk buat rawatan fisioterapi.

Semoga kesakitan ini akan segera sembuh.

Lumber disc prolapes

Dah lama tak update blog nih. Puncanya aku mengalami kesakitan yang amat sangat.

9/1/2010, aku mula sakit belakang.

1/2/2010, sakitnya telah mula turun ke tulang peha, menyebabkan kesakitan yang amat sangat, sama ada duduk atau pun berjalan.

5/2/2010, sakitnya turun pula ke betis. Betis terasa besar dan kebas.

Antara rawatan yang telah dilakukan.

  1. Klinik, just dapat ubat tahan sakit yang tak mampu menahan kesakitan.
  2. Berurut di Pertama Therapy Zone.
  3. Pusat Rawatan Islam Darul Islam (Ismail Kamus). Lepas dirawat, memang aku mampu berlari bila Adam nak ke toilet dipusat berkenaan. Pagi Jumaat 5/2/2010 tuh pula terasa mcm ada ‘tikus’ yang berlari2 di saluran darahku. Menurut kata my hubby, itu bermakna yang ada makhluk lain cuba keluar dari tubuhku.

Bermula dari 6/2/2010, tiada lagi sebarang kesakitan samada pinggang atau peha, melainkan seluruh tubuhku belah kanan terasa kebas. Merasakan tidak puas hati dgn klinik yang pertama, aku cuma pula mendapatkan 2nd opinion dari Dr di Klinik lain. Kali nih doktor mengesyakki sarafku yang bermasalah dan mencadangkan aku berjumpa dengan pakar saraf.

Aku cuba call Hospital Selayang. Aku dimaklumkan, untuk berjumpa pakar, aku perlu menunggu sebulan lagi. Maaf, bukan aku tidak menyokong Hospital Kerajaan. Kalau boleh memang aku nakkan rawatan di Hospital Kerajaan. Teringat kenangan di tahun 2005. Sekali aku diserang sakit pinggang juga. Aku diberi MC seminggu, rawatan fisioterapi setiap minggu selama sebulan. Lepas sebulan baru aku jumpa doktor. Sakit pun dah hilang waktu tuh. Hasil pemeriksaan pakar hanya menyatakan tulang belakang aku bengkok. Dan kerana aku pernah jatuh terduduk di tahun 2004, maka, kerana itu aku sakit pinggang.

Oleh kerana kebas yang amat sangat, aku mengambil keputusan untuk berjumpa pakar saraf di Damasara Specialist Hospital. Aku diarahkan untuk buat X-ray dan juga CT scan di kepala, sebab aku juga mengadu yang pandangan mata kananku agak kabur. Hasil X-ray doktor mendapati bahawa ada tulangku yang telah menekan saraf dipinggangku yang menyebabkan sebelah dari badanku kebas sepanjang masa. Untuk kesahihan doktor mengarahkan untuk buat MRI keesokkan harinya.

(Gambar dari internet yang lebih kurang sama dengan MRI tulang belakangku)

MRI mengesahkan lagi apa yang telah ditunjukkan oleh gambar x-ray berkenaan. Rawatan awal yang dilakukan adalah rawatan fisiterapi. Selain daripada itu aku diberikan beberapa ubat berkaitan dengan saraf.

Aku bersyukur kerana ramai rakan2 di MRSM dulu yang menjadi doktor. Melalui facebook ada ramai doktor yang memberi nasihat, pendapat dan pandangan. Antaranya yang paling aku pegang adalah nasihat dari Pakar Orthopedic Perdana Speacialist Hospital, Kota Bharu. Katanya penyakitku ini cureable, cuba dulu ubat selama 6 minggu, kalau tak berkesan juga barulah menjalani pembedahan.

Dalam pada itu, aku juga mengambil ubat Homeoparty dari Klinik Dr Hasan Bandar Baru Bangi.

Tolong doakan semoga sakitku ini segera sembuh dan aku tak perlu menjalani pembedahan.

Mohon doa semua

Assalamualikum wrt wbt,

Saya dengan rasa rendah dirinya mohon ampun dan maaf kepada pembaca semua, seandainya ada tulisan saya yang menyinggung hati anda semua.

Maafkan semua kesalahan saya, dan tolong doakan supaya saya segera sembuh dari penyakit ini. Telah sebulan saya sakit pinggang, minggu lepas penyakit ini turun ke peha dan mulai jumaat lepas, turun ke betis pula. Hingga sekarang, betis dan kaki saya terasa kebas dan akan sakit sangat bila saya duduk lama di atas kerusi.

Doakan semoga saya cepat sembuh. Amin..

High Heel

Telah hampir sebulan aku mengalami sakit pinggang yang agak kronik. Nak dikatakan jatuh, tak ada pula. Cuma ada satu hari tu entah kenapa tergerak pula hati nak pakai kasut yang agak tinggi sikit tumitnya. Hendak dijadikan cerita, hari yang sama, kena pula berjalan agak jauh.

Hari yang pakai kasut tinggi tuh pada 4/1/2010. Dan saya mula sakit pinggang yang agak teruk bermula pada 9/1/2010. Lepas tuh dah cuba ubat klinik, ubat satu, dan berurut, namun masih belum reda. Bermula 30/1/2010 pula sakitnya telah turun ke punggung dan peha. Sakit yang amat sangat untuk berjalan atau duduk sekali pun. Ikutkan hati memang aku MC jer hari nih, tapi kalau MC pun buat apa? Ubat yang doktor beri masih ada lagi. Sekurang-kurangnya, kejab lagi bula pusat urat di Pertama Compleks nih bukak, bolehlah aku kesana, untuk berurut, bagi melegakan ketenganan urat di pinggang dan peha ini

Rahsia Rumah Tangga

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

Walk the talk

Walk the talk, atau dalam bahasa Malaysia, laksanakanlah apa yang di katakan. Jangan sampai orang menyampah dah mengatakan cakap tak serupa bikin.

Kita semua sering diingatkan tentang keberkatan dalam bekerja, mencari rezeki. Selalu diperingatkan bahawa Facebook, Chatting, browsing ke tempat2 yang tak sepatutnya adalah membuang masa dan mencuri waktu kerja. Perkara ini tak sepatutnya diamalkan. Even untuk turun bersarapan di waktu pagi pun di anggap salah, menyalahi peraturan, sebab peraturan mengatakan waktu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 1 tengahari, sebelum waktu rehat. Kemudian menyambung pula kerja dari pukul 2 hingga 5 petang (bagi yang memilih WP2).

Kalau ada orang dari bahagian lain yang melepak di bahagian lain, ditanya “Tak der kerja ker?”. Maksudnya mencuri waktu pejabat untuk demi untuk kepentingan peribadi.

Namun pada masa yang sama, apa pula ‘hukumnya’, waktu yang sepatutnya digunakan untuk membuat kerja kerja pejabat, tetapi digunakan untuk membuat assignment. Menggunakan kemudahan komputer pejabat, power point, visio, dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan. Tak cukup dengan itu, meminta tolong  orang lain untuk menghantar fax soalselidik kepada pihak luar. Tidakkah itu namanya menyalahgunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri sendiri? Apa bezanya orang yang browsing dengan orang yang buat assigment?

Bagi saya tiada bezanya. Kalau yang pertama dikatakan salah, maka yang kedua juga salah.

Jadi lepas ini, sebelum menegur orang lain, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Janganlah kuman di seberang laut nampak, tetapi gajah di depan mata tidak kelihatan. Dan janganlah menjadi seumpama ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus..

Kisah kehidupan.. keberkatan dlm rezeki

* Ambil Pengajaran dan Iktibar.

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.

Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

  1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
  2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
  3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
  4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
  5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
  6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
  7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
  8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
  9. Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan ia yang patut di contohi;

  1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
  2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
  3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
  4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
  5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
  6. Suka menolong orang dan memberi derma
  7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang Penyakit.
  8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
  9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup. Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

  1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).
  2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
  3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
  4. Sering bertengkar dengan isteri.
  5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
  6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
  7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
  8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja..

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini… Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.

Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ.. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman…

Cuba kita tanya diri kita sendiri…

  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ??? Subhanallah. ..

Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

High tech fraud

This gives us something to think about with all our new electronic technology.

GPS

A couple of weeks ago a friend told me that someone she knew had their car broken into while they were at a football game. Their car was parked on the green which was adjacent to the football stadium and specially allotted to football fans. Things stolen from the car included a garage door remote control, some money and a GPS which had been prominently mounted on the dashboard.

