Bagaimana hendak faham bos dan membina hubungan yang baik.

Gambar sekadar hiasan sahaja

Hari ini, buat pertama kalinya saya mengikuti program kelompok perbincangan (group counseling) anjuran Unit Kaunseling BSM. Tajuk perbincangan adalah Bagaimana hendak faham bos dan membina hubungan yang baik. Seramai 8 orang peserta telah hadir dalam perbincangan berkenaan yang diketuai oleh seorang kaunselor yang telah berkhidmat dengan MARA selama 24 tahun.  Antara initipati perbincangan adalah:

  1. Kita sebagai seorang individu adalah unik, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, begitu juga dengan bos kita.
  2. Kita perlu sedar kelebihan dan kita cuba tonjolkan kelebihan kita terutamanya kepada bos kita.
  3. Perkara utama untuk menjamin kelancaran dalam tugas seharian adalah mendapat kepercayaan bos.
  4. Untuk mendapat kepercayaan perlulah melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin disamping mempunyai ‘communication skill’ yang baik.
  5. Memang beruntung bagi pekerja yang mendapat bos yang memahami diri dan kebajikan pekerja, tetapi bagi yang mendapat sebaliknya kita perlulah juga mengambil hati bos.
  6. Dengan memohon bertukar atau menukarkan bos ke bahagian lain tidak akan menyelesaikan masalah kerana masalah yang lebih kurang sama akan di hadapi walau di mana pun jua.
  7. Salah satu tip untuk menghadapi karenah bos yang cerewet adalah dengan adanya hitam putih atau bukti bertulis. Misalnya jika bos mengatakan ejaan dalam laporan kita salah, kita boleh tunjukkan kamus untuk membuktikan bahawa kita dipihak yang benar.
  8. Sekiranya kita perlu berhubung ataupun mendapat khidmat dari individu di bahagian lain, selain dari berhubung melalui telepon, perlu disusuli dengan e-mail yang di cc kepada bos kita, untuk membuktikan bahawa kita telah membuat kerja, dan jenis maklumat yang kita minta adalah benar sepertimana yang bos kehendaki.
  9. Bukanlah perkara yang mustahil bos berat sebelah atau ada pekerja kegemarannya. Andainya kita bukan pekerja kegemaran atau tidak dipandang bos, kitalah yang perlu menonjolkan diri, misalnya menawarkan perkhidmatan kepada bos.  Sekali lagi ‘communication skill’ cukup penting disini.
  10. Kauselor mengatakan bahawa ‘job satisfaction’ adalah penting. Jika tiada ‘job satisfaction’ bekerja di sini, apatah lagi dengan gaji yang murah berbanding swasta, masih belum terlewat untuk melangkah keluar untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Saya berkongsi 2 perkara penting semasa sesi berkenaan. Pertamanya adalah semasa Adam masih terlalu kecil dan tidak sihat, saya perlu outstation ke Johor dan Melaka. Ini berpunca dari bos yang kurang memahami dan kurang prihatin masalah staff dan yang ada garis sempadan yang jelas antara tugas dipejabat dan masalah keluarga.

Keduanya adalah pengalaman kerja. Semasa saya bekerja di UIA dengan gaji yang sedikit, saya sering di ejek/diperlekeh oleh kawan-kawan yang sama belajar bahawa bekerja di swasta gajinya jauh lebih lumayan. Masa tuh kerana pentingkan RM maka saya pun berhenti.  Dari Time Telekom, BMI hinggalah ke MRCB Multimedia Consortium Sdn Bhd (MMCSB). Memang saya mendapat ‘Job Satisfaction’ sepenuhnya semasa di MMCSB, dengan gaji yang 2 kali ganda apa yang saya dapat sekarang. Namun apabila bidang tugas saya tidak lagi diperlukan, maka kontract saya di tamatkan.  Syukur Alhamdulillah, genap 2 minggu saya menjadi penganggur terhormat,  saya mendapat tawaran bekerja di MARA.  Oleh itu cuma sebulan sahaja saya tidak bekerja di mana bermula 1/11/2004 saya memulakan perkhidmatan saya sebagai staff  MARA, yang akan genap 6 tahun tidak lama lagi.

Memang, jika dikira gaji yang diperolehi adalah separuh daripada apa yang diperolehi semasa di MMCSB dahulu. Namun bebanan tugas dan tekanan yang dirasakan juga kurang separuh. Semakin usia kita(or saya) meningkat, keutamaan dalam hidup kita juga berbeza. 13 tahun yang lalu RM adalah matlamat utama saya, namun kini, keluarga adalah segala-galanya bagi saya.

2 Responses to “Bagaimana hendak faham bos dan membina hubungan yang baik.”

  • acu:

    pokok pangkalnya hati..kalau kita latih hati untuk sentiasa redha insya allah masalah seberat mana pun pasti akan ada jalan penyelesaian..cepat atau lambat pasti allah akan lorongkan cahaya petunjuknya..

  • Etoi:

    Ntahla,. Aku punye bos ada sikap lepas tangan,bila kita report apa jua masalah kat dia,dia just mendengar tapi tak ada tindakan. .agak2 korang apa patut aku wat ea.. Kadang2 rasa tak ada guna nak bagitau dia apa2. .bukan ada respon pun

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog