Tahun ini merupakan tahun pertama kami menyambut raya di kampung, semenjak ada Adam. Tahun2 sebelumnya kami akan beraya di KL dahulu, dan malam raya kedua baru kami akan bergerak pulang ke kampung. Selain daripada itu, tahun ini juga pertama kali saya membeli kain untuk menempah baju seluruh keluarga. Oleh kerana tailor yang biasa tidak lagi mahu menerima tempahan, baju ayah menggunakan tailor yang lain, manakala baju Adam dan saya di jahit sendiri.
Dimalam dan pagi raya tahun ini 3 tragedi menyedihkan telah berlaku.
1. Baju raya Adam berlobang. Oleh kerana seterika yg saya gunakan sejak zaman sekolah telah rosak, kami membeli seterika baru. Seterika yang baru ini tiada no untuk laras suhunya, bila mula menggunakan pada baju Adam terus sahaja bajunya berlubang dan kainnya mencair dan melekat kepada seterika itu. Mujur Adam ada sepasang lagi baju melayu warna pink, yang boleh matching dengan warna tudung saya.
2. Seluar ayah ketat. Walaupun telah lama siap dijahit, entah kenapa kami terlupa pula untuk mencuba sebab baju contoh yang diberi cukup besar dan selesa. Rupa-rupanya tukang jahir menjahit terlebih besar menyebabkan seluar tuh ketat sedikit dan kurang selesa bila duduk. Jika cuma berjalan jer tak der masalah. Untuk saya membuka dan membetulkan jahitan telah agak lewat, maka bersolatlah ayah dengan berkain pelekat dan berseluar slake biasa untuk beraya.
3. Kemalangan di depan masjid. Setiap kali kalau kami beraya di kampung, kami akan bersolat di masjid lama yang terletak di tepi Jalan Gula di permulaan Parit 3. Ini kerana, di Masjid inilah akad nikah kami berlangsung kira2 10 tahun yang lalu. Ketika kaki saya melangkah untuk ke dewan solat muslimat saya terdengar satu bunyi hentaman yang cukup kuat di jalan raya. Bila saya menoleh, saya terlihat 2 org terbaring di atas rumput di tepi jalan dan para jemaah sedang berlari dan cuba menolong mangsa. Bila takbir mula dikumandangkan, saya terlihat ada ambulan di tempat kejadian. Terdengar juga komen kaum2 ibu tentang anak siapa yang terlibat dalam kemalangan itu. Bila pulang kerumah, baru mendengar komen lengkap dari bapa saudara bahawa mangsa kemalangan tersebut telah patah kaki, tulang rusuk dan hidung. Semoga beliau cepat sembuh.
Itulah 3 kejadian menyedihkan dihari raya tahun ini.