Balik kampung

Cuti awal Muharam adalan pada 7/12/2010 iaitu hari selasa. Oleh kerana Adam terlalu rindukan neneknya, maka pada pagi sabtu 4/12/2010 yang lalu kami sekeluarga telah balik ke rumah nenek/mak di Semanggol Perak.

Ringkasan aktiviti/perjalanan balik kampung

  • Subuh sabtu : Bertolak balik. Berhenti solat subuh di R&R Tapah dan sarapan di R&R Bukit Gantang. Tiba di rumah, mak sedang rewang di rumah jiran
  • Tengahari Ahad : pergi khenduri di rumah jiran
  • Ptg Ahad : Makan Mee banjir Udang di Kuala Sepetang
  • Hari Isnin : Ke Bukit Merah Lake Town Resort. Ke Pulau Orang utan, menaiki Skycycle, Eco park dan Water park
  • Hari Selasa, bertolak balik ke KL semula. Berhenti makan tengahari di AgroBazar, R&R Ulu Bernam.
  • Berikut adalah gambar yang dirakamkan semasa sepanjang perjalanan pergi dan balik berkenaan.

Photo Album Percutian Akhir Tahun 2010




Khasiat rebusan asam gelugur

ADA wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.

Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.

Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

l HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

l Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

sumber: Utusan Malaysia – Kesihatan




Si kecil kencing malam

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/09/12
LEBIH separuh kanak-kanak mengalami masalah enuresis, mempunyai ibu bapa yang juga mengalami masalah sama.

LEBIH separuh kanak-kanak mengalami masalah enuresis, mempunyai ibu bapa yang juga mengalami masalah sama.

Kaedah hipnosis bantu anak kawal otot, pundi kencing

MASALAH anak kencing malam sememangnya antara perkara yang membimbangkan ibu bapa apabila pulang ke kampung atau bercuti. Persoalannya, apakah ini satu tabiat biasa yang boleh dibiarkan, apalagi jika ia berterusan sehingga si anak mencecah usia enam tahun?

Menurut Khidmat Nasihat Kesihatan United Kingdom (NHS), kencing malam atau nama saintifiknya ‘nocturnal enuresis’ sangat biasa di kalangan kanak-kanak terutama di bawah usia tujuh tahun. Satu dalam lima kanak-kanak berusia tujuh tahun, satu dalam 20 kanak-kanak berusia 10 tahun berhadapan dengan kencing malam dan ia lebih kerap ditemui di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Kadang kala tabiat kencing malam boleh juga disebabkan oleh keadaan kesihatan seperti masalah diabetes atau cystitis (radang pada pundi kencing). Ada juga di kalangan sesetengah kanak-kanak, tabiat ini mungkin disebabkan ketidakupayaanya menghasilkan hormon antidiuretik dengan cukup yang berfungsi mengawal penghasilan air kencing pada waktu malam.

Namun, secara amnya juga kita perlu tahu fakta yang lebih mudah, ada kanak-kanak yang membentuk kawalan terhadap pundi kencingnya agak lewat berbanding kanak-kanak lain. Dia juga mungkin berhadapan dengan masalah psikologi kerana masalah di sekolah atau rumah, contohnya.

Bagi dewasa, apabila pundi kencing penuh pada waktu malam, otak akan memaklumkan pundi kencing untuk mengosongkannya. Keupayaan untuk menjalani proses ini bukan wujud semula jadi sejak lahir. Sebaliknya ia terbentuk secara perlahan-lahan dan menjelang usia enam tahun, seseorang kanak-kanak umumnya memiliki keupayaan itu.

Bagaimanapun antara tujuh peratus kanak-kanak dalam lingkung usia 10 tahun dan antara satu ke dua peratus remaja dalam usia 15 tahun masih alami masalah ini. Apatah lagi jika ibu atau bapa atau kedua-duanya juga pernah berhadapan dengan masalah kencing malam ketika kecilnya, si anak berhadapan dengan risiko hingga antara 75 ke 40 peratus untuk mengalaminya.
Walaupun kebanyakan ibu bapa percaya pada akhirnya anak akan berupaya menangani masalah ini seiring dengan peningkatan usia, ada juga kanak-kanak yang memerlukan bantuan.

Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam adalah hipnosis. Sesetengah orang mendefinisikan hipnosis sebagai keadaan semua fokus individu itu terkumpul yang menyebabkan rasa tenang dan santai. Ketika sesi hipnosis, minda terbuka kepada lebih banyak cadangan berbanding biasa.

Kanak-kanak dikatakan dalam keadaan hipnosis sendiri (self-hypnosis) apabila mereka bermain seorang diri. Pelakon atau atlit selalunya menggunakan kaedah hipnosis untuk memperbaiki persembahan mereka.

Umumnya hipnosis membolehkan mereka belajar mengubah tanggapan, perasaan dan sikap. Hipnosis juga boleh digunakan bagi mengurangkan rasa bimbang, mengawal kesakitan atau mengubah tabiat buruk.

Pada 2004, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway mengemukakan laporan penggunaan teknik hipnosis kepada kanak-kanak yang berhadapan dengan tabiat kencing malam. Laporan itu menyebut, hipnosis adalah antara rawatan yang berkesan bagi menangani masalah kencing malam yang kronik.

Pengetua, Kolej Klinikal Hipnosis London di Malaysia (LCCH), Sheila Menon, berkata kencing malam adalah masalah biasa yang mengakibatkan rasa malu kepada anak dan membuatkan ibu bapa susah hati.

“Seorang kanak-kanak terlalu muda untuk memahami logik orang dewasa. Justeru, mereka akan menjadi terlampau tertumpu pada imej kencing malam. Imej itu akan mengakibatkan rasa malu dan membuat mereka tertekan.

“Hipnosis boleh membantu mengatasi masalah ini. Perkara pertama seorang ahli hipnoterapi akan lakukan adalah untuk memfokuskan kembali tumpuan ahli keluarga kepada permasalahan itu seperti katil yang kering. Kadang kala itu sudah mencukupi,” katanya.

Jelas Sheila, kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah kencing malam boleh dilatih secara mental mengenai rutin waktu tidur. Umumnya, apabila pundi kencing seseorang kanak-kanak itu penuh, mereka akan bangun dan pergi ke tandas sebelum kembali tidur dengan rasa gembira.

“Bagi kes kencing malam, ahli terapi hipnosis akan mengajar teknik mengawal otot dan pundi kencing kepada minda bawah sedar. Apa yang penting, masalah kencing malam bukanlah penyakit. Sebaliknya ia lebih kepada keupayaan kawalan otot dan pundi kencing seseorang kanak-kanak itu. Justeru sebagai ibu bapa, sabar dengan tabiatnya dan dalam masa yang sama bantu dia mengatasi masalah itu,” katanya.

Info
5 panduan atasi anak kencing malam

  • Jumpa doktor bagi menghentikan permasalahan ini jika anak anda berusia enam atau tujuh tahun. Ujian akan dijalankan bagi memastikan anak bebas daripada masalah jangkitan pundi kencing.
  • Jangan hukum anak kerana ini memberinya lebih banyak tekanan. Kanak-kanak ini tidak upaya mengawal tabiatnya dan hukuman akan menjejaskan jati dirinya.
  • Hormati hak peribadinya – kanak-kanak malu kerana kencing malam dan tentu dia tidak mahu orang lain juga tahu mengenai masalahnya.
  • Latih anak bangun malam untuk kencing. Amalan setiap malam akan mendidik akal dan tubuhnya untuk bangun membuang air kecil sebelum dia kencing di katil.
  • Berfikiran positif dan sabar. Beritahu diri anda yang usaha si anak menghentikan tabiat ini memakan masa. Sikap kurang sabar hanya menjadikannya lebih tertekan
  • sumber :Berita Harian




    Jom jadi ibubapa yang dimuliakan Allah S.W.T.

    sumber: Forward e-mail dari seorang sahabat.

    Salam, anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya.

    Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

    1. Kesilapan Pertama :

    a. Kurang berdoa semasa mengandung.

    Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah
    * Saidul (penghulu) Istighfar
    * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
    * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
    * Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

    b.Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

    Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
    * Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
    * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
    * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

    2. Kesilapan Kedua :Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)

    * menakutkan anak-anak dengan sekolah
    * menakutkan dengan tempat gelap
    * menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
    * menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

    3. Kesilapan Ketiga :Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

    * tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
    * terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

    4. Kesilapan Keempat :Menegur anak secara negatif

    * Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
    * Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

    5. Kesilapan Kelima :Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

    * ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

    6. Kesilapan Keenam :Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

    7. Kesilapan Ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.

    * Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

    8. Kesilapan Kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

    9. Kesilapan Kesembilan :Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya.

    Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

    10. Kesilapan Kesepuluh :Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

    Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

    11. Kesilapan Kesebelas :Bertengkar di depan anak-anak.

    Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

    12. Kesilapan Kedua belas :Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton sama ada dari TV ataupun video.

    Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

    13. Kesilapan Ketiga belas :Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

    Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

    Renung-renungkan dan selamat beramal…

    Ya Allah permudahkan lah urusan dunia ku.. dan permudahkan lah urusan akhirat ku… semoga aku menajdi hamba mu yang bersyukur dan menjadi bapa yang beriman serta berupaya membawa keluarga ku ke jalan Mu…. aminn




    Farewell Timbalan Pengarah

    Tanpa diduga, saya diarahkan untuk mengetuai majlis perpisahan untuk Timbalan Pengarah untuk unit e-learding. Buat kali pertama saya diamanahkan dengan tugas seberat ini, apatah lagi saya masih terlalu baru di Bahagian ini. Masih banyak budaya kerja dan sikap yang perlu saya pelajari.

    Mujur saya mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua rakan-rakan dalam unit ini. Duit yang dikutip dari setiap ahli cuma mampu untuk membeli makanan utama, iaitu Nasi Arab dari Restaurent Saba’ di Setiawangsa dan juga membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan dari unit ini. Namun tampa diduga, dipagi itu, tiba-tiba muncul pelbagai makanan dan minuman yang ditaja oleh ahli sendiri. Antaranya adalah cupcake, kek lapis Sarawak, puding, buah epal, salad, sate kajang Hj Samhuri dan tidak lupa juga rojak buah yang disediakan khas oleh isteri en Hashim. Tetamu jemputan yang merupakan vendor pula datang dengan membawa 2 biji kek dari Secret Recipies.

    Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan majlis ini, pertamanya untuk mendapatkan tarikh yang sesuai dimana semua orang boleh menghadiri dan keduanya adalah untuk mendapatkan tempat yang sesuai. Namun alhamdulillah diperingkat akhir semuanya berjalan lancar dan inilah hasilkan.

    Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan majlis.

    Bagaimana hendak faham bos dan membina hubungan yang baik.

    Gambar sekadar hiasan sahaja

    Hari ini, buat pertama kalinya saya mengikuti program kelompok perbincangan (group counseling) anjuran Unit Kaunseling BSM. Tajuk perbincangan adalah Bagaimana hendak faham bos dan membina hubungan yang baik. Seramai 8 orang peserta telah hadir dalam perbincangan berkenaan yang diketuai oleh seorang kaunselor yang telah berkhidmat dengan MARA selama 24 tahun.  Antara initipati perbincangan adalah:

    1. Kita sebagai seorang individu adalah unik, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, begitu juga dengan bos kita.
    2. Kita perlu sedar kelebihan dan kita cuba tonjolkan kelebihan kita terutamanya kepada bos kita.
    3. Perkara utama untuk menjamin kelancaran dalam tugas seharian adalah mendapat kepercayaan bos.
    4. Untuk mendapat kepercayaan perlulah melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin disamping mempunyai ‘communication skill’ yang baik.
    5. Memang beruntung bagi pekerja yang mendapat bos yang memahami diri dan kebajikan pekerja, tetapi bagi yang mendapat sebaliknya kita perlulah juga mengambil hati bos.
    6. Dengan memohon bertukar atau menukarkan bos ke bahagian lain tidak akan menyelesaikan masalah kerana masalah yang lebih kurang sama akan di hadapi walau di mana pun jua.
    7. Salah satu tip untuk menghadapi karenah bos yang cerewet adalah dengan adanya hitam putih atau bukti bertulis. Misalnya jika bos mengatakan ejaan dalam laporan kita salah, kita boleh tunjukkan kamus untuk membuktikan bahawa kita dipihak yang benar.
    8. Sekiranya kita perlu berhubung ataupun mendapat khidmat dari individu di bahagian lain, selain dari berhubung melalui telepon, perlu disusuli dengan e-mail yang di cc kepada bos kita, untuk membuktikan bahawa kita telah membuat kerja, dan jenis maklumat yang kita minta adalah benar sepertimana yang bos kehendaki.
    9. Bukanlah perkara yang mustahil bos berat sebelah atau ada pekerja kegemarannya. Andainya kita bukan pekerja kegemaran atau tidak dipandang bos, kitalah yang perlu menonjolkan diri, misalnya menawarkan perkhidmatan kepada bos.  Sekali lagi ‘communication skill’ cukup penting disini.
    10. Kauselor mengatakan bahawa ‘job satisfaction’ adalah penting. Jika tiada ‘job satisfaction’ bekerja di sini, apatah lagi dengan gaji yang murah berbanding swasta, masih belum terlewat untuk melangkah keluar untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

    Saya berkongsi 2 perkara penting semasa sesi berkenaan. Pertamanya adalah semasa Adam masih terlalu kecil dan tidak sihat, saya perlu outstation ke Johor dan Melaka. Ini berpunca dari bos yang kurang memahami dan kurang prihatin masalah staff dan yang ada garis sempadan yang jelas antara tugas dipejabat dan masalah keluarga.

    Keduanya adalah pengalaman kerja. Semasa saya bekerja di UIA dengan gaji yang sedikit, saya sering di ejek/diperlekeh oleh kawan-kawan yang sama belajar bahawa bekerja di swasta gajinya jauh lebih lumayan. Masa tuh kerana pentingkan RM maka saya pun berhenti.  Dari Time Telekom, BMI hinggalah ke MRCB Multimedia Consortium Sdn Bhd (MMCSB). Memang saya mendapat ‘Job Satisfaction’ sepenuhnya semasa di MMCSB, dengan gaji yang 2 kali ganda apa yang saya dapat sekarang. Namun apabila bidang tugas saya tidak lagi diperlukan, maka kontract saya di tamatkan.  Syukur Alhamdulillah, genap 2 minggu saya menjadi penganggur terhormat,  saya mendapat tawaran bekerja di MARA.  Oleh itu cuma sebulan sahaja saya tidak bekerja di mana bermula 1/11/2004 saya memulakan perkhidmatan saya sebagai staff  MARA, yang akan genap 6 tahun tidak lama lagi.

    Memang, jika dikira gaji yang diperolehi adalah separuh daripada apa yang diperolehi semasa di MMCSB dahulu. Namun bebanan tugas dan tekanan yang dirasakan juga kurang separuh. Semakin usia kita(or saya) meningkat, keutamaan dalam hidup kita juga berbeza. 13 tahun yang lalu RM adalah matlamat utama saya, namun kini, keluarga adalah segala-galanya bagi saya.

    Jamuan Raya 2010

    Pada 4 Oct 2010 telah berlangsung Jamuan Raya untuk BPS.  Majlis bermula dengan gotong royang menghidangkan makanan.  Selepas makanan sampingan siap dihidangkan, sementara menanti makanan utama yang ditempah sampai, sessi photografy telah di adakan di Perpustakaan dan juga di dalam studio.

    Oleh kerana pada tahun ini 4 orang warga kerja BPS telah kembali ke Rahmatullah, kami mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk arwah- arwah terlebih dahulu. Ini diikuti dengan Tazkirah yang di sampaikan oleh ustaz jemputan dari BPLK.

    Berikut adalah gambar yang dirakamkan. (Maaf cuma 5% sahaja dari gambar yg di upload).

    Mulakan hari anda dengan sarapan

    BENTUK badan yang kurus dan langsing menjadi idaman setiap wanita terutama mereka yang mengambil berat soal penampilan diri.

    Justeru ramai wanita hari ini sibuk mengira kandungan kalori setiap kali memeriksa label makanan sedangkan apa yang mereka perlu titik-beratkan ialah mengambil makanan yang memenuhi khasiat pemakanan yang diperlukan.

    Amalan pemakanan yang bijak ialah makan supaya sentiasa sihat bukan makan untuk merampingkan badan.

    Ini kerana badan memerlukan jumlah protein, karbohidrat, serta vitamin, mineral dan air yang mencukupi di samping sedikit lemak untuk terus sihat.

    Oleh itu jangan mengurangkan makan demi merampingkan badan kerana diet yang tidak mencukupi selalunya akan menyebabkan keletihan, kurang tenaga dan daya konsentrasi di mana akhirnya membuatkan seseorang lesu dan pucat lesi.

    Mulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu menjadi ramping dan sihat.

    Ramai yang tersalah anggap bahawa dengan tidak mengambil sarapan, mereka dapat mengurangkan kalori makanan mereka.

    Sebenarnya, tabiat tidak bersarapan pagi lazimnya akan menjadikan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain.

    Amalan itu tidak sihat kerana ia menyebabkan mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak yang dimakan dalam sehari.

    Meninggalkan sarapan pagi juga dilihat tidak baik untuk kesihatan kerana selepas semalaman tanpa makanan, ia menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi.

    Kandungan glukosa dalam darah yang rendah boleh membawa kepada pelbagai masalah fisiologi dan fizikal seperti pening, pitam, lesu, lenguh, sakit-sakit badan, mudah marah dan sering dihantui perasaan bimbang.

    Sebaliknya memilih sarapan berkhasiat setiap pagi penting bagi menghasilkan diet seimbang.

    Bijirin sarapan pagi dengan susu adalah pilihan paling ringkas dan lengkap bagi orang dewasa yang menjalani kehidupan agresif dan aktif.

    Mereka yang makan bijirin untuk sarapan pagi mendapat lebih banyak bekalan vitamin, mineral dan serat.

    Sebenarnya, sarapan pagi menyediakan 25 peratus daripada jumlah kalori atau tenaga harian dan kunci kesihatan yang baik serta badan ramping ialah penjagaan diet yang sempurna, kerap melakukan senaman sederhana serta rehat dan tidur yang mencukupi.

    Ketiga-tiga elemen ini penting bagi kesejahteraan menyeluruh, badan, minda dan jiwa di samping bersemangat dengan penampilan diri.

    Diet yang seimbang juga memberi tenaga untuk bekerja secara optimum sambil menjadikan seseorang itu sentiasa ceria.

    sumber : Utusan Malaysia- Keluarga

    Hidup lebih tenang

    Mulakan hari dengan berfikiran positif yang boleh memberikan ketenangan dan keseronokan pada diri sendiri. – Gambar hiasan

    DALAM menghadapi kehidupan seharian, kadangkala kita pasti berasa bosan dengan rutin harian yang sememangnya penat dan sibuk, tambahan pula selepas beberapa hari bercuti panjang atau cuti hari minggu.

    Ini semua kerana pada hari minggu kita mungkin dapat bersantai di rumah sambil membaca buku di beranda rumah dalam keadaan tenang dan mendamaikan.

    Bagaimanapun di bawah terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda dalam menguruskan kehidupan seharian dalam keadaan tenang dan mendamaikan.

    • Mulakan kehidupan anda dengan ceria selepas bangun dari tidur, dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.
    • Baring sebentar sebelum anda bangun dari katil dan peruntukkan sedikit masa untuk melakukan senaman ringan serta menarik nafas panjang.
    • Bangun bersarapan bersama keluarga dan makan sarapan di meja. Duduklah dengan suami dan anak-anak sebelum anda berdua berangkat ke pejabat untuk memulakan tugas masing-masing.
    • Mulakan hari anda dengan berfikiran positif, cuba fikirkan sesuatu yang boleh memberikan ketenangan dan keseronokan pada diri sendiri. Ini semua membantu memotivasikan kehidupan anda supaya lebih sihat dan bertenaga.
    • Sebelum memulakan tugasan di pejabat, pastikan segala masalah diri diselesaikan.
    • Dalam menyiapkan sesuatu kerja fokuskan sepenuh hati, jangan amalkan membuatkan dua kerja dalam sesuatu masa. Keadaan itu membantu anda menjadikan seseorang yang berdisiplin dalam kerja.
    • Berhenti seketika sebelum makan, tidak perlu makan dengan tergopoh-gopoh sebaliknya makan dengan tenang dan penuh tertib .
    • Tarik nafas ketika di meja makan, hidu makanan sebelum menjamahnya, makanlah dengan cermat.
    • Untuk makan tengahari, keluar pejabat tepat masanya, ambil masa 15 minit untuk senaman (berjalan) ketika menuju ke kedai makan.
    • Dapatkan berita-berita terkini untuk mengetahui perkembangan semasa, cari maklumat terkini yang boleh memberikan maklumat mengenai sesuatu perkara.
    • Jadilah pendengar setia kepada rakan ataupun pasangan, fokus semasa si dia bercerita atau meluahkan sesuatu kepada kita.
    • Cari ayat-ayat motivasi yang boleh memberikan semangat kepada diri sendiri.
    • Apabila teringatkan seseorang, hantar poskad sebagai tanda ingatan anda kepada rakan, beritahu mereka anda rindu kepadanya, keadaan ini mampu mengeratkan lagi hubungan.
    • Sekiranya sibuk di pejabat cuba luangkan masa sedikit untuk diri sendiri, ambil nafas dan cuba relaks sebelum teruskan kerja.
    • Apabila berjumpa rakan-rakan bersalam dengan mereka, tunjukkan kepada mereka anda menghargai dengan pertalian sahabat yang terbina.
    • nJika anda berfikir sesuatu yang baik tentang sahabat itu, cuba luahkan padanya, kadangkala tidak pernah berkata kepada seseorang betapa kita mengagumi rambut mereka atau bahawa kita mengasihi tulisan tangan mereka. Dan mengapa tidak berbuat sedemikian ?
    • Apa salahnya jika sekali sekala malan malam dengan suasana yang romantik. Keadaan ini semestinya memberikan penghargaan pada diri sendiri dan juga pasangan.
    • Cuba mencapai impian, mulakan sesuatu dengan penuh semangat dan anda pasti merasai ketenangan yang abadi.

    sumber : Utusan Malaysia – Keluarga

    Amalan Ramadan sepanjang hayat

    SEPANJANG Ramadan, anda bukan sahaja menyempurnakan ibadah puasa, malah telah pun melakukan segala amalan yang baik. Jadi, mengapa harus berhenti di sini sahaja? Teruskan amalan yang sihat dan baik tersebut untuk sepanjang hayat anda.

    Segala amal ibadah dan amalan sihat yang anda lakukan di sepanjang Ramadan telah menjadikan Ramadan anda berjaya – pemakanan sihat, amalan kebaikan serta pembersihan rohani dan jasmani. Sesungguhnya, Ramadan yang berjaya dan diberkati adalah apabila tubuh, minda dan juga jiwa anda dapat merasai kehebatannya.

    Mengapa tidak teruskan sahaja amalan sihat yang telah anda lakukan di bulan Ramadan berterusan untuk sepanjang hayat anda? Anda telah berjaya memupuk tabiat yang baik, jadi mengapa tidak ia kekalkan sahaja? Selain itu, anda juga dapat memberikan contoh yang baik kepada ahli keluarga dan mereka yang rapat dengan anda. Bertekadlah kepada diri anda untuk meneruskan amalan baik tersebut.

    Tabiat sihat

    Satu daripada perkara baik yang telah anda dapat daripada semangat Ramadan adalah pemakanan sihat dan mengekalkan diet yang sihat. Semasa berpuasa, anda telah mempelajari kepentingan untuk mengambil makanan yang menyihatkan mengikut keperluan tanpa perlu makan secara berlebihan. Teruskan amalan baik ini dan pasti tubuh anda akan mendapat kebaikan daripada tabiat sihat itu.

    Pilih ramuan dan bahan segar serta cara penyediaan yang sihat apabila ingin menyediakan hidangan untuk keluarga anda. Gunakan seberapa banyak bahan dan ramuan semulajadi untuk masakan anda, sekiranya boleh.

    Jika boleh, cuba berpuasa sekali sekala untuk “membersihkan” tubuh anda. Tidak perlu berpuasa untuk sebulan, memadai untuk satu atau dua hari bagi mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam tubuh anda.

    Sekiranya anda berjaya merehatkan beberapa tabiat tidak sihat seperti kemalasan dan juga merokok di bulan Ramadan, mengapa tidak menghentikan sahaja tabiat tersebut? Bukan sahaja tubuh anda menghargainya, malah fokus minda anda juga akan mendapat kebaikan daripadanya.

    Satu elemen penting dalam memastikan perlaksanaan ibadah puasa dapat disempurnakan adalah memastikan pemakanan yang betul dan sihat. Diet yang betul dan seimbang bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan sepanjang bulan Ramadan, malah dapat membantu mencegah berbagai masalah dan gangguan kesihatan demi menjamin kesihatan yang baik bukan sahaja sepanjang Ramadan, malah sepanjang hayat anda.

    Tidak dapat dinafikan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang hanya mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti kegemukan, paras kolesterol tinggi, diabetes dan penyakit jantung. Satu perkara yang harus diberikan perhatian serius, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia dan juga di seluruh dunia, malah ancaman pembunuh senyap ini tidak pernah berkurangan.

    Satu cara terbukti merendahkan kolesterol dan menurunkan risiko penyakit jantung adalah dengan mengambil serat, terutamanya serat larut (beta-glukan) yang boleh didapati di dalam oat. Menurut kenyataan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS, ‘Diet yang tinggi dengan bijirin oat atau bran oat serta diet rendah lemak dan kolesterol dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung’.

    Oleh itu jika anda mempunyai paras kolesterol normal, pengambilan oat dapat memastikan kesihatan jantung anda. Jika anda mempunyai paras kolesterol yang tinggi 5.0 ke 5.2mmol/L dan ke atas, pengambilan bijirin oat yang disarankan adalah sebanyak dua mangkuk bersamaan dengan 70 gram bijirin oat setiap hari, dapat membekalkan anda dengan 3 gram beta-glukan yang berkesan dalam membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah anda.

    Apabila anda mengambil bijirin oat, serat larut (beta-glukan) akan mengikat bendalir hempedu yang sarat dengan kolesterol di dalam usus. Kemudian, ia akan disingkirkan menerusi sistem usus besar. Apabila bendalir hempedu telah disingkirkan daripada sistem, tubuh anda akan mencuba untuk menggantikannya. Hasilnya hati anda akan menarik lebih banyak kolesterol dari darah untuk menghasilkan bendalir hempedu. Tindakan ini akan membantu menurunkan paras kolesterol yang berlebihan di dalam darah anda.

    Bijirin Quaker oat untuk jantung sihat akan lebih berkesan sekiranya digabungkan dengan gaya hidup yang sihat. Elakkan diri daripada merokok dan pastikan anda menjalani aktiviti fizikal. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, ambil langkah untuk mengurangkan berat badan anda. Kesemua ini dapat membantu menurunkan paras kolesterol anda dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Anda patut berbangga dengan segala pencapaian anda di sepanjang Ramadan dan biarkan ia menjadi ingatan kepada kejayaan Ramadhan yang pernah anda kecapi. Teruskan mengamal segala amalan sihat dan baik ini dalam usaha untuk menjadikan anda individu yang berjaya dan lebih baik dalam segala aspek.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Artikel ini adalah sumbangan Quaker Smart Heart Programme.

    sumber: Utusan Malaysia-Kesihatan




    Senaman: Buat sendiri di rumah

    *Senaman untuk kesihatan bukan berita baru. Malah senaman adalah elemen paling penting untuk menentukan kejayaan penurunan badan jangka panjang dan juga mengekalkan berat badan sedia ada. Kita biasa dengar senaman minimum 30 minit per sesi baik untuk kesihatan.

