2 hari 3 malam

Pukul 12.30 malam 5/7/2009 – bermakna ini malam ke 3 aku di ward, menjaga Adam. Dan ini kali ke 4 Adam dimasukkan ke ward di Damansara Specalist Hospital nih. Kira nurse ramai lah yang dah kenal. Ada yang cakap, aik macam biasa nampak jer.

Hehehe.. Bilik 281 sebelum dipindahkan ke HDU selama 10 hari, dibulan puasa, ketika Adam berusia 3 bulan. Bilik 235, selama 5 hari semasa Adam berusia 8 bulan. Bilik 259 selama 3 hari semasa Adam berusia setahun. Dan bilik 265 semasa Adam berusia 2 tahun. Selama?? Dengar bunyi nafas dan batuknya, rasanya 2 @ 3 hari lagilah baru keluar kut.

3 kali yang pertama, dipilihan menu tertulis nama Ibu Adam Harith, so memang menunya untuk ibu. Dan semasa setahun, setiap menu disertakan bubur untuk Adam. Tapi kali ni, di menu tertulis nama Adam Harith sahaja. Hehe.. Mau tak tahu terpaksalah ibu terima hakikat Adam dah besar dan layak mendapat makannya sendiri. So ibu paham2 lah. Jengok2lah kantin di GF tuh kalau lapar.

3 kali pertama, Adam belum berjalan, senang nak control. Baring atau duduk jer atas katil. Kalau keluarpun bila ibu dah boring sangat dan nak keluar. Tapi sekarang, Adam yang minta keluar. Kalau ikutkannya habis seluruh hospital di tawafnya. So sebelum keluar ibu kenalah jumpa nurse untuk tanya bila next ubat dan bila next nebuliser. Kalau dulu ibu dah cukup paham Nebuliser setiap 4 jam, 6 & 10 pagi, 2 & 6 petang dan 10 & 2 malam. Sekarang nih jadualnya dah lari. Kadang 2 jam sekali, kadang 4 jam sekali dan tiada yang sama seperti jadual sebelumnya.

Malam pertama, Adam mengamuk masa nebuliser, lepas tuh drip pula tak boleh masuk air. Baru nak tidur dan subuh. Malam ke 2, pukul 3.30 adam dah mula batuk kokol dan begitu susah untuk berhenti. Cuma nebuliser jer yang mampu menghentikan batuk Adam. Malam ke 3 pula, mata ibu yang begitu keras tak mahu dilelapkan. Entah kenapa? Mungkin ibu dah rindukan bilik tidur dan rumah. Walaupun tak secantik rumah di dalam Casa Impian, tapi itulah rumahku syurgaku.

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog