Tanpa diduga, saya diarahkan untuk mengetuai majlis perpisahan untuk Timbalan Pengarah untuk unit e-learding. Buat kali pertama saya diamanahkan dengan tugas seberat ini, apatah lagi saya masih terlalu baru di Bahagian ini. Masih banyak budaya kerja dan sikap yang perlu saya pelajari.
Mujur saya mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua rakan-rakan dalam unit ini. Duit yang dikutip dari setiap ahli cuma mampu untuk membeli makanan utama, iaitu Nasi Arab dari Restaurent Saba’ di Setiawangsa dan juga membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan dari unit ini. Namun tampa diduga, dipagi itu, tiba-tiba muncul pelbagai makanan dan minuman yang ditaja oleh ahli sendiri. Antaranya adalah cupcake, kek lapis Sarawak, puding, buah epal, salad, sate kajang Hj Samhuri dan tidak lupa juga rojak buah yang disediakan khas oleh isteri en Hashim. Tetamu jemputan yang merupakan vendor pula datang dengan membawa 2 biji kek dari Secret Recipies.
Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan majlis ini, pertamanya untuk mendapatkan tarikh yang sesuai dimana semua orang boleh menghadiri dan keduanya adalah untuk mendapatkan tempat yang sesuai. Namun alhamdulillah diperingkat akhir semuanya berjalan lancar dan inilah hasilkan.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan majlis.