madu dan susu (2)…

Biasanya para suami akan menggunakan alasan ‘Mengikut Sunnah Nabi Muhammad s.a.w’ bila ingin mengemukakan alasan untuk beristeri lebih dari satu. Yer berkahwin lebih dari satu itu memanglah sunnah, dan tiada siapa yang menafikannya. Tetapi adakah siapa isteri-isteri nabi itu juga dicontohi seperti di dalam Sunnah tersebut. Hampir semua isteri Rasullullah s.a.w adalah balu yang kematian suami, samada akibat peperangan atau sebab-sebab lain. Dan tujuan Rasullulah berkahwin pun adalah untuk membantu kaum yang daif dan lemah ini. Di zaman dahulu tidak banyak peluang pekerjaan untuk para wanita. Tanpa adanya pekerjaan dan pendapatan, bagaimana mereka ini meneruskan kelangsungan hidup, apatah lagi jika perlu menanggung anak yang masih kecil.

Baru hari khamis minggu lepas aku membaca satu kisah, seorang isteri yang sedang hamil 6 bulan. Suaminya baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan dijalan raya. Manakala 2 orang anak lagi cedera parah di Hospital Selayang, dan dirumahnya ada 2 orang anak lagi. Isteri ini cuma bekerja sebagai kerani disekolah, yang selepas ini perlu menanggung 5 orang anak (jika 2 yang dicedera parah diHospital Selayang ditakdirkan masih panjang umurnya). Dengan pendapatannya sebagai kerani sekolah, untuk menampung perbelanjaan mereka 6 beranak… Aku berpendapat perempuan-perempuan inilah yang perlu dibantu dan sebab itulah Allah mengharuskan poligami. Bukannya seorang janda yang berkerja profesional yang ada anak 3. Kerjaya profesional yang dimaksudkan memang mempunyai gaji yang lumayan, silap-silap, gajinya sebulan melebihi gaji aku dan suami.

Entahlah, itu cuma pandangan peribadi aku, tapi mungkin orang lain ada pandangannya tersendiri..

One Response to “madu dan susu (2)…”

  • liza:

    doa adalah senjata umat islam yang paling ampuh

    adik doakan rumahtangga akak dan abg sentiasa dilimpahi rahmat Yang Maha Esa dan kekal aman sentosa sehingga ke akhir hayat

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog