Pukul 5 p.m – Baru balik dari HUKM, berjumpa dgn Prof. Doktor. Sah, sahih dan confirm. Perutku dah kosong. Kembar 3 telah kembali dijemput Ilahi sebelum sempat ditiupkan roh kedalamnya.
Semuanya bermula petang khamis 26/4/2007, cuti umum semperna pertabalan Yang DiPertuan Agung. Balik dari pasar malam, perut aku terasa sakit sangat. Aku terus juga makan mee goreng kegemaranku. Dah cakap dengan adik tuh, yang satu nih tak mau chili jeruk, tapi adik tuh bubuh jugak. Bila dah tengok ada chili yang bercuka tuh, aku berikan bahagian tuh pada my hubby, dengan kepercayaan tiada lagi bahagian yang bercuka. (Konon nak dijadikan punca, tapi aku memang dah sakit perut sebelum makan mee tuh lagi).
Tengahari Jumaat tuh, aku cuma turun untuk beli nasik di bawah. Tak berdaya untuk jalan jauh2. Sebabnya perut dan kaki aku krem, atas alasan sejuk sangat kut. Hari tuh lebih separuh orang bercuti. Waktu nak solat Zuhur, aku terjumpa satu yang pekat berwarna kuning kecoklatan. Ah..sebab ubat kut. Aku terus juga solat zuhur.
Waktu nak solat Asar sekali lagi jumpa, kali nih tiada lagi kuning, sebaliknya memang dah berwarna coklat. Aku cuak, tapi solat juga. Sebab tahu my hubby dalam meeting, aku cuma menghantar e-mail memaklumkan tentang kerisauan aku.
Balik dari pejabat, perut dan kaki aku krem, tapi aku tabahkan juga untuk drive. Nasib baik keta auto. Boleh tekan minyak dan brek guna kaki kiri. Then my hubby call, suruh aku terus ke klinik tanpa menunggu dia balik ke rumah terlebih dahulu.
Di klinik, masa doktor tuh scan, masih ada lagi si kembar 3 tuh. Dan doktor pun kata tiada sebarang tanda2 yang mencurigakan di dalam perutku. Kalau nak gugur, biasanya kat bhg bawah dah penuh air, kata doktor tuh lah. Namun untuk memuaskan hatiku, doktor tu menyediakan surat rujukan, just in case kalau berlaku pendarahan. Doktor tersebut tidak berani memberi sebarang ubat, takut kalau salah2 bagi nanti, dia pula yang dipersalahkan oleh senior dia, Prof Dr. di HUKM tuh.
Sampai dirumah, 5 minit lagi orang nak azan Maghrib. Tetiba aku terasa ada benda yang keluar, dan bila dilihat, memang sah darah. Aku dah pucat, mujur my hubby tenang. “Jum kita ke hospital sekarang juga”. Dah lah perut aku memang sakit, ditambah dengan kecut perut tengok my hubby memecut Rm120km/j di Jalan Kuching yang tidak pernah reda dari jemnya. Mulutku tak berhenti berzikir dan berdoa moga2 kami selamat sampai kehospital dan bayi yang dalam kandungan aku juga dapat diselamatkan.
Sampai dihospital, bila doktor di ward kecemasan tuh scan, apa yang sejam tadi aku nampak di Klinik dah tiada. Perutku dah kosong, padahal darah yang turun baru setitik. Sukar aku nak percaya kata2 doktor di ward kecemasan tersebut, sebab doktor tuh terlalu muda, macam doktor pelatih jer aku rasa. Urine test aku juga menghasilkan jawapan yang negetif. Untuk memuaskan hati kami, sample darah aku diambil untuk diuji paras hormon HCG aku. Kemudian doktor di ward kecemasan tuh call Prof. Doktor untuk memaklumkan kes aku. Dan aku diarahkan datang berjumpa Prof. pada hari isnin 30/4/2007. Kemudian kami pulang kerumah.
Malam itu hujan lebat. Selebat hujan yang turun mencurah membasahi bumi, sama lebatnya dengan air mata dan darahku yang turun tak berhenti-henti. Kami dah pasrah dan bersedia dengan segala kemungkinan. Sabtu dan ahad, aku terseksa menantikan hari isnin dengan harapan, masih adalah sekurang-kurang2nya satu yang tinggal. Dengan perut dan kaki yang sering krem, tiada apa yang mampu kubuat, selain dari menahan segala kesakitan. Dan aku tidak berani menelan sebarang ubat penahan sakit.
Tengahhari isnin, pergi semula ke HUKM. Klinik doktor tuh dibuka pukul 11 pagi. Kami sampai pukul 12 tgh. Aduh ramainya orang, maklumlah doktor pakar, Profesor lah katakan. Ikut senarai, nama aku yang ke 13. Hampir pukul 2.30 barulah tiba giliran aku. Bila doktor scan, sah, sahih dan nyata, tiada apa lagi yang tinggal. Doktor suruh aku berhenti makan ubat Dupaston yang aku makan sekarang dan memberikan aku ubat tahan sakit dan menyatakan tentang segala kemungkinan yang bakal mendatang 2 atau 3 hari lagi. Aku diarahkan berehat sekurang-kurangnya 3 bulan, sebelum boleh mengulangi semula procedure ini. Yang utama untuk mengumpul semula RM12 ribu. Aduh kalau boleh simpan sebulan seribu pun, paling awal tahun depan baru boleh mengulanginya semula. Lepas jumpa doktor kami ke kantin, untuk membeli roti dan kuih buat mengalas perut. Tetiba perut aku sakit sangat, so aku berehat depan ward kecemasan O&G tempat aku berjumpa doktor hari jumaat lepas untuk menungggu my hubby mengambil kereta.
Disaat mukaku berkerut menahan kesakitan, tetiba aku terlihat seorang perempuan China yang aku rasa aku kenal. Hmm.. Dr. Ong Embriologist tuh. Dia pun tanya aku buat apa disitu. Aku cakaplah tunggu my hubby lepas jumpa Prof. Aku yakin dia ingat aku pernah jadi pesakit dia, cuma mungkin dia lupa kes yang mana. Aku pun cakap, tak jadilah doktor. Kan dulu doktor dan Prof yang masukkan 4 embrio, isnin lepas Prof nampak jadi 3, tapi hari jumaat lepas dah habis semua. Baru kejab Prof konfirmkan. Dan Dr Ong dgn sikap ramahnya bagi aku nasihat yang panjang lebar. Tak apa, jangan sedih, mungkin embrio tuh kurang baik. Rahim kita tahu untuk reject embrio mana yang elok atau tidak. Jangan sedih2, hidup mesti happy, pemakanan kena jaga, kena makanan yang baik dan berkhasiat. Bukan saja awak, tapi suami pun sama. Kita nak hasilkan telur dan sperm yang sihat. Ok yer, jangan sedih2.
Tidak lama kemudian, my hubby pun datang, tergetar2 aku masuk dalam kereta. Lepas makan 1/2 buku roti aku pun menelan ubat tahan sakit yang baru doktor bagi. Tak sanggup nak tunggu sampai kerumah dah, sebab memang betul2 sakit. Sampai dirumah, tetiba aku terasa ada benda yang agak besar keluar. Bila aku lihat, memang jelas bukannya darah, tapi lebih kurang macam daging, sepanjang kira-kira 2 inci, sebesar ibu jariku. Itulah agaknya anakku yang belum sempat sempurna terbentuk.
My hubby kata tak apa, kita kumpul duit dan cuba lagi. Insya-Allah, selagi umurku belum mencecah 40, masih ada waktu lagi..