Melabel anak??

Semasa bersiap dipagi jumaat, sambil mendengar ceramah motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadilah Kamsah, tentang mendidik anak. Antara intisarinya adalah ramai ibubapa yang menuduh anaknya buruk, hingga terlupa tentang kebaikan anak tersebut.

Sepatutnya dikatakan juga yang positif tentang anak tersebut. Contohnya “Walaupun Along ni malas belajar, tapi ibu tahu along pun rajin juga, cuma rajin along memilih. Along rajin mengemas rumahkan”. Jadi tidaklah tepat anak itu terus dilabelkan pemalas.

Tiba dipejabat, bila membaca penulisan Saifulislam juga membincangkan perkara yang sama, iaitu Televisyen Manusia Mukallaf yang juga membincangkan perkara yang lebih kurang sama, ibu bapa yang melabel anak dan tentang ibu bapa yang mengajar anak untuk memilih. Tidak salah ada TV dirumah, asalkan anak2 di ajar tentang program yang boleh dan tidak sesuai untuk ditonton.

Petang ahad, berehat bersama keluarga, sambil menyaksikan orang bermain layang-layang di Taman Metropolitan Kepong. Tiba-tiba terdengar suara seorang ibu memarahi anak gadisnya yang berusia dalam lingkungan 10 tahun. Memarahi anak dikhalayak ramai dah satu hal. Yang paling menyedihkan adalah bahasa yang digunakan. ” Kau ni suka buang sampah merata-rata, kenapa tak buang dalam tong sampah. Makan jer banyak, tapi tak der otak”.

Ibu mengucap panjang mendengarnya sambil berdoa moga dijauhkan dari mengeluarkan bahasa sedemikian. Ayat pertama dah lengkap. Tak perlu lagi menambah ayat kedua. Betulkah budak tu tak der otak. Kalau dah itu doa seorang ibu…, andainya dilafazkan saban hari, minta dijauhkan.

Tajuk utamanya pun sampah. Adam yang baru berusia setahun setengah pun kenal sampah. Bila disebut sampah, laju jer dia kebakul sampah. Pernah sekali dia meluru kedapur sambil mulutnya mengatakan “sampah”. Mujur ibu sempat melihat, kalau tidak habis pembaris ayah dibuangnya.

Anak kalau dididik dari kecil, tak perlu dimarah bila dah besar. Begitu juga dengan solat. Adam cukup minat dan rajin meniru ayah bersolat, walau tidak sempurna, tapi padanlah dengan umurnya yang belum pun dua tahun. Ibu berdoa agar Adam akan solat dengan sempurna dalam masa yang terdekat. Amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.