Hi-Tea Amal 24 September: RS kumpul dana bimbing remaja puteri

KUALA LUMPUR – Pusat bimbingan remaja puteri, Raudhatus Sakinah (RS) akan menganjurkan Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah (HTRS) 2011 dengan tema “Indahnya Harga Diri” pada Sabtu 24 September 2011 jam 2.00 petang di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam.

Turut hadir ke HTRS ialah Penaung Raudhatus Sakinah, YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff yang juga bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis yang berkonsepkan talk show, hi-tea dan nasyid diadakan bagi mengumpul dana bagi pengurusan dan pembangunan RS di samping mensasarkan jaringan dengan keluarga angkat kepada anak kelahiran pelatih RS serta pihak yang berkenaan. Majlis ini juga bertujuan untuk menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam pentarbiyahan anak-anak dan menyedarkan keperluan amar ma’ruf nahi dipertingkatkan dalam masyarakat.

Dalam talk show, dua panelis terkenal akan dijemput iaitu Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan Dr Rubiah K Hamzah di samping artis Wardina Safiyyah dijemput sebagai pengacara majlis. Majlis akan turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid  daripada Inteam dan Demascus.

Raudhatus Sakinah yang diwujudkan sejak 1998 sebagai sebuah institusi yang memberikan perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial, juga berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

Sehingga kini, RS mempunyai lima cawangan iaitu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Johor dan Melaka. Memandangkan bilangan pelatih yang meningkat saban tahun, kos operasi dan pengurusan pusat bimbingan remaja puteri ini turut meningkat dan majlis HTRS sebagai salah satu inisiatif RS mengumpul sumbangan untuk memastikan bimbingan terhadap para pelatih di RS berterusan.

Bagi mereka yang berminat menyumbang kepada RS dalam majlis ini, boleh membeli meja atau kerusi mengikut pakej yang ditawarkan iaitu Platinum RM10,000 satu meja (RM1,000 x 10 kerusi), Gold RM5,000 satu meja (RM500 x 10 kerusi),  Silver RM3,000 satu meja (RM300 x 10 kerusi) dan Bronze RM2,000/meja (RM200 x 10 kerusi).

Pembelian dan sumbangan hendaklah disalurkan ke akaun Maybank Berhad bernombor 5621 0672 0426 atas nama “RAUDHATUS SAKINAH BERHAD“. Resit sumbangan hendaklah diemel ke rsakinah@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau difaks ke 03-41071754.

Untuk tempahan meja atau kerusi, anda boleh menghubungi sekretariat Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah (HTRS) 2011 di talian 03-41073379,  03-41089669 dan 03-41053159, atau menghubungi terus nama-nama berikut

  • Puan Rosmawati Zainal : 019-2386333
  • Puan Yusnani Abd Hamid : 012-6350071
  • Puan Siti Fazhana : 013-9908814
  • Encik Joannes Lukas : 013-3040834
  • Encik Abdullah Omar : 013-2466190

Pihak sekretariat Raudhatus Sakinah sangat menghargai segala sumbangan yang diberikan dan mendoakan supaya para penyumbang diberikan tambahan dan keberkatan rezeki untuk terus menyumbang untuk amal kebajikan pada masa yang akan datang.

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog