kisah benar…

http://spaghetiqueenjah.blogspot.com/

Assalamualaikum wbt,

Terlebih dulu aku menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat membalas semua komen2 yg telah diberi. Aku tak mampu buat masa ini, jiwaku meledak, gempar bagai dilanda sejuta musibah!

Alangkah hinanya diriku ini, oh Tuhan…. masihkah ada kemaafan utkku yg begitu kejam ini?…

Aku terpaksa memulakan bencana jiwaku ini sedari mula biarpun panjangnya berjela2, aku tak mengharapkan simpati sesiapa, aku rasa tak ada satu huruf lagi dalam dunia ini yg dpt menyejukkan duka dan laraku….biarkan aku terhukum di atas sikapku sendiri ya Allah…aku redha…aku sanggup terima apa yg selayaknya aku terima…

********************

Tiga tahun dahulu….

Fikiranku berkecamuk bila anak sulungku bertanya : mama nak anak angkat tak?

Hatiku secepat itu berburuk sangka, apa hal anak bujangku bertanya ttg anak angkat? Anak siapa pula? Aku secara serius duduk berdepan dan bertanya khusus2 dgn anak bujangku, dlm hati aku mmg tak sanggup seandainya ada berita buruk yg berlaku dlm kehidupan kami…Tuhan…Kau lindungilah…

Anakku mintak aku bertenang, tarik nafas dalam2 dan beristighfar..

‘Mama kenal A tak? Anak Datuk Dr xxx, CEO xxx tu..’

‘Naper dgn dia?

‘Dia dah terlanjur dgn girlfriend dia, so skrg dah pregnant, dia nak buang baby tu, tp abang kata jgn tambah dosa yg ada, tu yg abg tanya kalau mama sanggup jaga…’anakku bagai mengharap ikhsan dariku dgn wajah yg begitu polos.

‘Naper plak mama? Suruhlah si A tu bertanggungjawab, biar mama slow talk ngan mak dia.’ aku cuba memberi pandangan, lagipun siA tu masih punya mak bapak lagi dan bukan org sebarangan pula, masa kan…

‘Tak guna ma…mak dia tak nak dan tak akan terima, budak pompuan tu dari anak yg tak tentu latar
belakangnya…’

‘Anak siapa dia?’

‘Entahlah ma…kalau mama jumpa dia nanti mama tanyalah sendiri, abg pun celaru tengok dia..’….cerita itu bagai terhenti setakat itu saja. Aku spt biasa dgn kesibukanku yg tersendiri dan akhirnya terus terlupa ttg budak perempuan itu. Anakku pun tak pernah bercerita lagi…hinggalah pada beberapa hari selepas Hari Raya…

‘Mama ingat lagi tak pasal si E (A punya girlfriend)?’

‘Naper dia?’

‘Dia dah bersalin, anak pompuan, mak nak jumpa tak?’

‘kat mana?’

‘kat apartment A, kat CJ…nanti abg mintak izin nak jumpa, pasal bukan senang nak masuk situ ma…’

‘Dia dah nikah lom?

‘Lom..A janji nak nikah tak lama lagi…’

Aku geleng2 kepala…mcm mana tak nikah dah tinggal serumah? Mak dia tak tau ker? Si A ni rupanya punya spy yg akan memberitahu tiapkali Mak D ni nak dtg ke apartment mewahnya itu…

Salah dan tak betul semuanya ni bang, abg pun subahat sama taw. Anakku kata kalau tak tinggal di situ, mana lagi E akan tinggal? Aku masih tak boleh teirma alasan2 itu tapi di perumahan elit spt tu bukan mudah utk pegawai pencegah maksiat menerobos jaga2 import tu…aku mmg kesal tp apa yg mampu aku lakukan, hanya ikan bilis….jaga2 itu akan hubungi dulu tuan rumah dan sudah pasti segala2nya sukar utk dibuktikn…

Pada hari menghantar anakku pulang ke kolej, aku dan BT serta Dikpi dan sibongsu dibawa melawat E dan anaknya yg baru beberapa hari dilahirkan. E bagai takut2 pertama kali melihatku namun aku melihatnya dari sudut yg baik. Bagiku kalaulah E tu dari kalangan yg baik latar belakangnya, dpt didikan yg sempurna, mmg secara logicnya aku ada perasaan marah terhadapnya, tp berdasarkan serba sikit kisahnya yg aku tahu dr anakku, siapalah aku utk menjatuhkan hukuman. Sebenarnya kalau sesuatu itu nak berlaku, ia ttp akan berlaku tak kira pada siapa dan apa latar belakangnya. Ya, mungkin telah jelas akan kesilapan individu itu sendiri tapi jgn kita lupa bahawa apa pun yg berlaku samada buruk atau baik segala2nya telah tercatat di Loh mahfudz dan sesungguhnya Allah itu menyukai hamba2Nya yg mahu bertaubat kerana Allah Maha Penerima Taubat, subhanallah.

Jadi siapakah kita utk menghina, mencela atau sesedapnya mengkategorikan seseorang yg sama asal kejadiannya dgn kita sedangkan kita tak pernah dpt membaca untung nasib kit sendiri di masa depan? Duit yg di dlm gengggaman kita pada hari ini, belum tentu milik kita di hari esok. Nasi yg terhidang di depan mata belum tentu akan masuk ke perut kita kalau kita mahu berfikir ttg ada yg masih kelaparan di luar sana!

Kembali kpd kisah E, pertama kali bertemunya mmg hatiku tersentuh. Aku tersentuh sebab dlm keadaan
dirinya yg begitu,dia masih punya naluri keibuan bila anak kecil itu disusui sendiri. Dan demi Allah, pada
pertama kali aku mengangkat bayi itu, dia membuka matanya dan tersenyum lebar paling manis sekali hingga BT pun rasa terpikat sama, mmg hati kami terusik dgn gelagat si kecil tak berdosa itu, bukan sekali itu dia tersenyum bahkan Allah jua yg menjadi saksi bagaimana seorg bayi yg baru beberapa hari dilahirkan ‘mengagah’ aku! Kami seolah berbalas2 sahut menyahut, mmg terhibur aku dan BT, Dikpi dan si bongsu sama!

Rasa bagai ada satu keajaiban!

Ikutkan hati nak saja aku bawa baby tu pulang kerana aku pun tak punya anak perempuan, Sibongsu
kelihatannya begitu menyayanginya sekali tp ternyata E lebih sayangkan baby itu wlp masa depannya
bersama A tak ketentuan lagi. E bersendirian waktu aku ke sana…

Bila habis pantang, E mengunjungiku dgn baby, ntah ya ntah tak, E mengakui tak pernah merasa suasana hari raya dan menikmati makanan hari raya seumur hidupnya lantaran hidupnya yg tidak menentu, ibarat anak gelandangan. Kononnya kedua ibu bapanya berpisah sejak dia masih baby lagi dan dia tak pernah sekalipun melihat wajah ibunya melainkan pada sekeping gambar. ayahnya pula tak payahlah aku cerita kan di sini.

