Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi milik diancam orang,

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Maruah peribadi sudah hilang

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Cinta lenyap diarus zaman

Kita rumpun bangsa melayu
Menganut agama yang suci
Semangat bangsa berlandaskan islam
Teras capai kemerdekaan

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Kita rumpun bangsa melayu
Menganut agama yang suci
Semangat bangsa berlandaskan islam
Teras capai kemerdekaan

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Lagi ini di nyanyikan masa di MRSM Perlis 20 tahun lepas..ingat2 lupa jer liriknya.
Lepas tuh bila join Biro Tata Negara, terperasan banyak lirik lagi ini telah tiada.
Yang ingat adalah bila ada perkataan Melayu dan Islam.
Saya pun tak pasti kenapa, dan apa yang berlaku sebenarnya

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog