Pendidikan Adam


Ramai orang yang terus menjadi ayah dan ibu kira-kira setahun selepas bergelar suami dan isteri. Belum pun mahir dengan ilmu rumah tangga, dibebani pula dengan ilmu keibubapaan. Apatah lagi jika masing-masing terlalu sibuk dan tiada masa untuk menghadiri sebarang kursus yang berkaitan.
Alhamdulillah, Adam hadir setelah 7 tahun ayah mengahwini ibu adam. Kami bukan menanti dengan tangan kosong sahaja, sebaliknya mengisi dada dengan segala ilmu yang diperlukan. Setakat ini ayah dan ibu adam telah 2 kali menghadiri kursus mahligai kasih; kursus khas untuk menyemarakkan kasih antara suami dan isteri. Selain daripada itu, telah 3 kali jua menghadiri kursus keibubapaan, yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dan badan.

Pelajaran mendidik anak tidak semastinya formal dan berguru. Teringat kepada sepupu ibu adam, yang akan menangis dan mengamuk jika tidak dibelikan mainan yang diingini. Sekali, semasa ibu masih berulang alik naik bas Intrakota KL ke Sri Gombak. Salah satu bas stop di Gombak terletak di depan restaurant KFC. Bas berhenti untuk mengambil penumpang, manakala seorang budak berangan yang mereka akan turun disitu untuk ke KFC. Bila bas meneruskan perjalanan, budak tu pun menjerit “nak KFC “. Satu bas dengar. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka.

Kini cabarannya adalah untuk mengaplikasikan segala ilmu kepada Adam. Adam belum pernah minta lagi, walaupun kadang-kala ibu dan ayah tahu Adam mengingininya. Contohnya pagi tadi Adam menyentuh T-shirt Upin dan Ipin, siri kartun kegemarannya.. Namun sebab baju tuh besar sangat, ibu tak beli. Ayah kata memang tak akan beli pun sebab Adam yang tunjuk. Ayah tak mahu Adam dapat idea bahawa Adam anak tunggal, semua yang diminta pasti dapat. Ayah akan ajar Adam untuk ada ‘wish list’ apa barang yang dikehendaki. Bagi setiap kejayaan Adam dalam apa jua bidang, barulah salah satu dari wish list tersebut akan diperkenankan.

Ini tidak bermakna ayah dan ibu Adam kejam. Adam menikmati semua kemudahan, sama seperti kanak-kanak lain, malah mungkin lebih lagi. Contohnya Adam baru sahaja di belikan beg ‘Pooh’ dan juga 2 ekor ‘Kuma-kuma’. 2 hari lepas, semasa dirumah mak atuk, kedengaran motor penjual ice cream. Kalau anak orang lain mungkin dah menangis nakkannya, tapi Adam tak tahupun maksud bunyi loceng itu. Sebab apa yang Adam belajar ice cream sentiasa ada dalam peti ais. Dan ayah Adam mampu menghasilkan banana split yang sedap. Adam pun dah biasa makan ayam KFC, cuma tidak mengenali restaurent berkenaan, kalau lalu disebelah pun Adam tak merengak nak masuk. Itulah Adam. Anak soleh lagi bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.