    Penyelidikan terbaru menunjukkan senaman 10 minit sebanyak tiga kali sehari sama kesannya dengan bersenam selama 30 minit.

    * Luangkan masa untuk membuat catatan apa dan berapa banyak yang telah anda makan. Catat juga paras rasa lapar sebelum anda mengambil makanan atau sebarang emosi yang ada pada masa itu. Diari pemakanan boleh menimbulkan kesedaran dan juga membantu mengenal pasti emosi serta tingkah laku yang mendorong pengambilan makanan secara berlebihan.

    * Ramai yang berjaya mengurangkan berat badan untuk jangka panjang apabila mereka mengubah motivasi daripada mahu menjadi kurus kepada menjadi sihat. Fikirkan tentang makanan tertentu yang membantu menyihatkan badan daripada memikirkan makanan yang memberi kesan kepada berat badan anda. Piramid makanan menunjukkan jenis makanan dan jumlah pengambilan yang sepatutnya untuk memberi badan anda nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan optimum.

    * Selalunya terlebih makan dikaitkan dengan stres, rasa bosan, kesunyian, marah dan tertekan. Belajar menguruskan emosi tanpa makanan adalah skil penting untuk mengawal berat badan.

    * Cuba kenal pasti apa yang mendorong anda untuk makan dan atasi masalah tersebut. Kajian menunjukkan bersenam tanpa disertai dengan pengurusan emosi (yang mengakibatkan terlebih makan) tidak menghasilkan kesan yang diharapkan untuk penurunan berat badan.

    * Menjadi trend di kebanyakan restoran menyediakan hidangan super-size. Berhati-hati dengan jumlah makanan yang diambil. Jika perlu, bahagikan makanan tersebut dan minta bekas atau beg untuk membungkus makanan tersebut. Belajar untuk memberi perhatian kepada paras lapar dan berhenti makan apabila rasa kenyang dan bukannya sehingga perut rasa senak dek makanan.

    * Perlu ingat penurunan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan berat badan kembali kepada angka asal. Ini kerana penurunan berat badan yang cepat disebabkan oleh kehilangan air. Kehilangan lemak boleh dicapai dengan menurunkan berat badan secara perlahan.

    * Makan perlahan-lahan merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan. Ini kerana otak mengambil masa 20 minit untuk mula memberi isyarat kenyang. Mereka yang makan pantas sering menghabiskan makanan sebelum isyarat tersebut mengambil tempat.

    sumber : Utusan Malaysia – kesihatan

    Hati-hati dengan produk SAUDI

    LIHAT PADA EJAAN

    ” JARAHTAN KEMAHJAN DAN JUGA DEPARKMANT ” SAH …SAH ..PENIPU.

    PERINGATAN: WALAUPUN ADA TANDA HALAL BACA DAN PASTI KAN LOGO TU YG SAH




    7 langkah jantung sihat

    RISIKO penyakit jantung bermula sejak kecil dan tabiat buruk menjadikannya lebih teruk. Penyakit jantung adalah penyakit senyap. Tiba masanya akan wujud simptom – sama ada serangan jantung atau strok – ia sudah terlambat,” kata Pakar Perunding Kardiologi Datuk Khoo Kah Lin, Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

    Mengulas lanjut, beliau berkata: ”Melalui Program ‘Jantung Sihat’ YJM yang disokong oleh Quaker, kami menggesa ibu bapa memberi komitmen dalam mengamalkan gaya hidup sihat supaya menjadi teladan kepada anak-anak.

    ”Itulah hadiah terbaik yang anda boleh berikan kepada mereka.”

    Berikut tujuh langkah terbaik untuk menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.

    1. Berikrar

    Ikrar adalah sumpah untuk tidak melakukan suatu perkara. Dalam kes ini bermaksud anda ingin menjalani gaya hidup sihat dengan mempraktikkan tabiat baik dan menjauhi yang buruk.

    2. Nilai kesihatan jantung anda

    “Risiko seseorang mendapat penyakit jantung koronari dan penyakit berkaitan pembinaan plak, dan diabetes Jenis 2, bergantung kepada faktor risiko metaboliknya.

    “Risiko faktor metabolik adalah obesiti abdomen, tinggi LDL kolesterol (“jahat”), rendah HDL kolesterol (‘baik’), tinggi tekanan darah dan glukosa dalam darah. Lebih banyak faktor risiko metabolik, lebih tinggi risiko mendapat penyakit jantung,” kata Dr. Khoo

    Untuk bacaan tepat risiko anda terhadap penyakit jantung, belia menasihatkan anda mengukur lilitan pinggang dan lakukan ujian darah. Anda juga perlu jujur dalam menilai diri dan gaya hidup. Adakah anda gemuk? Adakah anda ambil makanan rendah lemak, berserat tinggi? Adakah anda selalu bersenam? Adakah anda merokok? Tanya mengapa amalkan tabiat tersebut. Adakah anda merokok untuk elak tekanan? Adakah tabiat makan yang buruk disebabkan pengurusan masa yang tidak teratur?

    3. Tetapkan sasaran

    Sasarkan berat badan, lilitan pinggang, kolesterol darah, tekanan darah dan glukosa darah anda berada di julat sihat. Khususkan sasaran anda dan berikan tempoh akhir.

    Contohnya, jika anda perokok, beri masa tiga bulan untuk berhenti. Jika anda tinggi kolesterol darah, berusaha untuk menurunkan kolesterol LDL dan tingkatkan HDL dalam 30 hari.

    4. Atur strategi

    Tetapkan strategi berdasarkan nasihat pakar (rujuk Jadual B). Jika anda mahu menurunkan kolesterol darah, seeloknya anda tahu bagaimana kolesterol berlebihan dalam darah boleh menyebabkan penyakit jantung. Sekiranya anda buat rujukan, anda akan tahu bahawa perkara yang paling efektif untuk jantung adalah mengambil makan berserat tinggi, terutamanya oat larut (beta-glukan) yang boleh menurunkan kolesterol dalam darah secara klinikal.

    Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA), diet tinggi oat atau bran oat dan rendah lemak tepu serta kolesterol boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Perunding Diet Indra Balaratnam memberi nasihat membina. “Salah satu strategi untuk turunkan kolesterol adalah makan dua mangkuk oat setiap hari. Ia sebanyak 70 gram oat, di mana ia membekalkan 3 gram beta-glukan yang menurunkan paras kolesterol dalam darah secara efektif.”

    “Oat juga pilihan terbaik jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan kerana ia 100 peratus semulajadi, rendah lemak dan anda berasa kenyang lebih lama.”

    Adakala strategi anda memerlukan nasihat professional. Contohnya, jika anda terlalu gemuk, bertekad untuk menurunkan berat dengan cara sendiri akan membawa kepada kekecewaan dan mungkin gagal.

    Jadual B Prinsip-prinsip gaya hidup sihat

    • Berhenti merokok.
    • Turunkan berat badan.
    • Ambil makanan berserat tinggi dan rendah lemak tepu, lemak trans dan kolesterol.
    • Utamakan oat untuk nikmati kebaikan serat oat larut (beta-glukan) yang menurunkan kolesterol.
    • Kekal berat badan sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

    5. Kongsi bersama

    Jangan simpan rancangan anda. Kongsinya bersama pasangan, rakan malah anak-anak. Sokongan yang tersayang membantu memotivasikan anda, terutama pada waktu sukar. Mereka membantu anda berada di landasan yang betul dan siapa tahu, mungkin menyertai anda!

    6. Laksana dan awasi

    Tiba masanya untuk bertindak. Buat keputusan bijak setiap hari untuk mengawal tabiat anda seperti pilihan makanan dan senaman. Berbangga dengan diri anda apabila membuat pilihan bijak. Awasi perkembangan dengan menulis log pengambilan makanan dan senaman. Simpan rekod mingguan ukuran lilitan pinggang sekiranya anda ingin mengurangkan lemak di perut.

    7. Nilai dan susun semula strategi

    Bila anda sampai ke tarikh akhir, jalani ujian darah untuk mengetahui bagaimana keadaan anda. Jika anda patuh dengan prinsip hidup sihat, anda mendapati lilitan pinggang, berat badan serta bacaan lain akan terletak di dalam julat sihat.

    Jika usaha anda tidak berjaya, masih ada masa untuk menyusun semula strategi. Dapatkan nasihat professional jika perlu.

    Usaha yang anda ambil untuk gaya hidup sihat akan memberi impak besar kepada anak anda. Dengan mempraktikkan tabiat jantung sihat, anda bukan saja merendahkan risiko penyakit jantung tetapi juga kepada anak anda. Artikel ini adalah sumbangan Program Jantung Bijak Quaker yang menyokong Program Jantung Sihat Yayasan Jantung Malaysia.

    sumber : Utusan Malaysia -Kesihatan

    Sardin untuk bersahur? Cuba elakkan..

    Dr e-mail yang di fwdkan oleh rakan. Namun memang saya ada seorang kawan yang mengidap fibriod dan memberitahu bahawa sardin adalah makanan kegemarannya

    Saya  dilahirkan  dari  keluarga  miskin.  Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti  satu  makanan  mewah.  Sejak  kecil memang saya suka makan sardin. Apatah  lagi  kalau  masakan  sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

    Harga  ikan  sardin  dalam  tin  pada  hari  ini  dikira  amat murah. Dalam lingkungan  RM3  – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan  dengan  membeli  ikan  kembung  segar di pasar, rasanya lebih mudah  dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut  dan  membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan  sardin,  buka  penutup,potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

    Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak  kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan  arwah  guru,  barulah  saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin.  Arwah  guru  saya  bertegas  memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN  IKAN  SARDIN”.  Satu  ketika  setelah  lama tidak makan ikan sardin, sewaktu  saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan  lauk  ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah  guru  saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

    Lama  kelamaan  saya  terpaksa  belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah  dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru  dan  terlibat  dengan  beberapa  kes  orang  yang  suka makan sardin, akhirnya  kini  saya  memandang  sangat  jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

    Mari  kita  lihat  ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya  sangat  suka  makan  bahagian  tulang  ikan  sardin kerana ia lembut.  Bagaimanakah  ikan  sardin  ini  diproses  sehingga semua tulangnya menjadi lembut??.  Kalau  kita  membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus  seekor  ikan  kembung  selama  3  hari  3 malam secara berterusan, insya-Allah  akan  kita  dapati  bahawa  tulang ikan kembung ini tidak akan lembut.  Mari  kita  ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

    Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia  lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut.  Mengikut  arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

    Apakah  ancaman  kepada  manusia  apabila  memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama  atau  kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya  kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya  berjiran  dengan  hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya  yang  kerap  ke  rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan  sardin  dan  mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar  yang sentiasa  sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi  berlauk  ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

    Hamba  Allah  ini  telah  kehilangan  rahimnya  semenjak usianya awal 40an. Begitulah,  jikalau  kerap  seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan  sardin,  jawapannya,  pelbagai  tumor seperti fibroid di dalam rahim akan  insya-Allah  diberikan  oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser  benign  yang  tidak  merebak  ke  bahagian  lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan  pemerhatian-pemerhatian  lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di  dalam  tin  ikan  sardin  terdapat  sejenis bahan  kimia yang bersifat karsinogen  (bahan  kimia  penyebabkanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya,  ia  akan  menyebabkan  tumor atau  kanser  samaada benign atau malignan.  Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

    Antara  sampel  kajian  saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang  anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari  sepanjang  mengandungkan  anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan  ikan  sardin.  Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan  terpaksa  dilakukan  ketika  bayi ini berusia kalau tidak silap saya  3  bulan.  Begitulah  azab  diperolehi  dari tabiaat gemar makan ikan sardin.  Namun  saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan  sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini  belajar  ilmu  agama  dari  saya sehingga  pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah  telah  dapat  dibuang.  Hamba  Allah  ini kini alhamdulillah  telah  menjadi antara murid saya yang banyak sekali
    mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

    Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit  kajian  ke  atas  mana-mana  kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami  sebarang  kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan  mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin  semoga  insya-Allah  dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

    Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin

    Selamat menyambut Ramadhan

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelum ini.

    Semalam 2 peristiwa paling penting berlaku. Pertamanya, saya telah mengucapkan Selamat Jalan kepada Kancil biru yang letah lebih 12 tahun berkhidmat.

    ( En Suhaimi dari Bank Rakyat  bersama kancil yang telah bertukar tangan)

    Pada masa yang sama, rumah kami juga dipasang dengan electronic security services dari ADT (http://www.adt.my/en/index.aspx?page=home). Mungkin ada yang tertanya-tanya perlukan rumah kos murah dilengkapi dengan peralatan keselamatan yang begitu canggih. Jawapnya perlu.

    Setakat ini kami telah kerugian lebih daripada 20 ribu ringgit kerana rumah kami telah 4 kali dimasukki pencuri. Kes terbaru adalah kereta MyVi ku yang ketika itu baru 10 hari dibawa balik ke rumah. Aku menyedarinya pagi itu bila mana kunci kereta tiada di dalam hand beg. Menggunakan kunci pendua, aku dapati menjumpai keretaku di bawah dengan tempat parking yang telah berubah, minyak telah habis dengan pertambahan sebanyak 200KM kepada odometer.Bermakna ada orang telah membawa keretaku bersiar-siar sejauh 200km pergi dan balik pada malam itu. Syukur kerana aku masih diizinkan untuk menaiki lagi kereta berkenaan. Selepas alarm di reset dan kunci di duplicate, kami tidak sanggup lagi menghadapi suasana kehilangan harta benda. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku.

    Buat pertama kalinya kami rasa sedikit ketenangan. Harapnya biarlah semua kepayahan yang telah dihadapi sepanjang tahun ini berlalu pergi. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna. 🙂

    Rupanya Ada Kaedah Rawatan Sakit Kronik Tanpa Bedah

    Oleh HAMID KARIM

    MENGENAL PASTI jenis rawatan yang sesuai adalah sebahagian daripada elemen penting dalam pengurusan merawat kesakitan. Namun hal ini sering terlepas pandang oleh kebanyakan pesakit khususnya di kalangan mereka yang mengidap penyakit kronik di bahagian tulang belakang yang sukar disembuhkan dalam tempoh yang lama.

