New Phone

22/1/2009. Tiba2 jer aku menggunakan handphone Nokia E71. Semuanya bermula bila my hubby beli Blackberry. Katanya rugi kalau dijual phone E71 ni, di dalamnya ada Software original. Kalau nak jual mahal sure tak ada orang yang hendak membelinya. So paksa rela campur suka aku pun cuba menggunakannya.

Terkejut dapat phone baru kut, badan aku tetiba jer lenguh dan nafas aku sesak. Nampaknya penyakit semput lama menyerang kembali. Rumah memang bersepah sebab minggu lepas tak sempat mengemas, tapi hari ni aku lebih sedap tidur. Memang aku terlalu letih dan mengantuk. Letak jer kepala pasti terlelap.

Lagi satu, tetiba jer aku suka makan manis. Tak kisah apa, asalkan manis. Tapi yang paling aku suka adalah halwa kundur. Hatiku terdetik dan suami pun berkata, berdasarkan beberapa tanda lain, namun aku cuba menafikannya walau itu yang terlalu aku inginkan. Dalam hati aku berdoa agar impian kali ini akan jadi nyata. Masih terlalu awal untuk mengatakannya. Biarlah dulu, bila tiba masanya, insyallah tuhan akan dikabulkan.

Hari Q- (2)

Sambungan hari Q.
Mula2 ucapan aluan oleh Pengarah. Sebagai HR Direktor perkara utama yg ditekankan tentang perlunya staf menjadi contoh terbaik kepada staf jabatan lain. Jangan lewat punch card, jangan keluar minum waktu pagi atau petang dan lain-lain lagi tentang peraturan lah.

Lepas tu ceramah oleh penceramah jemputan yg bertajuk ‘HRD – Toward Knowledge Base organisation‘ . Diceritakan tentang usaha teamnya yg mengumpulkan pengalaman kerja individu2 tertentu dlm bidang HR. Pengalaman menghadapi kes demi kes yang tidak tercatat dalam mana2 buku, dan kini mereka dalam usaha membukukannya. Diceritakan jua konsep asak KB bermula dari jurutera BP Petrol yg membuat kerja berlawanan dgn Standard Operating Procedure dan berjaya menjimatkan jutaan ringgit setahun. Kemudian jurutera berkenaan menulis jurnal dan diletakkan di intranet untuk dibaca oleh semua staf. Tulisan dan cara kerja ini diperbaiki dari masa ke semasa. Dihujung ceramah diceritakan yang beliau bersama rakan baru sahaja mengadakan lawatan ke syarikat telco terkemuka di Malaysia. Pemandangan pertama mereka adalah meja dan komputer sahaja. Ramai staf tiada ditempat masing2. Bila ditanya kepada pengurusnya, jawapan yg diterima adalah ‘kami semua bekerja remotely’. Kita tak perlu mengejar atau mengarah staf, mereka tau apa yang perlu mereka buat. Yang penting mereka ‘perform‘.

Kalau balik kepada tajuk asal, mereka inilah staf yg berkualiti dan cemerlang. Soalnya, berapa ramai yang mendengar dan menghayati. Ramainya yang mengangguk sahaja(tidur) atau pun masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aku yang dah 8 tahun kerja dgn swasta setuju dgn penceramah kedua. Tak perlu dikejar, atau diarah, kami tau apa yang kami patut deliver. Kalau punch card lewat seminit, biasa pulang di lewatkan 15 minit atau lebih dari itu. Apapun, itu terpulang kepada hak individu untuk menentukannya.

Hari Q -(1)

Petang ini diadakan Hari Qualiti untuk bahagian aku. Biasalah agenda utamanya nyanyi lagu Negaraku, lagu agensi then lagu kualiti. Lepas tu, ucapan dari orang2 tertentu. Kemuncak kepada acara adalah penyampaian Anugerah Cemerlang 2007, Anugerah Tiada Cuti Sakit dan juga Anugerah Kedatangan Terbaik. 2 anugerah yg bawah tu memang dah tahu tak pernah layak. Selama 2 tahun, aku sentiasa dapat Anugerah Cemerlang. Bermakna tahun 2005 dan 2006 aku adalah cemerlang. Kenapa pula untuk tahun 2007 aku tak dapat?

Analisa awal yg aku buat sebab tahun 2007 aku dah keluar dr bahagian yg lama. Semasa penilaian tersebut, pegawai penilai aku tidak lagi menjadi supervisor aku. Tahun 2007 juga aku terlalu banyak MC, sebab buat IVF. Tahun 2007 juga Adam hadir. Demi Adam, banyak kali aku terpaksa ‘menderhaka’.

