Hujung minggu ini kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang benar-benar menyesakkan jiwa. Ia bermula bila masa saya terjumpa 1 potongan iklan di peti surat mengenai rumah akan dilelong. Alamat pada rumah berkenaan adalah sama dengan alamat rumah yang kami baru sewa 7 bulan yang lalu.
Saya terus menghubungi tuan rumah. Dimaklumkan bahawa semua tunggakan telah selesai. Oleh kerana hari sabtu bank semua tutup, maka kami semua perlu bersabar dan menunggu hari isnin barulah semua permasalahan ini dapat dijelaskan.
Sesak rasanya nafas ini bila memikirkan penat berpindah bulan Feb dulu pun masih belum hilang. Di mana pula kami akan berpindah. Satu tempat yang cukup selesa untuk semua. Mudah untuk saya dan suami ke tempat kerja dan yang paling penting untuk Adam ke sekolah. Adakah ini bermakna Adam akan bertukar sekolah. Untuk kami terlibat dalam lelongan ini juga adalah mustahil. Walaupun kami ada sedikit simpanan, tapi tidak terlalu cair. Untuk mengeluarkan 10% daripada wang lelongan dalam masa kurang dari 10 hari adalah mustahil. Sedangkan kami cukup sayangkan rumah ini. Kedudukannya cukup strategik. Yang utama sebab bersebelahan dengan masjid. Baru tahun ini kami merasa nikmatnya berbuka puasa di masjid.
2 hari yang menyesakkan berakhir juga akhirnya, bila saya mendapat call dari tuan rumah. Semua kesilapan teknikal yang berlaku telah dapat diselesaikan. Yang paling penting, kami tidak perlu lagi keluar dari rumah berkenaan.
“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” [QS al-Anbiya: 35]
Ternyata, rumah ini masih lagi yang terbaik untuk kami setakat ini, dan Allah masih mengizinkan kami ‘berjiran’ dengan Masjid. Maka sebagai peringatan kepada diri sendiri, rajin-rajinlah melawat jiran berkenaan. Bukan setakat suami dan anak sahaja yang sering ke sana, atau cuma di bulan Ramadhan sahaja jemaah muslimat melihat wajah ini..;)
alhamdullilah, segala puji buat Allah Yang Maha Esa, yang Mendengar Doa hambaNya. Masjid bersebelahan mmg sgt aktif aktivitinya, lebih2 lagi di bulan puasa. Somehow… masjid tu walaupun ramai org, rasanya sgt sejuk dan nyaman! 🙂 Terima kasih kak za & abg siss, sbb tlg memberi doa dan kekuatan buat saya.
Saya datang ke Masjid nih bersama housemate dan Siss masa kali pertama kami dating. Singgah bersolat asar di sini waktu balik dari Taman Pertanian di Bukit Cerakah. Masa tuh terdetik di hati saya, kalau saya dapat duduk dipersekitaran ini dan selalu bersolat di sini kan best. Selepas hampir 13 tahun menyimpan impian, akhirnya doa saya dikabulkan Allah.