Awasi pilihan makanan di tempat kerja
BERPULUH-puluh jenis juadah dan masakan yang lazat terhidang di kaunter kantin tempat kerja bagi membolehkan para pekerja membuat pilihan.
Memang rambang mata untuk memilihnya. Semuanya lazat dan membuat air liur kecur sekiranya tidak dapat merasakannya. Hendak mengambil satu dua lauk, rasanya rugi sebab tidak dapat merasa yang lain. Akhirnya bertimbun lauk di atas nasi. Hampir semuanya berminyak dan berlemak.
Difahamkan rakyat Malaysia sememangnya suka makan sesuka hati dan tidak menjaga pemakanan mereka. Akibatnya masalah obesiti dan penyakit kronik ekoran daripada pengambilan makanan yang tidak berkhasiat kini semakin meningkat di kalangan masyarakat.
Perkembangan tidak sihat ini pastinya membimbangkan. Lebih membingungkan ialah mengapa rakyat Malaysia sanggup memudaratkan kesihatan mereka dengan makan sesuka hati?
Satu daripada faktor yang boleh mendorong kepada keadaan ini ialah sikap rakyat Malaysia yang gemar makan pelbagai makanan dan malas bersenam.
Lebih memburukkan keadaan, kedai-kedai makan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia lupa yang mereka perlu mengamalkan pemakanan baik untuk kekal sihat .
Lagi malang apabila tabiat pekerja yang menjadi aset syarikat tidak mengendahkan pilihan makanan yang sihat, boleh memberi kesan kepada produktiviti dan kecekapan dalam pekerjaan.
Selain itu, kerana pelbagai penyakit yang dihadapi oleh pekerja, syarikat juga terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan yang semakin menggunung, hanya semata-mata tiada kesedaran bahawa pemakanan tidak sihat hanya mengundang penyakit kronik seperti diabetes dan strok.
Adalah baik rakyat mangambil iktibar bahawa diabetes, strok, darah tinggi dan kanser adalah penyakit kemewahan, lazimnya produk gaya hidup tidak sihat . Jika orang ramai lebih berwaspada dalam apa yang masuk dalam mulut mereka, peluang adalah cerah bagi statistik berkaitan penyakit-penyakit ini berkurang.
Panduan menikmati pelbagai jenis makanan
- Makan berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
- Pelbagaikan jenis makanan daripada setiap aras Piramid Makanan.
- Digalakkan memilih menu yang berlainan dari hari ke hari.
- Cuba makanan yang anda tidak biasa makan.
Panduan menikmati lebih buah dan sayur
- Makan sekurang-kurangnya 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan.
- Makan sekurang-kurangnya satu jenis buah pada setiap waktu makan.
- Pelbagaikan jenis buah dan sayur.
- Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur. (Contoh: nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah/sayur, pecal).
- Jadikan buah sebagai snek.
- Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda.
Panduan mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak
- Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi minyak atau nasi lemak.
- Pilih makanan yang dipanggang, dibakar, dikukus atau direbus berbanding makanan bergoreng.
- Kurangkan mengambil kuah yang berlemak. Asingkan lebihan minyak dari kuah.
- Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan (hati, limpa, paru, otak, perut) dan kuning telur.
- Makan daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit.
- Utamakan makanan tanpa santan.
- Kurangkan sapuan mentega atau marjerin pada roti/ biskut/ jagung.
- Minta dikurangkan mentega/marjerin pada hidangan apabila membuat pesanan.
Panduan menikmati bijirin penuh, legum, kekacang dan biji-bijian
- Makan sarapan berasaskan bijirin penuh seperti oat, jagung dan capati.
- Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh.
- Cuba gantikan atau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang.
- Makan makanan berasaskan legum seperti tauhu, tempe dan kacang panggang beberapa kali seminggu.
- Makan kekacang/biji-bijian beberapa kali seminggu. (contoh: biji selasih dalam minuman, kuih yang ditabur bijan).
Panduan mengurangkan pengambilan gula
- Minum air kosong untuk menggantikan minuman yang manis, sirap, kordial dan minuman berkarbonat.
- Pilih buah-buahan segar untuk menggantikan kuih-muih yang manis, biskut berkrim, gula-gula atau coklat.
- Pilih makanan yang kurang gula. Baca label untuk mengetahui kandungan gula.
- Minta dikurangkan gula atau susu pekat manis apabila membuat pesanan minuman.
Panduan memilih makanan yang selamat
- Pilih tempat makan yang bersih.
- Pastikan pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri.
- Pastikan makanan dikendalikan dengan bersih dan selamat.
- Elakkan makanan yang tercemar.
- Pilih makanan yang segar atau baru dimasak.
- Elakkan pengambilan makanan hangus.
- Pastikan pembungkusan, kotak dan tin makanan dalam keadaan baik.
- Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet.
- Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi pewarna tiruan.
- Elakkan makanan yang digoreng dengan minyak masak yang telah digunakan berulang kali.
Utusan Malaysia
Rahsia disebalik ciuman lelaki
Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya….Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di Dahi
Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan didahi itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.
Ciuman Sayang
itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap sidia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
P/S: Pastikan pencium anda di tanggung halal 🙂
Mandi Songsang
Apakah itu mandi songsang?
Nasihat Kehidupan berkeluarga
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita
semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kep ad a anak ….
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu
bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak
didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
Kisah ini amat bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri….
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya
esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Puaskah Siti sayangku..?”
“Jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan,
maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
WHAT IS LOVE
In a classroom there were several kids, when one of them asked the teacher:
– Teacher, what is LOVE ?
The teacher felt the kid deserved the best answer she could give to that intelligent question. Since it was almost time for a break, she asked every student to go around the school and come back with something that would bring the feeling of love.
The kids rushed out the classroom, and when they came back the teacher said:
– So, I want everybody to show what you brought to the whole class.
The first kid said:
– I brought this FLOWER, isn’t it beautiful ?
The second kid said:
– I brought this BUTTERFLY. Look at these colorful wings, I am gonna put it in my collection !
The third kid said:
– I brought this YOUNG BIRD. It had fallen with another one from the nest. Isn’t it cute ?
And the kids were showing what they brought.
After almost everybody had showed their discoveries, the teacher noticed that there was a kid who had been quiet all the time. She was ashamed because she had not brought anything.The teacher went to her and asked:
– My dear, why haven’t you brought anything ?
She then answered in an innocent voice:
– I am sorry teacher. I saw the FLOWER, and felt its perfume. I was going to take it, but I preffered to leave it, so its perfume would last longer and others could feel it. I also saw the BUTTERFLY, soft, colourful..she seemed so happy that I did not want to disturb it. I also saw the YOUNG BIRD that had fallen between the leafs, but as I climbed the tree, I noticed the sad look of it’s mother, so I decided to return it to the nest. Therefore, I only bring with me: the perfume of the flower, the feeling of liberty of the butterfly and the gratefulness of the look of the little bird’s mother. How can I show you what I brought?
The teacher thanked the young kid and gave her an A, because she was the only one that realized that we can only bring LOVE in our hearts.
APA PUNCA ANAK DERHAKA….
Just for your information…”renung-renungkan dan selamat beramal….”
Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai anak.
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. ” Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan rergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawantempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. WalaupunAllah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita saying anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi NabiIbrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.
Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.Tips:
- Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
- Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
- Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
- Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
- Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
- Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga. Pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
- Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
- Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
- Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya . Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
- Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
- Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
- Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
- Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
- Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
- Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
- Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
- Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
- Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala Cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahundari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasasunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
- Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Buat Gadisku…
Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.
Gadisku…..
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun…… tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ……. tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya……
Gadisku….
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah… Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ….. ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah …… umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ….. sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam……
Namun ………….. ianya memerlukan pergobanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada …
Namun ingatlah gadisku…. sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah……….
Gadisku ….
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki… Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu… Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”….
Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu….. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam…
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu…..
Gadisku…
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta … Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta… Benarlah sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya cinta itu buta”
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT … Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah ..
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu…………
Gadisku……
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..
Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu….. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:
“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri”
JazzakaAllah Khairan Kathiraa.
“Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: ” Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.”
(Qur’an, 3:190-191).
Oleh: Mujahidin Cyber.
Petua dari bonda
Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.
Ini ada satu petua dari ibu saya
- Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
- Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
- Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyerukepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
- Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
- Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba……
bestkan jadi seorang ibu….
IBU MITHALI…
For those yang bergelar ibu dan anak yg masih mempunyai ibu..Kasih dan sayang ibu sentiasa berkekalan..
IBU MITHALI
OLEH NORHASHIMAH HASHIM
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat “Ibu Misali”. Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
“Sekarang …,” suara pengacara majlis bergema kembali, “Tibalah kita kepada penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. ”
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?
Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
‘Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.’
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
“Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah “Ibu Mithali” tahun ini.”
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
“Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya”
“Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anak anak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat
nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga “Ibu Mithali” yang baru menerima anugerah sebentar tadi.”
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
“Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!” suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
“Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak.”
“Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun.”
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
“Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan pakai mereka.”
“Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri.”
“Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?” Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya
“Tapi, mak tak adil!” Saya kerap membentak. “Mak buat segalagalanya untuk kakak-kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!”
“Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!” Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. “Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka.”
“Mereka cacat apa, mak?” Saya membeliakkan mata kepada mak. “Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!”
“Mirah … Mirah belum faham, sayang.” Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
“Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan
itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya.”
“Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak.” Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. “Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi.”
“Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan.” Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.
“Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya.”
“Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka.”
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.
“Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. ”
“Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu
kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan.”
“Ibu!” Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. “Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak.”
“Mirah!” Ibu merangkul saya. “Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah.”
“Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami.”
“Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain.”
“Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?”
“Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah.”
“Mak adu semua kepada ibu, Ya?” Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.
“Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak.”
“Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.”
“Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak.”
“Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu.”
“Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah.”
“Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu.”
“Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru.” “Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini, saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. ”
“Mirah,” panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. “Mirah.”
“Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur.”
“Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. “Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah”
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.
“Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak.”
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.
“Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..”
“Mak!” Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
“Kenapa Mirah tolak tawaran itu?”
“Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?”
“Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! ”
“Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?”
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
“Mak, ayah.” Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
“Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. ”
“Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang.” Mak masih meragui keupayaan saya.
“Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti,” balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.
“Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang
kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. ”
“Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui, segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang
hayatnya.”
“Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah.”
“Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?” suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, “Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?”
“Mirah bukan anak kandung kita.” Mak meningkah. “Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya.”
“Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak.”
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah “Ibu Misali” dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih
untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak-anak “Ibu Mithali” yang lain.
“Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah.”
“Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan “Ibu Mithali” pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan.”
“Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental.”
“Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah “Ibu Mithali” tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak.”
“Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. ”
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
‘Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.’ Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
“Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan “Ibu Mithali” untuk menyampaikan anugerah “Ibu Mithali” serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan.”
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah “Ibu Mithali” sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir itu.
(Dewan Sastera Mei 2000)
Cemburu tanda sayang?
PERASAAN cemburu adalah salah satu punca pertengkaran dan pergaduhan antara suami isteri. Kata orang tua-tua “cemburu tanda sayang”. Adakah kata-kata itu benar? Apakah maknanya apabila seseorang itu berasa cemburu?
Cemburu
Kita boleh berasa cemburu kepada seseorang walaupun antara kita dan orang itu tidak ada apa-apa ikatan hubungan yang mesra. Dalam erti kata yang lain kita boleh berasa cemburu walaupun kita baru mengharap-harapkan sahaja akan hubungan itu.Maksudnya, kita baru
tertarik dengan orang itu sahaja.
Emosi cemburu dalam keadaan itu dipenuhi oleh perasaan mengharap-harapkan orang itu, cintanya kemesraannya dan kehadirannya. Kita juga sangat meng-ingini apa yang dimiliki oleh orang itu. Lazimnya kita berasa malu kerana mencemburuinya. Kita tidak menaruh apa-apa kecurigaan dan syak ke atasnya. Kita juga tidak menaruh perasaan tidak percaya kepadanya. Kita juga tidak mengalami takut kehilangannya dan sakit hati kerana dimungkiri.
Kuasa Tarikan
Salah satu teori psikologi yang cuba menerangkan gejala perasaan cemburu ialah teori kuasa tarikan. Kuasa tarikan ialah faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keupayaan menarik minat orang lain kepada dirinya. Setiap individu memiliki kuasa tarikan. Setengah-setengah isteri memiliki kuasa tarikan yang amat tinggi ke atas suami mereka dan juga ke atas lelaki-lelaki lain. Ertinya, sebagai mana suaminya tertarik kepadanya, begitu juga lelaki-lelaki lain. Hal yang sama juga berlaku di kalangan lelaki. Walaupun sudah beristeri, ramai wanita lain masih amat tertarik kepada mereka. Namun ada pula isteri yang tidak memiliki daya tarikan langsung ke atas suami mereka. Begitu juga di kalangan suami. Tetapi tidak ada orang yang memiliki kuasa tarikan ke atas semua orang. Dalam erti kata yang lain, kita hanya dapat menarik minat orang-orang tertentu sahaja.
Kuasa tarikan adalah sesuatu yang boleh timbul dan boleh hilang. Ia juga boleh timbul semula, atau hilang semula. Ia juga boleh dinaikkan dan boleh diturunkan. Sewaktu kita baru-baru jatuh cinta dulu, pasangan kita mempunyai kuasa tarikan yang kuat ke atas kita. Itulah sebabnya kita amat tertarik kepadanya. Selepas berkahwin beberapa lama, iaitu selepas kita melihat perangai-perangainya yang buruk, dan selepas selalu berkrisis dengannya, kuasa tarikannya ke atas diri kita turun. Kita tidak lagi seronok memandang wajahnya dan tidak lagi suka berada dekat di sisinya. Tetapi keadaan itu boleh dipulihkan dengan membuang faktor-faktor yang menyebabkan kita benci kepadanya, serta mewujudkan faktor-faktor yang menyebabkan kita suka semula kepadanya. Kuasa tarikan hapus sama sekali apabila kita mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan yang ada dan tidak mahu rujuk kepadanya lagi.
