10 tahun aku bekerja di sektor swasta. Semuanya flexible. Datang awal, balik awal, Datang lambat balik lambat yang penting kerja siap. Orang pun tak kisah kalau majikan tidak terlalu berkira sangat. Majikan tak tahulah, kisah atau tak, tapi di sini supervisor yang terlebih sudu dari kuahnya, akibatnya tumpahlah.
Setiap hari dicanangkan kepada semua agar masuk sebelum waktu yang sepatutnya. Pernah sekali aku disindir dalam bahasa yang cukup mudah. Contohnya si A, datang dah suntuk masa, parking depan pejabat, lepas punch card, pindahkan kereta, lepas tuh baru masuk balik kepejabat. Kalau U tak mampu masuk pukul 7.30, then masuk pukul 8. Pukul 8 bermakna u dah duduk dimeja u buat kerja u, bukannya u keluar, basuh pinggan atau cawan, bancuh air dan sebagainya. Sebenarnya yang buat macam tuh bukannya A, sebaliknya aku. Kenapa tak cakap direct, kenapa perlu disindir aku begitu sekali. Begitulah ‘ROBOT’ yang diarahkan buat kerja pukul 8 pagi hingga 1 tghhari, lepas tuh di sambung pula pukul 2 hingga 5 petang. Kalau ikut peraturan ini, ROBOT cuma berehat dan solat pukul 1 hingga 2 sahaja, selebihnya adalah untuk bekerja.
Itu adalah ROBOT, malangnya dipejabat ini bukannya robot. Kami adalah manusia yang punya hati disamping tuntutan-tuntutan peribadi yang lain. Yang utama timbang rasa dan tolak ansur. Namun bila yang bercakap tak serupa bikin, itu yang menyebabkan orang sakit hati. Aku dah mohon cuti baik-baik dah minggu lepas, sebab sepupu my hubby nak kawin pada 22/2 nih. Aku diperli “Habis tuh U cuti buat apa? Jadi mak andam?”. Hei tolonglah sikit, Aku mohon cuti yer untuk hal peribadi. Bukannya macam awak. Bertolak outstation diawalkan sehari, sebab perlu berada di negeri berkenaan untuk menghantar abang ke mekah. Menggunakan waktu pejabat untuk buat study group atau pun assignment.
Biasalah, gajah depan mata tak nampak, tapi kuman diseberang laut boleh nampak pulak.
lumrah kehidupan..salah orang adalah fatal..no excuse..semua nak kene ikut peraturan yg dh ditetapkan..tak boleh tidak
kalau kena tang batang hidung sendiri tu xpe pulak..alasannya kerana keuzuran yg xdpt nk dielakkn..
org yg sebegini sekali sekala perlu dibahasakan dgn cara yg berhemah..tembak je balik bila tiba masanya..diorg ni biasanya hidung tinggi & berlagak lebih..
so apalagi…jgn segan..jgn malu..balas je balik..
jgn lupa dptkn cuti..kalau x akak tinggal 😉
akak
apa dh jd dgn babykiut..adk xleh nk bukak
hehehe, teringat kata Pak Utih semasa salah satu ceramah, dan memang terbukti, jari manisnya lebih panjang dari jari telunjuk, dan memang begitulah sikap orang2 yang seperti ini.
babykiut dan tak kiut sebab dah ada baby come.. dah ditutp dengan rasminya selepas semua entry digabungkan ke sini
wait a minute..apa kena mengena jari manis dgn jari telunjuk