Alhamdulillah..selamat tiba di kampung..biarpun agak lari sedikit dari perancangan asal. Cadangnya bertolak pukul 4 pagi..namun yg jadinya hampir pukul 7 baru bertolak.
Untuk kesian kalinya kami balik kpg naik Honda City. Namun kali ini kami bersetuju untuk naik myvi. Sebab utama adalah kerusi belakang myvi boleh ditarik dan dilebarkan..dan bila Adam berbaring di situ mmg tak takut jatuh. Keduanya adalah untuk pemanduan berhemah sbb bila suami bawa kereta saya, cara pemanduannya lebih relex dan santai, tiada keinginan hendak memecut berbanding kalau dia membawa Honda Citynya.
Dirumah ini lah saya dilahirkan 39 tahun nan lalu. Walaupun saya di besarkan di kampung arwah ayah, namun bila ayah telah tiada ibu kembali ke rumah ini semula. Dan di rumah ini jugakan yang meraikan perkahwinan saya kira2 10 tahun nan lalu.
Sesekali pulang ke kampung menginsafkan diri. Macam tajuk 1 lagu tuh “aku hanya anak tani”. Sawah bendang, selut, pacat dan lintah mmg pernah menjadi teman setia. Terutama sementara menanti keputusan SPM. Teringat betapa lajunya saya berlari dari sawah tatkala melihat posmen singgah dan saya tahu surat itu mengandungi keputusan SPM saya. Mujur hasilnya boleh lah di kira membanggakan.
Mandi dan membasuh di parit atau perigi tidak asing bagi diri ini. Begitu juga dgn kesunyian dan kegelapan. Sekian lama rumah kami hanya diterangi dgn pelita minyak tanah. Bila arwah datuk menyalakan lampu pam.. Kami Semua sepupu sepapat mengelilingi arwah datuk.
Ibu saya anak sulung dr 8 adik-beradik. Hasilnya, saya ada 33 orang sepupu. Kami peringkat yang tua, sekarang semuanya telah berkeluarga. Dan kami inilah yang cukup rapat suatu masa dahulu. Mungkin kerana kami kerap bertemu dulu. Berbanding sekarang sepupu sepapat telah mula renggang. Mungkin kerana jarak dan waktu yang makin memisahkan.
Baru sebentar tadi Adam menjerit bila ada semut dlm toilet. Terbantut seketika urusannya. Berbanding kami dahulu….(tak perlu lah diceritakan)..
Suami selalu mengingatkan, berapa byk nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan, lalu nikmat manakah yang tidak engkau syukuri?.
Andai dapat kuulangi putaran masa..ingin aku kembali 20 tahun nan lalu.. Saat paling manis dalam hidup ini di rumah ini..Masa dunia kanak-kanak riang.