Ramai pasangan tidak memiliki kuasa tarikan yang sama tinggi, di mana si suami mungkin jauh lebih menarik daripada si isteri, ataupun sebaliknya. Antara faktor-faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan itu ialah perbezaan pada rupa paras, taraf pendidikan, bakat, pendapatan, populariti, usia, keturunan, kerjaya, status sosial dan lain-lain lagi.
Pakar-pakar psikologi mengatakan ketidakseimbangan kuasa tarikan mempunyai kesan ke atas emosi, khususnya emosi cemburu. Isteri yang rendah kuasa tarikannya berasa seolah-olah dia teramat mencintai suaminya. Sebaliknya, si suami yang tinggi kuasa tarikannya berasa seolah-olah dia tidak berapa mencintai isterinya. Ini berbeza dengan pasangan yang mempunyai kuasa tarikan seimbang. Mereka berasa mereka mencintai pasangan mereka sebagaimana yang sebenarnya mereka rasakan.
Sebagai contoh, isteri yang tidak berpendidikan tinggi tetapi mempunyai suami yang profesional, akan berasa seolah-olah dia teramat mencintai suaminya. Manakala si suami pula berasa seolah-olah dia tidak berapa mencintai isterinya. Dalam keadaan begini, emosi yang biasanya dialami oleh si isteri ialah rasa cemburu. Perasaan cemburu bukanlah tanda cinta, tetapi lebih kepada tanda perasaan ragu, curiga, khuatir, syak, bimbang, takut dan tidak selamat. Ia adalah juga manifestasi orang yang cemburu mempunyai hasrat mahu menguasai orang yang dicintai. Jadi, isteri yang cemburu adalah isteri yang mahu menguasai dan mengongkong suaminya, begitu
juga halnya dengan suami yang cemburu.
Isteri yang cemburu berhasrat mahu mengawal tingkah laku, fikiran dan emosi suaminya. Dia tidak mahu suaminya melakukan perkara-perkara tertentu, umpamanya dia tidak mahu suaminya balik lambat. Dia tidak mahu suaminya memikirkan perkara-perkara tertentu,
umpamanya dia tidak mahu suaminya memikirkan hendak kahwin lain. Dan dia tidak mahu suaminya merasakan emosi-emosi tertentu, umpamanya dia tidak mahu suaminya tidak kasih kepadanya lagi, kerana itu semua membahayakan kedudukannya sebagai isteri.
Emosi Cemburu
Orang yang cemburu mengalami bermacam-macam emosi. Dia mudah hendak marah, cepat naik angin. Otot-otot badannya berasa tegang, dada rasa macam sesak. Dia berasa bagaikan hendak mengamuk, tetapi dia cuba mengawalnya. Dia berasa hendak menyakitkan hati orang itu sesakit-sakitnya. Dia ingin membalas dendam. Fikirannya tertumpu pada satu perkara sahaja, dia tidak dapat memikirkan apa-apa yang lain. Dia takut hendak melepaskan perasaannya, oleh itu dia cuba mengawal emosinya yang hendak meluahkan segala-galanya. Dia juga banyak memikirkan akibatnya kalau dia mengamuk. Dia cuba menyembunyikan perasaannya kerana dia takut orang lain tahu. Ada kalanya dia cuba melupakan perkara itu, oleh itu dia cuba memikirkan perkara-perkara lain.
Reaksinya melebih-lebih sangat. Dia asyik memikirkan apa yang pasangannya dapat. Dia memikirkan nasib pasangannya yang lebih baik daripada nasibnya sendiri. Dia mungkin berasa tidak berdaya hendak mengatasi keadaan yang sedang berlaku ke atas dirinya. Dia hilang keyakinan yang dia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dia berasa dirinya tidak dapat mengawal keadaan. Dia ragu kepada dirinya sendiri. Dia hilang keyakinan. Fikirannya berkecamuk, haru-biru. Macam-macam perkara melintas dalam kepalanya. Dia asyik memikirkan apa yang sudah terjadi sampai dia jadi begini. Dia macam tidak percaya. Dia sangat ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dia berasa kehilangan dan kerugian. Dia rindukan pasangannya, dia inginkan pasangannya kembali kepadanya seperti sedia kala. Dia memikirkan apa yang boleh dibuatnya untuk mengubah keadaan. Dia tertanya-tanya dan tercari-cari jawapan. Dia asyik berfikir ‘mengapa’ perkara itu terjadi. Dia tidak tahu hendak bertindak ataupun tidak. Dia berasa dirinya ditinggalkan begitu sahaja. Dia berasa dirinya dikhianati. Dia berasa dirinya dikecewakan. Dia juga asyik memikirkan dirinya sahaja. Dia berasa sepi, tersisih, tidak tahu ke mana hendak pergi. Dia berasa dunia seperti tidak pedulikannya. Ada kalanya dia berasa sedih, murung, dan kasihan kepada dirinya sendiri. Dia berasa dirinya kecil, tidak penting dan tidak berharga. Bagaimanakah tindak balas orang yang cemburu? Kajian menunjukkan tindak-balas mereka boleh dikelompokkan kepada lapan jenis:
Kehancur-luluhan emosi
Kesan ini sangat buruk, dan wanita lebih teruk mengalami kesan jenis ini. Mereka terkejut dengan apa yang terjadi. Mereka sukar percaya perkara itu benar terjadi. Mereka tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat. Mereka tidak dapat memikirkan perkara lain lagi. Mereka juga
tidak dapat membuat kerja-kerja lain. Mereka rasa demam, badan jadi lemah, tidak berdaya. Mereka berasa takut. Mereka sedih dan murung. Mereka keliru. Mereka berasa diri mereka diperalatkan. Mereka menangis apabila bersendiri.
Membalas dendam
Tingkah laku ini dilakukan baik oleh lelaki mahupun wanita, tetapi lelaki lebih cenderung melakukannya. Mereka menjalin hubungan dengan orang lain. Mereka sengaja melakukan perbuatan-perbuatan yang membuat pasangan mereka cemburu. Mereka menunjukkan sikap tidak pedulikan pasangan. Mereka mengkritik dan memburuk-burukkan pasangan kepada orang lain. Mereka cuba meminta pihak ketiga bercakap dengan pasangan mereka.
Kebangkitan emosi
Kesan ini berlaku kepada lelaki dan wanita. Mereka cuba memperbaiki hubungan, biasanya dengan cara memberi perhatian yang lebih banyak kepada pasangannya. Mereka mengadakan lebih banyak seks dengan pasangan. Mereka memonopoli masanya. Mereka lebih mudah terangsang oleh pasangannya.
Mencari sokongan sosial
Kesan ini lebih banyak dilakukan oleh wanita. Mereka bercakap dengan orang-orang yang rapat, seperti kawan baiknya tentang apa yang sedang mereka rasakan. Tetapi ada masanya mereka tidak mahu bercakap langsung, ini lebih banyak dilakukan oleh lelaki. Mereka cuba lari daripada keadaan itu dan menjalin interaksi yang pihak-pihak lain.
Menghukum diri sendiri
Kesan ini lebih banyak dialami oleh lelaki. Mereka berasa bersalah dan malu kerana cemburu. Mereka marah kepada diri sendiri. Mereka berasa seperti hendak membalas dendam. Mereka mendoakan mudah- mudahan pasangan mereka menderita.
Bersemuka
Tingkah laku ini lebih banyak dilakukan oleh lelaki. Mereka memaksa pasangan mereka menerangkan apa yang sebenarnya sudah terjadi. Mereka juga pergi bersemuka dengan orang ketiga. Ada kalanya mereka berlagak supaya pasangannya dan orang lain menyangka dia tidak peduli.
Marah
Kesan ini lebih banyak dialami oleh wanita. Mereka sangat marah kepada pasangannya dan kepada orang ketiga. Mereka menganggap pasangannya melakukan kesilapan. Mereka merasai diri mereka dikhianati. Mereka sangat kecewa kepada pasangannya. Timbul niat hendak membalas dendam.
Menjaga air muka
Mereka cuba berlagak dengan cara-cara supaya pasangan mereka menyangka mereka tidak peduli. Tingkah laku begini lebih banyak dilakukan oleh wanita. Mereka menjadi cepat marah kepada orang lain. Mereka takut hendak marah-marah kepada pasangan kerana takut hal itu merosakkan hubungan yang ada. Ada kalanya mereka terpaksa berlakon untuk menutup kecurangan suami.
Seseorang yang berasa cemburu mungkin mengalami semua jenis tingkah laku itu pada waktu yang sama. Ada kalanya mereka mengalami sebahagian daripada tingkah laku dan emosi itu. Seseorang mungkin berasa marah dan sedih serentak. Ataupun dia terasa hendak menghukum pasangannya tetapi pada waktu yang sama dia juga berasa bersalah. Ataupun dia cuba menutup rahsia itu, tetapi ingin bercerita kepada kawan baiknya.
Komitmen dan Cemburu
Perasaan cemburu tidak muncul sendiri tanpa ada apa-apa sebab dan alasan. Bagi membolehkan perasaan cemburu muncul, pra syarat yang pertama kita mesti mempunyai rasa cinta dan kasih kepada orang itu. Kita tidak mungkin mencemburui orang yang tidak kita kasihi.
Pra syarat yang kedua ialah kehadiran ancaman daripada pihak ketiga. Kita hanya berasa cemburu apabila kita takut kehilangan orang yang kita kasihi kepada pihak lain. Kita mungkin kehilangan orang itu apabila dia mati, atau apabila dia meninggalkan kita tanpa adanya orang ketiga. Dalam keadaan begitu, kita tidak cemburu meskipun kita kehilangannya.
Pra syarat yang ketiga adalah komitmen. Istilah komitmen merujuk kepada hubungan saling bergantungan. Apabila kita berasa kita sangat memerlukan pasangan kita, maka kita dikatakan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pasangan kita dan juga kepada perhubungan antara kita dan dirinya. Dalam erti kata yang lain, apabila kita mempunyai komitmen kepada pasangan, kita memberikan nilai yang tinggi kepada perkahwinan kita. Bukti-bukti komitmen yang tinggi adalah kita tidak akan melakukan apa-apa yang menguntungkan diri kita. Pada waktu yang sama ia merugikan pasangan kita. Oleh yang demikian kita tidak menyisihkan kepentingan pasangan kita dalam sebarang perancangan yang kita buat.
Jadi, komitmen adalah pra syarat kepada emosi cemburu. Tanpa komitmen, tidak ada cemburu. Bagi kita yang mempunyai komitmen, perkahwinan kita adalah suatu pelaburan, di mana ia mempunyai potensi ganjaran masa depan, dan ganjaran mungkin hilang jika perhubungan itu berakhir. Perkahwinan menjanjikan banyak pulangan, antaranya anak-anak, kasih sayang, harta, kedudukan sosial dan banyak lagi. Jadi, sebarang perkara yang mengancam perkahwinan kita akan menimbulkan rasa tidak selamat dalam diri kita. Sebenarnya rasa tidak selamat yang dialami oleh ramai isteri bukan datang daripada sumber-sumber luar, khususnya wanita-wanita lain.
Sehubungan dengan hal ini, kita selalu mendengar wanita berkata, “Musuh perempuan ialah perempuan.” Kita juga selalu melihat bagaimana wanita menaruh curiga kepada wanita-wanita lain, sebagai contoh, isteri-isteri tidak mahu suaminya mengambil janda muda sebagai setiausahanya. Kedua-dua contoh itu memperlihatkan sikap dan kepercayaan yang rasa tidak selamat berpunca daripada orang-orang lain. Menurut pandangan kebanyakan wanita, jika tidak ada wanita lain yang cuba merampas suami mereka tentulah mereka berasa selamat, oleh itu mereka tidak akan cemburu. Ataupun, jika suami mereka sendiri tidak tergoda dengan wanita lain, mereka juga tidak akan berasa cemburu.
Anggapan punca rasa selamat atau tidak selamat ada di luar diri kita sendiri adalah anggapan yang salah. Menurut pakar-pakar psikologi, rasa selamat datang daripada diri orang itu sendiri. Ia datang daripada fikiran orang itu terhadap orang-orang lain dan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Jadi, jika kita berasa tidak selamat, perasaan itu datang daripada fikiran kita sendiri.
1.Rasa tidak selamat datang daripada penilaian yang kita sendiri buat ke atas komitmen pasangan kita kepada diri kita dan kepada perhubungan kita dengannya. Jika pada penilaian kita suami kita mempunyai komitmen yang sangat tinggi kepada diri kita, maka kita akan berasa selamat. Jika pada penilaian kita, suami kita tidak komited kepada diri kita, maka kita berasa sangat tidak selamat.
Apabila kita sendiri mempunyai komitmen, dan kita juga berasa selamat, kita tidak akan berasa cemburu terhadap pasangan kita. Jadi, seseorang isteri yang sangat kasih kepada suaminya, dan dia juga berasa kedudukannya sebagai isteri adalah sangat terjamin, maka dia tidak berasa cemburu. Sebaliknya apabila dia sangat kasih kepada suaminya, dan dia berasa tidak selamat, barulah dia berasa cemburu.
