Cerita-cerita Sedih

Hari ini hari isnin, hari pertama di minggu baru. Aku bertekat untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh, dan melupakan segala kemarahan dan kebencianku minggu lepas. Pukul 10 pagi aku ada meeting dengan orang-orang dari JPA, Putrajaya. Salah seorang dari orang yang sepatutnya hadir tidak menghadiri mesyuarat tersebut. Bila ditanya, kawannya mengatakan di MC untuk waktu yang lama, Lalu ringan jer mulut bertanya, kenapa? Ada apa masalah ker? Hampir menitis air mataku bila diberitahu bahawa kakak berkenaan keguguran, buat kali ke 2 katanya. Yang kesiannya kakak tersebut telahpun berumur 38 tahun, dan hingga ke saat ini belum lagi memiliki sebarang zuriat sendiri, dan kini keguguran pula. Dapat kubayangkan betapa pilu dan hancurnya hatinya. Semoga dia cukup tabah menghadapi dugaan ini.


Semalam, my hubby ada mendapat e-mail daripada group SIM, seorang yang mengidap endometrosis yang baru sahaja menjani pembedahan membuang rahim dan segala organ peranakkan dan bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapatkan anak angkat. Disebabkan aku juga mengidap endo, maka my hubby menyuruh aku yang menjawapnya. Dan my hubby juga menyuruhku buat appoiment dengan Dr Prof Zainul semula untuk mengubati endo aku yang semacam ada semula.

Teringat kes tahun lepas, dimana seorang kawan di bangunan ini juga tetapi berlainan department yang menghadapi masalah yang sama, dan berjumpa dengan doktor yang sama. Sekali aku terserempak dengan dia, dia sempat bercerita buat seketika. Lepas menjalani pembedahan, entah dimana silapnya hingga ususnya membengkak dan pecah. Akibatnya 2 minggu dia koma dan 4 bulan MC. Entah kenapa terdetik jer hari nih nak call dia dan bertanyakan apakah yang sebenarnya berlaku tahun lepas. Tetapi..orang yang menjawap telepon memberitahu bahawa dia MC untuk beberapa ketika sebab menjalani pembedahan di Hospital yang sama, under doktor yang sama lagi. Sama-samalah kita doakan dia selamat dan tak ada komplikasi macam tahun lepas lagi.

Menyebabkan aku semakin ngeri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.