    Oleh sebab berlakunya kecelaruan mengurus kesakitan yang dihidapi, khususnya dalam menentu atau mengenalpasti rawatan tepat dan terbaik, banyak pesakit terlantar menderita kesakitan yang berpanjangan dan paling menyedihkan ada di antara mereka kehilangan peluang untuk sembuh seperti sediakala.

    Pentingnya mengenalpasti rawatan dan menguruskan kesakitan ini ditegaskan oleh seorang pakar sakit kronik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr Nizar Abdul Jalil.

    Menurut beliau, kegagalan pesakit mendapat rawatan yang tepat berhubung penyakit yang mereka hidapi menjadi antara punca sakit kronik seperti cakera gelincir (slip disc) di tulang belakang atau kecederaan facet dihidapi akan menjadi liabiliti yang berpanjangan.

    Akibatnya, pesakit terus-menerus menanggung kesakitan dan terlantar serta sebahagiannya seperti putus harapan untuk mencuba rawatan seterusnya.

    Menerusi pengalaman sendiri, penulis didedahkan oleh Dr Nizar bahawa pesakit kronik hari ini berhak untuk mendapatkan rawatan tepat dan terbaik. Pengalaman banyak pesakit sebelum ini yang gagal sembuh daripada sakit kronik sehingga ada di antara mereka lumpuh sepanjang hayat akibat daripada kelemahan menguruskan jenis rawatan patut dijadikan iktibar.

    Mengikut amalan biasa, kebanyakan pesakit kronik di negara ini terutama yang mengidap kecederaan cakera pada tulang belakang katanya, akan dirujuk kepada pakar ortopedik bagi tujuan penentuan sakit dan rawatan.

    Hal ini bagaimanapun berbeza di negara jiran, Singapura kerana menurut Dr Nizar, pesakit di negara itu sebaliknya akan dirujuk terus kepada pakar sakit kronik terlebih dulu untuk didianogsis dan diberi penentuan rawatan sebelum dirujuk kepada pakar ortopedik atau yang berkaitan.

    Hanya jika keadaan tidak boleh dielakkan, barulah pesakit boleh menerima cadangan pakar ortopedik agar menjalani pembedahan. Bagaimanapun, keadaan hari ini sememangnya telah jauh berubah. Pesakit berhak memperolehi pengetahuan tentang rawatan konservatif, iaitu rawatan tanpa pembedahan bagi mengelak daripada berdepan risiko yang lebih besar.

    Bidang rawatan yang dipelopori oleh Dr Nizar ini membayangkan kemungkinan pesakit kronik di negara kita mempunyai peluang untuk pulih berdasarkan rawatan khusus yang dikenali sebagai rawatan suntikan Radiofrequensi. Menerusi kaedah rawatan Radiofrequensi ini, pakar sakit kronik akan hanya menggunakan suntikan bagi merawat pesakit mereka.

    Jarum akan disuntik terus ke saraf cedera bertujuan mengecutkan saraf yang sakit dan sekaligus menghilangkan bisa yang ditanggung pesakit bertahun-tahun lamanya. Demikian pengalaman serupa dialami sendiri oleh penulis yang disahkan mengidap kecederaan facet di tengkuk dan bahagian belakang serta bahu yang dideritai bertahun-tahun lamanya.

    Penggunaan kaedah suntikan di dalam bilik bedah yang hanya mengambil masa lebih kurang sejam dapat meredakan bisa yang menyerang tangan dan sebahagian besar tubuh penulis.

    Sebelum ini, kebanyakan pegawai perubatan ditemui mencadangkan supaya rawatan dilakukan oleh pakar ortopedik dan sebagai jalan akhir pembedahan mesti dilakukan. Namun kaedah rawatan radiofrequensi yang dipelopori oleh Dr Nizar berjaya memindahkan beban sakit dan trauma bertahun-tahun tanpa melalui proses pembedahan.

    Menurut Dr Nizar, pengurusan sakit yang betul yang bertujuan mendapatkan rawatan selesa dan kurang implikasi atau risiko kepada pesakit amat penting pada kehidupan hari ini. Ditambah pula dengan adanya pakar dalam sakit kronik, peluang bagi pesakit menghindarkan diri daripada dibedah tulang belakang sehingga boleh menyebabkan risiko lumpuh amat luas.

    Malangnya, kata beliau, sebahagian besar pesakit kronik di negara ini belum terdedah atau mengetahui kaedah suntikan bagi merawat sakit kronik khususnya berkaitan kecederaan tulang belakang. Melalui pengalaman beliau merawat pesakit kronik sehingga kini, sebahagian besar pesakit kembali dapat meneruskan kehidupan seperti biasa melalui kaedah ini.

    Menerusi kaedah suntikan, epidural streroid akan disuntik bagi mengurangkan kesakitan sama seperti proses suntikan menahan sakit bagi mereka yang ingin bersalin. Sedikit steroid akan dimasukkan bagi mengurangkan bengkak dan keradangan pada akar saraf yang terhimpit (bagi kes cakera gelincir tulang belakang).

    Sepanjang terbabit sebagai pakar dalam bidang sakit kronik, Dr Nizar memang mengakui bahawa di antara 80 hingga 90 peratus pesakitnya secara umum tidak mengetahui mengenai rawatan Radiofrequensi yang tidak memerlukan mereka menjalani pembedahan sebelum datang bertemunya.

    Persoalannya kini, bagaimanakah nasib pesakit kronik yang kurang terdedah kepada media yang sejak akhir-akhir ini kerap memaparkan maklumat tentang rawatan konservatif tanpa pembedahan itu?

    Apakah mereka akan terus dirujuk kepada pakar ortopedik dan seterusnya disaran menjalani pembedahan tanpa mendapat pilihan lain? Mengakui hakikat itu, Dr Nizar menyarankan pesakit supaya selalu bertanya kepada doktor perubatan mengenai rawatan alternatif supaya mereka dapat memilih dan sekaligus mencuba sesuatu yang lebih rendah risikonya.

    Bagaimanapun, pesakit tidak seharusnya pula menafikan standard rawatan yang digunapakai apabila berdepan kesakitan tulang belakang. Indikasi di negara ini sama seperti di negara lain, iaitu apabila rawatan konservatif atau rawatan tanpa bedah ini gagal, ia menunjukkan kecederaan saraf pada tulang belakang sudah tentu mencapai tahap kritikal.

    Biasanya menurut Dr Nizar, hal ini berlaku selepas enam bulan mendapatkan rawatan konservatif tanpa bedah. Maka pesakit itu akan dirujuk kepada pakar ortopedik. Di situlah terletaknya kebijaksanaan pesakit mengurus sakitnya dengan berbincang bersama pakar ortopedik mengenai rawatan terbaik yang boleh dipilihnya.

