Hari ini aku mendapat e-mail dari seorang kawan lama, yang baru 2 bulan menjadi ayah. Sebelum ini dia tinggal di Aman Puri, Kepong. Jarak dari rumahnya ke kilang tempat dia dan isterinya bekerja hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya. Bertolak dari rumah pukul 8 pagi, pukul 5.45 petang dah boleh berehat dirumah.
Atas alasan tanggungjawap bertambah, maka perlukan gaji yang lebih. Kebetulan, dapat kerja di Serdang. Sekarang tinggal di Sungai Buluh, sebab hantar anak untuk jagaan neneknya. Dari Sungai Buluh, hantar wife kerja di Kepong dulu, lepas tuh naik komuter Kepong Sentral Ke Serdang, untuk masuk kerja pukul 8 di sana. 3 minggu kerja di Malaysia, dan Seminggu di China. (dia tak pernah tahu masalah dengan sistem komuter di KL nih agaknya).
Menyebabkan aku terfikir, apa yang sebenarnya orang cari dalam hidup? Harta, wang ringgit, ke luar negara, atau apa?
Mungkin, suatu masa dahulu, itu jugaklah yang aku cari dan kejar, tetapi semakin usia bertambah, priority dalam hidup pun berubah. Kalau boleh masa perjalanan ke pejabat seminimum yang mungkin. Jika tidak kerana kekangan kewangan, mahu sahaja aku menyewa Hotel Quality yang berada di hadapan pejabat, so tidak perlu lagi membazirkan masa diperjalanan. Lebih banyak masa dapat di habiskan bersama keluarga.
Entahlah.. Lain padang lain belalangnya.
darah muda..priority hidup masih belum ditetapkan..mungkin bagi kawan akak tu keluarga bukan keutamaan..ataupun desakan hidup menjadikan dia lebih memilih kesenangan dari keluarga