Berdasarkan ceritanya itulah aku masak semula makanan hari raya. Aku buatkan ketupat daun palas, ketupat nasi daun kelapa, rendang dan lauk pauknya juga nasi beriyani, aku mahu E nikmati semua makanan itu sepuas2nya sementara baby yg sgt mesra dgnku itu aku jaga. Ternyata E bagi tergamam melihat hidangan yg ku sediakan, katanya ; macam dalam syurga…

Di pendekkan cerita, E inginkan aku menjadi ibu angkatnya, E teringin memanggil seseorang dgn panggilan mama, aku terima saja dgn hati yg terbuka! aku sebenarnya tidak keberatan sama sekali tapi….taktau kenapa jauh jauuuuh di sudut hatiku bagai tak dpt merasakan atau menikmati hubungan itu biar puas ku pujuk2 hatiku sendiri. Aku kira ini bagai tak pernah terjadi dlm diriku, sebelum ini boleh dikatakan semua teman2 anakku memanggil aku mama termasuk beberapa dramatis dan pelakon yg senang kerumahku, aku dpt rasakan kemanisan itu tp kenapa tidak dgn E? Ah, mungkin perlu mengambil sedikit masa!

Di pendekkan cerita juga, kiranya rumahku menjadi rumah kedua utk baby E, aku dan anak2 terutamanya BT suka melayan baby yg kami panggil sebagai Aa. Manjanya Aa, hanya akan lena bila dlm pelukan BT! Barulah kami pindahkan ketilam atau buaian. Istimewanya Aa ni, dia seorang anak yg baik, pemalu, pandai membawa diri, anak2ku melihat Aa bagai memandang ikan2 di dlm aquarium, tak berkelip2, mereka mmg menunggu masa saja bila Aa nak susu kerana masing2 berebut nak buatkan susu dan nak suapkan kemulut Aa yg ternyata manja dgn kesemua anak2ku…aku mmg beri kesempatan mereka bergilir2, aku ajarkan cara membancuh susu yg betul agar mereka dpt menikmati seronoknya menjaga adik.

Masa terus dtg dan pergi, kdg Aa dihantar kpdku dgn keadaan yg basah lencun tanpa diapers, bibir kering
tanpa susu, aku tak pernah berkira dlm hal ini bahkan boleh dikatakan E perlu bgtau saja apa kekurangannya, aku akan cuba mencukupinya terutama hal2 kebajikan Aa. Dlm masa yg sama aku cuba membantu takat yg mampu utk mempercepatkan pernikahan mereka namun ternyata A bukanlah jantan yg bertanggungjawab, janji demi janji ditabur, namun semuanya hanya mainan belaka, akhirnya hubungan mereka terputus! Banyak lagi kisah E dan babynya yg mengesankan jiwaku yg tersimpan dilubuk hatiku ini…

Kali terakhir aku bertemu dgn E pada hari raya tahun lepas, sebelum tu masa bulan puasa aku hubungi E utk bertemu dgnnya dan Aa kerana aku akan bawanya shopping pakaian raya, sebelum itu aku ada belikan Aa pakaian tp utk raya aku inginkan sesuatu yg baru utknya, agar dia gembira, aku dan BT dah cop mana2 shopping komplex yg punya byk gown cantik2 utk anak pompuan secomel Aa, kasut yg cantik2 sbb Aa dah pandai jalan terkedek2, dan juga pakaian siap utk E! Sungguh, Alhamdulillah aku diberi keizinan Allah dgn sedikit kelebihan rezeki utkku kongsikan bersama2.

Pagi itu, sebelum pintu kedai dibuka, aku, BT, anak kelima dan yg bongsu dah terpacak didepan One Utama menanti E, hampir sejam menunggu aku hubungi E, dah mcm2 alasan plak yg diberi, aku boleh bersabar dgn sanggup menjemputnya di rumahnya,(waktu tu dia tinggal di Damansara, itu yg aku nak shopping di one utama) tp berkali2 aku hubungi utk bertanyakan alamat dan arah jalan, talian terus terputus, cuba lagi dapat2 putus, apa yg aku rasakn E bagai tak menghargai kasih sayangku selama ini, akhirnya…wlp di pagi Ramadhan aku benar2 marah sebaik dpt brcakap dgnnya! Aku katakan bahawa kami saja2 meluangkan masa demi dirinya dan Aa, tp sekali ini dia perlakukan aku begini, aku mintak maaf terpaksa batalkan janji dan harap dia tidak menyesal. Aku menangis bila terkenangkan Aa dan gown2 yg telahku idamkan utknya!

Sebenarnya aku berhasrat utk membawanya pulang dan meraikan aidilfitri bersama, segala keperluan utknya dan Aa akan aku sediakan. Aku mahu membahagiakan Aa di malam raya, di pagi raya dan di sepanjang hayatnya…tp sikap E ternyata mengecewakanku.

Begitupun, akhirnya hatiku tidak kesampaian, tanpa mereka, kami belikan juga pakaian raya mereka dgn mengagak2 saiznya. Semuanya dpt jugak ku serahkan bila E mahu kembali kpdku, waktu itu aku lihat E bagai terdesak, celaru tp aku tak dpt jumpa Aa, katanya Aa dijaga oleh bapanya yg sudah berkahwin lain. Sejak itu E kembali berhubung dgnku semula dan dia akan dtg kerumahku utk mengambil makanan. Kerinduanku terhadap Aa tak dpt dinafikan lagi, aku rindukan Aa! aku harapkan segera berjumpa dgnnya.

Suatu ketika ( hujung tahun lepas) E menyatakan utk tinggal bersamaku selama 10 hari – 2 minggu bersama Aa sekali. Aku tak tahu ya Tuhan, ntah kenapa waktu itu aku lihat E bukan spt yg ku kenal sebelumnya dan aku menolak keinginannya! Aku tiba2 merasakan kehadirannya akan membuat ahli keluargaku tidak selesa, maklum saja semua anak2ku lelaki dan cara E berpakaian mmg agak….aku menolaknya dgn cara baik ( anehnya sebelum ini aku tidak pulak berperasaan sebegitu) dan malam itu aku menanamkan lagi serba sedikit pengetahuan agama kpdnya spt waktu2 sebelumnya juga, E mmg ingin merubah cara hidupnya sptmana yg ku nasihatkan dan peringatkan. Itu saja yg mampu ku lakukan. Aku tak boleh memaksanya utk mendirikan solat tanpa dia faham apa itu solat dan mengapa kita wajib bersolat. Aku cuba mendidiknya sedikit demi sedikit. Kali pertama dia menyaksikan kami solat berjemaah, mmg hairan di hatinya dan bila anak2ku berebut bersalam2an, E menjerit : Hey! ingat ini hari raya ker nak bersalam2!! Aku jelaskan kpd E bahawa bersalam2an itu bukan semestinya pada hari raya saja! Kiranya mcm2 jugaklah yg aku cuba terapkan kefahaman utk anak yg malang itu…kesian E. Dia tak pernah merasa nikmatnya hidup berkeluarga dgn kasih sayang sebenar seorang ayah dan ibu.

Kali terakhir sebelum E terpisah dariku ( tanpa sempatku jumpa Aa), E menyatakan yg dia telah mendapat kerja yg lebih baik dan minta aku belikan utknya al Quran, telekung dan sejadah. Aku penuhi keinginannya dgn harapan semoga dia benar2 berubah. Aku hantarnya pulang hingga ke stesen LRT, itulah kali terakhir aku bertemu dgn E..

Semalam aku menatap berita diinternet dan terpandangkan wajah seorg kanak2 perempuan yg mati didera, dirogol dan diliwat. Hatiku bagai terjatuh ke dalam rahimku sendiri tp sebaik membaca kejadian itu di kajang, aku ketepikan perasaan resahku.

Hari ini sewaktu aku sedang sibuk2 menyiapkan tempahan minum ptg, sanwich telur dan sardin, aku mendapat panggilan telefon, suara R ( pengasuh yg mengasuh Aa bergilir2 dgnku sebelum ini).

‘ Kak, akak baca suatkabar tak semalam? gambar muka depan!’

Soalan itu walau belum jelas, aku bagai dah tersandwichkan separuh dari nyawaku sendiri! bagai benar belaka telahanku! tapi aku takut nak menerimanya….

‘a..ada! naper R?’

“kaaaak!!!! itu Aaliyah!!!!!’ suara tangisan memesah dihujung talian.

Aku bagai dirasuk dan telah hilang aqal, meraung semahu2nya, aku meraung2 sambil memanggil nama

Aaliyah…Aaliyah yg aku rindukan, Aaliyah yg pernah ku mandikan , ku bersihkan kencing beraknya, ku suapkan susu dan nasinya, ku dodoikan dan ku bermain2 sorok2 disebalik langsir hingga dia ketawa hilang suara. Aaliyah yg tersenyum bila ku pakaikan baju dan topi barunya, Aaliyah yg tak pernah hilang dari hidupku selagi hayatku masih bernyawa!!

Hingga saat ini airmataku masih tak henti2 mengalir, duka dan kesalku ini ku catitkan dlm lebat hujan di luar dan di dalam jiwaku ini…malangnya nasibmu sayang, kalau lah…kalau lah..ah, aku tak akan memaafkan diriku ini

utk selama2nya. Ya, keenggananku menerimamu menyumbang terhadap segala penyiksaan yg kau lalui hingga membawa kpd ajalmu. Kenapa aku sebegini kejam tak punya perikemanusiaan ya Allah….

Sebenarnya tiga minggu yg lalu R ada hubungi ku memberitahu yg E ada memintanya utk menjagakan Aaliyah tp sehingga lah sekarang tidak juga dihantar…R beritahuku yg E menyatakan dirinya sudah berubah, sudah menutup aurat, aku hanya memanjatkan kesyukuran kpd Illahi, sehinggalah ku terima berita pahit ini tadi….

Aku cuba hubungi no E yg diberi oleh R, sebelum ini pun sejak Ramadhan yg lalu panggilanku tidak pernah dijawab oleh E, aku hanya mendoakannya dari jauh semoga dia diberi perlindungan Allah dan mendapat hidayahNya. E juga tidak pernah menghubungiku wlp pada hari raya namun aku tidak pula bersangka buruk terhadapnya…mungkin dia sudah temui jln hidup yg baru yg lebih baik…

Panggilan ku td dijawab oleh polis wanita, dia minta aku hubungi semula jam 3.30 ptg, namun ternyata selepas itu panggilanku tidak bersambung lagi….sebelum ini R dpt bercakap dgn E, dan Aa katanya telah selamat disemadikan, aku akan cuba menjejaki dimana tempat persemadian itu…R memberitahuku mungkin E sdg teruk menjalani soal siasat di dlm…aku benar2 tak berdaya lagi utk wanita malang yg bernama E ini….

Anak2ku menangis bila mendpt tahu gambar yg disaksikan semalam adalah Aaliyah, tp mereka memujukku dan diri mereka sendiri dgn menyatakan :

TAK MENGAPA MAMA…AALIYAH SEKARANG SEDANG TERSENYUM DI DALAM SYURGA…

Aku mengesat2 airmata yg tak mahu henti2 mengalir. ya, mudah2an ya sayang, bersemadilah Aaliyah dgn tenang dan aman, tinggalkan segala deritamu di dunia fana ini. Kami sayangkan Aaliyah. Suatu hari nanti kami pun akan turut jejak Aaliyah, moga Aaliyah sudi memaafkan kami…..

BERSEMADILAH AALIYAH KU DGN AMAN DAN TENANG…

Aku tak marah kalau kalian menyimpan rasa marah sama terhadapku, ya….aku mmg bersalah wlp apa yg
terjadi adalah telah ditentukan olehNya.

Baru ku tahu..

Pukul 9.30 pagi, pergi ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Tingkat 2 Bangunan Ibu Pejabat. Dari jauh kelihatan 4 orang wanita di dalam pejabat berkenaan. 2 orang sedang di layan dan 2 orang sedang menunggu. Yang sedang di layan, anaknya yang menulis surat berkenaan. Mana kala bila tiba giliran yang menunggu, anaknya mengaku tidak tahu menulis, maka pegawai berkenaan yang menulisnya.
Berdasarkan perbualan, soal selidik dan jawapan yang diberikan oleh kedua-dua orang wanita yang seusia mak aku ini, dapat disimpulkan bahawa:

  1. Mereka memerlukan surat sokongan untuk menyambung bantuan dari Baitul Mal
  2. Baitul Mal memperuntukkan RM 250 setiap seorang sebulan.
  3. Pegawai berkenaan mencadangkan agar wang bantuan berkenaan di tambah sekiranya berkelayakkan.

Kedua-duanya selesai dengan bayaran RM5 setiap seorang untuk harga sehelai kertas berkenaan.  Bila tiba giliranku, lain pula ceritanya:

  1. Bioadata ku, dimana aku berkerja, bila masa pula nak buat unit trust
  2. Pandangan aku tentang ASB/ASN kenapa aku tak melabur di sana. (Nak jer aku jawap sila rujuk laman web UZAR mengenai Perbincangan Hukum Pelaburan ASB tetapi tidak terdapat komputer di pejabat berkenaan.
  3. Beliau pun dah melabur masa kerja dulu, tapi tak pernah usik atau peduli tentang pelaburannya.

Akhir sekali baru dia bercerita, dulu dia pun bekerja dengan majikan yang sama denganku. Pencen pada tahun 2006. Lepas tuh baru belajar undang-undang, ambil peperiksaan tertentu barulah memohon lesen untuk menjadi Pesuruh Jaya Sumpah. Selama ini aku beranggapan Pesuruh Jaya Sumpah adalah Hakim/Majestret/Peguam yang telah bersara.

Baru harinih ku tahu

  1. Untuk memohon bantuan/menyambung bantuan dari Baitul Mal perlukan surat dari Pesuruh Jaya Sumpah
  2. Syarat untuk menjadi Pesuruh Jaya Sumpah adalah Pesara Kerajaan Gred A, dan lulus peperiksaan berkaitan undang-undang yang ditetapkan. Itu sahaja.

A story worth sharing

4 years ago, an accident took my beloved away and very often I wonder, how does my wife, who is now in the heavenly realm, feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable of taking care of the house and the kid. ‘cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my child.

There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child.

With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all I heard and felt was broken porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the source of the ‘problem’… a broken bowl with instant noodles and a mess on the bed sheet and blanket!

Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a short explanation:

“Dad, I was hungry and there wasn’t anymore leftover rice. But you were not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you ‘cos I was playing with my toys…I am sorry Dad…”

At that moment, tears were starting to run down my cheeks…but I didn’t want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was time to clear up the mess on the bed. When everything was done and well past midnight, I passed my son’s room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little
buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.

A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up.

However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time, his kindergarten teacher called, informing me of my son’s absence from school. I took off early from work and went home, expecting him to explain. But he wasn’t to be found, so I went around our house, calling out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, ‘I am sorry, Dad’.
But after much probing, I realized that it was a ‘Talent Show’ organized by his school and the invite is for every student’s mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy…..

Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practice his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around. ‘cos he makes
me proud too!

Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It’s winter, and its Christmas time. Everywhere the Christmas spirit is in every passer-by… Christmas carols and frantic shoppers…. .but alas, my son got into another trouble. When I was about to knock off from the day’s work, the post office called. Due to the peak season, the post master was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise
never to hit my son again, I couldn’t help but to hit him as I feel that this child of mine is really beyond control. Once again, as before, he apologized, ‘ I’m sorry, Dad’ and no additional reason to explain. I pushed him towards a corner, went to the post office to collect the letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time of the year.

His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy. My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask him: ” But why did u post so many letters, at one time?” My son’s reply was: ” I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and I sent it all at once…”

After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to say….. I told my son,
” Son, mummy is in the heavenly kingdom, so in future, if you have anything to tell her, just burn the letter and it will reach mummy”.
My son, on hearing this, was much pacified and calm, and soon after, he was sleeping soundly. On promising that I will burn the letters on his behalf, I brought the letters outside, but couldn’t help
opening the letter before they turn to ash.

And one of the letters broke my heart….

Dear Mummy,

I miss you so much! Today, there was a ‘Talent Show’ in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he could not help it but scolded and hit me, but I did not tell him the real reason.

Mummy, everyday I see Dad missing you and whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in h is room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you
fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will
see the person in your dreams. But mummy, why have not you appear?

After reading the letter, I cant stop sobbing. ‘cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife….

For the females with children:
Don’t do so much overtime. If you cannot finish the work, it must be some kind of problems within the company, and it is not your sole problem.
Feedback to your boss. Endless overtime may not necessary be the answer to the problem. Take care of your health so that you can treasure and take care of your little precious.

For the married men:
Drink less, smoke less, cos nothing can replace your good health, not even business nor clients.
Try thinking this way, are you able to work till your clients are totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In this society, no one is indispensable.

Take care of your health, so that you can take care of your little precious and your loved ones.

For those singles out there:
Beauty lies in loving yourself first. With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don’t let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being.

UTC

Semalam AJK surau buat jamuan untuk merapatkan silaturrahim sesama Islam. Yang datang, cuma muka2 biasa, orang lain masih ramai yang tak nak bergaul dengan masyarakat. Jamuannya kari kambing, kambing panggang dan 20 ekor ayam panggang. Ayamnya kurang masak, memaksa aku makan juga kambing itu. Selain dari nak mencuba. Akibatnya, dah lebih 24 jam kepalaku sakit dan kaki kananku krem. Sama macam 12 tahun nan lalu, so kesimpulannya aku memang tak boleh makan kambing.

Dalam pada sakit, aku gagahi juga ke Hijrah Wealth Managment di Tmn Sri Ukay. Tujuan utama untuk mengisi beberapa borang untuk menjadi Public Mutual Unit Trust Consultant. Satu borang perlu di tandatangani di hadapan Pesuruh Jaya Sumpah.

Puan Suzana selaku mentorku menerangkan pahit getir dan seronoknya bergelar Perunding Kewangan Islam. HIJRAH promote kubah kehidupan, dan membawa 3 product sekali gus, iaitu untuk pelaburan, perlindungan dan juga wasiat. Manakala aku sebagai Part Time Agent boleh memilih salah satu atau membawa ketiga-tiganya sekali gus. Aku memilih pelaburan terlebih dahulu, jika ternyata sambutan memberangsangkan dari kawan-kawanku, mungkin aku boleh mencuba yang dua tuh pula.

Senja tadi di rancangan BijakWang@TV3, aku melihat CEO ku Hjh Ruhani menerangkan tentang pelaburan dan saham pula. How I wish to be like her.

Aku juga bertanya samaada aku akan bawa nama Public Mutual ataupun Hijrah, Pn Suzana kata dia akan bincang dengan Hj Mahathir kalau2 aku boleh carry nama HIJRAH as Associate Consultant.

Perjalananku masih panjang, tapi aku dah mula langkah pertama yang aku yakin aku akan berjaya.
Laman web ku telah wujud, sedang mengisi dengan maklumat yang diperlukan.
Lepas nih akan dilancarkan kepada kumpulan sasaran.
2x sebulan, penulisanku akan keluar untuk berkongsi ilmu.
Insya-Allah, aku akan mampu mencapai target yang ditetapkan untuk mengekalkan contract tahunan.

INSTALLING HUSBAND!!!

A woman writes to the IT Technical support Guy

Dear Tech Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and I noticed a distinct slowdown in the overall system performance, particularly in the flower and jewellery applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, and then installed undesirable programs such as NEWS 5.0, MONEY 3.0 and CRICKET 4.1.

Conversation 8.0 no longer runs, and Housecleaning 2.6 simply crashes the system.

Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.
What can I do?

Signed,
…………………….

******************************************************************************
Reply

DEAR Madam,

First, keep in mind, Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1.0 is an operating system.

Please enter command: ithoughtyoulovedme.Html and try to downloadTears 6.2 and do not forget to install the Guilt 3.0 update.If that application works as designed, Husband1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5..

However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Silence 2.5 or Beer 6.1.Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta.

Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.)

In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. These are unsupported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it has limited memory.You might consider buying additional software to improve memory and performance.We recommend: Cooking 3.0 and Good Looks 7.7.

Good Luck Madam!

Istimewa….utk ayah!

AISYAH menutup pintu biliknya perlahan-lahan. Dijengket-jengketkan kakinya supaya lantai tidak berbunyi, kemudian menuruni anak tangga ketingkat bawah dengan berhati-hati. Di hujung tangga dia menoleh ke atas, lega ibu dan ayah tidak sedar apa yang sedang dilakukannya.
PAP! Cahaya lampu kalimantang menerangi ruang dapur rumah teres dua tingkat itu. Aisyah tersenyum lebar. Ya, ini-lah masanya… inilah masanya. Sudah lama dia menantikan saat itu, sekarang sampailah saat yang dinanti-nantikannya.

Hari Sabtu, September 2003, Aisyah ingin memulakan hari itu dengan sesuatu yang istimewa.
Dia mencuci cili merah yang diambil dari dalam peri sejuk dan kemudian mengupas bawang besar. Sebilah pisau tajam dicapai, diikuti papan landas, piring dan mangkuk. Kabinet dibuka, sekali lagi dia tersenyum melihat bekas putih yang penuh berisi tepung gandum. Minyak masak lebih daripada mencukupi.

Senyuman lebar terukir di wajah kanak-kanak comel berusia 11 tahun itu. Dia ingin memulakannya sekarang. Ya sekarang, sebelum ibu dan ayahnya terjaga.
Dengan pantas Aisyah mencedok sesudu tepung tapi ketika hendak menuangnya ke dalam mangkuk…
PRRANGG! sudu itu terlepas daripada genggamannya. Lalu bertaburanlah tepung di atas lantaidan meja.

Aisyah cemas. Habis, habis kotor meja yang baru dibeli ayahnya. Dengan tergesa-gesa dia mengaut tepung itu, namun sisa-sisanya tetap mengotori meja tersebut. Tak apalah, kotor sikit saja, Aisyah menenangkan perasaannya. Sudu tadi dicuci dan Aisyah bersiap untuk memulakan impiannya.
Namun bila melihat meja yang kotor dan aneka bahan di depan matanya, Aisyah tiba-tiba jadi celaru. Mana satu yang patut dimulakan dahulu. Adun tepung? Potong cili? Hiris bawang? Minyak masak? Kuali? Garam?

“Macam mana ni?” Aisyah menggaru kepala.
Dia pandang ke luar. Alamak! Matahari pagi sudah menjengah, mungkin pukul 7.00 pagi. Badannya menggeletar, pasti sekejap lagi ibunya turun ke dapur. Selepas itu ayahnya pula muncul. Habis, habiiiiis! Aisyah perlu siapkan cepat! Dia perlu bersihkan segala kotoran itu sekarang!
“Macam mana ni? Macam mana ni?” Aisyah kian kalut.
Sudah banyak kali Aisyah lihat ibunya memasak makanan istimewa ini, nampak mudah saja tapi… Aaaahhhh!

Tangan Aisyah menggigil semasa menuangkan air ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Dikacaunya tepung itu hingga likat. Malangnya dalam sibuk menggaul, tangannya tersinggul cawan yang diletak di tepi meja!
PPRRAANGG”
Lalu berhamburanlah air membasahi lantai dan kain pelapik di bawah sinki. Lekas-lekas kain tersebut dibaling ke dalam bakul atas mesin basuh.
Sambil menggaul tepung bercampur cili dan bawang yang telah dihiris-hiris, berkali-kali Aisyah memandang ke luar jendela. Alamaaaak… dah siang!

“Aku kena siapkan cepat, kalau tidak…” Aisyah tambah kalut.
Malangnya baru menuang sedikit minyak ke dalam kuali yang telah diletakkan di atas dapur, Aisyah teringat sesuatu. Ah, dia sepatutnya mencampurkan adunan tadi dengan ikan bills. Tapi mana ikan bilisnya? Mana? Mana? Hari sudah cerah! Ikan bills perlu disiang, dibasuh.
Aisyah mengesat air matanya yang mula menitis. Dia takut dimarahi ibu kerana mengotori dapur, bimbang dipukul ayah kerana membuat sesuatu yang tidak disuruh. Mereka pasti berang melihat dia memasak seorang diri. Ibu dan ayahnya sudah banyak kali berpesan, ‘jangan main pisau, jangan main api’!

Dalam pada Aisyah kalut mengambil minyak masak, menyiang ikan bilis, membubuh garam ke dalam tepung likatnya, tiba-tiba hujung matanya melihat kelibat seseorang di belakangnya. Aisyah menoleh…

“Mama! Ayah!”
Aisyah gamam melihat ibu dan ayah berdiri memandangnya. Tubuh kanak-kanak comel itu menggigil, mukanya pucat lesi. Dia tunduk memandang meja yang kotor dengan ikan bilis, biji cili, kulit bawang…
Lantai pula comot dengan tepung dan minyak masak yang ditumpahkannya. Pinggan, cawan, pisau, piring dan papan landas berterabur di atas meja serta dalam sinki. Air mata Aisyah tak dapat disekat-sekat lagi. Digenggamnya jari-jemari yang penuh bercampur dengan tepung.
“Mmm… mmama… aa… ayah…” katanya tersekat-sekat, “maafkan Aisyah. Aisyah nak buatkan cekodok untuk ayah, tapiiii…”

Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, si ayah duduk di depannya. Aisyah tunduk, tidak berani melihat wajah ayahnya.
“Aa… Aisyah nak… nak buat cekodok. Ayah kan suka cekodok,” ulang Aisyah sambil menahan tangisannya. Habis, pasti aku kena marah, pasti aku kena pukul, kata Aisyah di dalam hati.
Tapi tiba-tiba Aisyah merasa tubuh-nya dirangkul penuh erat, kemudian pipi dan dahinya dicium berkali-kali. Pelukan itu hanya dirungkai hampir seminit kemudian dan si ayah merenung wajah cornel anaknya itu. Pandangan dua beranak itu bertembung.
“Ma… maa… maafkan Aisyah ya, ayah…” rayu Aisyah tersedu-sedu.
“Ayah tak marah. Ayah tau Aisyah sayang ayah…” kata si ayah dengan suara sebak. Air matanya juga bergenang. Dipeluknya Aisyah sekali lagi.

Si ibu datang menghampiri. “Bila bunyi bising-bising kat bawah ni, mak dan ayah turun. Kami sejak tadi perhatikan Aisyah. Aisyah nak buat cekodok ni sebab hari ni hari jadi ayah, kan?” tanya pula si ibu sambil membelai rambut anaknya itu.
Aisyah mengangguk. Ya, sejak dua hari lepas sudah diberitahu hajat itu kepada ibunya. Itulah sarapan kegemaran ayahnya, orang yang amat Aisyah sayangi. Dia ingin meraikan hari lahir bapanya itu dengan suatu yang istimewa juga.

“Jom, mari kita buat sama-sama,” sambung si ibu lalu menarik tangan Aisyah.
“Okey… ayah kupas ikan bilisnya,” sambung si ayah sambil menyeka air mata anaknya itu. Senyuman manis terukir di wajah mereka.
Pembaca budiman, dalam menjalani hidup ini, kita cuba untuk melakukan yang terbaik tapi ia tidak semudah yang direncanakan. Kita berusaha menyediakan sesuatu yang paling istimewa untuk orang tersayang, tapi sering kali kita gagal melaksanakannya.

Kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak, namun bukan mudah melakukannya. Anak-anak pula cuba untuk meraih perhatian serta menunjukkan betapa mereka juga sayangkan ibu dan bapa, tapi bukan semua ibu bapa memahaminya…

Unit Trust – the new begining

Pada bulan puasa yang lalu, aku telah menghantar borang ke KWSP untuk membuat pengeluaran sepenuhnya, kerana telah mendapat status berpencen.
Tak sangka pula, permohonan tersebut cepat diluluskan, belumpun hari raya, kesemua duit berkenaan telah masuk ke dalam akaun Maybankku.

Memikirkan gunung, setinggi manapun akan runtuh, maka aku perlu meletakkan duit berkenaan di tempat yang sepatutnya. Separuh dari wang berkenaan, telah selamat ku letakkan di tempat yang aku yakin selamat, dan akan berkembang dan membiak. Sebahagian lagi, aku masih mencari2 dan menimbang2. Antara Tabung Haji, Bank, Islam dan Bank Rakyat. Most Probably Qirath di Bank Rakyat. Cuma dah hujung tahun nih, macam nak letakkan di tabung haji terlebih dahulu. Kenapa yer aku tak pernah buka akaun atau melabur di ASB/ASN? hehehe…

Kecewa dengan suasana di pejabat, membuka mataku, mungkin tiba masanya untuk aku jadi freelance, Unit Trust agen may be. Peluang telah ada untuk aku menjadi agen, terpulang kepada aku untuk menjadi agen full time atau part time. Mulanya memang aku berhasrat untuk jadi full time, cuma atas nasihat suami, tak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, maka aku memilih untuk jadi agen part time terlebih dahulu.

Antara langkah2 yang telah dan akan diambil adalah:

  1. Pinjam buku mengenai Unit Trust dari library
  2. Membuat rujukan mengenai Unit Trust di Internet
  3. Menghadiri kursus mengenai unit – CUIT Tutorial pada 14/11/2009 dan juga 21/11/2009.
  4. Mengambil exam – bila telah berkelayakan, barulah aku boleh menjadi egen/consultant.

Biarlah part time dahulu. Bila telah benar-benar yakin barulah aku akan jadi full time. Aku juga berhasrat untuk mengajar, menjadi trainer mengenai kewangan. Idola aku Pn Hajjah Ruhani Hj Mohd Shahir, CEO Hijrah Wealth Management. Dengan bernaung di bawah bumbung sama, aku yakin, minat dan hasrat aku akan terlaksana juga suatu hari nanti.

Penceramah dan facilitator Kursus HRMIS -Modul Perisytiharan Harta

Pada 21/7, 22/7, 28/7 dan 29/7 telah di adakan Kursus HRMIS- Modul Peristiharan Harta di Bilik Latihan MIS tingkat 6. 3 Hari yang pertama aku bertindak sebagai facilitator sahaja, namun pada petang 29/7 aku terpaksa mengajar kerana trainer yang sepatutnya ada interview untuk kenaikan pangkat.

Seterusnya pula untuk bulan Ogos, training dijalankan pada 4, 5,6, 18 dan juga 19 hb. Pada 4/8 sekali lagi aku kena menjadi penceramah. Kali ini sepanjang hari. Cuak jugak aku, apatah lagi diwaktu pagi server latihan ada bermacam-macam masalah.

Komen utama dari Juri awam yang bukan profesional, kata-kata aku kurang tegas dan meyakinkan,
dan aku gagal menyembunyikan kerisauan aku. Perlukan banyak latihan lagi.
Yang utama aku gagal mempraktikkan apa yang telah dipelajari masa kursus Pengucapan Awam,
iaitu mengeluarkan suara dari perut dan bukan dari kerongkong.

My besday celeberation

Pagi tadi, cawangan buat jamuan pot-luck untuk menyambut Ramadhan. Jamuan utama nasi lemak, nasi impit dan juga sandwich.

Petang pula adalah sambutan Unit HRMIS untuk staff yang lahir bulan 7 dan juga majlis perpisahan untuk staff yang dapat tetap dan akan bertukar ke MRSM Gemencheh.

Inilah dia gambar yang diambil sepanjang hari ini

Berapa banyak RM baru cukup.

Hari ini aku mendapat e-mail dari seorang kawan lama, yang baru 2 bulan menjadi ayah. Sebelum ini dia tinggal di Aman Puri, Kepong. Jarak dari rumahnya ke kilang tempat dia dan isterinya bekerja hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya. Bertolak dari rumah pukul 8 pagi, pukul 5.45 petang dah boleh berehat dirumah.

Atas alasan tanggungjawap bertambah, maka perlukan gaji yang lebih. Kebetulan, dapat kerja di Serdang. Sekarang tinggal di Sungai Buluh, sebab hantar anak untuk jagaan neneknya. Dari Sungai Buluh, hantar wife kerja di Kepong dulu, lepas tuh naik komuter Kepong Sentral Ke Serdang, untuk masuk kerja pukul 8 di sana. 3 minggu kerja di Malaysia, dan Seminggu di China. (dia tak pernah tahu masalah dengan sistem komuter di KL nih agaknya).

Menyebabkan aku terfikir, apa yang sebenarnya orang cari dalam hidup? Harta, wang ringgit, ke luar negara, atau apa?

Mungkin, suatu masa dahulu, itu jugaklah yang aku cari dan kejar, tetapi semakin usia bertambah, priority dalam hidup pun berubah. Kalau boleh masa perjalanan ke pejabat seminimum yang mungkin. Jika tidak kerana kekangan kewangan, mahu sahaja aku menyewa Hotel Quality yang berada di hadapan pejabat, so tidak perlu lagi membazirkan masa diperjalanan. Lebih banyak masa dapat di habiskan bersama keluarga.

Entahlah.. Lain padang lain belalangnya.

2 hari 3 malam

Pukul 12.30 malam 5/7/2009 – bermakna ini malam ke 3 aku di ward, menjaga Adam. Dan ini kali ke 4 Adam dimasukkan ke ward di Damansara Specalist Hospital nih. Kira nurse ramai lah yang dah kenal. Ada yang cakap, aik macam biasa nampak jer.

Hehehe.. Bilik 281 sebelum dipindahkan ke HDU selama 10 hari, dibulan puasa, ketika Adam berusia 3 bulan. Bilik 235, selama 5 hari semasa Adam berusia 8 bulan. Bilik 259 selama 3 hari semasa Adam berusia setahun. Dan bilik 265 semasa Adam berusia 2 tahun. Selama?? Dengar bunyi nafas dan batuknya, rasanya 2 @ 3 hari lagilah baru keluar kut.

3 kali yang pertama, dipilihan menu tertulis nama Ibu Adam Harith, so memang menunya untuk ibu. Dan semasa setahun, setiap menu disertakan bubur untuk Adam. Tapi kali ni, di menu tertulis nama Adam Harith sahaja. Hehe.. Mau tak tahu terpaksalah ibu terima hakikat Adam dah besar dan layak mendapat makannya sendiri. So ibu paham2 lah. Jengok2lah kantin di GF tuh kalau lapar.

3 kali pertama, Adam belum berjalan, senang nak control. Baring atau duduk jer atas katil. Kalau keluarpun bila ibu dah boring sangat dan nak keluar. Tapi sekarang, Adam yang minta keluar. Kalau ikutkannya habis seluruh hospital di tawafnya. So sebelum keluar ibu kenalah jumpa nurse untuk tanya bila next ubat dan bila next nebuliser. Kalau dulu ibu dah cukup paham Nebuliser setiap 4 jam, 6 & 10 pagi, 2 & 6 petang dan 10 & 2 malam. Sekarang nih jadualnya dah lari. Kadang 2 jam sekali, kadang 4 jam sekali dan tiada yang sama seperti jadual sebelumnya.

Malam pertama, Adam mengamuk masa nebuliser, lepas tuh drip pula tak boleh masuk air. Baru nak tidur dan subuh. Malam ke 2, pukul 3.30 adam dah mula batuk kokol dan begitu susah untuk berhenti. Cuma nebuliser jer yang mampu menghentikan batuk Adam. Malam ke 3 pula, mata ibu yang begitu keras tak mahu dilelapkan. Entah kenapa? Mungkin ibu dah rindukan bilik tidur dan rumah. Walaupun tak secantik rumah di dalam Casa Impian, tapi itulah rumahku syurgaku.

Khasiat Petai

Petai

Little did you know …… after reading THIS, you’ll NEVER look at petai in the same way again!

Petai contain three natural sugars -sucrose, fructose and glucose – combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is the number one fruit with the world’s leading athletes. But energy isn’t the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Read the rest of this entry »

Suami Boroi Tanda Bahagia!

wahai semua kaum adam selepas membaca artikel ini berusaha dan terus berusaha untuk memboroi kan perut anda.. hehehehe usaha dan tingkat kan keboroian anda!! hidup kaum boroi!! kuikuikui

—– Forwarded Message —-
From:
 
Salam & Hi [[name],

Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel menarik yang bertajuk "Suami Boroi Tanda Bahagia". Selamat membaca.

===
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga. 

===

Sekian untuk kali ini, semoga bertemu lagi di email yang lain

Yang Benar,

www.maskahwin.com

 

Tip: 50 Rangsangan Anak Bijak

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama… jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting.

Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
 
1-BERTENTANG MATA Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.  

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
 
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
 
4-JELIRKAN LIDAH Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
 
5-HASILKAN BUKU BINATANG Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.  

6-GELETEKLAH BAYI ANDA Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
 
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.  

8-BERKONGSI PANDANGAN Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
 
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.  

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.  

11-SENTUH DAN RASA Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
 
12-PERGI MEMBELI-BELAH Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.  

13-BERI KATA KUNCI Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.  

14-BERI KEJUTAN Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
 
15-SEDIAKAN BANYAK TISU Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
 
16-BACA BUKU Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
 
17-MAIN CAK-CAK Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.  

18-JANGAN LUPA REHAT Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
 
19-MAIN DENGAN WARNA Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.  

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.  

21-ANGKATKAN SAHAJA Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.  

22-BIAR DIA MEMBEBEL Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.  

23-LATIHAN MENEKA Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
 
24-BINA LALUAN HALANGAN Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
 
25-IKUT RENTAKNYA Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.  

26-BUAT MUKA LAWAK Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.  

27-RASA SEKELILING ANDA Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.  

28-CERITAKAN KISAH DONGENG Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.  

29-BAYANGAN WAJAH Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
 
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.  

31-GOYANGKAN BADAN Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
 
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.  

33-KIRA SEMUANYA Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.  

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)  

35-TUTUP TV Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
 
36-TUKAR PEMANDANGAN Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.  

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).
 
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.  

39-MAIN HUJAN Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
 
40-MENANGKAP SERANGGA Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.  

41-BERGURAU-SENDA Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.  

42-MAIN DENGAN PAKAIAN Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.  

43-AJAR TENTANG ISIPADU Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
 
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
 
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.  

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.  

47-CONTOHI CARA SESAME STREET Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.  

48-MAIN BERULANG-ULANG Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.  

49-MAIN “TIRU-MENIRU” Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
 
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti. Semoga bermenfaat!

Siapa penghibur suami anda

Maaf nak bertanya kepada para isteri sekelian.

Siapakah penghibur suami anda ?

Pabila suami pulang dari kerja tentunya dalam keadaan letih fizikal dan mentalnya. Paling tidak ia memerlukan segelas air sebagai penyejuk. Siapakah yang menghulurkan air untuknya ? Ambil sendiri atau kerahkan anak-anak anda ambilkan bagi pihak anda. Atau perintahkan pembantu rumah tuangkan air sejuk dan letakkan atas meja.

Pabila suami anda meletakkan punggungnya untuk merehatkan diri. Siapakah yang menemaninya ? TV diruang tamu atau ikan-ikan dalam akuarium ? Dimanakah anda ? Sibuk bersembang dengan jiran atau melayan siri TV yang anda tidak mahu ketinggalan.

Pabila suami masuk ke bilik menukar pakaian siapakah menemaninya ? Gambar-gambar anda di meja solek dan potret pemandangan di dinding.

Pabila suami merebahkan diri dikatil sebelum melelapkan mata dimanakah anda ? Sibuk di depan TV melayan persembahan realiti. Atau di dapur mengemas serta membasuh itu ini.

Pabila suami mula melelapkan mata siapa disampingnya ? Bantal peluk dan siling pengganti anda yang masih merenung kaca TV.

Bila suami anda masih tidak pulang ke rumah walaupun sudah jam 10 malam, dimanakah dia? Di kolam memancing ? Di warung mamak ? Di pusat karaoke ?

Bila anda sudah hampir mahu melelapkan mata dimanakah suami anda ? Masihkah dia diluar ? Atau didalam rumah melayan ruang sembang di internet ?

Siapakah penghibur suami anda ?

TV ? Ikan di kolam pancing ? Senarai lagu di pusat karaoke ? Atau wanita-wanita yang menjadi pengganti anda sebagai penghibur suami anda ?

Siapa penunduk nafsu suami anda ? TV? Ikan ? Kawan-kawan ? GRO ? Gadis-gadis di internet ?

Mengapa bukan anda ?

PAK KADRI

__._,_.___

Hatiku KAU Guris luka

Entah kenapa, sepanjang minggu nih terlalu ramai yang mengguris dan menyakitkan hati.

1. KAD KREDIT RHB-TESCO : Baru sebulan pakai kad kredit nih. Bil pertamanya bertarikh 24/5/2009 sebanyak RM195. Tak sampai RM200 pun. Bil datang selepas semua pembayaran bil2 lain telah dibuat. Dengan kekalutan balik dari kampung, bil nih terlepas pandang. Bila nak bayar, alang-alang, lagi beberapa hari jer lagi gaji. Ingat nak masukkan dalam budget bulan 6. Dalam pada itu, dah dapat surat peringatan, 2 kali call dan 2 kali sms, minta call no yang sama. Seolah-olah hutang ku berjuta dan dah overlimit, padahal 5% pun belum sampai. Cuba nak komen thru laman web, dah taip panjang2, rupanya button submit dia tidak berfungsi (atau disengajakan supaya org tak boleh komen). Sedangkan suamiku dah 10 tahun pakai kad kredit RHB tak pernah ada masalah. Aku pun dah sekian lama pakai Standard Charted dan Bank Islam, tak derlah pula masalah macam nih. Baru berkira-kira macam nak stop Standard Charted, tapi macam tak jadi jer.

2. TESCO EXTRA SELAYANG : Lihat pada promosi dengan pemplate yang diberikan, bemula 25/6/2009 adalah pormosi barangan bayi. salah satu darinya yang menarik perhatian adalah basikal. Kalau tak dikayuh, ada pemegang yang ayah/ibu boleh tolak Adam. Ayah berkenan dengan model tuh. So malam 25/6 tuh juga pergi ke TESCO untuk membeli hadiah semperna Adam 2 tahun. Sampai2 sana, dimaklumkan stok dah habis. So buat apa buat promosi kalau tiada stok. Ok sabarlah hati. Cuma ambil susu, milo dan sosej. Kurang daripada 10 barang, so kami pun beratus di barisan “Express Kaunter.. less then 10 item”. Malangnya orang di depan tuh tak reti baca tulisan tuh, dan kerani kaunter pun tak reti nak bersuara. Barang yang orang tuh beli separuh troli dan duit yang dibayar hampir2 RM200. Itulah express kaunter yang cukup menghangatkan hati. Ingat hari nih nak komen dalam laman web, tak der pula ruang untuk komen di laman web dier.

3. KYROS KEBAB SOGO : Entah kenapa tetiba teringin lak nak makan spegetti di Kyros Kebab. Oleh kerana lapar sangat, kononnya makan dulu sebelum shopping. Ada seorang jer yang jaga di kaunter dan mungkin 3-4 orang yang masak di belakang. Lepas bayar air, kita pun duduklah dikerusi, sebab tak der kawan untuk bookingkan tempat. Sambil jeling-jeling orang yang masak tuh. Ok spegetti dah dimasukkan dalam pinggan, kejab lagi nak bangun ambil. By the time saya sampai kaunter, pakcik tuh pun mengangkat spegetti berkenaan dan menghidangkan buat isterinya yang tercinta. Lalu tanyalah pada adik tuh, spegetti saya tak siap lagi ker? Katanya dah, agaknya ada orang lain ambil kut, padahal pakcik tuh ada disebelah tengah tunggu order untuk dia. Lepas tuh budak yang jaga kaunter tuh cakap, la akak duduk ker, orang lain semua berdiri dan tunggu kat sini. Badan dah menggeletar kelaparan, so berdiri jer lah menunggu untuk spegetti tuh dimasakkan semula, sedangkan makcik tadi yang mengambil makanan yang sepatutnya untukku terus makan dengan lahapnya. Geram.. pada orang yang jaga kaunter dan juga pakcik tuh. Pastinya dia tahu yang aku berbaris depan dia tadi, bayar terlebih dahulu dari dia, dan dia dengar bila aku pura-pura cari spegetti untuku. Opss..sorrylah mana ada lagi lelaki gentlemen kat dunia nih.

Sesungguhnya minggu ini terlalu banyak yang melukakan. Hatiku Kau guris luka.

Mahkota Untuk Ayah

qamar_muneera

“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin. 

Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.

” Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,” 

Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.

“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung. 

**********************************************

Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah. 

Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk. 

Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.

” Nanti!” Kak Sarah menahannya.

“Apa lagi!” sergah Udin. Mukanya merona merah.

“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya. 

Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang. 

Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas. 

Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban. 

Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya. 

Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya. 

” Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.

” Sudah ayah,” Udin gugup. Matanya disapa sayu. 

Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya. 

Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin. 

Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah. 

Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah. 

Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa. 

Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia. 

Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga. 

“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.

” Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya. 

” Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.

“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi…”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma. 

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran. 

Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya. 

Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.

"Selamat Hari Bapa"

Happy 10th anniversary

14/6/2009 – genap 10 tahun dari tarikh pertama kali aku blind date dgn seorang lelaki. Aku baru mengenalinya seminggu di alam maya, chatting specifically. Haritu aku tension sangat sebab masalah dipejabat. Dia pun tension sebab kunci kereta Tiara nya hilang. Dah separuh hari di bengkel kereta. Hingga tercetus satu idea, ‘since kita sama2 tensen, apa kata kita dinner berdua malam nih’. Macam tak percaya tapi OK jer.

Read the rest of this entry »

Madu dan Susu 2

Semalam, saya di tanya oleh seorang kawan FB yang baru dikenali, tapi telah lama mengenali my hubby. Antara ayatnya..

“I know ur hubby since year 2006 I think. He was my Yahoo Msgr friend and also financial consultant online. we have met once at my previous company in KL sentral masa dia incharge kat MIDA utk passkan file financial template. I know about ur health problem initially… n u guys seem to be a such happy family when Adam came… tapi kenapa sampai nak cari insan baru yg bergelar isteri/madu to be in ur family? Zaman skrg nie susah nak dapat unless akak gi cari kat kampung2 especially d pattani yg mana kuat pegangan agamanya. di KL nie, agak susah nak cari perempuan yg solehah untuk hidup bermadu kerana Allah & Rasul. Even sy ada ramai kawan yg belum berkahwin tp xkan nak hidup bermadu.. “

Read the rest of this entry »

Birthday dan Fareware Lunch At Tuttie Frutie, Maju Junction

Hari Rabu, 10 Jun diadakan satu Jamuan Untuk Unit HRMIS.
Tujuan Utama adalah majlis perpisahan kepada Otai HRMIS, yang akan berpindah ke MIS di Tingkat 7. Dah 5 tahun dia di Unit ini, tibalah masa untuk bertukar angin pula.
Selain daripada itu, jamuan juga untuk meraikan 2 orang staff yang menyambut besday pada bulan Jun ini.

So ini lah kami, seramai 17 orang:

Archives
Affiliates
Networkedblog