2.Perasaan selamat datang daripada keyakinan di mana pasangan kita sangat bergantung dan amat kasih kepada kita. Jadi, jikalau suami kita mempunyai hubungan lain, tetapi kita tidak tahu, kita akan terus berasa selamat dan tidak menaruh cemburu kepadanya. Begitu juga sebaliknya, jikalau suami kita tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita lain, tetapi kita sangka sebaliknya, kita akan berasa sangat tidak selamat dan kita menjadi cemburu.
Yang menjadi masalah adalah kita tidak boleh betul-betul tahu sejauh mana dia bergantung kepada kita, dan sebanyak mana kasih sayang dan komitmennya terhadap diri kita. Kita tahu dia kasih kepada kita, tetapi sejauh manakah kasihnya? Inilah salah satu faktor yang boleh
membuatkan kita berasa tidak selamat. Akibatnya, semakin kita berasa komitmennya kepada kita kurang, semakin kita berasa tidak selamat, semakin mudah kita mencemburuinya.
Tetapi apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita berasa selamat ataupun tidak selamat? Kajian menunjukkan, rasa tidak selamat muncul apabila kita anggap pasangan kita tidak mempunyai komitmen yang kuat kepada diri kita dan kepada perhubungan antara kita dan dirinya. Sebenarnya, pasangan kita mungkin sangat komited kepada kita, tetapi apabila kita percaya dia tidak ada komitmen, maka kita akan cemburu. Ini soal sangkaan kita, soal apa yang kita fikir berkenaan komitmen pasangan kita. Ini bukan soal realiti. Jadi, realiti lain, sangkaan kita lain. Rasa cemburu datang daripada persepsi atau fikiran kita semata-mata.
Apakah faktor-faktor yang membentuk persepsi kita terhadap pasangan kita, maka kita sangka dia tidak mempunyai komitmen tinggi kepada kita? Persepsi itu datang daripada perkara-erkara dan peristiwa-peristiwa yang kita anggap boleh mengurangkan komitmennya kepada kita.
1.Faktor utama yang boleh menyebabkan kita percaya pasangan kita tidak mempunyai komitmen yang tinggi adalah berapa sifat yang ada kepada diri sendiri. Sifat-sifat itulah yang menyebabkan kita selalu berasa tidak selamat, lalu mudah cemburu. Antara sifat-sifat yang
menjadi punca kita berasa tidak selamat ialah estim-diri yang rendah. Estim-diri yang rendah membuat kita berasa hodoh, bodoh, kecil dan tidak penting. Keadaan ini datang apabila kita berasa diri kita tidak memiliki kejelitaan atau penampilan yang menarik di mata pasangan kita. Ia juga datang apabila kita berasa diri kita tidak memiliki sebarang keistimewaan.
Sebagai contoh, kita tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, bakat yang dihargai masyarakat, wang, kedudukan, jawatan dan kejayaan yang boleh dibanggakan oleh pasangan kita. Apabila dia yakin kita tidak memiliki daya tarikan yang tinggi ke atas pasangan kita, akibatnya, kita pun mula berfikir keadaan diri kita itulah menyebabkan komitmen pasangan kita berkurangan, oleh itu kita pun berasa tidak selamat, lalu mudah cemburu.
2.Kita berasa tidak selamat apabila kita berasa pasangan kita adalah seorang yang sangat menarik, barangkali kerana penampilannya, kelulusannya yang tinggi, jawatannya yang penting, wangnya yang banyak, kejayaannya dan statusnya dalam masyarakat. Keadaan ini boleh menyebabkan kita percaya komitmen pasangan kita kepada diri kita akan berkurangan.
3.Kita juga boleh berasa tidak selamat apabila pasangan kita selalu bercampur gaul dengan orang-orang yang menarik. Bayangkan kedudukan seorang isteri yang mempunyai suami yang bertugas di tempat di mana di situ terdapat ramai rakan sekerjanya yang terdiri daripada wanita-wanita yang cantik-cantik dan menarik.
4.Apabila kita menganggap pasangan kita sudah tidak banyak lagi melibatkan dirinya dengan kita. Sebagai contoh, dia kini terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya sahaja dan tidak ada masa lagi untuk bersama-sama kita. Ataupun, dia kini tidak meminati lagi apa yang kita minati, umpamanya dulu dia suka membantu kita membuat kerja-kerja yang kita buat, tetapi kini tidak lagi. Akibatnya, kita boleh mula mengesyaki dia tidak lagi mempunyai komitmen yang tinggi kepada diri kita.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku juga boleh menimbulkan rasa tidak selamat dan cemburu di hati kita. Antara ciri-ciri peristiwa-peristiwa itu adalah:
1.Ia mengancam komitmen pasangan kita. Sebagai contoh, suami kita mengambil setiausaha baru, seorang janda, bekas isteri ketiga seorang jutawan, yang cantik dan mempunyai banyak harta yang diterima selepas perceraiannya.
2.Ia membayangkan perubahan sudah berlaku. Sebagai contoh, memang telah berlaku peristiwa-peristiwa yang dengan jelas menunjukkan suami kita sudah berubah. Kalau dahulu dia tidak cerewet dengan penampilannya, kini dia sangat mengambil berat serba-serbi berkaitan
penampilannya. Umpamanya, dia menukar potongan dan pilihan warna pakaiannya. Dia menukar stail menyikat rambutnya dan kasutnya. Malah dia kini memakai minyak wangi.
3.Ia membayangkan pasangan kita kini lebih banyak mendahulukan kepentingannya sendiri. Dia kurang peduli kepada perasaan dan fikiran kita apabila membuat keputusan.
Beberapa perkara yang dilakukan oleh pasangan kita juga boleh menyebabkan kita berasa tidak selamat, walaupun perkara-perkara itu tidak langsung melibatkan kehadiran orang ketiga. Ciri-ciri perkara itu adalah:
1.Apabila apa yang dilakukannya menyebabkan perubahan ke atas komitmennya terhadap diri kita. Sebagai contoh, dia lebih seronok melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak membolehkan kita ikut serta di dalamnya. Sebagai contoh, beliau lebih seronok menjalankan tugas-tugas perniagaan korporatnya sehingga dia kurang berada di rumah, dan seolah-olah tidak ada ruang bagi kita dalam jadual hariannya. Keadaan ini boleh menimbulkan rasa tidak selamat lagi dan seterusnya perasan cemburu.
2.Apabila hasil aktiviti yang dilakukannya itu tidak membawa keuntungan bersama. Dalam lain perkataan, hasil aktivitinya itu tidak ikut menguntungkan kita.
3.Apabila dia membuat aktiviti-aktiviti itu tanpa mengambil kira kepentingan kita. Ertinya, dia hanya mementingkan kepentingannya sendiri sahaja. Ataupun, dia lebih banyak mengutamakan kepentingannya daripada kepentingan kita.
Cemburu Buta
Ramai lelaki tidak faham mengapa isteri mereka sangat cemburu kepada mereka. Mereka juga tidak selesa dengan keadaan di mana mereka dicemburui isteri.
Walaupun emosi cemburu dialami baik oleh lelaki mahupun wanita, tetapi tingkah laku cemburu lelaki dan wanita mempunyai perbezaan di sana sini. Cara-cara mereka mengalami perasaan cemburu itu juga ada perbezaannya. Lazimnya, wanita lebih banyak merasakan emosi cemburu daripada lelaki.
Cemburu ialah salah satu punca konflik yang serius antara suami isteri. Perasaan cemburu timbul apabila kita berasa perkahwinan kita sedang menghadapi ancaman. Kita berasa ada kemungkinan kita akan kehilangan suatu perhubungan yang sangat besar maknanya kepada diri kita. Dan perkahwinan adalah suatu perhubungan yang sangat besar ertinya kepada kita. Kehilangan itu pula adalah kehilangan kepada pihak lain. Jadi, adanya pihak lain adalah pra syarat kepada perasaan cemburu. Kalau tidak ada pihak lain, kita tidak akan cemburu. Sebagai contoh, apabila kita kehilangan perhubungan itu kerana pasangan kita meninggal dunia, ataupun pergi bertugas di tempat lain, ataupun meninggalkan kita tanpa dia menjalin hubungan baru dengan orang lain, maka kita tidak berasa cemburu kepada kehilangannya.
Daripada satu sudut, cemburu mestilah didahului oleh wujudnya rasa terancam, dan ancaman itu mesti datang daripada pihak lain, iaitu yang diistilahkan sebagai `pesaing’. Salah satu punca tercetusnya rasa cemburu adalah apabila kita mengesyaki kasih sayang dan perhatian yang kita terima selama ini daripada pasangan kita akan diterima oleh orang lain, iaitu pesaing kita.
Apabila kita kehilangan pasangan tetapi bukan kepada pesaing lain, maka kehilangan tidak menimbulkan rasa cemburu. Sebagai contoh, kita tidak mengalami rasa cemburu apabila kita kehilangan pasangan kerana dia pindah bertugas ke tempat lain, meninggal dunia, atau kita bercerai tetapi pada waktu itu dia tidak mempunyai hubungan dengan orang lain. Jadi, ancaman itu mesti datang daripada pesaing. Jadi cemburu sentiasa melibatkan hubungan tiga segi.
Ancaman yang kita alami itu mungkin setakat suatu ketakutan semata-mata. Ketakutan itu mungkin tidak mempunyai asas sama sekali. Asal sahaja kita berasa takut kita mungkin akan kehilangan pasangan kita kepada orang lain, maka kita akan mengalami rasa cemburu.
Ketakutan itu mungkin juga ketakutan yang betul-betul ada kerana ancaman itu sedang berlaku, ataupun ancaman itu telah berlaku pada masa lalu. Sebagai contoh, kita tahu dengan pasti pasangan kita mempunyai hubungan dengan orang lain, ataupun, pada masa lalu dia pernah mempunyai hubungan seperti itu dan dia pernah meninggalkan kita buat sementara.
Cemburu sentiasa melibatkan ancaman kehilangan perhatian yang selama ini kita terima daripada pasangan kita. Perhatian itu ialah perhatian yang penting bagi pembentukan konsep-diri kita. Sebagai contoh, perhatian yang diterima oleh seorang wanita daripada suaminya menentukan bagaimana wanita itu menilai dirinya sendiri. Umpamanya, hasil daripada perhatian daripada suaminya si wanita menganggap dirinya seorang isteri yang menarik, baik, istimewa, dihargai, mulia dan lain-lain lagi konsep-diri. Daripada satu sudut lain, pasangan kita itu sendiri merupakan orang yang sangat penting bagi konsep-diri kita. Sebagai contoh, kita berasa diri kita seorang wanita yang mulia kerana suami kita adalah seorang yang mempunyai status tinggi dalam masyarakat. Sebagai contoh, kita menjadi ‘datin’ kerana menumpang status suami kita sebagai ‘datuk.’
Tanpa memiliki perkahwinan, kita tidak mungkin menjadi seorang yang dipanggil `teman hidup’ ataupun `isteri’. Kita sangat takut kehilangan perhatian yang diberikan oleh suami kita kerana tanpa perhatian itu kita tidak lagi boleh menganggap diri kita seorang `isteri yang dikasihi’. Kita juga takut kehilangan suami kita itu sendiri kepada orang lain, kerana dengan kehilangannya, kita kehilangan satu lagi sumber utama konsep-diri kita sendiri. Dalam erti kata yang lain, tanpa kedua-duanya, kita tidak lagi boleh mengatakan diri kita seorang wanita yang istimewa ataupun mulia. Tanpa mempunyai seorang ‘datuk’ sebagai suami, kita kehilangan kemuliaan status sebagai seorang ‘datin.’
Selama ini, kerana kita menerima perhatiannya, maka dengan itu kita terus-menerus dapat menganggap diri kita sebagai seorang isteri yang baik dan pandai menjaga suami. Beberapa ciri pada peribadi suami kita mungkin membantu kita menjadi lebih baik daripada kita yang
dahulu. Sebagai contoh, kerana suami kita seorang yang berpendidikan dan berstatus tinggi dalam masyarakat, hasilnya kita banyak belajar daripadanya cara-cara orang kelas atasan bercakap dan bercampur gaul. Dengan hal yang demikian kita mula menganggap diri kita adalah salah seorang daripada anggota kelas atasan itu. Oleh kerana dia mendapat banyak penghormatan, maka kita sendiri ikut menerima penghormatan itu semata-mata kerana kita adalah isterinya. Ertinya, perkahwinan kita itu sangat besar peranannya dalam membentuk siapa diri kita sekarang. Maka itulah sebabnya, sebarang ancaman terhadap perkahwinan itu sangat menghancurkan diri kita.
Jadi, ditinjau daripada satu segi, inti pati cemburu adalah keperluan untuk diperlukan. Kita memerlukan perkahwinan itu kerana ia mencipta konsep-diri kita sekarang. Setengah-setengah aspek daripada konsep-diri kita hanya muncul dalam konteks hubungan perkahwinan. Kita mungkin melihat diri sendiri sebagai seorang pasangan yang menyeronokkan ataupun sebagai seorang isteri yang solehah. Kita tidak mungkin menjadi seorang isteri yang menyeronokkan tanpa adanya suami yang seronok, dan begitu juga, gelaran isteri yang solehah tidak ada makna jika tidak ada suami.
Kita juga memerlukan perkahwinan kerana ia mengesahkan aspek-aspek tertentu pada diri kita. Sebagai contoh, sebelum berkahwin, kita memang yakin kita seorang yang menarik, dan memiliki bakat menjadi isteri yang baik. Maka, kehadiran seorang suami mengesahkan kepada kita keyakinan kita itu betul. Sekiranya tidak ada siapa yang memerlukan diri kita, maka konsep-diri kita tidak mungkin serupa seperti konsep-diri kita sekarang. Tanpa seorang suami, kita tidak mungkin melihat diri kita sebagai seorang `isteri’. Jadi, perkahwinanlah yang mencipta konsep-diri kita sebagai pasangan yang menyeronokkan dan isteri yang solehah. Oleh itu apabila seseorang wanita kehilangan suami, dia bukan hanya kehilangan suami dan sebahagian daripada harta kekayaan, dia sebenarnya kehilangan lebih banyak daripada itu. Oleh itu kita dapat memahami mengapa wanita sangat takut kehilangan suami.
Cemburu mungkin timbul walaupun punca ancaman itu tidak wujud, ataupun punca itu tidak jelas, iaitu punca itu mungkin betul mungkin tidak, ataupun ancaman itu memang betul-betul wujud dan kesan-kesan ancaman itu sudah pun dialami.
9 perkara yg tak boleh dibincangkan dgn lelaki
- Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.
- Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.
- Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya
- Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.
- Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.
- Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.
- Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.
- Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.
- Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.
Hati2 pilih pasangan
PERCINTAAN di kalangan remaja sering membimbangkan ibu bapa. Bagaimanapun, remaja tidak dapat dihalang daripada bercinta kerana sememangnya itu fitrah manusia. Apatah lagi remaja yang baru mengenali cinta yang cukup seronok dimainkan perasaan dalam bercinta.
Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta. Adakah kerana kesepian, cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta?
Mereka juga perlu bijak mengendalikan cinta dengan positif kerana cinta remaja tidak semestinya membawa kesan yang negatif. Sebaliknya, cinta yang dikendalikan dengan baik dapat dijadikan dorongan untuk remaja meningkatkan perkembangan sahsiah diri mereka.
Apa saja alasan anda untuk bercinta, berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Berikut antara alasan yang kerap terjadi kepada remaja apabila mahu bercinta. Ia mungkin boleh membantu anda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan mengelak mereka yang sebegini.
1. Bercinta kerana kasihan
– Cinta yang didasari oleh rasa kasihan boleh menidakkan rasional. Mereka mungkin tahu mempunyai pasangan yang tidak sesuai, tetapi kerana dipengaruhi rasa kasihan, perasaan itu akan lenyap begitu saja.
Cinta begini mudah retak jika perasaan kasihan itu semakin berkurangan. Jika ini berlaku, si gadis lebih terasa kesannya kerana mereka insan yang paling mudah menaruh kasihan berbanding lelaki.
2. Terikut-ikut untuk bercinta
– Golongan ini bercinta kerana tekanan daripada orang lain. Remaja itu berasa tertekan kerana semua kawan-kawan sudah mempunyai kekasih sedangkan dia masih solo. Keadaan ini mendorongnya untuk mencari kekasih sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, asalkan ada kekasih saja.
3. Bercinta kerana mahu menguasai
– Ada sebahagian remaja mendapat dorongan kuat untuk menguasai orang lain. Kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang suka membuat peraturan, memaksa ideanya dan terlalu memburu cita-cita. Berikutan itu, mereka mudah meninggalkan pasangan jika kehendak mereka tidak
dituruti.
4. Bercinta kerana nafsu
– Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh tarikan seksual. Misalnya, lelaki akan memilih pasangan yang seksi manakala si gadis lebih kepada lelaki sasa, tampan dan gagah.
Pasangan seperti ini akhirnya akan membawa diri kepada satu peringkat kesedaran bentuk fizikal bukanlah segala-galanya dalam percintaan.
5. Bercinta untuk bersaing
– Kerap berlaku kepada remaja yang sanggup bersusah-payah untuk merebut kekasih demi untuk mengalahkan pesaingnya. Dia cuma mahukan kemenangan dan bukannya demi kekasih. Malah, ia juga disulami sifat dendam dan sakit hati. Kejayaan merebut kekasih pula dianggap
sebagai simbol kemenangan walaupun dia sebenarnya tidak mencintai pasangannya.
6. Bercinta kerana memberontak
– Kebanyakan remaja tidak suka apabila ibu bapa menganggap mereka seperti anak kecil dan perlu mengikut pelbagai peraturan. Sehubungan itu, remaja ini mencari pasangan sekadar untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya supaya dia dilihat lebih dewasa.
Indahnya gadis
“Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.
Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!
Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya
Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati, bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya saya!
Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurga nanti. Amin!!
Wanita dan bunga
Posted by: “Zua Ahmad” zuapu3@yahoo.com
1. MAWAR INDAH MENAWAN
Ciri2 si gadis mawar
a. berketrampilan rapi sepanjang masa
b. bersifat penyayang
c. gemarkan warna merah jambu
Dikenali sebagai “ratu segala bunga” Mawar melambangkan wanita yang berwibawa dan memiliki keyakinan yang kuat terhadap diri sendiri. Kehadiran wanita yang gemar tampil berilhamkan mawar ini mampu menyemarakkan lagi lingkungannya itu! Mawar sering dikaitkan dengan rasa cinta dan kasih sayang sesame insane, begitu juga dengan individu yang dikategorikan di bawah lingkungan bunga mawar ini. Si gadis mawar sentiasa inginkan dirinya disayangi dan dikasihi. Malah ramai yang berpendapat dirinya dikategorikan sebagai individu yang manja dan romantis.
Kekemasan adalah focus utama dalam kehidupan hariannya. Si gadis mawar akan memastikan dirinya berada di dalam keadaan yang rapid dan ini memperlihatkan dirinya nampak lebih berkeyakinan dan sentiasa bersedia. Kepelbagaian rona warna yang mewakili bunga mawar ternyata memperlihatkan keindahannya yang semulajadi, ditambah pula dengan aroma romantisnya yang segar.
Peminat warna merah jambu juga tergolong dalam kategori ini. Sekiranya kamu gemarkan padanan dari busana kasual yang disominasi sentuhan warna merah jambu, kamu adalah gadis mawar! Ditambah pula dengan hiasan sampingan seperti beg tangan atau rantai yang beloket kan rekaan berlatarbelakangkan warna “baby pink” ternyata mawar adalah pilihan tepat buat dirimu!
2.CEMPAKA SERLAH KEYAKINAN
Ciri2 si gadis cempaka
a. memiliki sifat kepimpinan
b. gemarkan warna kuning atau hijau
c. suka memakai aksesori dari mutiara
Memiliki nilai kepimpinan yang kuat di dalam diri di samping yakin pada kebolehan diri sendiri. Individu yang tergolong dalam golongan cempaka ini mampu meyakini sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya.. sesuai diberi peranan sebagai pemimpin! Sama seperti haruman bunga cempaka yang eksotik itu ia tiada tandingannya.
Mudah untuk mengenali gadis si bunga cempaka. Keyakinan diri semulajadi yang ada di dalam dirinya boleh direnung menerusi sinar matanya, ditambah pula dengan rias mata yang terdiri dari rona pembayang mata kuning dan sedikit dengan warna hijau.. ternyata dia adalah si gadis cempaka.
Kebiasannya, si gadis cempaka turut gemar mengenakan aksesori berasaskan mutiara sebagai penambah seri untuk penampilannya. Rantai dan cincin yang berasaskan mutiara dari warna yang sama, nyata menambahkan lagi keindahan dirimu!
3. TERATAI LAMBANG KEANGGUNAN
Ciri2 si gadis teratai
a. suka kepada warna putih
b. berketrampilan sopan dan anggun
Kepelbagaian warna bunga teratai sering dikaitkan dengan lambing kesucian (putih), ketenagan (biru) dan keberanian (merah). Individu yang menggemari bunga teratai terkenal dengan kesopanan dan keangguna yang dimilikinya. Sabar dan tegas, itulah definisi bagi individu yang tergolong dalam kategori ini.
Keteduhan warnanya menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi dirimu! Nyata si gagis teratai gemar mengenakan aksesori dari kristal, seperti anting2 atau keronsang perak yang bertatahkan kristal. Sememangnya hiasa sebegini sesuai untuk penampilan si gadis teratai.
Putih adalah warna pilihan utama buat si gadis teratai. Warna putih yang suci murni sesuai untuk penampilan bak bunga teratai. Si gadis teratai pula lebih gemar dengan penampilan yang lebih sopan. Sopan dan ayu adalah sinonim dengan si gadis teratai.
Dengan penampilan anggun, gadis teratai akan kelihatan lebih matang, ramai yang mengatakan diri mereka kelihatan lebih matang sebelum usia! Walau bagaimanapun, si gadis teratai tidak pernah mempedulikan perihal itu kerana bagi mereka dengan penampilan anggun, secara tidak langsung rasa yakin dan percaya pada diri sendiri mengalir secara semulajadi dalam diri. Ini menjadikan diri mereka lebih yakin ketika berkomunikasi atau berurusan dengan individu di sekelilingnya! Syabas.. si gadis teratai
4. ANGGERIK SEMARAK PESONA
Ciri2 si gadis anggerik
a. Rapi dan bergaya setiap masa
b. biru firus adalah warna pilihan si gadis anggerik
c. gemarkan sesuatu yang unik
Karisma yang kamu lihat dari bunga anggerik bukan datang dari keharuman baunya! Sebaliknya ia menyerlah menerusi bentuk dan warnanya. Kepelbagaian bentuk yang nampak anggun dan elegan ternyata menyemarakkan lagi pesona yang tiada tandingannya! Itulah wanita anggerik. Karisma biru firus, gambaran terhampir untuk si gadis anggerik! Mereka sentiasa kelihatan rapi dan bergaya dalam apa jua bentuk penampilannya! Apa yang pasti, gaya etnik moden menjadi pilihan utama dalam penampilan hariannya. Si gadis anggerik turut menggemari sesuatu yang unik.
Mereka akan kelihatan menonjol dengan gaya yang tersendiri! Secara tidak langsung mereka akan kelihata lebih berani dan berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara. Tidak hairanlah sekiranya si gadis anggerik kerap dilantik sebagai ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan. Individu disekelilingnya kerap bergantung harap pada kebolehan dan keistimewaan yang ada pada si gadis anggerik.
Ingat, kamu harus sentiasa berhati2 jangan sampai kamu dipergunakan orang pula!
5. MELATI RATU SEPANJANG MALAM
Ciri2 si gadis melati
a. berketrampilan serba serdehana
b. memiliki sifat keibuan
c. warna hijau semulajadi adalah warna kegemarannya
d. gemarkan aksesori yang berasaskan dari warna semula
Kesederhanan dan penyayang, gambaran yang jelas kepada bunga melati. Keharuman semerbak espanjang hari meletakkan dirimu sebagai “ratu sepanjang malam”
Cantik bersahaja, tarikan utama si gadis melati. Walau dalam apa jua keadaan, individu yang tergolong dalam kelompok ini gemarkan kesederhanaan. Namun, kekemasannya tetap diutamakan dan ini akan menampakkan diri mereka menarik biarpun dalam keadaan serba ringkas.
Sifat keibuan yang lahir secara semulajadi dalam diri si gadis melati menjadikannya seorang insan penyabar dan mudah bertolak ansur. Selain itu, ramai yang gemar berdampingan dengan si gadis melati kerana sifat penyayang yang ada dalam diri mereka itu menjadikan dirinya mudah didekati dan sesuai dijadikan sahabat.
Ha, bagi individu yang tergolong dalam kategori ini pula, kamu dinasihatkan agar bertindak tegas dalam membuat sesuatu keputusan! Ingat, jangan terlalu baik hati sangat nanti diri kamu akan diperlakukan sewenang2nya oleh individu yang gemar mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu itu! Warna hijau semulajadi menjadi pilihan utama si gadis melati. Mereka bijak mencari keserasian dalam penampilan hariannya. Manakala beg tangan yang bercorakkan bunga2 unik semulajadi pastinya mendapat perhatian si gadis melati!
Amalan 8P – Ustazah Siti Nur Bahyah
Amalan 8P- Uztazah Siti Nur Bahyah
- P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
- P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
- P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
- Perhatian adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
- P seterusnya mewakili ‘persefahaman‘ kerana kerjaya sebagai artis memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
- satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana artis perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin
- P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
- P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
[31] Al-Imran
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
“All hard work brings a reward”
Melahirkan insan yang bijak??
1. Semasa mengandung:
a) Muzik- Dalam islam sering ditekankan tentang ayat Quran dan juga zikir-zikir yang menenangkan.
b) Membuat latihan matematik – Harap ex- Science Actuari student sudilah kiranya mengajar kakak dan ipar duai anda yer..:)
c) Pemakanan – digalakkan
- kacang badam dan korma bersama susu,
- roti dan ikan tanpa kepala
- salad yang digaul dengan badam
- perbagai jenis kekacang
- pil minyak ikan
- makan buah-buah dahulu sebelum hidangan utama
Dilarang keras
- makan ikan bersama daging
- rokok
d) Pelajaran –
- matametik berkonsepkan perniagaan
- sains – digalakan mencipta (inovatif)
- Perniagaan
e) Ibadah – menundukkan kepala bagus untuk simulasi otak
(rukuk dan sujud)
f) Sukan – memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
(memerlukan daya konsentrasi yang tinggi)
***********************************************************************
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, “Yer, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalamibidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itubijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem focus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan member pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah university terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh(Fir’aun kut) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon