Another MLM?? Sorry

Petang Ahad, kami menerima panggilan dai orang yang cukup dikenali dan di hormati, yang mengajak bertemu di Shah Alam lebih kurang pukul 3 petang. My hubby pun tertanya2, agaknya kenapa yer mereka nak jumpa kita di Shah Alam, bukannya kita tak biasa ke rumah mereka.

Laju jer mulut nih menjawap “Agaknya nak ajak masuk MLM kut”

My hubby kata “Takkan kut, abang tuh kan enginer, wife dia pun kerja dengan Petronas”.

Lalu, tanpa banyak bicara, kami pun pergi ke Shah Alam, dan bertemu di Stesyen Minyak yang ditetapkan. Mengikut kereta, kami di bawa menjamu selera di Restauran Azira, Seksyen 10 Shah Alam. Aku terus jer order Laksa Johor yang memang menjadi trade mark restaurant berkenaan, manakala my hubby order nasi ayam.

Lepas makan, kami dibawa ke kedai di Sebelah Restaurent berkenaan.

Ops.. Zhulian.. Hah sahih..kan aku dah kata MLM.

Ini bukan kali pertama aku join MLM. Sebelum ini telah beberapa MLM aku sertai antaranya

  1. Zhulian juga – masa tuh baru tamat belajar, konon nak memulakan dua kerja serentak, makan gaji dan bisnes. Masa tuh Zhulian Cuma jual barang kenas tiruan sahaja.
  2. LCI – Syarikat barang kecantikan dari Jepun. Kali pertama aku terpedaya. Dengan modal melebihi RM1500, hasil pujuk rayu student UIA yang practical di dept tempat aku kerja. Dia senanglah nak bawa prospek, sebab dah ada kereta, sedangkan aku jenuh nak naik LRT ke Menara Uncang Emas di Taman Miharja , Cheras. Rasanya syarikat ini pun dah bungkus kut.
  3. AMWAY – Terjoin pun sebab malu alah, bila kawan pejabat lama my hubby sanggup dating rumah untuk bercerita tentang product dan kaedah pemasarannya. Sama mcm LCI, syarikat ini pun ‘menjual orang’ lebih dari menjual product. Matlamatnya kita dapat untung dengan menaja lebih ramai downline, tak kisah sangat tentang jualan.
  4. CNI – Memang aku join sebab utamanya nak kan harga ahli untuk beli Kopi Tongkat Ali CNI yang terkenal itu. Lepas tuh aku mula menggunakan product kecantikannya. Memang baik dan berkesan. Kenapa berhenti? Kerana adanya kesedaran untuk lebih mengutamakan product orang melayu Islam.
  5. DCL – Aku pernah mengalami sakit yang amat sangat di *toot*. Sakit yang menyukarkan aku menjalankan kewajipanku sebagai seorang isteri. Walaupun telah mendapat rawatan dari Klinik Pakar Wanita, namun rasa sakit berkenaan tidak berkurang. Kemudian, selepas aku keguguran (rujuk posting mengenai IVF), seorang rakan mencadangkan untuk aku minum Bidadari, keluaran DCL. Selepas minu product berkenaan, alhamdulillah rasa sakitku hilang. Biasalah, bila dah hilang sakit lupalah pada ubat. Kira-kira setahun lepas itu, sekali lagi sakit yang lama datang semula. Waktu ini mu hubby berkata ‘Dulu, masa u minu bidadari, tak pernah pun mengadu sakit, apakata kalau u jadi ahli DCL dan teruskan minum Bidadari sebagai supliment secara berterusan. Dan semenjak itulah aku join DCL.  Bukan untuk mencari downline, bukan untuk mencari kekayaan atau apa, cuma ingin sihat dan cantik khas untuk suami tercinta.

Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan bangunkan kedai maya di blog ini, untuk berkongsi kebaikan product DCL bersama anda pembaca semua.

Berbanding dengan semua MLM yang saya sertai sebelum ini, saya cukup puas hati dengan DCL kerana:

  • Harga nya yang murah dan berpatutan.
  • Product yang halal dan bermutu, keluaran bumiputra Islam. Syarikat dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra. Boleh rujuk di http://www.dcl.com.my.
  • Yang paling penting, productnya cukup berkesan untuk kami sekeluarga.

4 Replies to “Another MLM?? Sorry”

  1. saya setuju dgn anda..kerana BIDADARI DCL saya join mlm..sejak dah join DCL, ada juga yg memujuk rayu dgn saya supaya menyertai zhulian.. bila dia tunjukkan produk tersebut kpd saya, saya kata dlm hati ”mahal sangatle harganya.. saya bukan prg kaya yg mampu beli produk semahal itu” saya lebih berpuashati dgn DCL.. kerana DCL, keluarga kami bahagia.. belilah ikut kemampuan….join ahli RM50 saje..boleh dpt potongan sehingga 30%…tak perlu nak mengeluarkan modal yg beribu2.. saya tak sanggup….

  2. Yer, keahlian tidak akan luput selama mana kita masih aktif membeli. Once kita dah mencuba productnya dan mendapat keberkesanannya kita tidak akan berhenti menggunakannya

  3. Alhamdulillah Ummi..Begitulha dgn KJC..jatuh hati dengan DCL di sebabkan dgn keberkesanan produk nya..dan lagi membuatkan hati nk betul-betul serius dlm DCL ini adalah 2 perkara yg kita selama ni tk nmpk iaitu 1. Tabung Khairat Rakaniaga & 2. Tabung Jihad…

    Ya Allah begitu mulia nya perjuangan DCL ini….Insya Allah Ummi sokong lah syarikat Org Islam klu tidak kita sendiri yang menyokongnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.