    Mengulas mengenai terma sakit kronik, beliau menjelaskan bahawa sakit ini biasanya datang tanpa disangka dan boleh berlarutan sehingga tempoh masa lama jika tidak mendapat rawatan yang tepat dan segera dan kebanyakannya berkaitan kecederaan tulang belakang.

    Kesakitan ini amat merimaskan dan boleh mencapai tahap kritikal apabila pergerakan tangan atau kaki pesakit boleh terjejas. Orang ramai boleh mencuba kaedah rawatan tanpa bedah bagi merawat sakit kronik dengan menghubungi Dr Nizar Abdul Jalil di HUSM Kubang Kerian.

    HAMID KARIM adalah seorang penulis bebas dan pernah menjadi ketua biro sebuah akhbar tempatan. Dr Nizar adalah pakar sakit kronik yang telah merawat penulis dan berharap bidang rawatan tanpa bedah ini dapat dikembangkan lagi bagi membantu rakyat/pesakit di negara kita.

    http://www.mstar.com.my/variasi/pendapat/cerita.asp?file=/2010/6/25/mstar_pendapat/20100625190440&sec=mstar_pendapat

    MyVi vs Kancil

    Pada hari jumaat minggu lepas, saya telah mendapat kereta baru saya, MyVi SE berwarna hitam dengan no BKW3103. No yang sama dengan no kereta suami yang merupakan tarikh perkahwinan kami.

    (nampak tak 4 ekor blue bear dibelakang tuh 😉

    Sebenarnya agak sayang juga untuk berpisah dengan kereta kancil biru yang telah lebih 12 tahun berjasa. Namun selepas kejadian kereta berkenaan hilang, setelah dijumpai semula dan bila mengetahui orang yang mencurinya adalah anak jiran sendiri, kami berpendapat bahawa kereta berkenaan tidak lagi selamat berada di kawasan perumahan berkenaan. Tambahan pula 1 set kunci kereta berkenaan masih lagi hilang.

    Selain daripada itu, pertukaran bahagian saya juga mempengaruhi. Kini saya tidak perlu lagi outstation, bermakna masa yang sesuai untuk menukarkan TASKA Adam untuk berada berhampiran dengan pejabat saja. Selama ini ayah kurang yakin kalau membawa Adam di dalam kereta kancil berkenaan.

    Sebenarnya tiada kurangnya kancil biru itu, cuba tiba masanya untuk dia menamatkan perkhidmatannya. Itu sahaja.

    (Bukan selalu dapat parking bersebelahan macam ni. Sesekali jer berpeluang)

    Tip tidur lena

    KEBIASAANNYA apabila tidak boleh tidur, pelbagai petua diberi. Disuruh mengira angka atau membilang biri-biri sehingga terlena. Tetapi apa pula caranya jika masalah sukar tidur disebabkan cuaca panas.

    Dr. Ian Smith daripada Papworth Hospital di Cambridge menurunkan panduan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dalam keadaan cuaca panas

    Pertama, fahami punca kita tidak dapat tidur ketika cuaca panas. Mekanisme semulajadi untuk mendapatkan tidur yang puas melibatkan penurunan suhu badan. Cuaca malam yang panas menyebabkan proses penurunan suhu badan menjadi perlahan.

    Beliau mencadangkan supaya langsir bilik dibiarkan menutupi pintu dan tingkap pada waktu siang dan malam. Cara itu akan mengurangkan kepanasan di dalam bilik. Pasang kipas dan biarkan tingkap terdedah untuk melancarkan peredaran udara di dalam bilik. Jika tidak, kepanasan motor kipas akan menambah suhu panas pada bilik sehingga mengganggu tidur.

    Selain itu, pastikan anda keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini membantu menyelaraskan sistem badan seterusnya membolehkan anda tidur nyenyak pada waktu malam. Jam biologi akan terganggu jika aktiviti harian tidak dijalankan mengikut waktu yang sepatutnya sehingga boleh mengganggu tidur anda.

    Jauhi daripada cahaya terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin. Pastikan bilik tidur dimasuki cahaya yang amat minimum terutamanya di bilik anak-anak anda. Kebanyakan kanak-kanak tidur di bawah cahaya lampu dan keadaan itu menyebabkan mereka sukar tidur kerana lampu menambah suhu bilik menjadi semakin panas.

    Oleh itu pastikan bilik sejuk dan elak dimasuki terlalu banyak cahaya.

    Seperkara lagi yang perlu diingat, elak berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca panas, jangan bersenam selepas pukul 6 petang kerana ia boleh menaikkan suhu badan. Pergi ke pusat kecergasan awal pagi.

    Paling mudah untuk menurunkan suhu badan ketika cuaca panas adalah dengan mandi air sejuk sebelum tidur.

    Dr. Smith turut menasihatkan supaya mengelak daripada melayari facebook sebelum tidur, Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur.

    Nasihat beliau lagi, kurangkan pengambilan kafein malah elak sama sekali selepas waktu tengahari.

    Ingat kafein bukan saja terdapat di dalam kopi atau teh, malah coklat serta minuman ringan turut mengandungi bahan tersebut.

    sumber: utusan malaysia, Kesihatan

    Atasi masalah kulit kusam

    Kita biasa menggunakan serbuk penaik (soda) untuk membuat kek. Apa kata cuba bahan tersebut dalam resipi penjagaan kulit anda. Selain faktor harga yang murah, serbuk penaik juga mudah diperoleh di pasar raya.

    Read the rest of this entry »

    Derita sakit pinggang

    *Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras

    Saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri. Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit.

    *************************
    DARI apa yang saudara ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau masalah batu karang ginjal. Dari segi simptom yang saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.

    Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.

    Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.

    Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elektrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.

    Sakit yang berpunca dari batu karang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bagaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.

    Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.

    Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.

    Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah.

    Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing .Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.

    Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.

    Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.

    Info Kesihatan

    Kesan negatif akibat masalah tulang belakang

    1. Osteoporosis (bagi wanita)
    2. Stress
    3. Migrain
    4. Rabun dekat/jauh
    5. Sakit mental
    6. Lemah tenaga batin
    7. Kurang aktif atau kurang stamina
    8. Cepat letih
    9. Cepat marah
    10. Lambat berfikir
    11. Sakit pinggang
    12. Masalah buah pinggang

    Faktor Diska Tergelincir

    • Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
    • Melompat dari tempat yang tinggi.
    • Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
    • Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
    • Sering melakukan aktiviti lasak.

    Simptom

    • Sakit bahagian belakang pinggang.
    • Sengal dan kebas punggung dan kaki.
    • Lemah kaki.
    • Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
    • Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

    Rawatan

    PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.

    Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.

    Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

    Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.

    Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doctor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

    Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.

    Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.

    Tahukah anda?

    SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.

    Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.

    # Elak baring terlalu lama.

    Mengurangkan sakit belakang

    # Berehat.

    Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal dibawah lutut. Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut. Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.

    # Mandi air suam

    Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

    # Menggunakan tilam yang sesuai

    Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.

    # Ambil aspirin

    Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

    # Relaks

    Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

    # Gunakan kusyen

    Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk. Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.

    # Berenang

    Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

    # Mengangkat barang dengan cara yang betul

    Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

    # Kawal berat badan

    Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

    Archives
    Affiliates
    Networkedblog