When the victims got home, they found that their house had been ransacked and just about everything worth anything had been stolen.

The thieves had used the GPS to guide them to the house.. They then used the garage remote control to open the garage door and gain entry to the house. The thieves knew the owners were at the football game, they knew what time the game was scheduled to finish and so they knew how much time they had to clean out the house. It would appear that they had brought a truck to empty the house of its contents.

Something to consider if you have a GPS – don’t put your home address in it. Put a nearby address (like a store or gas station) so you can still find your way home if you need to, but no one else would know where you live if your GPS were stolen.

MOBILE PHONES

I never thought of this…….

This lady has now changed her habit of how she lists her names on her mobile phone after her handbag was stolen. Her handbag, which contained her cell phone, credit card, wallet… Etc..was stolen.

20 minutes later when she called her hubby, from a pay phone telling him what had happened, hubby says ‘I received your text asking about our Pin number and I’ve replied a little while ago.’

When they rushed down to the bank, the bank staff told them all the money was already withdrawn. The thief had actually used the stolen cell phone to text ‘hubby’ in the contact list and got hold of the pin number. Within 20 minutes he had withdrawn all the money from their bank account.

Moral of the lesson: Do not disclose the relationship between you and the people in your contact list.

Avoid using names like Home, Honey, Hubby, Sweetheart, Dad, Mom, etc….

And very importantly, when sensitive info is being asked through texts, CONFIRM by calling back.

Also, when you’re being text by friends or family to meet them somewhere, be sure to call back to confirm that the message came from them. If you don’t reach them, be very careful about going places to meet ‘family and friends’ who text you.

*PLEASE PASS THIS ON * I never thought about the above! As of now, I no longer have ‘home’ listed on my cell phone.

Taktik perogol…!!!!!!

Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani bertaburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Don’t Throw Away Your One sen Coins

We cannot stop mosquitoes from laying eggs in any stagnant water; in drains/ponds or water collected in waste pails, tanks, tins, used tyres etc. etc.

Of course if you have fish inside the tanks/containers then there should be no problem. Do you know that there is a very simple and very economical way to destroy the mosquitoes’ eggs and not let them hatch into larvae?

Very, very simple, just put a few 1 sen copper coins into the tanks/containers & it will solve all your problems.

According to the Japanese Research Scientists, the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharged from the copper.

DON’T BELIEVE, try it yourself and even the small snails will not visit the containers (with copper coins). You will observe the water collected in the containers will be very clean and clear.

Please share this info with friends.

Carpal Tunnel Syndrome

For everyone who works daily on a computer. The mistakes in daily mouse and keyboard usage will result in Carpal Tunnel Syndrome! Use the mouse and keyboard correctly. View below for the surgery of a patient suffering from Carpal Tunnel Syndrome followed by the RIGHT TECHNIQUES for usage….

Correct way to work on the Computer

Hand Exercises for Carpal Tunnel Syndrome :

KINDLY SEND THIS TO EVERYONE YOU DON’T WANT TO SUFFER FROM THIS

CUTE Tutorial 2

Aku telah menghadiri Cute Tutorial buat pertama kalinya pada 4/12/2009. Oleh kerana aku bukan dari bidang perakaunan atau kewangan, perkara ini begitu asing buatku. Formula yang dipaparkan pun begitu sukar untuk ku fahami. Ditambah dengan calculator biasa yang kubawa, menyebabkan aku GAGAL masa kursus berkenaan.

Untuk mengelakkan aku gagal semasa exam yang dijadualkan pada 16/1/2010, maka aku cuma menghadirkan diri sekali lagi. Malangnya satu2nya kelas weekend yang ada adalah pada sepatutnya aku exam, maka aku pun bercuti pada hari ini, untuk menghadirkan diri di kelas ini.

Risaukan harga parking ikut jam yang mungkin melambung tinggi, aku memutuskan untuk naik teksi. Rupanya susah untuk mendapatkan teksi, hingga alternatif seterusnya adalah naik MONOREL. Hehehe..melecet juga kakiku berjalan dari kaki menuju stesyen dan dari stesyen menuju ke bangunan berkenaan. Tetiba jer ada semangat baru membara. No gain no pain.

Untuk memujuk hati, semasa berjalan itu, aku yakin, keperitanku ini pastinya akan membuahkan hasil yang akan dibanggakan akhirnya

Another MLM?? Sorry

Petang Ahad, kami menerima panggilan dai orang yang cukup dikenali dan di hormati, yang mengajak bertemu di Shah Alam lebih kurang pukul 3 petang. My hubby pun tertanya2, agaknya kenapa yer mereka nak jumpa kita di Shah Alam, bukannya kita tak biasa ke rumah mereka.

Laju jer mulut nih menjawap “Agaknya nak ajak masuk MLM kut”

My hubby kata “Takkan kut, abang tuh kan enginer, wife dia pun kerja dengan Petronas”.

Lalu, tanpa banyak bicara, kami pun pergi ke Shah Alam, dan bertemu di Stesyen Minyak yang ditetapkan. Mengikut kereta, kami di bawa menjamu selera di Restauran Azira, Seksyen 10 Shah Alam. Aku terus jer order Laksa Johor yang memang menjadi trade mark restaurant berkenaan, manakala my hubby order nasi ayam.

Lepas makan, kami dibawa ke kedai di Sebelah Restaurent berkenaan.

Ops.. Zhulian.. Hah sahih..kan aku dah kata MLM.

Ini bukan kali pertama aku join MLM. Sebelum ini telah beberapa MLM aku sertai antaranya

  1. Zhulian juga – masa tuh baru tamat belajar, konon nak memulakan dua kerja serentak, makan gaji dan bisnes. Masa tuh Zhulian Cuma jual barang kenas tiruan sahaja.
  2. LCI – Syarikat barang kecantikan dari Jepun. Kali pertama aku terpedaya. Dengan modal melebihi RM1500, hasil pujuk rayu student UIA yang practical di dept tempat aku kerja. Dia senanglah nak bawa prospek, sebab dah ada kereta, sedangkan aku jenuh nak naik LRT ke Menara Uncang Emas di Taman Miharja , Cheras. Rasanya syarikat ini pun dah bungkus kut.
  3. AMWAY – Terjoin pun sebab malu alah, bila kawan pejabat lama my hubby sanggup dating rumah untuk bercerita tentang product dan kaedah pemasarannya. Sama mcm LCI, syarikat ini pun ‘menjual orang’ lebih dari menjual product. Matlamatnya kita dapat untung dengan menaja lebih ramai downline, tak kisah sangat tentang jualan.
  4. CNI – Memang aku join sebab utamanya nak kan harga ahli untuk beli Kopi Tongkat Ali CNI yang terkenal itu. Lepas tuh aku mula menggunakan product kecantikannya. Memang baik dan berkesan. Kenapa berhenti? Kerana adanya kesedaran untuk lebih mengutamakan product orang melayu Islam.
  5. DCL – Aku pernah mengalami sakit yang amat sangat di *toot*. Sakit yang menyukarkan aku menjalankan kewajipanku sebagai seorang isteri. Walaupun telah mendapat rawatan dari Klinik Pakar Wanita, namun rasa sakit berkenaan tidak berkurang. Kemudian, selepas aku keguguran (rujuk posting mengenai IVF), seorang rakan mencadangkan untuk aku minum Bidadari, keluaran DCL. Selepas minu product berkenaan, alhamdulillah rasa sakitku hilang. Biasalah, bila dah hilang sakit lupalah pada ubat. Kira-kira setahun lepas itu, sekali lagi sakit yang lama datang semula. Waktu ini mu hubby berkata ‘Dulu, masa u minu bidadari, tak pernah pun mengadu sakit, apakata kalau u jadi ahli DCL dan teruskan minum Bidadari sebagai supliment secara berterusan. Dan semenjak itulah aku join DCL.  Bukan untuk mencari downline, bukan untuk mencari kekayaan atau apa, cuma ingin sihat dan cantik khas untuk suami tercinta.

Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan bangunkan kedai maya di blog ini, untuk berkongsi kebaikan product DCL bersama anda pembaca semua.

Berbanding dengan semua MLM yang saya sertai sebelum ini, saya cukup puas hati dengan DCL kerana:

  • Harga nya yang murah dan berpatutan.
  • Product yang halal dan bermutu, keluaran bumiputra Islam. Syarikat dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra. Boleh rujuk di http://www.dcl.com.my.
  • Yang paling penting, productnya cukup berkesan untuk kami sekeluarga.