Harini baru aku sedar bahawa aku sebenarnya dihukum kerana rentetan peristiwa tersebut. Aku semakin paham dengan budaya kerja disini. Selagi aku didepan mata, kononya baiklah. Tapi sebenarnya telunjuk lurus kelingking berkait. Teringat betapa aku meninggalkan Adam yang belumpun sebulan waktu tu, demi memenuhi arahan. Kalau kutahu, huh tak ingin kuikut kan. Dan semasa di Melaka, sudah aku nyatakan Adam demam, jum lah kita balik ptg ni. Masa tu pukul 4 dan semua kerja dah selesai. Namun orang2 lain tak setuju sebab belum puas duduk hotel. Memendam rasalah aku sehari lagi.

Mungkin orang lain anggap apalah kisah tak dapat cemerlang untuk setahun jer. Tapi istilah cemerlang 3 tahun berturut2 terlalu banyak kesannya. Tanpa istilah tersebut peluang untuk naik pangkat terlalu tipis. 4 tahun aku kerja, 2 orang supervisor perempuan, sama jer perangai. Telunjuk lurus tapi kelingking berkait. Berpura2 baik di depan tapi hati sebenarnya busuk dan penuh dengan hasad dengki.

Akukah berubah, atau zaman yang berubah


“Minum apa tuh?”..”Ribena, mak kata minum nih bagus”..”Minta sikit”..”Boleh..sikit saja tau”..Hmmmmm.

A & W, A & W, A&W

Tulah 2 iklan terkenal zaman aku sekolah dahulu, dan masih lagi aku ingati hingga ke hari ini. Aku tau Ribena tu sirap dan A&W tuh ayam, cuma tak pernah terdetik dihatiku nak minta pada ayah untuk membelikannya. Mungkin sebab dah biasa, makan jer apa yang ada. Apa aku nak kisah sangat, nak makan, beras kami tanam sendiri, nak ikan tangkap jer di sawah, telaga atau parit. Nak sayur petik jer keliling rumah. Bersih dan berzat. Makanan kegemaran aku, ikan keli bakar cicah air asam mempelam, sayur keladi masak asam pedas/masak lemak dan juga kangkung atau pucuk ubi rebus dan ulam daun selum cicah sambal belacan. Setiap pagi mak mesti buat kuih untuk sarapan dan lebihnya untuk dibawa bekal ke sawah.

Pernah sekali jer aku minta, nak makan roti (bukannya Gardenia atau High5 pun). Arwah ayah kata kita tak boleh dapatkan roti tuh hari-hari dan kalau beli pun tak tahan lama sebab rumah kita tiada peti sejuk. Jangankan peti sejuk, lampu kalimantang dan air paip pun tak ada semasa arwah ayah masih ada. Arwah ayah menyahut panggilan Ilahi ketika aku berusia 12 tahun. Setahun lepas itu barulah ada bekalan elektrik. Barulah aku kenal apa itu iron dan juga rice cooker.

Tingkatan 4 aku ke Perlis, kemudian ke Kedah semasa matrikulasi dan lepas tuh selama 5 tahun di Pulau Mutiara. Masa tuh mak juga masuk universiti di Pondok Sungai Bakap. Tamat belajar di Universiti aku berdaftar sebagai warga kota. Dari setinggarden di Taman Datu’ Haron, ke Seksyen 17 Petaling Jaya, Pinggiran Batu Caves, Seksyen 25 Shah Alam, hinggalah ke Kepong bila aku bergelar isteri orang. Sedar tak sedar, dah jadi tradisi, lepas gaji jer baru beli semua keperluan dapur di pasaraya besar. Sebut jer jenama apa, semuanya ada. Yang utama pilihanku pastilah keluaran bumiputra, yang lazat dan bermutu tinggi. Tanpa aku sedari, KESETIAAN JENAMA menjadi sebahagian dari hidupku. Sesekali pulang ke kampung, guna jer apa jer barang yang mak dah beli. Pada mak tiada istilah jenama, colgate adalah ubat gigi, sabun lux adalah sabum mandi, sabun fab adalah sabun basuh dan maggi adalah mee segera. Opss ada satu lagi, chekedis..adalah untuk semua jenis jajan atau snack.

Sehari sebelum raya hari, mak minta aku belikan ayam, serbuk kari dan serbuk kunyit dipasar sari yang di adakah setiap hari ahad. Pastinya aku nak beli jenama kegemaranku. Puas aku menyelongkar kotak apek yang menjual barang dapur tuh, tapi yang ada cumalah serbuk kari dan serbuk kunyit ‘cap ayam’. Mahu tak mahu terpaksalah beli juga. Dalam perjalanan balik ke KL pula, my hubby minta belikan jajan jenama M dan air jenama D. Puasku cari, tapi jenama yang diminta TIADA. Untuk tidak menghampakan beli jugalah jenama lain janji halal. Menyebabkan aku terfikir seketika, akukah yang telah berubah kerana begitu mementingkan jenama product makanan atau zaman yang telah berubah. Yang nyata hingga sekarang A&W masih belum ada restaurant dipekan-pekan kecil berhampiran kampungku. Cuma tak pasti apakah air Ribena ada di kedai2 runcit yang berhampiran.